Teks Pengacara Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Pibg

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK AIR MOLEK TAHUN 2012 PENGUMUMAN KETIBAAN Mengumumkan ketibaan

Yang Berhormat Datuk Seri Hj Mohd Ali bin Rustam, Ketua Menteri Melaka diiringi Guru Besar SK Air Molek, YDP PIBG SK Air Molek serta tetamu-tetamu jemputan. Para jemputan dan hadirin dipersilakan duduk. Lenggang bertapak seni memandang Silat sendeng menyusun jari Salam sembah selamat datang Sudi Tuan ke majlis kami Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbilalamin, Wassalatuwassalamu alaashrafil anbia iwalmursalin waala alihi wasahbihi ajmain. Rabbishrahli sodri wayassirli amri wahlul uqdatan millisani yafqahul qauli. Yang Amat Berhormat Datuk Seri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka Yang Berhormat Datuk Wira Hj Othman bin Muhammad, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Berhormat Datuk Hj Md Yunos bin Husin, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Ayer Molek, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar. Yang Berbahagia Datuk Hj Mohamad Yusoff bin Osman, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Melaka Yang Dihormati En Abd Mutalib bin Osman, Pegawai Pelajaran Daerah Melaka Tengah Yang Berusaha, Tuan Hj Minhat bin Azam, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ayer Molek

Yang Berusaha Tn Hj Osman bin Ismail, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Air Molek dan kepimpinan Ahli Jawatankuasa PIBG SK Air Molek Yang Dihormati lagi dikasihi, guru-guru, ibu bapa dan para hadirin sekalian. Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam Satu Malaysia dan Salam Melaka Maju Negeriku Sayang Bandaraya Teknologi Hijau. ************************************************************************ Sireh berhias sulas pinang, Indah budaya warisan zaman Pemanis kata selamat datang Awal Bismillah pembuka kalam. Pada petang yang permai ini, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah rahmat Nya, kita diberikan kesempatan untuk berhimpun dalam Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke 38 SK Air Molek. Saya bagi pihak majlis berbesar hati mengalu-alukan kehadiran Yang Amat Berhormat Datuk Seri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka serta tetamu jemputan yang lain ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke 38 ini. Saya juga melahirkan rasa bangga dan mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua ibu bapa pada petang ini. Pastinya pertemuan kita pada petang ini adalah dengan tujuan untuk mencari kesepakatan, bertukar pandangan dan pemikiran serta mencari titik persamaan bagi menjulang dan meledakkan kejayaan anak-anak kita dalam bidang akademik, kokurikulum, disiplin dan sahsiah. Pepatah Melayu ada mengatakan kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Kalau dapat kita satukan dan sepadukan idea dan pandangan pasti kecemerlangan akan menjadi milik kita bersama. ************************************************************************ Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah kita sama-sama menadah tangan memohon keberkatan Ilahi agar segala urusan kita mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Al Fadhil Ustaz Razif bin Abdul Latif untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

(Bacaan doa) Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Razif bin Abdul Latif atas bacaan doa itu tadi. ************************************************************************ Hadirin yang dihormati, Sebagai tanda setia dan tanda kasih kita kepada negara, marilah sama-sama kita berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku dan Melaka Maju Jaya dengan iringan muzik. Para hadirin dipersilakan untuk berdiri. (Nyanyian Lagu Rasmi) Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas nyanyian sebentar tadi. Hadirin dipersilakan duduk. Yang Amat Berhormat Datuk Seri, Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Kita umpama aur dengan tebing Itulah yang diibaratkan Ibu bapa dan guru saling perlu memerlukan Pelbagai usaha telah dan akan dicernakan Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi jika kita bersatu hati

Bukan keris tanpa ulunya Bukan majlis tanpa ucapannya Majlis pada petang ini dimulakan dengan mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj Osman bin Ismail, Yang Dipertua PIBG SK Air Molek untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. (Ucapan YDP)

Demikian tadi, ucapan daripada Yang Berusaha Tn Hj Osman bin Ismail, Yang Dipertua PIBG SK Air Molek. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. ************************************************************************ Hadirin sekalian, Pergi ke kedai membeli gula Gula di bawa berhati-hati Tuan Guru Besar kami mempersila Ucapan diberi kita hayati. Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput Tn Hj Minhat bin Azam, Guru Besar SK Air Molek untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. (Ucapan Guru Besar) Demikian tadi ucapan oleh Guru Besar SK Air Molek, Tn Hj Minhat bin Azam. Terima kasih diucapkan. ************************************************************************ Hadirin sekalian, Acara seterusnya memang istimewa Murid khas kesayangan semua Namun Ku Punya Hati lagu pertama Ayah dan Ibu lagu kedua. Dengan ini majlis mempersilakan murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi Pembelajaran untuk membuat persembahan. Dipersilakan. (Persembahan PPKI) Terima kasih diucapkan kepada murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi Pembelajaran yang telah membuat persembahan tadi. Untuk makluman hadirin sekalian, Program Pendidikan Khas Integrasi Pembelajaran SK Air Molek mempunyai seramai 24 orang dengan pelbagai masalah pembelajaran. ************************************************************************ Sidang hadirin yang budiman,

