Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 38

AMIRA SHAZLIN BINTI ADNAN 2008212918 INTAN AZRENI BINTI OSMAN 2008212742

SHARIFFAH NADIRAH BINTI SYED ALI 2008212236 SYARIFAH NUR AYUNI BINTI SYED YUSSOF 200821236

NUR SYAFIKA BINTI MOHD AFFANDI 2008212618

Sejarah

kenabian di Palestin bermula dengan Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim bukanlah berbangsa Israel. Selepas Nabi ibrahim A.S, Nabi Ishak A.S yang kekal di Palestin. Bani Israel adalah keturunan dari Nabi Yaakub a.s, termasuklah anak anaknya, cucu cicit (Israel:orang yang berjaga malam)

Nabi

Yaakub A.S menetap di Palestin dan mempunyai seorang anak yang bernama Yahuza. Dari sinilah asalnya nama Yahudi. Pemerintahan Yahudi di Palestin bermula pada zaman Nabi Daud A.S. Nabi Daud A.S telah menukar nama bandar pemerintahan di situ yang asalnya ialah Madinatussalam kepada Jerusalem atau Hebrew pada tahun 995 s.m.

Zaman

kegemilangan Yahudi dapat dilihat dengan jelas pada zaman Nabi sulaiman A.S. Selepas kewafatan Nabi Sulaiman A.S, Palestin terbahagi kpd dua bahagian iaitu yang pertama ialah Kingdom of Israel. Satu lagi ialah Kingdom of Yahudi Kemudiannya pada tahun 500-an s.m, orang Yahudi telah dihalau ke Iraq dan tidak dibenarkan masuk ke Palestin lagi

Pemerintahan

bertukar tangan dari Parsi kepada kerajaan Alexander The Great di Rom pada tahun 63 s.m. sehinggalah Khalifah Umar Al-Khatab memerintah Palestin pada tahun 638 m. Dari situ, kita boleh lihat, Yahudi cuma menjadi kerajaan di Palestin selama 4 kurun saja.

Keistimewaan

utama bumi Palestin ini kepada umat Islam ialah kerana di dalamnya terletak Baitul-Maqdis. Kedua-dua, Masjidil Al-aqsa dan Kubah Batu telah dibina di dalam kawasan Baitul-Maqdis. Baitul-Maqdis di Palestin adalah merupakan masjid kedua yang dibina di atas muka bumi selepas Masjidil-Haram di Makkah.

Ayat-ayat

Qur'an dan Hadith-hadith Rasulullah SAW mengenai bumi Palestin yang mulia ini menyebabkan para sahabat Rasulullah SAW sangat menyayanginya. Malah ketika Umar ibn Al-Khattab ra mejejakkan kakinya di kawasan ini untuk pertama kalinya, beliau telah mengumumkan bahawa seluruh bumi Palestin itu adalah sebahagian daripada waqaf kepada generasi umat Islam akan datang.

Ia

adalah bumi yang suci di mana ramai daripada para Rasul A.S dilahirkan dan wafat, termasuklah Ibrahim A.S, Lut A.S, Daud A.S, Sulaiman A.S, Musa A.S dan Isa A.S.

Pada tahun 1099 Masihi- Palestin ditakluki oleh tentera Salib Eropah dan dijajah selama hampir satu abad. Pada tahun 1187 Masihi.- Palestin dibebaskan oleh umat Islam di bawah pimpinan Salahuddin Al-Ayubi dan perundangan Islam sekali lagi dilaksanakan di bumi Palestin. Pada tahun 1897, World Zionis Organization (pertubuhan yahudi sedunia) telah ditubuhkan dan kongres pertama diadakan di Swiss pda 27-29 Ogos 1897.

Pada

tahun 1917- Kerajaan British mengeluarkan Deklarasi Balfour yang mengumumkan bahawa Palestin adalah tanahair bangsa Yahudi. Pada ketika itu, jumlah penduduk Yahudi hanyalah kira-kira 6% daripada keseluruhan penduduk Palestin dan mereka memiliki hanya kira-kira 2.5% dari keseluruhan tanah Palestin.

Pada

tahun 1918- Kerajaan British dan sekutu-sekutu mereka dari kalangan nasionalis Arab menjatuhkan Kerajaan Islam Uthmaniyyah. British membahagikan Empayar Islam Uthmaniyyah dan menduduki Palestin. British kemudiannya terus memulakan kempen membawa masuk bangsa Yahudi dari Eropah ke Palestin.

Pada

tahun 1946- Bangsa Yahudi mahukan penubuhan sebuah negara untuk mereka di bumi Palestin dan menamakannya Israel. Beratus ribu umat Islam Palestin dihalau keluar dari Palestin dengan tekanan ketenteraan kumpulankumpulan pengganas Yahudi yang dibiayai dan diberi kelengkapan senjata oleh tentera British.

