Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 32

TRANSFORMASI MASYARAKAT KANDUNGAN TEMA: BAB 5 Penjelajahan dan Campur Tangan Barat Tema 2.

1 BAB 6 Migrasi dan Proses Pembentukan Masyarakat Tema 2.2 BAB 7 Penentangan Terhadap Campur Tangan Barat Tema 2.3 BAB 8 Penerimaan dan Pengubahsuaian Tema 2.4

PENJELAJAHAN DAN CAMPUR TANGAN BARAT 5.1 Pengenalan 1. Penjelajahan kuasa-kuasa Barat ke Asia bermula pada abad ke-15 dan 16. Pada masa itu, penjelajahan mereka berkait rapat dengan konsep mekantilisme iaitu usaha untuk mendapatkan keistimewaan dari segi perdagangan. Hal ini berlaku kerana pada masa itu orang Eropah terpaksa bergantung kepada orang Arab untuk mendapatkan rempah yang amat diperlukan di Eropah. Mereka berhasrat untuk mendapatkan terus rempah dari Kepulauan Melayu yang akan dapat memaksimumkan keuntungan mereka. 2. Dasar mekantilisme kemudiannya berubah menjadi dasar imperialisme apabila kuasakuasa Eropah lebih agresif dan berlumba-lumba untuk menguasai wilayah-wilayah tertentu untuk kepentingan ekonomi dan politik. 3. Dasar imperialisme berkait pula dengan dasar kolonialisme atau penjajahan iaitu proses untuk mendapatkan kawasan atau wilayah baru, biasanya melalui peperangan. Seterusnya kuasa Barat itu memulakan system pentadbiran di kawasan tersebut. Kolonialisme membawa kepada penindasan politik, ekonomi dan sosial ke atas penduduk tempatan. 4.Subtopik ini menumpukan kepada dua perkara iaitu faktor-faktor yang menjadi pendorong campur tangan Barat di ketiga-tiga rantau Asia yang kita pelajari, dan yang kedua pula ialah cara kuasa Barat campur tangan sama ada melalui perjanjian, peperangan dan pengilhakan. 5.2 Faktor-faktor Campur tangan Kuasa Barat Faktor Ekonomi 1.Perkembangan Revolusi Perusahaan di Eropah menyebabkan kuasa Eropah mula mencari dan menguasai kawasan yang mempunyai bahan mentah untuk dibekalkan kepada perusahaan kilang dan untuk dijadikan tempat pemasaran barangan kilang mereka. Bijih timah diperlukan untuk membuat tin bagi menyimpan makanan dan minuman. Perusahaan bijih timah di Cornwall England telah merosot. Begitu juga dengan keperluan membuat enjin kereta. Getah pula diperlukan bagi menghasilkan tayar-tayar kereta. 1

Getah asli Kewujudan perusahaan baru di Eropah seperti perusahaan penjanaan kuasa elektrik memerlukan getah asli yang banyak kerana getah paling sesuai digunakan untuk menyalut dawai elektrik. Kemunculan perusahaan automobile dan ciptaan tayar angina getah telah menambahkan lagi permintaan untuk getah.

2.. Sasaran mereka ialah benua Asia yang kaya dengan pelbagai bahan mentah yang diperlukan serta mempunyai bilangan penduduk yang ramai. Lantaran itu wujud persaingan dalam menguasai kawasan yang kaya dengan bahan mentah bagi menjamin bekalan yang berterusan. Antara kuasa-kuasa Barat tersebut ialah Britain, Perancis, Belanda, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Jerman.

3. Di Myanmar, British ingin menguasai perdagangan kayu jati. Jika saingannya, Perancis menguasai Myanmar terlebih dulu, hasrat British untuk menguasai kayu jati tidak tercapai. Kayu jati digunakan untuk membina dan membaiki kapal. 4. Selain itu itu British juga ingin menggunakan Myanmar sebagai pangkalan kepentingan perniagaannya dengan Negara China. Berdasarkan kepentingan inilah British menghantar Kapten Michael Symes ke Myanmar untuk berunding dengan Raja Bodawpaya untuk berunding tentang sempadan Arakan, mengadakan perjanjian perdagangan dengan Myanmar dan meminta Myanmar menutup pelabuhan kepada saudagar Perancis. Myanmar hanya bersetuju menerima seorang Residen British manakala syarat lain ditolak. 5. Perancis berhasrat menguasai perdagangan di China melalui Sungai Mekong dan Wilayah Tongking di Vietnam. Disebabkan oleh kepentingan ekonomi dan bimbang Tongking akan dikuasai oleh kuasa Barat lain seperti Itali, Jerman dan Amerika Syarikat, Perancis menakluk Tongking pada tahun 1883. 6. Indonesia pula kaya dengan rempah-ratus terutamanya Acheh dan Maluku (terutamanya Ternate dan Tidore). British mahu menguasai hasil barangan India kerana hasil barangan India mendapat permintaan yang tinggi di negara-negara Barat. 7.British memerlukan hasil keluaran China untuk diperdagangkan di Eropah seperti teh dan sutera, dan menjadikan China sebagai pasaran barangannya. Bagaimanapun China menjalankan dasar tutup pintu dan perdagangan hanya dijalankan melalui Co Hong melalui pelabuhan Canton. 8.Kegiatan menangkap ikan paus di Lautan Pasifik kadangkala menyebabkan nelayan Amerika Syarikat terdampar di Jepun. Mereka dibawa ke Nagasaki dengan usungan tertutup yang sempit. Selepas disoalsiasat dan diseksa dan nelayan-nelayan itu terpaksa menunggu dalam tempoh yang lama sebelum dihantar ke Amerika Syarikat menerusi orang Belanda. 2 9.Perdagangan antara Amerika Syarikat dan China semakin berkembang. Justeru Amerika Syarikat perlu mencari tempat persinggahan untuk mendapatkan batu arang dan membaiki kapal. Jepun sesuai untuk tujuan ini. Faktor Politik

Mengikut Richard Storry, kapal-kapal asing seperti dari Rusia, British dan Amerika yang tiba di perairan Jepun apabila meminta sebarang bekalan, kadang-kadang tidak diberi. Anak-anak kapal yang singgah itu disuruh beredar dari pelabuhan itu secepat mungkin. Kapal dari Rusia berada beberapa bulan di Nagasaki cuba memujuk pihak berkuasa Jepun menerima utusan tetapi ditolak. Malah mereka diberitahu supaya jangan lagi menghantar kapal-kapal ke negeri Jepun.

1.Zaman imperialisme Barat yang berlaku pada abad ke-19 memperlihatkan kuasa-kuasa Barat seperti Britain, Perancis, Amerika Syarikat, Belanda dan Sepanyol berlumba-lumba antara satu sama lain untuk menguasai tanah jajahan demi kepentingan ekonomi mereka. 2.Di samping itu, ada dua lagi kuasa Eropah baru yang cuba menjalankan dasar imperialisme di Asia dan Afrika. Kuasa baru itu ialah Jerman dan Itali. Jerman yang disatukan Otto Von Bismark dan Itali pula disatukan Camilio de Cavour mampu menjadi pesaing untuk mendapatkan tanah jajahan. Jerman misalnya sudah menjalin hubungan perdagangan di Asia Tenggara melalui syarikat-syarikat Jerman dan orang perseorangan. 3.Kebimbangan campur tangan kuasa-kuasa Barat yang lain menyebabkan kuasa-kuasa tertentu tidak mengambil masa yang lama untuk campur tangan. Di Myanmar misalnya, Raja Mindon Minh telah berbaik-baik dengan Perancis dan Itali bagi melindungi kepentingannya daripada ancaman British. Berikutan itu, beberapa utusan diplomatik telah dihantar ke Itali, Perancis dan Amerika Syarikat. 4. British juga bimbang Perancis akan menguasai Myanmar Hulu. British semakin cemas apabila pengganti Mindon Minh, Raja Thibaw meneruskan dasar Mindon Minh yang berbaik-baik dengan kuasa Barat lain. 5. Saudagar-saudagar British telah mendesak kerajaan mereka supaya menguasai Myanmar Hulu. Akibatnya Gabenor Jeneral British di India membuat keputusan menakluki Myanmar Hulu. 6. Kuasa-kuasa Barat juga bersaing sesame sendiri untuk menakluki tanah jajahan kerana mereka menyanjung tinggi kuasa yang mempunyai tanah jajahan yang luas. Orang British dan Belanda sering menggunakan slogan beban orang putih untuk mendapatkan tanah jajahan. 7.Mereka mendakwa bahawa mereka lebih maju dan bertamadun. Oleh itu, timbul rasa tanggungjawab untuk memimpin orang timur kea rah kehidupan yang lebih sejahtera. Perancis pula menggunakan slogan tugas menyebarkan tamadun yang bermaksud mereka bertanggungjawab mentamadunkan orang timur. 8. Kerajaan British di India telah mengilhakan wilayah Qudh dengan alasan untuk menjaga kebajikan dan faedah-faedah yang dibawa oleh pemerintahan British ke atas kawasan-kawasan yang menghadapi masalah penyelewengan pemerintah tempatan. Faktor Agama 1.Salah satu aspek yang rapat dengan dasar imperialisme Barat ialah penyebaran agama Kristian di kalangan penduduk Asia. Penduduk Vietnam banyak yang memeluk agama Kristian ekoran kegiatan mubaligh Kristian Perancis. Kerajaan Vietnam menghalau keluar mubaligh Kristian dan menindas penduduk Vietnam yang beragama Kristian. Pada masa pemerintahan Maharaja Gia Long, baginda membenarkan agama Kristian, Buddha dan Confucius berkembang. 2.Pengganti baginda, Minh Mang mengamalkan dasar anti-Kristian. Sesiapa yang menganut agama Kristian dihukum bunuh. Pengganti baginda pula, Maharaja Thieu Tri 3 telah meluluskan undang-undang yang membuang negeri bagi sesiapa yang menganut
Rancangan Membunuh Pihak Perancis mengugut Thieu Tri supaya turun dari takhta. Baginda enggan melepaskan takhta dengan alas an ingin meyambut angkatan Perancis di Tourane pada tahun 1847. Sebenarnya baginda merancang menjemput wakil Perancis untuk menonton suatu pertunjukkan di istana dan kemudian membunuh mereka. Setelah itu, baginda merancang untuk menyerang kapal Perancis. Oleh sebab Perancis menolak pelawaan
3

agama Kristian dan sesiapa yang melindungi paderi akan dihukum bunuh serta paderi Perancis akan dibuang ke dalam sungai atau laut. Petempatan orang Kristian dibakar dan tanah mereka dirampas. 3. Di antara tahun 1851-1852, permusuhan antara Perancis dengan Vietnam semakin kritikal sehingga Paderi Augustin Schoeffler dan Paderi Jean-Louis Bonnard dihukum bunuh. Kerajaan Vietnam seterusnya mengeluarkan undang-undang melarang kemasukan mubaligh-mubaligh Kristian dan memusnahkan gereja-gereja. Keadaan ini menyebabkan Raja Perancis, Napoleon III berazam menakluk Vietnam. Akibatnya Tourane, Saigon dan kemudiannya Vietnam Selatan jatuh ke tangan Perancis. Faktor Perhubungan dan Teknologi 1.Perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan meningkatkan lagi keinginan kuasa-kuasa Barat untuk mempercepatkan dasar imperialisme. Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 menyebabkan jarak antara barat dan Timur dapat dipendekkan dan masa perjalanan dikurangkan. Oleh itu kos perdagangan dapat dijimatkan dan urusan perdagangan antara Barat dan Timur dapat dipercepatkan.4 2..Perkembangan perhubungan laut khususnya penciptaan kapal berkuasa wap mendorong dan mempercepatkan imperialisme Barat di asia Tenggara. Kapal laut boleh membawa muatan yang banyak, lebih selamat dan mempercepatkan perjalanan. 3. Selain itu ciptaan telegraf telah mempercepatkan lagi urusan perniagaan kerana peniaga-peniaga Eropah dapat menghubungi ejen-ejen mereka di kawasan lain dengan cepat. 5.3 Cara Kuasa Barat Campur Tangan 1. Secara umumnya terdapat tiga cara kuasa-kuasa Barat campur tangan di rantau Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur. Cara pertama ialah peperangan. Cara pertama ini dapat dilihat di Myanmar, Vietnam, Indonesia, Vietnam, Filipina dan China. Bagaimanapun peperangan yang tercetus mempunyai sebab-sebab yang berbeza antara satu negara dengan negara yang lain. 2. Cara kedua ialah melalui perjanjian. Meskipun begitu, cara termaktubnya perjanjian mempunyai persamaan dan perbezaan. Hal ini kerana di sesetengah negara, perjanjian yang ditandatangani tidak melibatkan peperangan, sementara di negara-negara tertentu perjanjian ditandatangani setelah berlakunya peperangan. Myanmar, China, Vietnam dan Indonesia adalah contoh negara yang menandatangani perjanjian setelah berlakunya peperangan.

