India

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

India

Penyataan masalah Daripada tinjauan awal yang dibuat oleh pengkaji di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJK(T)) Gunung Rapat, Ipoh di Daerah Kinta, memang terdapat berbagaibagai masalah dalam mempelajari bahasa Melayu oleh murid-murid berketurunan India. Antara masalah yang timbul dan dapat dikesan secara am ialah murid-murid India menghadapi masalah sebutan huruf r semasa pembelajaran bahasa Melayu. Didapati juga tidak semua guru bahasa Melayu berminat untuk mengajar mata pelajaran tersebut di SJK(T).
Sehubungan dengan pengaruh bahasa ibunda bagi pembelajaran bahasa Melayu di SJK(T) itu juga, suatu fenomena dapat dikesan. Murid-murid India menghadapi masalah menggunakan vokal-vokal atau konsonan-konsonan tertentu bahasa Melayu yang agak asing kepada mereka. Apabila kata-kata Melayu atau kata-kata pinjaman dari bahasa lain dituturkan berlaku perubahan bunyi-bunyi vokal dan konsonan yang terhampir dengan bahasa Tamil. Bahasa ibunda murid-murid India dirasakan mengganggu sebutan baku bahasa Melayu.

Pertukaran bunyi-bunyi tertentu mengakibatkan terjadinya proses penggantian konsonan, proses penghilangan konsonan dan proses menambah bunyi hentian glottis. Masalah percampuran kod (code mixing) antara bahasa Tamil dengan bahasa Melayu turut membantutkan pembelajaran bahasa Melayu murid-murid India. Masalah ini berkait dengan kemunculan unsur-unsur linguistik bahasa ibunda dari semasa ke semasa ketika murid-murid berkenaan menggunakan bahasa Melayu. Kelainan struktur ayat bahasa Tamil dengan bahasa Melayu turut mempengaruhi proses pembelajaran bahasa murid-murid India. Kelainan-kelainan tersebut tertumpu kepada Hukum DM (diterangkan-menerangkan) dalam kedudukan frasa nama dalam ayat. Binaan ayat biasa (Subjek + Predikat) bahasa Melayu mengutamakan frasa nama pada awal ayat. Manakala binaan ayat bahasa Tamil lebih mementingkan struktur Predikat + Subjek dengan kedudukan frasa nama diletak ditengah atau di akhir ayat. 1. Pengaruh bahasa ibunda

Unsur-unsur linguistik bahasa pertama (Tamil) yang diserap ke dalam penulisan atau pertuturan bahasa Melayu. Unsur-unsur tersebut hadir dalam bentuk fonem, morfem, semantik, frasa atau sintaksis. Unsur-unsur ekstralinguistik bahasa pertama (Tamil) yang bersifat positif atau negatif terhadap pembelajaran bahasa Melayu. Unsur-unsur tersebut ialah penggunaan bahasa harian, sikap dan pendedahan bahasa murid-murid India.

Tinjauan Literatur Ringbow (1976:1-14) telah mengkaji tentang pengaruh bahasa ibunda dalam proses mempelajari bahasa kedua. Kumpulan murid berbangsa Swedish dan Finnish dijadikan subjek kajian. Dua kumpulan murid tersebut mempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Pada akhir kajian beliau mendapati murid-murid Finnish kurang dipengaruhi pemindahan bahasa ibunda berbanding murid-murid Swedish. Murid-murid Swedish hidup dalam masyarakat yang menggunakan bahasa Sweden sebagai bahasa harian, manakala murid-murid Finnish hidup dalam masyarakat multilingual. Ternyata Ringbom menghubungkan dapatannya dengan faktor persekitaran bahasa murid-murid berkenaan. Beliau merumuskan bahawa faktor persekitaran bahasa memainkan peranan yang penting dalam pemerolehan bahasa kedua. Sikap mempelajari bahasa kedua pernah juga dikaji oleh Nguyen (1987:110112). Responden beliau ialah murid-murid Asia- Amerika. Mereka terdiri daripada murid-murid Filipina, Cina, Jepun, Korea dan Vietnam. Kajian beliau dibahagikan kepada dua peringkat. Di peringkat yang pertama beliau menggunakan soal selidik. Di peringkat kedua pula beliau telah menjalankan satu kajian mikro ke atas murid-murid Cina. Kajian peringkat pertama menunjukkan murid-murid Asia-Amerika tidak menyenangi pembetulan kesalahan bahasa yang dilakukan secara langsung. Di samping itu, mereka mempelajari bahasa Inggeris kerana dorongan motivasi instrumental. Mereka lebih berminat mempelajari bahasa Inggeris secara berkelompok. Pembelajaran bahasa menggunakan cara demikian boleh mengurangkan persaingan dan meningkatkan kerjasama antara mereka. Di peringkat kedua kajian Nguyen (1987) telah membandingkan sikap muridmurid Cina Kantonis terhadap bahasa ibunda dan bahasa keduanya. Beliau juga ingin mengenal pasti kaedah pengajaran bacaan yang digunakan oleh murid-murid tersebut. Beliau mendapati bahawa murid-murid yang bersikap bangga dengan bahasa ibunda mereka lebih gemar menggunakan Kaedah Terjemahan. Bagi murid-murid yang tidak bersikap demikian Kaedah Terus adalah lebih sesuai. Persekitaran bahasa memainkan peranan yang penting dalam pemerolehan bahasa kedua seseorang murid. Keadaan sedemikian dialami juga oleh murid-murid India. Persekitaran bahasa murid-murid tersebut masih didominasi oleh bahasa Tamil. Bahasa tersebut digunakan sebagai bahasa harian terutama dalam