Pada tahun 1967- Israel menyerang Mesir, Jordan dan Syria serta menduduki lebih banyak kawasan di Palestin termasuklah, buat kali pertamanya, Masjidil Al-aqsa. Pada Disember 1987- Umat Islam Palestin memulakan kebangkitan (Intifada) di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza menentang penjajahan Yahudi yang berterusan itu. Intifada terus hidup dan bertambah kuat. Walaupun menghadapi ribuan kematian (Shuhada', Insha-Allah) dan kecederaan, umat Islam Palestin tetap cekal memperjuangkan hak dan maruah mereka.

27 Disember 2008 - Hari sabtu jam 11.24pagi, Israel telah menggerakkan 60 buah pesawat pengebom buatan Amerika Syarikat F16 untuk membedil Gaza. Serangan 3 minggu ini mengakibatkan 1350 orang terbunuh, kebanyakannya orang awam dan Israel menggelarkan serangan ini sebagai operasi cast lead. 1 Januari 2009 - Solat Asar 1.1.09 adalah Asar terakhir bagi ulama dan pemimpin Hamas terkemuka Dr Nizar Rayyan. Rumahnya dibedil bertalu-talu dan ranap sama sekali. Namun beliau tidak berseorangan, beliau ditemani oleh ke-4 orang isterinya dan 9 orang anak antara 2 hingga 12 tahun termasuk 2 orang anak jirannya. 3 Januari 2009 - Setelah sebahagian besar bangunan di Gaza ranap dimusnahkan oleh helikopter dan pengebom F16, kini Tel Aviv mula menggerakkan pasukan tentera daratnya untuk melakukan serangan dari bawah.

7 Januari 2009 - Kerajaan Venezuela yang tidak sebangsa dan tidak seagama dengan rakyat Gaza bertindak tegas menghalau Duta Israel ke negara itu, Shlomo Cohen dan beberapa orang kakitangannya serta memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel. 8 Januari 2009 - Israel mengumumkan untuk menghentikan serangan selama tiga jam sehari, iaitu dari pukul 1 pagi hingga 4 pagi (7 hingga 10 malam waktu Malaysia). Pengumuman itu dibuat untuk menunjukkan keprihatinan pemimpin rejim terhadap kemanusiaan di Gaza. 12 Januari 2009 - Angka korban meningkat kepada 800 orang. Lebih 3,000 orang cedera. Hampir 15,000 orang telah menjadi pelarian dalam negeri kerana hendak lari dari kawasan pertempuran. 18 Januari 2009 - Setelah 22 hari menyerang dan membunuh, Israel mula bersuara untuk mengadakan gencatan senjata. Namun sebelum pengumuman gencatan senjata dibuat oleh Perdana Menterinya, Ehud Olmert, tentera Israel terlebih dahulu melepaskan geram dengan melakukan 50 serangan termasuk ke atas sebuah sekolah dan dua buah masjid di Bandar Gaza.

14 Mei 1948 pengisytiharaan negara Israel setelah berjaya menewaskan tenteratentera Arab. Wilayah Tebing Barat yang keluasan 5878km yang masih berbaki secara rasminya dimasukkan ke wilayah Jordan. Wilayah Gaza yang berkeluasan 363km persegi diletakkan dibawah pemerintahan Mesir. Sepanjang tahun 1948 hingga 1967, sloganslogan peperangan berbentuk partiotik dibentangkan untuk menaikkan semangat.

Jamal

Abdul Nasir telah mengetuai dunia Arab dalam membebaskan Palestin. Malangnya rejim Arab tidak mempunyai pendekatan dan mentologi yang betul, tidak serius, tidak kesungguhan atau semangat yang jitu untuk berperang.

Kewujudan Israel merupakan satu ancaman besar ke arah Perang Dunia Ketiga. Mereka mempunyai sistem senjata nuklear yang canggih termasuklah memiliki 200 peluru nuklear dan mampu menghimpunkan tentera sehingga 700 ribu bala tentera dalam masa 72 jam. Ini kerana sikap seorang pemimpin yang sanggup melakukan apa sahaja tanpa belas kasihan san berperikemanusiaan.

KONG penunjuk perasaan turut membantah dengan berarak ke Kedutaan Amerika ASAP menyelubungi kawasan serangan Israel di Gaza

RAKYAT Palestin meninjau kawasan pangsapuri tempat kediaman mereka yang musnah akibat serangan jet Zionis di Rafah, Selatan Gaza. Jet pejuang, kereta kebal dan kapal laut Israel, tanpa mengendahkan bantahan masyarakat dunia melancarkan serangan terhadap Palestin sejak 27 Disember lalu.

WARGA emas Palestin mencari sesuatu di sebalik bangunan kediaman yang runtuh dibedil tentera Israel di Rafah, Selatan Gaza

KAWASAN perkampungan Beit Lahiya, di wilayah Gaza dimusnahkan

BANDAR Rafah di selatan Gaza dihujani bom ketika serangan Israel masuk hari ke-18. Gambar merakam beberapa letupan di masjid dan tempat awam berikutan serangan udara tentera Zionis.

PENDUDUK Islam Palestin menunaikan solat Jumaat di luar masjid Al-Taqwa yang menjadi sasaran pengeboman Israel di Bandaraya Gaza, semalam. Menurut pusat biro statistik Palestin, 20 masjid adalah antara lebih 4,000 bangunan yang musnah sejak Israel memulakan serangan pada 27 Disember lalu.