baginda, Thieu Tri telah menyerang kapal Perancis. Angkatan Perancis bertindak menenggelamkan kapal Vietnam sebelum meninggalkan Tourine. 4 Terusan Suez Terusan Suez telah dibina oleh pihak Perancis yang diketuai oleh juruteranya yang bernama Ferdinand de Lesseps. Selepas dibuka pada tahun 1869, British sangat berminat untuk menguasai terusan ini kerana sebilangan besar kapalnya menggunakan terusan ini untuk pergi ke India, China dan Asia Tenggara yang kaya dengan bahan mentah. Peluang untuk menguasai terusan ini terbuka apabila Gabenor Mesir, Khedif dan salah seorang pemegang saham terusan ini hamper muflis. Khedif terpaksa menjual sahamnya sebanyak 45 peratus dan kedua-dua pihak iaitu British dan Perancis mahu membeli saham tersebut. Disraeli, Perdana Menteri Britain ketika itu meminjam modal daripada bank antarabangsa dan berjaya membeli saham tersebut.

3. Cara ketiga ialah melalui pengilhakan. Pengilhakan dijalankan melalui kekerasan seperti ugutan. Ada kalanya cara ini juga membawa kepada peperangan. Cara ini dapat dilihat melalui perluasan kuasa Inggeris di India dan Kampuchea. A. Cara Peperangan dan Perjanjian (Melibatkan China, Myanmar, Vietnam, Indonesia,) CHINA Isu Perdagangan 1. Pada abad ke-19, hubungan kuasa-kuasa Barat dengan China mengalami kesulitan pada pandangan orang-orang Barat. Hal ini timbul kerana kepentingan perdagangan antara kedua-dua pihak bercanggah. Percanggahan berlaku kerana orang Cina merasakan mereka tidak perlu barangan Barat disebabkan mereka mampu mengeluarkan sendiri segala keperluan yang dikehendaki. Negara China dianggap sebagai middle kingdom atau pusat tamadun dunia. Justeru semua kuasa hendaklah tunduk di bawah kuasanya. 5 2. Bagi orang Barat pula, perdagangan menjadi semakin penting ekoran meletusnya Revolusi Perindustrian. Saudagar-saudagar Barat terutamanya Inggeris mengharapkan keuntungan perdagangan yang berlipat ganda dengan negara China, namun impian mereka tidak kesampaian. Keadaan ini disebabkan kerajaan Manchu mengamalkan dasar tutup pintu, kadang-kadang disebut dasar pemencilan atau isolasi.menganggap perdagangan sebagai pekerjaan hina. Justeru, perdagangan tidak digalakkan terutama dengan kuasa-kuasa Barat. Sebaliknya perhatian diberikan kepada pertanian sara diri. 3. China mengenakan pelbagai sekatan ke atas saudagar asing. Saudagar asing dibenarkan melaksanakan urusniaga dengan China melalui pelabuhan Canton dan berurusan dengan pedagang yang dikenali sebagai Co Hong. Mereka tidak dibenarkan tinggal sepanjang tahun di Canton. Mereka hanya boleh tinggal di musim sejuk dan hanya di kawasan kilang mereka. Mereka juga tidak dibenarkan membawa ahli keluarga mereka ke Canton. Mereka perlu pulang ke Macao selepas berniaga dari bulan Oktober hingga Januari. Barang yang diniagakan juga ditentukan oleh Co Hong. 4. Saudagar asing tidak dibenarkan membawa wanita dan senjata ke China. Mereka juga dilarang berkahwin dengan wanita tempatan. Kapal perang tidak dibenarkan masuk. Orang asing juga hanya boleh bergerak dalam satu kumpulan melebihi 10 orang dan mereka dilarang mempelajari bahasa Cina. Isu Undang-undang 1.Faktor perundangan turut menjadi isu yang merenggangkan lagi hubungan China dengan kuasa-kuasa Barat. Mengikut sistem keadilan China seseorang yang dituduh melakukan jenayah adalah dianggap bersalah sehinggalah kebenaran dapat dibuktikan(guilty until proven innocent) manakala sistem keadilan Barat menegaskan

Pusat tamadun dunia Masyarakat China menganggap negara mereka sebagai Chung Kao atau pusat tamadun dunia. Mereka mempunyai tamadun yang lebih superior daripada tamadun lain. Mereka keberatan menjalin hubungan diplomatik dengan orang Barat kerana taraf mereka tidak sama. Orang China menganggap orang Barat sebagai orang gasar (fan len) dan hantu asing (fan Kwae).

seseorang yang dituduh melakukan kesalahan adalah dianggap tidak bersalah sehinggalah kesalahan dapat dibuktikan dengan jelas (innocent until proven guilty). 6 2. Begitu juga dengan falsafah undang-undang yang dianuti di China amat berbeza dengan falsafah undang-undang yang diamalkan di Barat. Undang-undang Barat berdasarkan konsep tanggungjawab individu iaitu hukuman hanya akan dijatuhkan kepada individu yang melakukan kesalahan sahaja. Sebaliknya di China, doktrin tanggungjawab berkumpulan diamalkan. Menurut doktrin ini, sekiranya seseorang individu melakukan kesalahan atau tidak dapat dikesan maka kumpulannya bertanggungjawab secara kolektif untuk menyerahkan salah seorang daripada mereka untuk menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh ahli kumpulan itu. 3.Hal ini dapat dilihat dalam kes Terranova yang berlaku pada tahun 1821. Dalam kes ini, Terranova yang berbangsa Itali, merupakan kelasi milik Amerika telah dituduh membunuh wanita Cina Kelasi kapal Emily itu diserahkan kepada kerajaan China demi menjaga hubungan perdagangan China-Amerika. Beliau dijatuhkan hukuman cekik sampai mati. 4. Dalam kes lain, beberapa kelasi British yang mabuk terlibat dalam pembunuhan Lin Wei Hsi di Kowloon. Penguasa British di Kowloon, Charles Elliot mereka dibicarakan mengikut undang-undang British. Mereka didapati bersalah dan denda 50 paun dan tiga bulan penjara. 5. Pihak berkuasa China tetap menuntut agar pesalah-pesalah tersebut diserahkan kepada mereka untuk diadili mengikut undang-undang negara China. Keengganan Inggeris memenuhi tuntutan itu menyebabkan hubungan antara kedua-dua pihak semakin renggang dan seterusnya membawa kepada meletusnya Perang Inggeris-China Pertama. Isu Candu 1.Saudagar-saudagar Inggeris amat memerlukan teh dan sutera dari China yang mendapat permintaan tinggi di Eropah. Keengganan China untuk membeli barangan dari Britain menyebabkan wujudnya perdagangan satu hala yang merugikan kerajaan Inggeris. Matlamat pihak Inggeris untuk menjadikan China untuk memasarkan barangan kilang mereka juga tidak tercapai. Akibatnya berlaku imbangan perdagangan yang tidak seimbang. Tambahan pula pedagang Inggeris hanya dibenarkan menggunakan wang emas dan perak untuk berdagang di negara China. Keadaan ini menyebabkan berlakunya pengaliran keluar wang emas dan perak yang banyak dari Britain ke China. 2. Bagi mengimbangi perdagangan yang berat sebelah itu, pedagang Inggeris membawa masuk candu dari India dan Turki ke China. Candu kemudiannya menjadi barangan yang paling digemari oleh masyarakat China tidak kira golongan bawahan dan atasan. Sekitar tahun 1839, terdapat kira-kira 4 juta orang China yang menjadi penagih candu. 3.Kemasukan candu yang banyak mengakibatkan pengaliran wang keluar yang banyak kerana nilai import candu melebihi nilai eksport the dan sutera. Pada tahun 1838 dan

Nyawa dibalas nyawa Dalam system mahkamah di negara China, tidak wujud Badan Penasihat Undang-Undang(Advice of Council) seperti yang diamalkan oleh orang-orang Barat manakala badan keadilan pula tertakluk kepada kuasa kerajaan semata-mata. Dalam kes bunuh, undang-undang China menuntut nyawa dibalas nyawa

1839, pengaliran keluar wang perak bernilai 37.9 juta pound. Keadaan ini telah menjejaskan ekonomi China. 7 4.Maharaja Tao Kuang pada tahun 1838 telah mengeluarkan perintah yang mengharamkan penggunaan dan perniagaan candu. Baginda mengawal rapi aktiviti penyeludupan candu. 5.Kerajaan China melantik Lin Tsu-hse sebagai Pesuruhjaya Canton. Beliau mengarahkan supaya candu tidak boleh dibawa masuk ke China. Saudagar asing dikehendaki menandatangani surat akuan yang menyatakan mereka tidak akan menjalankan perdagangan candu. 6. Candu hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa China dan jumlah candu yang diserahkan itu akan dibayar dengan teh bergantung kepada jumlah teh yang diserahkan. Baqgaimanapun arahan tersebut tidak dihiraukan oleh Penguasa Perniagaan British di Canton, Kapten Charles Elliot. Lin Tsu-hse bertindakbalas dengan mengarahkan tentera mengawal kediaman saudagar asing dan memutuskan hubungan perdagangan dengan pihak British. 8 7. Untuk memelihara keselamatan para pedagang Inggeris, Kapten Charles Elliot menyerahkan lebih 20 000 peti candu. Seterusnya Pesuruhjaya canton itu meminta saudagar-saudagar asing menandatangani akuan yang mereka tidak akan menjual candu di China lagi. 8.Kapten Charles Elliot pula menuntut supaya pihak China membayar ganti rugi candu yang dimusnahkan, tetapi tidak dilayan oleh pihak China. 9.Kedegilan kedua-dua pihak untuk memenuhi tuntutan masing-masing dirumitkan lagi dengan pembunuhan rakyat China bernama Lin Wei Hsi oleh beberapa kelasi Inggeris yang mabuk. Pihak berkuasa China mendesak supaya kelasi-kelasi tersebut diserah kepada mereka tetapi Kapten Elliot menolak kerana tidak mahu peristiwa Kapal Lady Hughes 9 dan peristiwa Terranova berulang kembali.
Jumlah import candu di China 1800-1820 = 4500 peti candu 1820-1830 = 10 000 peti 1838-1839 = 40 000 peti 8 Belot Pada 3 November 1839, pertempuran telah berlaku antara Kapal Perang Inggeris HMS Volage yang membedil kapal Royal Saxon yang juga milik Inggeris. Kapal Royal Saxon tidak sependapat dengan Elliot dan secara sulit menandatangani surat akuan dengan pihak berkuasa China untuk menghentikan penjualan candu di China. Sebagai balasan, mereka diberi kebenaran untuk berdagang di China. Kapal Perang China telah membalas bedilan HMS Volage bagi melindungi Royal Saxon. Peristiwa ini telah menandakan Perang inggeris-China yang pertama.
7