berkomunikasi dengan individu atau kelompok daripada suku yang sama. Keamatan penggunaan bahasa ibunda ini tidak hanya berlaku di luar sekolah. Pada masa pelajaran bahasa Melayu sedang diajar oleh guru, penggunaan bahasa ibunda masih berleluasa (Farid M.Onn dan Ajid Che Kob, 1981). Hal demikian terjadi kerana persepsi mereka tentang linguistik bahasa Tamil telah mantap dalam sistem kognitif mereka. Persepsi murid tentang aspek semantik, leksikal dan idiom bahasa ibunda mempengaruhi unsur-unsur linguistik dalam bahasa kedua (Kellerman, 1978; Thomson dan Kuafman, 1990). Akibatnya daripadanya, apabila murid-murid menggunakan bahasa Melayu akan berlaku kesalahan ke atas kosa kata bahasa Melayu tersebut (Alias Shamsuddin, 1969; Abdul Hamid Mahmood, 1990). Daripada kajian Abdul Hamid Mahmood ( 1990), terdapat contoh kesalahan kosa kata bahasa Melayu yang dilakukan oleh murid-murid daripada pelbagai bangsa di Malaysia. Beberapa kesalahan daripada contoh tersebut serupa dengan kesalahan yang sering dilakukan oleh murid-murid India. Misalnya, kata /dadah/ menjadi /dada/, kata /besar/ menjadi /busar/ dan /seluar/ menjadi /silvaaru/. Kesalahan perkataan-perkataan bagi contoh yang diberi itu terjadi kerana murid-murid India selaku penutur-penutur natif bahasa Tamil tidak mempunyai cukup pengetahuan tentang wacana medan makna bahasa Melayu (Jamaliah Mohd. Ali, 1990). Sikap merasa bangga terhadap bahasa ibunda akan menjejaskan penguasaan bahasa sasar jika sampai bahasa sasar diabaikan (Farid M.Onn dan Ajid Che Kob, 1981; Abdul Hamid Mahmood, 1990). Murid-murid India sendiri merasa bangga dengan bahasa ibundanya. Oleh itu mereka mempelajari bahasa Melayu kerana didorong oleh motivasi instrumental. Murid-murid Melayu pula mempelajari bahasa Melayu kerana motivasi integrative dan instrumental. Di sini tentulah terdapat jurang perbezaan penguasaan bahasa Melayu antara murid-murid India dengan murid-murid Melayu.

1.

Unsur-unsur linguistik bahasa ibunda dalam penulisan

Aspek leksikal merupakan aspek bahasa Melayu yang paling banyak menerima pengaruh bahasa ibunda murid-murid India. Pengaruh tersebut terdapat 145 patah perkataan bersamaan 74.36%. Pengaruh tersebut merangkumi proses penggantian, penambahan dan penghilangan fonem-fonem bahasa Melayu. Proses penggantian fonem vokal bahasa Melayu paling kerap berlaku dalam karangan bahasa Melayu murid-murid India. Contohnya:

a.

b.

c.

d.

e.

Penggantian /e/ kepada /a/ cerita menjadi kepada menjadi Penggantian /a/ kepada /o/ sangat menjadi nama menjadi Penggantian /e/ kepada /i/ terima menjadi rehat menjadi Penggantian /u/ kepada /o/ puku menjadi untuk menjadi Penggantian /i/ kepada /e/ habis menjadi pilihan menjadi

carita kapada songat namo tirima rihat pukol untok habes pilehan

Terdapat tujuh proses penggantian fonem konsonan, iaitu:


a. b. c. d. e. f. g. Penggantian konsonan /b/ kepada /p/ bandar menjadi pandar Penggantian konsonan /p/ kepada /b/ pecah menjadi bicah Penggantian konsonan /f/ kepada konsonan asli /p/ faedah menjadi paedah Penggantian /g/ kepada /k/ bagus menjadi bakus Penggantian /k/ kepada /h/ awak menjadi awah Penggantian /w/ kepada /v/ kawan menjadi kavan Penggantian konsonan /n/ kepada konsonan /m/ tanpa menjadi tampa