Kalau tuan pikat kenari Jangan patahkan batang jerami Kepada Datuk Seri ruang diberi Mohon rasmikan majlis kami. Majlis dengan sukacita dan penuh takzim mempersilakan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Air Molek kali ke 38. Dengan segala hormatnya dipersilakan. (Ucapan YAB Ketua Menteri) Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam atas ucapan dan sekaligus merasmikan majlis kita pada hari ini. ************************************************************************ Terbang bebas si rama-rama Teratai mekar di tengah lembah Menyusun langkah semerdu irama Tarian Melayu kini dipersembah. Bagi meneruskan majlis kita pada hari ini, sama-sama kita saksikan persembahan tarian daripada anak-anak cilik kita. Anak-anak ini terdiri daripada murid-murid Pra Sekolah SK Air Molek. Sama-sama kita saksikan. (Persembahan Pra Sekolah) Terima kasih kepada murid-murid Pra Sekolah SK Air Molek atas persembahan mereka tadi. Untuk makluman hadirin sekalian kumpulan tarian itu tadi telah mendapat bimbingan daripada _______________________________________________________. ************************************************************************

Negeri Melaka memang ternama

Jadi sebutan serata dunia Persembahan nasyid meneruskan acara Sebagai santapan halwa telinga Dipersilakan kumpulan nasyid ______________________________ mempersembahkan nasyid yang bertajuk ____________________________________________________. Kumpulan nasyid ini terdiri daripada murid-murid tahun 6 SK Air Molek. Dengan segala hormatnya dipersilakan. (Persembahan Nasyid) Terima kasih kepada kumpulan nasyid___________________________________ dengan persembahan mereka tadi. ************************************************************************ Kini tibalah kita ke acara Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Cemerlang UPSR bagi tahun 2011. Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka diiringi oleh Tn Hj Minhat bin Azam, Guru Besar SK Air Molek untuk naik ke pentas bagi menyampaikan sijil dan cendermata kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2011. Pelajar- pelajar yang berjaya adalah: (Senarai Cemerlang UPSR 2011) ************************************************************************ Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri di atas kesudian menyampaikan sijil dan cenderamata sebentar tadi. Orang berbudi kita berbahasa. Sebagai tanda ucapan terima kasih, majlis dengan ini mempersilakan Guru Besar SK Air Molek, Tn Hj Minhat bin Azam untuk menyampaikan cenderamata sebagai tanda penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam atas kesudian menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Air Molek kali ke 38.

Majlis sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka serta tetamu jemputan yang lain atas kesudian menghadiri majlis pada hari ini.. Tinggi bukit silang gemilang Mengalir air kelihatan tenang Budi sedikit tak pernah hilang Di dalam hati terkenang-kenang Kini selesai sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Air Molek bagi tahun 2012. Acara seterusnya ialah Majlis Perasmian Surau SK Air Molek iaitu Surau Az Zahirah. Dijemput Yang Amat Berhormat Datuk Seri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam diiringi oleh Tn Hj Minhat bin Azam, Guru Besar SK Air Molek dan Tn Hj Osman bin Ismail, YDP PIBG SK Air Molek serta tetamu jemputan yang lain ke Surau Az Zahirah untuk majlis perasmian. @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ Majlis dengan ini menjemput Yang Amat Berhormat Datuk Seri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam serta para tetamu jemputan yang lain untuk ke khemah jamuan untuk menikmati hidangan yang telah disediakan. Para ibu bapa dan hadirin juga dipersilakan untuk menjamu selera di khemah yang telah disediakan. Majlis kita akan berhenti seketika. Majlis akan disambung semula selepas jamuan ini. ************************************************************************ Semua ibu bapa dijemput masuk semula ke dalam dewan untuk kita memulakan Mesyuarat Agung PIBG SK Air Molek. Hadirin sekalian, Bagi meneruskan mesyuarat kita pada hari ini, dipersilakan Tn Hj Osman bin Ismail untuk mengambil alih tugas mempengerusikan majlis mesyuarat kita. Sebelum menyerahkan tugas kepada YDP PIBG, terimalah serangkap pantun dari kami.

Kalau ada jarum yang patah Jangan disimpan di dalam peti Kalau ada silap dan salah Jangan disimpan di dalam hati. Sekian, wabillahitaufiq walhidayah Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like