10. Peperangan tidak dapat dielakkan lagi dan pada awal November meletuslah Perang Inggeris-China 1 atau Perang Candu. Peperangan yang bermula pada tahun 1839 itu berakhir pada tahun 1842 setelah tentera Inggeris berjaya menawan Nanking dan selepas itu kedua-dua pihak bersetuju mengadakan rundingan pada bulan Ogos 1842. 11. Antara syarat-syarat Perjanjian Nanking ialah STPM 1998 K2/S8 i)Lima buah pelabuhan dibuka kepada rakyat dan saudagar British(Canton, Amoy, Foochow, Ningpo dan Shanghai) ii)China bersetuju membatalkan perniagaan antara saudagar asing dengan Co-hong. Saudagar British boleh berniaga dengan sesiapa sahaja yang mereka suka. iii)Konsol British ditempatkan di lima pelabuhan itu untuk mengawal warganegara British dan harta mereka. iv)Hong Kong diserahkan kepada British. v)Kerajaan China dikehendaki membayar 21 juta tael sebagai ganti rugi. vi)Kerajaan China mengakui British setaraf dengan mereka. vii)Kerajaan China bersetuju menyelaraskan cukai eksport pada kadar lima peratus dan cukai import pada kadar tiga peratus. 12.China tidak berpuas hati terhadap Perjanjian Nanking. Masalah saudagar asing, candu, perdagangan bebas tidak selesai. Tuntutan British untuk menyemak semula Perjanjian Nanking disokong oleh Perancis dan Amerika Syarakat. Pada tahun 1844, China menandatangani perjanjian dengan Amerika Syarikat yang dinamakan Perjanjian WangHsia dan dalam tahun yang sama China menandatangani perjanjian dengan Perancis yang dinamakan Perjanjian Whampoa. 13.Perasaan anti asing bertambah kerana kegiatan mubaligh Kristian di kawasan pedalaman, luar dari Canton. Ramai juga rakyat China yang berjaya dikristiankan. Perkembangan ini mengancam kebudayaan dan tradisi orang yang berpegang kepada kepercayaan nenek moyang, ajaran Confucius dan Taoisme. Seorang mubaligh Perancis,

Peristiwa Kapal Lady Hughes Peristiwa ini berlaku pada tahun 1784. Ketika kapal ini tiba di pelabuhan Whampoa, seperti biasa tembakan penghormatan telah dilepaskan. Secara tidak sengaja tembakan itu terkena dua orang Cina yang menyebabkan kematian. Seorang lagi tercedera. Pihak berkuasa di Canton mendesak supaya anak kapal yang terlibat diserahkan kepada mereka untuk dibicarakan mengikut system perundangan Cina. Kerajaan Manchu juga mengugut akan menyerang kilang-kilang Inggeris dan memutuskan hubungan perdagangan dengan dengan orang asing sekiranya individu yang melakukan itu tidak diserahkan kepada mereka. Inggeris terpaksa menyerahkan anak kapal tersebut. Anak kapal itu dicekik sampai mati tanpa dibicarakan.

Auguste Chapdelaine dihukum bunuh kerana didapati bersubahat dengan pemberontak yang menentang kerajaan China. 14.Peristiwa Lorcha Arrow membawa kepada Perang Candu Kedua 1856. Kapal ini milik pedagang China yang didaftarkan di Hong Kong. Kapten kapal berbangsa Inggeris. 12 kelasi kapal ini ditangkap oleh polis dan askar Canton kerana dituduh melindungi seorang lanun yang diburu kerajaan China. Polis dan askar Canton mengoyakkan bendera British. Tindakan ini dianggap sebagai satu penghinaan. 15. Konsol British di China, Harry Parkes mengemukakan bantahan mendesak kerajaan China membebaskan kelasi yang ditahan dan meminta maaf secara terbuka. Kerajaan China membebaskan tahanan tetapi tidak meminta maaf. 16. Parkes menjadikan peristiwa kapal Lorcha Arrow untuk melancarkan serangan ke atas China British membedil Canton pada Oktober 1856 dan bermulalah Perang InggerisChina Kedua.Akhirnya China menandatangani Perjanjian Tientsin dengan British, Amerika Syarikat (USA), Perancis dan Rusia pada bulan Jun 1858. 17. Antara syarat-syarat Perjanjian Tientsin ialah STPM 2001 K2/S8 i) Perwakilan asing yang terdiri daripada orang Inggeris, Perancis, USA dan Rusia dibenarkan menetap di Peking dan atas dasar persamaan taraf. ii)Orang asing dibenarkan bergerak bebas dan mempunyai hak melawat semua bahagian pedalaman dengan passport yang dikeluarkan oleh konsol asing dan ditandatangani oleh pegawai China tempatan. iii)Kapal asing mempunyai hak berniaga di Sungai Yang-tze hingga Hankow kira-kira 100 km. iv) Kerajaan China bersetuju untuk membuka pelabuhan tambahan untuk perdagangan asing iaitu Nanking, Hankow, Chingkiang dan Kiuching. v) Mubaligh Perancis bebas menjalankan kegiatan agama Kristian dan mempunyai hak perlindungan daripada pihak berkuasa negara China. vi)Orang asing yang melakukan jenayah di China akan diadili mengikut undang-undang Barat. vii)China dikehendaki membayar ganti rugi perang sebanyak empat juta tael kepada Inggeris dan dua juta tael kepada Perancis. vii)Tarif baru ke atas barangan import dan eksport ditetapkan sebanyak lima peratus ad valorem kecuali candu, teh dan sutera. 18. Perjanjian Tientsin tidak dapat menyelesaikan ketegangan antara kuasa-kuasa Barat dengan China. Kerajaan Manchu enggan mengiktiraf perjanjian tersebut. Cara diplomatik tidak dapat berfungsi lagi bagi memulihkan hubungan antara China dengan kuasa-kuasa Barat. 19. Pada bulan Jun 1860, Tentera Bersekutu telah menyerang Tientsin dan Peking. dan seterusnya merosakkan Istana Musim Panas Peking. Maharaja melarikan diri ke Jehol bersama permaisurinya Maharani Dowager. 20. Baginda melantik adiknya Putera Kung sebagai penggantinya. Akhirnya Putera Kung bersetuju mengadakan perundingan damai dengan pihak Inggeris. Perang Inggeris-China Kedua tamat pada bulan Oktober 1860 setelah Konvensyen Peking ditandatangani. 10
Kesan Konvensyen Peking jelas membuktikan kelemahan kerajaan Manchu. Peluang ini digunakan oleh kuasa-kuasa Barat untuk terus menekan China. Melalui perjanjian yang dibuat dengan Rusia, China kehilangan Semenanjung Siberia kepada Rusia. Penyebaran agama Kristian juga terus berlaku secara bebas sehingga mencemari adapt resam dan kepercayaan masyarakat tempatan.
10

21.Kesan konvensyen ini menyebabkan China bersetuju mengiktiraf semua syarat-syarat Perjanjian Tientsin. ganti rugi perang ditambah kepada lapan juta tael kepada Inggeris dan Perancis. 22. Mubaligh Perancis boleh membeli dan menyewa tanah serta membina bangunan di China. Pelabuhan Tientsin dibuka kepada perdagangan asing. Buruh Cina boleh dibawa ke luar negara. 23.Orang asing bebas ke kawasan pedalaman negara China dengan surat kebenaran yang ditandatangani oleh konsol mereka dan pegawai China. 24.Selain itu China telah membuka 11 buah pelabuhan untuk perniagaan dan penempatan wakil asing. Dengan itu dasar pemencilan negara China pun berakhir. MYANMAR Inggeris menguasai Myanmar setelah melalui tiga siri peperangan iatu Perang InggerisMyanmar I (1824-1826), Perang Inggeris-Myanmar II (1852-1853) dan Perang InggerisMyanmar III (1885-1886). 11 Perang Inggeris-Myanmar I (1824-1826) Faktor-faktor yang mencetuskan peperangan Isu Pelarian Orang Arakan 1.Raja Bodawpaya menjalankan usaha meluaskan kekuasaan Myanmar di kawasan sempadan Myanmar. Baginda menyerang dan menakluk Arakan yang bersempadan British-India. Arakan telah dikalahkan dan diletakkan di bawah penguasaan Myanmar. 2. Bodawpaya telah bertindak kejam terhadap penduduk Arakan. Harta penduduk tempatan dirampas. Penduduk Arakan lari ke Chittagong. Bodawpaya juga memaksa penduduk Arakan memasuki tentera menentang Siam dan menjadi buruh membina pagoda. Mereka sekali beramai-ramai lari ke Chittagong. Dalam usaha menggempur pemberontak Arakan, tentera Myanmar memasuki sempadan British. 3.Kehadiran pelarian Arakan ke wilayah Chittagong kurang disenangi oleh pentadbiran Inggeris kerana mencetuskan masalah sempadan antara Myanmar dan Inggeris di India. Raja Bodawpaya mendesak pihak Inggeris menyerahkan pemberontak Arakan yang mendapat perlindungan Inggeris di wilayah berkenaan. Pihak Inggeris enggan memenuhi tuntutan tersebut. Hal ini menyebabkan tentera Myanmar memasuki wilayah Inggeris bagi memburu dan menangkap pemberontak-pemberontak tersebut. Pihak Inggeris merasa tercabar dengan tindakan tersebut. Pemberontakan Chin Byan(1811) 1.Hubungan British-Myanmar bertambah runcing apabila timbulnya pemberontakan Chin Byan, ketua pemberontak Arakan. Myanmar menuduh British bersubahat dengan Chin
11

Pemerintah Myanmar pada abad ke-19 1. Raja Bodawpaya (1782-1819) 2. Raja Bagyidaw (1819-1837) 3. Raja Tharrawaddy (1837-1846) 4. Raja Pagan Min (1846-1853) 5. Raja Mindon Min (1853-1878) 6. Raja Thibaw (1878-1885)

10

Byan. Chin Byan dikatakan telah mempunyai pangkalan tentera di kawasan Chittagong dari telah melancarkan beberapa serangan ke atas Myanmar. 2.Tentera Myanmar cuba menangkapnya tetapi gagal. Untuk meyakinkan Myanmar, pihak Inggeris juga melncarkan gerakan menangkap Chin Byan tetapi tidak berjaya. Kegagalan tersebut menyebabkan Myanmar tidak puas hati dengan Inggeris dan menambahkan lagi ketegangan hubungan Myanmar dengan pihak Inggeris. Dasar campur tangan Myanmar di Manipur, Chachar, Assam dan Pulau Shahpuri. 1.Raja Bodawpaya melibatkan diri dalam hal-ehwal Manipur, Chachar dan Assam. Baginda membantu Manjit Singh menjadi Raja di Manipur setelah berjaya merampas kuasa daripada abang-abangnya. Saudaranya yang kalah meminta bantuan British. 2.Pada hari pertabalan Raja Bagyidaw, cucu Bodawpaya sebagai pemerintah keeanam Dinasti Konbaung, Raja Manipur tidak hadir dalam upacara tersebut. Alasan tersebut telah digunakan oleh panglima tentera Myanmar, Maha Bandula untuk menyerang Manipur. 3. Raja Manipur melarikan diri ke Chachar bersama sebahagian besar rakyatnya. Tentera Myanmar memburunya sehingga ke Chachar. Keadaan ini memaksa pemerintah Chachar lari ke Chittagong untuk mendapatkan bantuan Inggeris. 4. Pihak Inggeris seterusnya mengisytiharkan kekuasaannya ke atas ketiga-tiga kawasan tersebut iaitu Manipur, Chachar dan Assam. 5.Pulau Shahpuri ialah kepunyaan Inggeris. Sebuah kubu pertahanan telah didirikan di pulau tersebut. Pada tahun 1823, Myanmar telah menyerang pulau itu. Pihak Inggeris mendesak tentera Myanmar meninggalkan pulau itu 6. Sungguhpun Inggeris berjaya menguasai semula Pulau Shahpuri, namun apabila Maha Bandula cuba menyerang Chittagong menyebabkan Inggeris mengisytiharkan perang ke atas Myanmar pada bulan Mac 1824. Dengan itu bermulalah Perang Inggeris-Myanmar I. 7. Raja Bagyidaw akhirnya menyerah kalah dan bersetuju menandatangani perjanjian dengan pihak Inggeris. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Yandabo yang dimeterai pada bulan Februari 1826. 12 8.Syarat-syarat perjanjian ini ialah: i)Myanmar dikehendaki menyerahkan wilayah Arakan, Assam dan Tenasserim kepada British. ii)Myanmar tidak boleh campur tangan dalam wilayah Assam, Jaintia, Chachar dan Manipur. iii)Myanmar tidak boleh melakukan serangan ke atas Siam. iv)Myanmar diwajibkan membayar ganti rugi peperangan kepada British sebanyak 10 juta rupi. v)British akan menempatkan seorang Residen di ibu kota Myanmar. vi)Myanmar akan menempatkan seorang duta di Culcutta. vii)Satu perjanjian perdagangan yang berasingan akan dibuat antara Myanmar dengan British. 9. Selepas perjanjian ini, British menguasai Hilir Burma.
12