Proses penambahan fonem juga berlaku.


a. b. Penambahan vokal depan rendah /a/ harga menjadi Penambahan konsonan /h/ meja menjadi jumpa menjadi Penambahan konsonan /w/

haraga mejah jumpah

c.

semua

menjadi

semuwa

Proses penghilangan juga berlaku


a. b. c. d. e. f. Penghilangan vokal tengah agak tinggi /e/ terima menjadi trima Penghilangan vokal /a/ soalan menjadi solan Penghilangan konsonan /h/ sekolah menjadi skola Penghilangan konsonan /k/ tak mahu menjadi tamau Penghilangan konsonan /g/ menggunakan menjadi mengunakan Penghilangan konsonan /r/ besar menjadi besa

Proses Pemindahan Bahasa Ibunda

Dua perkataan bahasa Tamil digunakan dalam penulisan karangan bahasa Melayu. Perkataan-perkataan itu adalah:
/kaasi/ /maata/ kasi mata wang polis

Sewaktu murid-murid India berinteraksi sesama mereka terdapat fenomena percampuran kod bahasa Melayu-Tamil. Fenomena tersebut berlaku di peringkat penghasilan ayat. Ayat penyata paling banyak menghasilkan percampuran kod Melayu-Tamil.Contoh:

1. Saya sura ada tulis. (Saya ada menulis surat)


2. Itu vakkul suda peno. (Bakul itu sudah penuh) 3. Dia kooli kerja ada buat

Dia membuat kerja buruh (kuli) Secara keseluruhan murid-murid bersikap positif terhadap penggunaan bahasa Melayu. Oleh yang demikian jangkaan mereka terhadap bahasa tersebut turut menjadi positif. Unsur ekstralinguistik iaitu pendedahan bahasa murid bertindak secara bawah sedar ke atas Pembelajaran Terpendam. Berdasarkan data-data yang diperolehi, ketiga-tiga soalan kajian itu dapat jawapannya. Unsur-unsur linguistik bahasa ibunda yang terdiri daripada leksikal, makna kata, imbuhan dan binaan ayat memang ada mempengaruhi markah karangan bahasa Melayu murid-murid India walaupun dalam peratus yang berbeza-beza. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa unsur-unsur linguistik bahasa ibunda memang terdapat di dalam pertuturan percampuran kod bahasa Melayu-bahasa Tamil murid-murid India. Juga didapati ada pembolehubah ekstralinguistik bahasa ibunda yang dominan di kalangan murid India. Ia terdiri daripada penggunaan bahasa harian, sikap dan pendedahan bahasa murid-murid India itu. Kekerapan pembolehubah-pembolehubah itu berbeza-beza.
Ringkasan kajian

Dalam penulisan bahasa Melayu, aspek yang paling banyak menerima pengaruh bahasa ibunda ialah leksikal. Pengaruh itu dikesan melalui proses penggantian, proses penambahan dan proses penghilangan fonem-fonem. Antara tiga proses tersebut, proses penghilangan fonem vokal merupakan yang paling kerap berlaku. Aspek kedua yang paling kerap dipengaruhi bahasa ibunda ialah aspek penambahan dan ketiga ialah penggantian. Selain daripada itu, aspek binaan ayat yang mempengaruhi bahasa ibunda telah dikenal pasti. Binaan-binaan ayat itu mengalami proses pendepanan; iaitu pendepanan kata kerja, pendepanan kata kerja tunggal ada dan kata penekan juga, serta pendepanan kata hubung gabungan dan. Pertuturan bahasa Melayu muridmurid India tidak terkecuali daripada pengaruh bahasa ibunda khususnya pengaruh bunyi fonem vokal atau konsonan. Pengaruh itu hadir dalam aspek leksikal dan ayat. Berdasarkan keputusan kajian maka beberapa cadangan atau syor untuk membaiki kelemahan mempelajari bahasa Melayu di kalangan murid India akan dikemukakan. 1. Kesalahan sebutan dan ejaan berlaku di kalangan murid India akibat daripada pengaruh bahasa ibunda dengan cara penambahan, penghilangan dan penggantian fonem-fonem pada perkataan-perkataan bahasa Melayu. Guru