KAKITANGAN Hospital alAqsa di Bandar raya Gaza memindahkan pesakit selepas pusat perubatan itu dibedil tentera Yahudi.

JIHAD DARI SEGI

Makna Bahasa

Jihad berasal dari kata jhada, yujhidu, jihd. Kata akar JAHADA mempunyai terlalu banyak maksud di dalam bahasa Arab seperti: mencurahkan tenaga supaya menjadi sempurna, seorang pelajar yang rajin belajar, mencapai tujuan atau mewujudkan, bekerja untuk mencapai tujuan, menjadi letih, menyoalsiasat, menegaskan, dibebani, menjadi lemah kerana sakit, seseorang yang bekerja keras, sakit cinta, bercampur, bangkit, berkehendak, makan dengan banyak, jujur, bekerja keras, berhati-hati, menggunakan kesemuanya dan berjuang tanpa rehat.

Makna istilah
-jihad ialah perjuangan dan pengorbanan suci berdasarkan prinsip ajaran Islam untuk mencapai tujuan atau matlamat yang diredhai Allah Taala.

Makna adat

-Penggunaan lafaz jihad bagi para sahabat hanya membawa satu makna sahaja iaitu berperang.Mereka tidak memahami dengan makna lain selain berperang.

Makna syara

Pengertian lafaz jihad telah dinukilkan oleh al-Quran dan as-Sunnah dengan makna yang lebih khusus: - mencurahkan seluruh tenaga untuk berperang di jalan Allah, sama ada secara langsung mahupun dengan cara membantu dengan mengeluarkan harta benda, memberikan pendapat, atau memperbanyak bekalan, atau lain-lain dalam rangka meninggikan kalimat Allah.

Jihad meliputi segala usaha yang diredhai Allah Taala seperti : jihad dengan hati, fikiran kata-kata dan perbuatan jihad dengan ilmu dan pena, jihad dengan apa jua alat dan senjata yang dapat dirumuskan sebagai jihad jihad dengan harta Jihad yang suci dan sejati hanyalah jihat fisabillillah iaitu jihat kerana Allah Taala.

PENGERTIAN JIHAD KHUSUS MERUJUK KEPADA PERANG PADA JALAN ALLAH JIHAD YANG TIDAK ASING LAGI DALAM LEMBARAN SEJARAH PERJUANGAN NABI TUJUAN: 1)UNTUK BELA AKIDAH, MORAL,KEBEBASAN & KESELAMATAN UMAT 2)UNTUK BALAS SERANGAN MUSUH & TIDAK MELAMPAUI BATAS HUBUNGKAIT DENGAN ISU PALESTIN:
MENURUT IMAM IBN ABIDIN, JIHAD MENJADI FARDHU AIN JIKA MUSUH MENCEROBOH SEMPADAN NEGARA KAUM MUSLIMIN & FARDHU KIFAYAH KEPADA PENDUDUK SEKELILINGNYA JIKA TIDAK DIPERLUKAN PERTOLONGAN,TETAPI JIKA DIPERLUKAN, MENJADI FARDHU AIN

-PERTAHANKAN BAITUL MAQDIS-TANAH SUCI KE-3 UMAT ISLAM -PALESTINE ADALAH BUMI YANG DIBERKATI

Ustaz Abdul Hakim Othman, Presiden Hizbut Tahrir Malaysia menyampaikan memorandum kepada wakil ATM

Orang ramai melakukan demonstrasi untuk menyeru ATM menghantar tentera Gaza

BERITA2 YANG DISIARKAN BERBENTU K PENULISA N CTH : SURAT KHABAR : MAJALAH : BUKU

JIHAD MEDIA

BERITA2 YANG DISIARKAN BERBENTUK ELEKTRONIK CTH : TELEVISYEN : RADIO

Jihad harta bermaksud bahawa manusia hendaklah menjadikan harta itu sebagai alat utama untuk melakukan jihad Fi Sabilliilah dan jangan sesekali mereka menjadikan diri mereka sebagai hamba harta dengan sifat bakhil dan tamak kepada harta sehingga tidak mahu membelanjakan hartanya untuk berjihad Fi Sabillillah.

Jangan anda tidak tahu,RM1 yang dilaburkan untuk produk mereka sebenarnya dimanfaatkan untuk membeli peluru membunuh saudara kita di palestin. Elakkan diri dari membeli produk yang telah dikenalpasti mempunyai hubungan ekonomi dan kebajikan dengan israel dan amerika. anda tidak akan mati jika tidak makan di restoran mereka,tidak akan nampak apa-apa kalau tidak memakai pakaian mereka dan tidak akan rugi kerana tidak membeli produk mereka.percayalah. belilah barangan buatan Malaysia.

PRODUK ISRAEL & AMERIKA

CONTOH: DOA SOLAT HAJAT, BACAAN YAASIN DOA ISTILAH WAKTU DILAKUKAN

You might also like