Kesan Perjanjian Yandabo a)Memalukan dan menjatuhkan maruah orang Myanmar b)British berjaya menguasai Myanmar Hilir c)Meletakkan asas campur tangan British ke seluruh Myanmar

11

Perang Inggeris-Myanmar II (1852-1853) Faktor-faktor yang mencetuskan peperangan Kesan Perjanjian Yandabo 1. Raja Bagyidaw berpendapat Perjanjian Yandabo berat sebelah dan menjatuhkan maruah Myanmar. Myanmar telah kehilangan wilayah-wilayah penting seperti Arakan dan Tenasserim. 2.Pengambilan kedua-dua wilayah itu dianggap sebagai satu rampasan terhadap hak rakyat Myanmar dan Myanmar masih menganggapnya sebagai tidak sah. Baginda tidak menghormati wakil British yang dihantar ke Myanmar dan enggan menubuhkan pejabat perwakilan Myanmar ke Culcutta serta tidak menghantar wakilnya ke situ.Tindakan baginda telah merenggangkan lagi hubungan Inggeris-Myanmar. 3. Pengambilan Arakan dan Tenasserim merugikan Myanmar. Hal ini kerana kawasankawasan tersebut kaya dengan pelbagai sumber seperti beras dan kayu jati. 4. Pihak Inngeris pula tidak berpuas hati dengan Perjanjian Yandabo kerana Myanmar mengengkari perjanjian ini Menurut Perjanjian Yandabo, Myanmar dikehendaki membayar 1000 juta rupee kepada Inggeris tetapi Myanmar enggan menyerahkan ganti rugi itu kepada pihak Inggeris. Layanan buruk terhadap pegawai British 1. John Crawford telah dihantar ke Myanmar (1826) untuk mengadakan rundingan tentang isu perdagangan. Hal ini termaktub dalam Perjanjian Yandabo yang menyatakan kedua-dua pihak akan membincangkan isu perdagangan secara berasingan. Kedatangan Crawford bertujuan mendapatkan kebenaran Raja Bagyidaw untuk mengeksport beras dari Ranggon. Utusan Crawford tidak mendapat layanan yang sewajarnya kerana Raja Bagyidaw enggan memberi kebenaran mengeksport beras dan perak. 2. Henry Burney dihantar ke Myanmar (1830) sebagai Residen Inggeris yang pertama. Beliau ditugaskan untuk berunding tentang ganti rugi perang, masalah sempadan dan hak perdagangan. Bagaimanapun tugasnya itu tidak kesampaian kerana Raja Bagyidaw menjadi tidak siuman. 3.Pengganti Bagyidaw, Raja Tharawaddy juga memberi layan buruk kepada Burney. Atas sebab keselamatan, pihak Inggeris telah menindahkan pejabat Residennya dari Amarapura ke Rangoon. 4.Pengganti Burney iaitu Richard Benson dan Wilham Mcleod juga tidak dilayan dengan baik. Akhirnya pentadbiran British terpaksa menutup pejabat Residennya di Myanmar pada tahun 1840. Layanan buruk terhadap saudagar Inggeris 1. Raja Pagan Min bersikap anti-British. Baginda memberi kuasa kepada gabenor Pegu, Maung Ok berurusan dengan British. Maung Ok juga anti-British. Beliau menghalang perniagaan saudagar British di bandar-bandar Myanmar. British pula mahukan kebenaran berniaga di kawasan pedalaman. 2.Maung Ok menuduh Kapten Shepperd dan Lewis melakukan penipuan dan terlibat dalam satu kes pembunuhan. Walaupun tiada bukti yang jelas, Mereka dipaksa

12

membayar ganti rugi sebanyak 1000 rupi. Pagan Min melucutkan jawatan Maung Ok tetapi enggan berunding tentang ganti rugi. 3.Komander Lambert menenggelamkan beberapa buah kapal di pelabuhan Myanmar. Pasukan tentera dihantar dan menuntut ganti rugi sebanyak 100 000 paun. British mengisytiharkan perang pada tahun 1852. 4.Kesan Perang Inggeris-Myanmar II ini menyebabkan British berjaya menguasai Arakan, Tenasserim dan Hilir Myanmar. Raja Myanmar hanya berkuasa di bahagian Hulu Myanmar sahaja(Myanmar Utara). 5.British juga menguasai hutan kayu jati yang banyak hasilnya. British meneruskan usaha untuk menguasai seluruh Myanmar. Myanmar pula cuba mempertahankan maruah dan kedaulatannya. Perang Inggeris-Myanmar III (1885-1886) Faktor-faktor yang mencetuskan peperangan Isu kasut 1.Walaupun Mindon Minh melaksanakan pelbagai pembaharuan, namun baginda masih berpegang kepada adat dan nilai-nilai tempatan. Antara tradisi yang masih dipegang kuat oleh Mindon Minh ialah adat menanggalkan kasut sebelum memasuki istana atau biara. 2.Mindon Minh turut mengarahkan wakil-wakil Inggeris yang ingin mengadap baginda menanggalkan kasut ketika memasuki istana. Peraturan tersebut dianggap menjatuhkan maruah bagi pihak Inggeris. 3.Pentadbiran Inggeris di India mengarahkan supaya pegawai-pegawai Inggeris tidak mematuhi peraturan berkenaan. Perkara tersebut membangkitkan kemarahan Raja Mindon Minh dan baginda bertindak mengusir wakil Inggeris itu dan memutuskan hubungan diplomatik dengan Inggeris. Peristiwa ini menjejaskan hubungan antara keduadua pihak. Keengganan Inggeris memulangkan wilayah Myanmar 1.Raja Mindon Minh kuat berpegang kepada agama. Baginda juga sukakan kedamaian dan bencikan peperangan. Oleh itu cuba berdiplomasi dalam hubungannya denga kuasakuasa Barat. 2. Pada peringkat awal, baginda berbaik-baik dengan pihak Inggeris dengan harapan agar pihak Inggeris memulangkan semula wilayah-wilayah Myanmar khususnya wilayah Pegu kepada Myanmar. 3.Kedegilan pihak Inggeris untuk berunding tentang isu tersebut menyebabkan Raja Mindon bersikap dingin terhadap Inggeris. Baginda mula mengubah dasar luarnya dengan menjalin hubungan dengan kuasa-kuasa Barat lain seperti Perancis, Itali dan Amerika Syarikat. 4.Oleh kerana tidak puas hati apabila pihak British tidak mengendahkan tuntutannya, baginda menghantar wakilnya ke London (Kuliwun Mungyi) untuk berbincang dengan Queen. Bagaimanapun wakilnya itu hanya dibawa berjumpa Setiausaha Luar Negeri British. British juga tidak senang dengan sikap Raja Mindon yang membuat hubungan dengan Perancis.

13

5. Lanjutan daripada itu, Raja Mindon telah menghantar utusan ke Paris untuk menandatangani perjanjian sulit bagi mendapatkan senjata. Inggeris cukup marah dengan tindakan baginda itu kerana jika Perancis membantu Myanmar, cita-cita Inggeris untuk menguasai politik dan ekonomi Myanmar akan terjejas. Perjanjian 1862, Myanmar berjanji menghapuskan cukai ke atas barangan yang dibawa ke Hilir Myanmar dan Irriwady. Myanmar juga memberi kebebasan kepada saudagar British menjalankan perniagaan sepanjang Sungai Irriwady. Myanmar juga bersetuju menempatkan seorang ejen British ditempatkan di Mandalay. British juga menuntut bahawa dalam Perjanjian 1867, Raja Myanmar hanya boleh memonopoli batu permata, kayu jati dan minyak. Bagaimanapun Raja Myanmar turut memonopoli perniagaan gula, gading dan gandum. Kekacauan politik dalaman Myanmar. 1.Raja Thibaw telah membunuh lebih 80 ahli keluarganya untuk mengelakkan cubaan rampasan kuasa. Keadaan yang tidak aman ini menyebabkan British menjadikannya sebagai alasan untuk menguasai Myanmar. 2.Kekacauan politik juga berlaku dan memburukkan lagi keadaaan di Myanmar. Misalnya terdapat cubaan untuk merampas takhta kerajaan oleh Putera Byingun. 3.Golongan saudagar di Rangoon bimbang dengan keadaan tersebut dan mendesak pihak Inggeris campur tangan dan menawan Myanmar Hulu. Pihak Inggeris juga mengambil keputusan menutup pejabat Residen di Mandalay pada tahun 1879. Hubungan Myanmar dengan Perancis Raja Thibaw turut membuat hubungan dengan Perancis. Baginda menghantar wakilnya ke Paris untuk menguruskan perjanjian perdagangan dengan Perancis. 2. Melalui perjanjian tersebut, Konsul Perancis dilantik di Mandalay. Syarikat Perancis dibenarkan membuka bank dan membina landasan kereta api di Mandalay. Perancis juga dibenarkan membina konsulnya di Mandalay. 3. Apa yang mengejutkan pihak Inggeris ialah pemerintah Myanmar telah memberi kebenaran kepada Perancis untuk mengendalikan beberapa perkhidmatan di Myanmar seperti perkhidmatan pos, mengendalikan kapal-kapal wap dan mengambil alih monopoli diraja. 4.Sesungguhnya hubungan baik Raja Thibaw dengan Perancis telah merenggangkan lagi hubungan Inggeris dan Myanmar. Isu Syarikat Perdagangan Bombay-Burma 1.. Syarikat Perdagangan Bombay-Burma dimiliki oleh Inggeris. Syarikat ini diberi konsesi menjalankan operasi pembalakan dan perdagangan kayu jati di Myanmar. 2. Raja Thibaw mendakwa syarikat ini mengambil kayu jati melebihi peruntukan yang diberikan dan menjalankan operasi di luar kawasan yang ditetapkan.Syarikat ini juga didakwa memberi rasuah kepada pegawai Myanmar dan tidak membayar gaji kepada pekerja Myanmar. 3.Syarikat ini dibicarakan oleh Hlutdaw dan didapati bersalah. Syarikat ini dikenakan membayar denda sebanyak 23 juta rupee kepada Raja Thibaw dan merampas hak pembalakan. 13
13