dapat mengatasi masalah tersebut dengan menerangkan terlebih dahulu kepada murid-murid struktur bunyi dan struktur kata sebenar bahasa Melayu sehingga murid-murid itu faham. Penerangan dapat dilakukan dengan membandingkan struktur bunyi dan struktur kata bahasa Melayu dengan bahasa Tamil. Guru juga boleh mengajar latihan menyebut perkataan-perkataan bahasa Melayu dengan cara latih tubi. Apa yang jelas ialah mengajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua memerlukan guru bahasa yang mengetahui deskripsi bahasa Melayu juga deskripsi bahasa ibunda murid-murid. Dengan pengetahuan tersebut guru lebih arif tentang keperihalan keadaan dua bahasa itu. 2. Bagi mengatasi masalah penggunaan bahasa Melayu yang dipengaruhi bahasa ibunda maka pembetulan kesilapan-kesilapan leksikal, morfologi, sintaksis dan semantik hendaklah dilakukan secara berperingkat-peringkat. Dalam keadaan tersebut, teguran spontan perlu diberi oleh guru sekiranya didapati murid menyimpang daripada fitur serta rumus bahasa Melayu baku. Guru dapat memberi pengayaan bahasa kepada kumpulan pandai dan kumpulan lembab diberi pengukuhan bahasa. Fenomena percampuran kod bahasa Melayu-Tamil di dalam bilik darjah boleh dikurangkan. Langkah yang sesuai bagi mengatasi masalah ini ialah dengan mengadakan perbincangan antara murid-murid dalam bahasa Melayu yang betul. Langkah ini dapat dilakukan dengan cara mengintegrasikan murid-murid menggunakan bahasa Melayu. Guru boleh membahagikan murid-murid yang kerap dengan yang jarang menggunakan bahasa Melayu. Integrasi murid dilaksanakan semasa perbincangan dalam kumpulan.Untuk menghidupkan suasana perbincangan maka konsep pertandingan antara kumpulan boleh dijalankan. Guru boleh memberi ganjaran dalam bentuk pujian, buku atau seumpamanya kepada kumpulan yang menggunakan kurang percampuran kod. Cara ini dapat menggalakkan murid-murid berbincang dengan menggunakan bahasa Melayu yang betul tanpa percampuran kod. Bagi mengatasi masalah murid yang tidak mempunyai cukup kosa kata bahasa Melayu, penyelidik mencadangkan strategi pembelajaran mencari makna kata berdasarkan kamus dan konteks klu. Strategi jenis ini sesuai untuk memantapkan kosa bahasa Melayu murid-murid India. Dalam pengajarannya, guru hendaklah tidak menekankan aturan-aturan tatabahasa terlebih dahulu. Penekanan patut ditumpukan kepada struktur ayat yang menerbitkan makna, iaitu dengan melihat makna kata dalam konteks ayat. Guru juga harus mengajar murid-murid untuk memahami makna kata dalam konteks budaya, tajuk dan situasi. Dengan yang demikian murid-murid dapat memahami makna kata dalam pelbagai konteks. Selanjutnya, murid-murid dapat mengaitkan makna sesuatu kata dengan kata-kata sinonim lain dalam konteks yang berbeza.

3.

4.

5.

Boleh juga diadakan latihan bercerita dalam bahasa Melayu sebagai asas program pendedahan bahasa. Latihan sedemikian dapat dilaksanakan dengan cara guru menayangkan filem, video atau rakaman perbualan, cerita, lagu dan seumpamanya.

Sebagai kesimpulannya, penyelidik ingin mengajukan cadangan kepada bakal penyelidik. Bakal penyelidik boleh menjalankan kajian jenis inferensi dengan menerapkan prosedur kumpulan eksperimen ujian pra dan ujian pasca. Di samping itu, bakal penyelidik boleh memajukan model percampuran kod yang telah diasaskan oleh Poplack (1980), Woolford (1983) dan Bokamba (1988). BIBLIOGRAFI Abdul Hamid Ahmad (1988) Pengaruh Bahasa Sungai dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia Baku. Penulisan Ilmiah Bacelor Pendidikan (PBMP), Universiti Pertanian Malaysia, Serdang. Antonia,C. (1981) Problems of Learning English as a Second Language. Singapore: Regional Language Centre. Bialystok,E. and Frohlich, M.(1977) Aspects of Second Language Learning in Classroom Settings. Working Papers on Bilingualism, No. 13. The Ontario Institute for Studies in Education. Clement,R.,Major,L.J.,Gardner,R.C., and Smythe, P.C.(1977) Attitudes and Motivation in Second Language Acquisition, London: Longman. Dulay, H.,Marina, B., and Stephen, K. (1982) Language Two.London: Oxford University Press. Farid, M.Onn., and Ajid Che Kob (1981) Pengaruh Bahasa Daerah dalam Proses Pembelajaran Bahasa Malaysia di Kalangan Pelajar-pelajar Melayu, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Norainah Dani (1993) Pengaruh Bahasa Ibunda Dalam Proses Pembelajaran Bahasa Melayu Pelajar-pelajar Dusun, Penulisan Ilmiah Master Sains, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Pertanian Malaysia, Serdang. Woolford,E.(1983) Bilingual Code_Switching and Syntactic Theory. Linguistic Inquiry, 14: 520-535.

You might also like