Ratu Suyalat

14

4.Syarikat tersebut membantah keputusan tersebut dan mendesak supaya Raja Thibaw mengadakan rundingan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Permintaan itu tidak dilayan oleh Raja Thibaw. 5.Pada Oktober 1885, pihak Inggeris memberi arahan kepada Raja Thibaw iaitu Raja Myanmar perlu mencari orang tengah untuk menyelesaikan masalah Syarikat Perdagangan Bombay-Burma dan dasar luar Myanmar akan ditentukan oleh British pada masa akan datang. 6. Raja Thibaw diberi tempoh lebih kurang sebulan untuk menjawab arahan atau permintaan tersebut. Sementara itu pihak British menghantar kira-kira 10 000 tentera dan memberi amaran kepada Raja Thibaw sekiranya jawapan yang diberikan kepada baginda tidak memuaskan. 7.Raja Thibaw mengemukakan jawapan seperti berikut: i) Baginda bersetuju membatalkan denda yang dikenakan kepada Syarikat Perdagangan Bombay-Burma sekiranya ada rayuan. ii) Myanmar juga bersetuju menerima wakil British dan ditempatkan di ibu kota Myanmar tetapi dasar luar Myanmar dikendalikan oleh Myanmar.. iii) Myanmar mahu meneruskan hubungan dengan Perancis dan kuasa-kuasa Barat lain. iv)Semua kuasa Barat akan diberikan hak perdagangan yang sama. 8.British tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut dan pada November 1885 British menyerang Myanmar. Setelah bertempur selama dua minggu, tentera British berjaya menguasai Myanmar Hulu. 14 9.Raja Thibaw dan keluarganya dibuang negeri ke India dan mangkat di sana pada tahun 1905. Dengan itu berakhirlah pemerintahan Dinasti Konbaung yang memerintah selama 130 tahun. 10. Myanmar menjadi tanah jajahan British sehingga diberi kemerdekaan pada tahun 1948.. VIETNAM STPM 2003 K2/S9

1.Perancis menjadikan isu agama sebagai alasan untuk menguasai Vietnam. Maharaja Gia Long telah menjalin hubungan yang baik dengan Perancis. Baginda telah menerima kemasukan agama Kristian di Vietnam. Dikatakan pada tahun 1800, lebih 300 000 penduduk Vietnam menganut agama Kristian. 2.Kemangkatan Maharaja Gia Long pada tahun 1820 menjejaskan hubungan PerancisVietnam. Penggantinya, Minh Mang bersikap anti-Barat. Baginda juga berpegang teguh kepada fahaman Confucius dan menentang agama Kristian. Dasarnya bercanggah dengan dasar ayahanda, Maharaja Gia Long.

Raja Thibaw sering dipengaruhi oleh permaisurinya Ratu Supayalat dalam setiap tindakan baginda. Ratu tersebut telah mengarahkan baginda menyingkirkan ramai menterinya, memenjara dan membunuh kerabat diraja yang boleh mendatangkan masalah kepada baginda. Ratu ini mempengaruhi Thibaw supaya melantik saudara maranya serta tokoh-tokoh yang disukainya memegang jawatan-jawatan penting dengan membelakangkan kerabat diraja Myanmar. 14 Kesan Perjanjian Inggeris-Myanmar III a) Seluruh Myanmar jatuh ke tangan British b) Myanmar dijadikan wilayah India c) Berakhirnya pemerintahan Dinasti Konbaung yang diasaskan oleh Alaungpaya pada tahun 1752

15

3.Baginda berpendapat kehadiran orang Barat dan agama Kristian menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan masyarakat Vietnam. Penganut agama Kristian mula mengasingkan diri dan meninggalkan adat dan tradisi orang Vietnam. 4.Baginda mula mengambil tindakan tegas terhadap penganut agama Kristian dan mubaligh-mubaligh Kristian. Baginda menangkap pendakwah Kristian dan menggubal undang-undang yang melarang kemasukan mubaligh Kristian ke Vietnam. Sesiapa yang menganut agama Kristian akan dihukum bunuh. Angkatan tentera Perancis pernah campur tangan dalam isu agama ini apabila berjaya membebaskan lima pendakwah Kristian yang ditahan dipenjara sementara menunggu hukuman bunuh ke atas mereka. 5. Selain itu, baginda juga mengambil tindakan memusnahkan gereja, melucutkan pegawai Perancis dan mengetatkan hubungan luar dengan orang-orang Barat selaras dengan pengamalan dasar tutup pintu. 6.Dasar anti-Kristian diteruskan oleh pengganti Minh Mang iaitu Maharaja Thien Tri dan Maharaja Tu Duc. Pada masa pemerintahan Tu Duc, gerakan anti-Kristian semakin kuat. Baginda meluluskan undang-undang yang mencatatkan bahawa sesiapa yang menganut agama Kristian akan dibuang negeri dan sesiapa yang melindungi paderi akan dihukum bunuh. Paderi Perancis pula akan dihukum buang ke dalam sungai atau laut. 7. Selain itu petempatan orang Kristian turut dibakar.Tanah mereka dirampas dan dibahagikan kepada mereka yang bukan beragama Kristian. 8. Hubungan antara kedua-dua pihak semakin tegang apabila dua paderi Perancis telah dibunuh iaitu Augustine Schoeffer dan Jean Louis Bonnard. Perancis membantah dan melancarkan serangan ke atas Vietnam. Perancis menguasai Saigon dan akhirnya pada tahun 1862, Maharaja Tu Duc mengaku kalah. 9.Satu perjanjian telah ditandatangani antara Perancis dan Vietnam. Syarat-syarat perjanjian tersebut ialah i) Orang Vietnam dibenarkan bebas beragama. Penganut Kristian bebas mengamalkan agama dan mubaligh Kristian bebas menyebarkan agama Kristian di seluruh Vietnam. ii)Perancis dibenarkan berdagang dan tinggal di tiga pelabuhan(Da Nang, Dalat dan Quang Yen) iii)Kapal-kapal Perancis boleh menggunakan Sungai Mekong untuk ke Kemboja. Kerajaan Vietnam dikehendaki membayar ganti rugi perang berjumlah empat juta piatres dalam tempoh 10 tahun. Sebahagiannya dibayar kepada pihak Sepanyol. iv)Kerajaan Vietnam tidak dibenarkan menyerahkan sebarang wilayahnya kepada manamana kuasa lain kecuali mendapat kebenaran Perancis. v) Perancis tidak wajib membantu Vietnam sekiranya berlaku peperangan. vi) Tiga wilayah diserahkan kepada Perancis(My Tha, Pulau Condore dan Hoa Gra Dinh) 10.Maharaja Tu Duc masih berdendam dengan Perancis. Baginda terus melakukan penindasan ke atas penganut Kristian. Alasan ini digunakan oleh Perancis untuk menakluk Tongking. 11. Selepas kemangkatan Maharaja Tu Duc, tentera Vietnam semakin lemah. Pemerintahan Vietnam diambil alih oleh Maharaja Hiep Hoe dan baginda bersetuju untuk menandatangani perjanjian dengan Perancis pada tahun 1883. 12. Antara syarat-syarat perjanjian tersebut ialah i) Vietnam diiktiraf sebagai negeri lindungan Perancis. Segala hal ehwal Vietnam dikuasai Perancis.

16

ii)Vietnam bersetuju menarik balik tenteranya di wilayah Tongking dan ini bermakna seluruh Vietnam berada di bawah kuasa Perancis. 15 INDONESIA 1.Perang Napoleon yang berlangsung di Eropah pada tahun 1793 di Eropah memaksa Belanda menyerahkan empayar mereka di Hindia Timur kepada British. Melalui Perjanjian Surat-Surat Kew yang ditandatangani anatara kedua-dua pihak, British dikehendaki memerintah buat sementara waktu dan menyerahkan kembali wilayahwilayah berkenaan apabila Perang Napoleon tamat. 2. Sebaik sahaja Perang Napoleon tamat pada tahun 1816, Belanda kembali ke Hindia Timur dan bermulalah campur tangan di Indonesia. 3.Perluasan kuasa Belanda bermula pada abad ke-19 di Sumatera. Belanda ingin menguasai hasil bijih timah dan lada. Kerajaan Palembang di bawah Sultan Badaruddin melancarkan serangan ke atas 87 orang Belanda dan 27 orang daripadanya terbunuh dan markas mereka dirobohkan. 2.Palembang juga menghadapi saingan dengan British. British menyerang Palembang pada tahun 1812. British melantik adik Sultan Badaruddin sebagai sultan. Sultan Badaruddin menyerah diri dan ditabalkan semula sebagai sultan. 3.Bagaimanapun selepas itu Sultan Najmuddin diiktiraf sebagai Sultan Persaingan terus berlaku antara kedua-dua saudara itu dan akhirnya angkatan Belanda datang ke Palembang 1818 menahan Sultan Najmuddin dan dibuang negeri ke Betawi. 4. Perluasan kuasa Belanda di Sumatera dilakukan berperingkat-peringkat kerana mereka mengamalkan dasar yang lebih berhati-hati yang berpandukan Perjanjian InggerisBelanda 1824. 5.Untuk melindungi kepentingan dan kedudukan mereka, Belanda terpaksa mematahkan kegiatan lanun pemerintah-pemerintah yang masih mempunyai hubungan dengan pihak British. 6.Sultan Siak misalnya telah meminta bantuan seorang pedagang British yang bernama Wilson apabila diancam oleh musuhnya. Wilson berjaya menumpaskan musuh Sultan Siak itu. Namun Wilson kemudiannya merampas Siak untuk dirinya. 7. Tindakan Wilson membimbangkan pihak Belanda. Belanda mengusir Wilson. Akhirnya Belanda menandatangani satu perjanjian dengan Sultan Siak yang menghendaki Sultak Siak meletakkan Siak dan tanah jajahannya di bawah pengaruh Belanda. 8. Perjanjian Sumatera 1871 ditandatangani antara British dan Belanda yang memberi kebebasan kepada Belanda untuk mengukuhkan kedudukannya di seluruh Sumatera. 9.Kedudukan Belanda di Indonesia semakin kukh selepas kemenangannya dalam Perang Jawa (1825-1830). Belanda ketika itu menghadapi krisis kewangan yang serius. Hal ini
Peperangan di Filipina. -Sepanyol menguasai Filipina sejak abad ke-16 lagi. Penguasaan Filipina berterusan sehingga tahun 1898.apabila dikalahkan oleh USA. USA menguasai Filipina melalui peperangan. Peperangan yang berlaku adalah antara tentera Sepanyol dan USA. Peperangan ini dikaitkan dengan letupan kapal USA yang bernama Maine, yang disyaki dilakukan oleh pihak Sepanyol. Angkatan USA menyerang Sepanyol di Filipina Oleh kerana tentangan yang hebat daripada Sepanyol, USA dikatakan meminta bantuan pemimpin tempatan iaitu Aguinaldo. Akhirnya Sepanyol mengaku kalah pada tahun 1898.
15

17

disebabkan terpaksa menanggung hutang perangnya yang tinggi dalam Perang Napoleon dan Perang Jawa. 10. Untuk tujuan itu, Belanda telah memperkenalkan tiga dasar ekonomi di Indonesia iaitu Sistem Tanaman Paksa, Dasar Liberal dan Dasar Etika.16 B Campur Tangan Tanpa Peperangan (Perjanjian) JEPUN 1.Seperti negara-negara Barat lain, USA mempunyai banyak kepentingan dengan Jepun terutamanya dari segi ekonomi. Aktiviti penangkapan ikan paus semakin berkembang pesat. Anak kapal USA sering terkandas di pinggir laut Jepun telah dilayan dengan buruk. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pelaut USA. 2. Di samping itu, perdagangan antara USA dan China semakin maju. Sehubungan itu, kapal-kapal USA memerlukan sebuah pelabuhan persinggahan yang sesuai untuk mendapatkan bekalan air, arang batu dan membaiki kapal. 17 3.Atas alasan di atas ini, USA berhasrat menjalin hubungan dengan Jepun. Pada tahun 1853, angkatan USA di bawah Komoder Perry menghampiri Nagakasi dan memberi kata dua kepada Shogun supaya membuka perdagangan kepada kuasa luar. Beliau akan datang lagi dengan angkatan yang lebih besar pada tahun hadapan . 4. Pada tahun 1854, Perry datang semula. Jepun di bawah pemerintahan Shogun Tokugawa tidak mempunyai pilihan lain selain terpaksa akur dengan kehendak USA. Pada bulan Mac 1854, termeterailah Perjanjian Kanagawa. 18 STPM 1998 K2/S8 5. Syarat-syarat perjanjian adalah seperti berikut i) Jepun akan memberi bantuan dan bekalan kepada kelasi serta kapal USA yang terkandas. ii)) Dua buah pelabuhan akan dibuka iaitu Shimoda dan Hakodate kepada kapal-kapal USA mendapatkan bekalan dan berdagang. iii) USA diberi kebenaran melantik seorang konsul di Shimoda. iv) USA diberi layanan most favoured nation 6. Perjanjian Kanagawa telah merintis hubungan Jepun dengan kuasa-kuasa Barat lain. Jepun kemudiannya membuat perjanjian dengan kuasa-kuasa Barat seperti British(1854), Rusia(1855) dan Belanda(1856). Syarat utama dalam perjanjian tersebut ialah: i) Kebenaran mendapatkan bekalan di pelabuhan Shimoda, Hakodate dan Nagasaki.
Penguasaan Perancis di Laos berlaku melalui peperangan. Namun peperangan berlaku bukannya dengan Perancis sebaliknya antara Siam dan Perancis. Laos mengakui pertuanan Siam dan menghantar ufti ke Siam. Perancis tidak menyenanginya. Perancis meminta Laos menghantar ufti kepadanya. Laos meminta bantuan Siam, Siam berjaya dikalahkan. Siam menyerahkan Laos kepada Perancis.
17

16

Pegawai Kanan Tentera Luat USA, Perry ditugaskan untuk: a) membuka satu atau dua pelabuhan untuk perdagangan b) hak membeli arang batu di pelabuhan-pelabuhan tertentu c) satu jaminan anak-anak kapal USA yang kapalnya karam akan diberi perlindungan dan dilayan dengan sempurna.. 18 Kesan Perjanjian Kanagawa a)Kuasa Barat lain seperti Belanda, Rusia, Britain dan Perancis menandatangani perjanjian perdagangan dengan Jepun. b)Jepun dibuka kepada kuasa-kuasa Barat. c) Hubungan diplomatic atas dasar persamaan taraf telah ditetapkan.

18

ii)Kebenaran berurusniaga dengan pihak Jepun iii) Hak tempat tinggal bagi lelaki di Nagasaki iv)Kebenaran melantik konsol v)Bidang kuasa perundangan 7. USA memperbaharui perjanjian yang dibuat dengan Jepun. Wakil USA Townsend Harris telah membuat perjanjian dengan pihak Jepun 1858. Antara syarat-syarat perjanjian itu termasuklah: i) pertukaran diplomat di ibu kota masing-masing ii) pembukaan pelabuhan-pelabuhan baru kepada pedagang-pedagang asing iii) Seorang menteri ditempatkan di Edo (Tokyo). 8.Dasar buka pintu Jepun berlanjutan dan diperkukuhkan semasa era pemerintahan Meiji pada tahun 1868. Dasar yang diamalkan ini (buka pintu) menjadikan Jepun terselamat daripada ancaman kuasa-kuasa Barat. THAILAND 1.Sebagai seorang pemerintah yang peka kepada perkembangan politik di Asia, Mongkut menyedari bahawa tekanan dan pencerobohan kuasa-kuasa Barat akan mengancam kedaulatan Siam. 2.Baginda sedar dasar pemencilan dan sikap degil kepada kehendak kuasa Barat seperti yang diamalkan di Myanmar dan China bukan sahaja gagal menyekat kemaraan kuasakuasa Barat tetapi juga membawa kepada penjajahan kuasa Barat ke atas sesebuah negara di Timur. 3. Demi mengekalkan kemerdekaan Siam, Mongkut telah memulakan dasar buka pintu dan melakukan pemodenan di Siam. Baginda telah menandatangani satu perjanjian persahabatan dengan Inggeris yang dikenali sebagai Perjanjian Bowring 1855. 4. Antara syarat-syarat Perjanjian Bowring ialah i) cukai ke atas barangan import dihadkan kepada tiga peratus ad valorem dan cukai ke atas barangan eksport sebanyak lima peratus advalorem ii) eksport beras dibenarkan iii)kapal British boleh memasuki semua pelabuhan Siam iv)pihak British dibenarkan mengimport candu, tetapi mesti mematuhi undang-undang v) British diberi hak wilayah asingan di Siam vi) Seorang konsol British akan dilantik dan ditempatkan di Bangkok 5.Dengan perjanjian ini Siam didedahkan dengan perdagangan antarabangsa. Kesannya penguasaan golongan bangsawan dalam bidang perdagangan semakin merosot Sistem kewangan Siam disusun semula. 6.Siam kemudiannya menandatangani perjanjian dengan USA(1855), Perancis (1856), Belanda(1860) dan Prusia (1862). Siam menjalankan pembaratan, menamatkan pemencilan dan berjaya mengekalkan kemerdekaannya. 19 BRUNEI
Mongkut dan Chulalongkorn mengamalkan dasar tolak-ansur terhadap kuasa-kuasa Barat. Tolak-ansur yang dapat disesuaikan dengan kehendak dan tuntutan ekonomi yang diminati oleh kuasa Barat. Meskipun dasar seperti ini sekali pandang menggambarkan kelemahan pemerintah tetapi dasar tersebut terbukti banyak menguntungkan Siam dari segi maruah. Siam tidak menggadai kedaulatan negaranya dan tetap menjadi sebuah negara yang merdeka.
19

19

1. Wilayah Brunei iaitu Sarawak diduduki oleh James Brooke, rakyat British. Brooke mendapat Sarawak setelah terlibat dalam membantu Pangeran Muda Hashim dalam mengatasi kekacauan yang disebabkan oleh penentangan penduduk tempatan terhadap pemerintahan Pangeran Indera Mahkota. 2.Pangeran Muda Hashim menyerahkan Sarawak kepada James Brooke melalui perjanjian pada tahun 1841. James Brooke kemudiannya mengembangkan pengaruh dan menguasai daerah Brunei di Sarawak. 3.Kegiatan James Brooke telah mengancam kedudukan dan keselamatan Brunei. Justeru Brunei menandatangani perjanjian dengan British 1847 untuk mendapat perlindungan. Pada tahun 1888 sekali lagi Brunei menandatangani perjanjian dengan British. 4.Syarat-syarat perjanjian: i)Brunei akan terus diperintah oleh sultan dan penggantinya sebagai negeri yang merdeka, di bawah perlindungan Great Britain. ii).Sekiranya ada sebarang persoalan tentang hak mewarisi takhta Brunei, persoalan itu hendaklah diputuskan oleh baginda Queen. iii) Hubungan Brunei dengan semua negeri asing akan diputuskan oleh kerajaan Baginda Queen. iv)Kerajaan baginda Queen berhak menempatkan pegawai-pegawai Konsul British di sebarang tempat di Brunei. v)Penyerahan sebarang bahagian wilayah Brunei mestilah dipersetujui oleh kerajaan Queen. vi)Pengadilan awam dan jenayah terhadap rakyat British atau harta benda mereka dalam Brunei adalah terserah kepada Baginda Queen.

C Campur Tangan Melalui Pengilhakan 1.Walaupun cara pengilhakan bukan melalui proses peperangan tetapi kuasa-kuasa Barat turut menggunakan kekerasan iaitu memeras ugut pemerintah tempatan bagi meluaskan pengaruh mereka. Adakalanya cara ini juga melibatkan peperangan. 2. Cara ini digunakan di India, Kampuchea dan Vietnam. INDIA STPM 2003 K2/S9 1. Proses pengilhakan di India dilakukan oleh British pada abad ke-19 melalui tiga zaman iaitu zaman Lord William Bentick(1825-1835), zaman Lord Ellenborough(1836-1846) dan zaman Lord Dalhousie(1846-1856). 2.Bentick yang menjadi Gabenor India telah mengilhakan beberapa wilayah seperti Cachar, Coorg dan Mysore. Raja Chachar mangkat tanpa waris. Atas permintaan penduduk tempatan Bentik mengilhakan kawasan tersebut. 3. Di Coorg dan Mysore, beliau telah menggunakan alasan penyalahtadbiran pembesar tempatan untuk menjalankan pentadbiran dengan adil dan stabil. Penduduk tempatan juga dikatakan menyokong beliau. 4.Lord Ellenborough ingin merampas Sind. Beliau membuat beberapa tuduhan terhadap amir-amir di Sind. Amir-amir dipaksa menyerahkan bahagian yang lebih besar wilayah-

20

wilayah mereka dan melepaskan hak mereka untuk membuat mata wang sendiri. Hanya mata wang Inggeris diakui sah. 5. Amir-amir menjadi marah dan menyerang pihak British. Mereka ditewaskan dan Sind diletakkan di bawah pentadbiran British. 6.Ellenborough juga mengilhakan wilayah Gwalior dan Paniar setelah kematian ketua puak Maratha yang digeruni iaitu Daulat Rao Sindhia. 7. Lord Dalhousie meneruskan usaha untuk mengilhakan lebih banyak wilayah-wilayah di India. Beliau menggunakan tiga cara. cara pertama ialah menakluk Punjab. Beliau mengisytiharkan perang ke atas kaum Sikh dan mengalahkan mereka di Gujerat. Akhirnya Punjab diilhakan. 8. Cara kedua yang dilakukan oleh Dalhousie ialah melalui Undang-undang Lesap Waris(Doctrine of Lapse). Menurut doktrin ini, mana-mana pemerintah yang tidak meninggalkan waris keturunannya selepas kemangkatan mereka, secara automatic negeri itu akan jatuh kepada pihak British. 9.Beberapa wilayah diperoleh British melalui doktrin ini iaitu Sarata, Jaipur, Jhansi dan Tanjore. 10.Cara ketiga ialah melalui kebaikan untuk diperintah. Cara ini dilakukan atas alasan berlakunya penganiayaan, kezaliman dan ketidakstabilan politik dalam sesebuah negeri. Pentadbiran Qudh dikuasai Nawab Khan. Qudh berada dalam huru-hara dan amalan rasuah berleluasa. Lord Dalhousie kemudiannya menggunakan cara ketiga ini untuk mengilhakan Qudh. 20

KAMPUCHEA ( KEMBOJA) 1.Vietnam dan Siam sering bersaing untuk menguasai Kemboja pada abad ke-19. Kemboja terpaksa menghantar ufti kepada Vietnam dan Siam untuk mengekalkan kedaulatannya. 2.Bagi menghalang pengaruh British dan Siam, Perancis berusaha menguasai Kemboja bagi dijadikan negeri penampan. 3.Perancis turut campur tangan di Kemboja akibat berlaku masalah perebutan takhta kerajaan semasa pemerintahan Raja Norodom. Penglibatan pihak Perancis telah di bantah oleh Siam. 4.Satu perjanjian telah ditandatangani antara Perancis dan Siam. Perjanjian ini membolehkan Kemboja menjadi negeri naungan Perancis kesan daripada Siam menarik tuntutan ke atas Kemboja. Keadaan ini menamatkan persaingan antara Perancis dan Siam dalam soala Kemboja. Sebagai balasan, kedaulatan Siam ke atas Battambang dan Siem Reap diakui British. 5.Laksamana Bonnard telah melawat Raja Norodom pada tahun 1862. Baginda telah diminta untuk membayar ufti kepada Perancis dan bukan kepada Vietnam.

Lord Dalhousie telah menawarkan satu perjanjian baru kepada Nawab. Mengikut perjanjian tersebut, Syarikat Hindia Timur Inggeris akan mengambil alih kerajaan Qudh manakala Nawab dibenarkan mengekalkan gelarannya dan dibayar 15 000 000 rupi. Apabila Nawab enggan menandatangani perjanjian tersebut, Lord Dalhousie mengambil keputusan untuk mengilhakan Qudh atas alas an penyelewengan dan penyalahtadbiran tempatan.

20

21

6. Satu perjanjian telah ditandatangani oleh Raja Norodom dengan Perancis pada tahun 1863 selepas dipaksa oleh pihak Perancis. Perjanjian ini ialah untuk menghentikan penghantaran ufti ke Vietnam dan Siam. Rumusan Kuasa Barat meminati benua Asia atas faktor ekonomi walaupun terdapat sebab-sebab politik dan agama. Demi mencapai matlamat ekonomi, kuasa-kuasa Barat sanggup melakukan apa saja yang termampu termasuk kehilangan nyawa. Tiga cara mereka lakukan untuk menguasai negara-negara berdaulat di Asia iaitu cara peperangan, perjanjian dan pengilhakan. Di negara Thai, walaupun British campur tangan melalui Perjanjian Bowring tetapi tidak diakhiri dengan penjajahan kerana kebijaksanaan pemerintah Thai yang rela menerima Barat sebelum Barat menggunakan kekerasan. Jepun juga bernasib baik kerana tidak banyak karenah kepada Barat. Biarpun begitu, campur tangan Barat telah memulakan gerakan untuk membebaskan tanah air khususnya untuk memerdekakan negara masing-masing ataupun pemodenan seperti yang berlaku di Thailand dan Jepun. Soalan latihan 1.Sejauh manakah masalah candu menjadi faktor utama yang mencetuskan Perang Candu 1839-1842?. Bincangkan. 2. Sejauh manakah faktor ekonomi menjadi dorongan utama penglibatan British di China dan Myanmar? Bincangkan. 3.Bincangkan cara perjanjian yang digunakan untuk menguasai China dan Jepun oleh kuasa-kuasa Barat. 4.Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan kuasa-kuasa Barat campur tangan di Indonesia dan Vietnam. 5. Bincangkan penglibatan pihak Inggeris di India pada abad ke-19. 6.Bandingkan kejayaan campur tangan Inggeris di China dan Myanmar sehingga penghujung abad ke-19.

22

Tema 2.2 BAB 6 Bab 6 : Migrasi dan Proses Pembentukan Masyarakat.

SUBTOPIK DAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN SUPTOPIK 6.1 Pengenalan HURAIAN Mengetahui latar belakang kemasukan masyarakat Cina dan India ke Asia Tenggara Menghuraikan struktur masyarakat di Asia Tenggara selepas kemasukan orang India dan China ke negera-negara berkenaan

6.2 Pembentukan Masyarakat di Asia Tenggara

Fokus Bab Ini 6.2 Pembentukan Masyarakat di Asia Tenggara

23

Bab 6 : Migrasi dan Proses Pembentukan Masyarakat. . 6.1 Pengenalan. 1.Kedatangan serta penguasaan penjajah Barat di negara-negara di Asia Tenggara telah memberikan impak yang cukup mendalam, ketara dan berpanjangan. Dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kuasa-kuasa Barat telah menyediakan satu ruang yang cukup sesuai untuk menarik minat masyarakat luar rantau ini berhijrah ke Asia Tenggara. 2.Kedatangan orang Cina dan India bukan sebagai pedagang atau mubaligh seperti sebelum ini sebaliknya sebagai imigran ekonomi. Satu sistem membawa masuk imigran ke Asia Tenggara telah diwujudkan dan telah dikendalikan oleh ejen-ejen Barat. 3.Golongan imigran inilah kemudiannya dipertanggungjawabkan oleh penjajah untuk menjalankan sektor ekonomi di sesebuah negara. Untuk menghalalkan kemasukan mereka, penjajah melahirkan idea bahawa masyarakat tempatan tidak mahu bekerja dalam sektor ekonomi yang telah diwujudkan seperti sektor perlombongan dan perladangan. 4.Mereka juga mendakwa masyarakat tempatan sangat sukar untuk dikawal atau enggan mematuhi arahan yang diberikan. Kemasukan imigran telah membantu menjayakan motif penguasaan ekonomi kuasa penjajah. 5.Migrasi sering dirujuk sebagai faktor penting yang membawa kepada perubahan kependudukan di satu-satu negara. Migrasi boleh didefinisikan sebagai suatu bentuk mobiliti ruang yang berlaku antara satu unit atau kawasan yang membabitkan perubahan tempat tinggal ke tempat yang baru. 6.Migrasi boleh dibahagikan kepada dua iaitu migrasi tetap dan migrasi sementara. Migrasi di Asia Tenggara telah menyebabkan struktur masyarakat sesebuah negara berubah. Masyarakat di Asia Tenggara tidak lagi hanya mempunyai satu bangsa sahaja.. 7.Kesan lain ialah wujudnya perbezaan agama, budaya dan cara hidup dalam masyarakat tersebut. Seringkali juga migrasi telah menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan penduduk tempatan. 8.Dari abad ke-19 hingga Perang Dunia Kedua, kebanyakan imigran yang memasuki Asia Tenggara adalah bersifat persinggahan sementara untuk memperoleh rezeki yang baik. 9.Di samping itu wujud juga kemasukan imigran dari sebuah negara ke negara lain yang merupakan rancangan untuk memindahkan sebahagian daripada penduduk di kawasan yang padat. Dasar ini dilakukan oleh Belanda dilakukan di Pulau Jawa oleh Belanda manakala British juga melaksanakannya di Myanmar dengan membawa masuk imigran India.

24

10.Kedatangan imigran ke Asia Tenggara telah melahirkan satu bentuk masyarakat baru. Mereka mengamalkan adat, budaya, pekerjaan yang berbeza berbanding masyarakat tempatan. Keadaan ini mewujudkan masyarakat majmuk. 21 11.Masyarakat majmuk mempunyai ciri-ciri hidup secara berkelompok berdasarkan bangsa, kurang berinteraksi dengan kaum lain, mengekalkan identiti budaya asal serta menceburi bidang ekonomi tertentu. 12.Di Indonesia dan Thailand, negara berkenaan telah menjalankan dasar mengsiamkan dan mengindonesiakan orang Cina yang telah menyerapkan tradisi dan budaya tempatan dengan mengamalkan cara hidup tempatan dan menggunakan namanama tempatan. 6.2 Pembentukan Masyarakat di Asia Tenggara Pembentukan Masyarakat Myanmar 1.Ketika penjajahan British, kemasukan secara beramai-ramai orang India dan Cina berlaku di Myanmar akibat peraturan kemasukan yang longgar ke Mynamar. Dari tahun 1834 hingga 1937, lebih 30 juta orang India berhijrah dan dari segi geografinya, Myanmar telah menjadi sasaran golongan imigran ini. 2.Keadaan ini semakin mudah apabila pentadbiran Myanmar telah disatukan dengan pentadbiran India. Kemasukan imigran India ke Myanmar mengurangkan kesengsaraan di India dan menawarkan tenaga buruh yang akan membawa pembangunan Myanmar berjalan dengan lancar. Tumpuan ruang pekerjaan adalah dalam sektor pertanian, perusahaan dan perburuhan. 3.Malah pihak British memberi subsidi perjalanan kepada sesiapa yang ingin bekerja di Myanmar. British juga membawa sebilangan orang India untuk membantu mereka dalam bidang pentadbiran. 4.Oleh kerana orang India boleh menguasai bahasa Inggeris dan biasa dengan pentadbiran Inggeris, pekerja India lebih murah dan menguntungkan untuk bekerja dalam sektor-sektor perkhidmatan, pendidikan dan perubatan. Malah orang India telah mendominasi pekerjaan dalam bidang perubatan dan keadaan ini telah menyebabkan peluang penduduk tempatan untuk membabitkan diri dalam bidang ini tersekat. 5.Kemasukan orang India ke Myanmar sangat ketara dalam sektor penanaman padi secara komersial. Keluasan tanaman padi telah meningkat dari enam juta ekar kepada lapan juta ekar pada awal abad ke-20. Kadar kemasukan buruh India ialah 15 000 orang setahun. Menjelang tahun 1900, jumlah buruh India di Myanmar ialah 250 000 orang manakala dalam tahun 1927 mencecah angka 430 000 orang. 22 6.Kemasukan orang India ke Myanmar melalui beberapa cara. Cara pertama ialah melalui syarikat-syarikat persendirian. Kedua melalui kerajaan dan ketiga secara persendirian.
21

Masyarakat Majmuk Mengikut J.S.Furnivall, masyarakat majmuk merupakan pembentukan sebuah masyarakat yang terdiri daripada pelbagi kumpulan etnik dan kaum yang tinggal di bawah satu unit politik yang sama. Akan tetapi mereka hidup secara berasingan dan tidak bersatu padu disebabkan oleh amalan kebudayaan dan agama yang berbeza. 22 Jumlah kemasukan orang India ke Myanmar 1901-1905 = 179 800 orang 1921-1925 = 367 100 orang 1926-1930 = 405 000 orang

25

7.Masalah timbul apabila orang India menceburkan diri dalam bidang pertanian yang sebelum ini dikuasai oleh orang Myanmar. Keadaan semakin meruncing apabila orang Myanmar melibatkan diri dalam perindustrian dan perkhidmatan awam yang akhirnya membawa kepada ketegangan antara kaum pada tahun 1920-an. 8. Penduduk tempatan dikatakan tidak mampu menyaingi orang India dan keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor iaitu: i) Orang India biasa hidup susah dan taraf hidup yang rendah menyebabkan mereka sanggup menerima gaji yang rendah. Jadi pengusaha memilih buruh dari India. ii) Kebanyakan pengusaha terdiri daripada orang India termasuk golongan chettiar. Mereka bersedia memberi pinjaman wang kepada para petani dan menjadikan tanah sebagai cagaran. 9. Pada tahun 1930-an, golongan chettiar telah memberikan dua pertiga pinjaman kepada para petani di Hilir Myanmar. Pergaduhan sengit berlaku di Rangoon hingga membawa jumlah kematian yang besar kepada kedua-dua kaum. 23 10. Proses kemasukan orang India ke Myanmar berkurangan pada tahun 1930-an apabila golongan nasionalis Myanmar menuntut peranan dan hak ekonomi serta politik penduduk tempatan. 11.Sehingga serangan Jepun ke Myanmar, ramai orang India melarikan diri dari Myanmar dan balik ke India. Sebilangan kecil sahaja yang masih kekal. 12.Orang Cina juga datang ke Myanmar. Meskipun jumlahnya kecil iaitu di sekitar 200 000 orang yang berada di Myanmar pada tahun 1931. Kedatangan orang Cina berlaku di bahagian utara iaitu kawasan yang bersempadan dengan China. 13.Orang Cina terbabit dalam aktiviti perdagangan, perindustrian serta perlombongan. Aktiviti perlombongan merupakan aktiviti utama. Berbanding dengan orang India, orang Cina tidak dimusuhi orang Myanmar kerana orang Cina menganut agama Buddha sebagaimana kebanyakan orang Myanmar.

Pembentukan Masyarakat Negara Thai 1.Sejak abad ke-13, Negara Thai sudah mempunyai hubungan diplomatik dengan China. Utusan diplomatik dan ufti dari Negara Thai dihantar ke China untuk mendapatkan bantuan daripada negara tersebut bagi mengembangkan industri tembikar. Hubungan tersebut berlaku dari zaman berzaman. 2.Beberapa faktor menyebabkan orang Cina berhijrah ke Thailand.. Tarikan utama ialah terdapatnya permintaan tenaga buruh yang besar dan pembabitan mereka dalam aktiviti perdagangan. Perdagangan import-eksport telah menempatkan orang Cina dalam kedudukan sosial yang lebih baik daripada penduduk tempatan. 3. Di Negara Thai peluang terbuka luas terutama dalam sektor perlombongan dan pertanian. Aktiviti pertanian seperti penanaman tebu dan padi, perusahaan beras, dan perlombongan bijih timah adalah antara aktiviti ekonomi yang didominasi oleh orang Cina.

23

Pergaduhan Kemuncak kegelisahan orang Myanmar terhadap ceti-ceti India ini ialah tercetusnya Pemberontakan Saya San (1930-1931) yang bertujuan mendapatkan semula tanah-tanah mereka daripada golongan ceti.

26

4.Selain itu Negara Thai juga dikatakan memberi upah yang paling tinggi berbanding dengan negara lain. Dasar kerajaan Dinasti Chakri sendiri yang menggalakkan orang Cina menetap di Negara Thai dan wujudnya hubungan perdagangan yang erat antara Bangkok dan Canton telah membantu kepesatan kemasukan orang Cina. 5.Faktor fizikal seperti halangan perjalanan yang jauh, kehidupan yang belum menentu menjadi faktor penting kaum wanita tidak dibawa bersama dalam perjalanan ke luar negeri. Hal ini berlaku kerana orang Cina hanya mahu mencari keuntungan dan penghijrahan mereka adalah berbentuk sementara. 6.Kekurangan kaum wanita Cina di Negara Thai menyebabkan kaum lelaki Cina memilih wanita tempatan sebagai isteri mereka dan lahirlah golongan lukchin yang berjumlah kira-kira 80 000 orang pada tahun 1820-an. 7.Sejajar dengan pembabitan orang Cina dalam aktiviti perniagaan dan perdagangan, tumpuan kependudukan mereka ialah di kawasan bandar. Bangkok menjadi tumpuan mereka di samping bandar-bandar lain seperti Sukhotai dan Korat. 8.Orang Cina juga bertumpu di kawasan utara iaitu Chiengmai, seiring dengan perkembangan sistem pengangkutan terutama jalan raya dan jalan kereta api yang menghubungkan bandar ini dengan bahagian selatan Thailand. 9.Terdapat empat suku kaum Cina utama yang berhijrah ke Thailand iaitu Hokkien, Hakka, Teochew dan Kantonis. Pada mulanya orang Hokkien dan Kantonis lebih dominan di Thailand tetapi selepas pertengahan abad ke-18 hingga 1930-an orang Teochew lebih dominan dan mereka terlibat secara serius dalam aktiviti perniagaan dan perdagangan beras. Mereka menjadi pengimport dan pengeksport beras dan pengilang padi. Golongan ini mempunyai hubungan istimewa dengan keluarga diraja Thai terutama mempunyai hubungan baik dengan Phya Taksin, malah beliau telah memusatkan orang Teochew dari Thonburi ke Bangkok. 10.Orang Hokkien terbabit dalam perlombongan bijih timah manakala kelompok Kantonis terlibat dalam sektor profesional termasuklah pengurusan dan kejuruteraan. Berdasarkan sumbangan ini, orang Cina dikatakan menjadi penggerak ekonomi Thai.. 11.Orang Cina menerima banyak keistimewaan di Negara Thai. Sehingga awal abad ke20, mereka dibenarkan bergerak bebas tanpa sebarang sekatan imigresen.Mereka dikecualikan daripada kerahan buruh dan cukai kepala. Mereka juga dibenarkan membuka tanah dan memiliki kawasan perlombongan, malah mereka sebenarnya memonopoli perdagangan diraja.. 12.Seiring dengan kedatangan orang Barat pada pertengahan abad ke-19, orang Cina memperoleh pula monopoli judi, arak, penjualan candu dan loteri. Kebebasan yang dimiliki oleh orang Cina bukan sahaja kesan daripada dasar perlindungan diraja yang diberikan oleh Mongkut dan Chulalongkorn, tetapi juga kerana persepsi masyarakat Thai terhadap orang Cina tidaklah seperti persepsi mereka terhadap orang Eropah. 13.Hal ini berlaku kerana orang Cina mudah menyesuaikan diri dengan keadaan tempatan. Mereka juga merupakan penganut agama yang sama iaitu agama Buddha, meskipun mazhab yang berbeza. Terdapat juga di kalangan kerabat diraja yang berkahwin dengan orang Cina seperti Raja Vajiravuth yang berdarah Cina dari sebalah ibunya. 14.Masyarakat Cina menjalankan kehidupan meraka secara terpisah daripada masyarakat tempatan. Mereka telah memperkenalkan sistem pendidikan mereka tersendiri. Sistem

27

pendidikan adalah seperti yang diamalkan di Negara China yang menjadikan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar. 15. Sekolah-sekolah ini didirikan hasil daripada derma saudagar-saudagar Cina yang kaya. Pada tahun 1937-1939, terdapat 197 sekolah rendah Cina dan 20 sekolah menengah Cina. Bagaimanapun selepas itu perkembangan sekolah Cina mula merosot kerana masyarakat tempatan kurang senang dengan perkembangan pesat sistem pendidikan Cina. 16.Pada tahun 1940, terdapat hanya enam buah sekolah rendah Cina dan dua buah sekolah menengah Cina. Selepas Perang Dunia Kedua, semua sekolah Cina ditamatkan operasinya dan diganti dengan sekolah kerajaan. 17.Sikap dan persepsi orang tempatan terhadap orang Cina mula berubah pada abad ke20. Mereka melihat penguasaan ekonomi orang Cina telah menyebabkan penduduk tempatan kekurangan peluang untuk mengumpul kekayaan di negara mereka sendiri. 24 Keadaan ini timbul pada masa pemerintahan Raja Vajiravuth. Isu penguasaan orang Cina dikaitkan sebagai salah satu faktor yang menyemarakkan semangat nasionalisme Thai. 18.Akta Kewarganegaraan diwujudkan dan dipraktikkan pada tahun 1913. Begitu juga dengan kawalan terhadap kemasukan orang Cina juga telah dilakukan pada tahun 1926-1927 dan diperketatkan pada tahun 1930. Phibun Songram berusaha menjalankan dasar anti-Cina dan cuba mengsiamkan orang Cina di Negara Thai. 19.Beberapa peraturan dikenakan seperti pendaftaran perusahaan Cina, buku akaun dalam bahasa Thai, penetapan syarat hak milik dan nisbah pekerja. Orang Cina juga didesak menggunakan nama Thai dan bertutur dalam bahasa Thai. Dasar Siamization ini berjaya melahirkan rakyat Thai yang kekal hingga hari ini. Pembentukan Masyarakat Indonesia 1. Jumlah penduduk Cina meningkat dengan ketara pada pertengahan abad ke-19 dan mencecah angka 1.25 juta pada tahun 1930. Secara purata, penghijrahan orang Cina ke Indonesia ialah 40 000 setahun dari tahun 1920 hingga 1930.Perubahan secara mendadak ini berlaku kerana dasar Belanda yang memerlukan tenaga buruh bekerja dalam sektor perladangan dan perlombongan. 2.Penghijrahan mereka ke Indonesia disebabkan kekacauan politik yang berlaku di Negara China seperti penghapusan golongan taat setia kepada kerajaan Ming oleh Kerajaan Manchu. 3.Untuk menjaga kebajikan orang Cina khususnya di kawasan ladang, diwujudkan jawatan Inspektor Buruh bagi mengelakkan penganiayaan ke atas buruh ladang. Penghijrahan ramai orang Cina ke Indonesia membimbangkan penduduk Indonesia. 4.Pada tahun 1932, terdapat usul yang dibawa ke Volksraad untuk menaikkan yuran kemasukan orang Cina ke Indonesia dari 50-100 florin kepada 250 florin. Usul ini ditentang oleh orang Cina dan mengancam akan memboikot eksport gula Jawa ke China. Usul ini terpaksa ditolak. 5.Golongan China di Indonesia dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan Singkeh (tetamu baru) yang disebut Cina Totok oleh penduduk tempatan.Golongan ini tinggal di kawasn luar bandar. Golongan kedua dikenali sebagai Cina Peranakan. Mereka merupakan penduduk Cina awal yang datang ke Indonesia dan telah terdedah kepada
Pada tahun 1941, sekurang-kurangnya 10 peratus daripada penduduk Negara Thai adalah terdiri daripada kaum Cina.70 peratus daripada orang Cina terlibat dalam bidang perniagaan dan perdagangan. Mereka juga menguasai 80 peratus dalam perusahaan beras negara.
24

28

persekitaran tempatan. Golongan ini tinggal di kawasan bandar.Mereka juga terlibat dalam kahwin campur dengan penduduk tempatan. 6.Imigran Cina di Indonesia terlibat dalam pelbagai aktiviti ekonomi. Selain sektor buruh, orang Cina mendapat hak melibatkan diri dalam penjualan candu, perjudian, feri, pajak gadai, rumah penyembelihan dan memungut sarang burung

7.Mereka juga bebas bergerak ke kawasan pedalaman dan menetap di hampir semua bandar utama di Indonesia. 25 8.Pihak Belanda cuba menghapuskan monopoli orang Cina dalam bidang perniagaan. Hal ini berlaku kerana kritikan daripada penduduk tempatan. Kerajaan Belanda mula mengambil alih peranan orang Cina dalam bidang perniagaan dan mengharamkan penanaman candu. 9.Kerajaan juga cuba memiliki kedai pajak gadai. Orang Cina dipandang sebagai merbahaya dalam bidang ekonomi. Ketua-ketua orang Cina yang kaya dilantik sebagai mewakili orang Cina dan gelaran tentera diberikan kepada mereka seperti major, kapten dan leftenan. Mereka diarah untuk menjaga keamanan dan kemakmuran di kawasan orang Cina. 10.Dalam bidang pendidikan, perkembangannya tidaklah menggalakkan seperti di Thailand. Pada peringkat awal pendidikan Cina adalah pada tahap yang rendah dan tidak mendapat bantuan kerajaan. Biasanya kanak-kanak Cina mendapat pendidikan di sekolah rendah penduduk tempatan. Menjelang awal abad ke-20 hanya terdapat sebuah sahaja sekolah rendah Cina. Pada tahun 1908 sekolah Cina-Belanda ditubuhkan dengan bahasa Belanda sebagai bahasa pengantar. 11.Masyarakat Cina di Indonesia kebanyakannya kaya daripada masyarakat peribumi. Di Jawa, kebanyakan orang Cina terlibat dalam aktiviti perniagaan, pertanian dan perlombongan 12.Hubungan antara orang Cina dengan penduduk tempatan dan pihak Belanda tidaklah begitu baik. Hal ini berlaku kerana penduduk tempatan menganggap orang Cina memeras dan mengeksploitasi mereka. Orang Belanda pula menganggap orang Cina tidak menjalankan perniagaan dengan jujur dengan pedagang Eropah. Orang Cina juga dituduh memberi rasuah kepada pegawai-pegawai kerajaan. 13.Kebangkitan anti-Cina ditunjukkan oleh Syarikat Dagang Islam yang cuba membantu pedagang-pedagang batik Indonesia daripada persaingan peniaga Cina. Semasa pendudukan Jepun, orang Cina terhimpit antara menyokong pejuang kemerdekaan Indonesia dengan pihak penjajah Belanda. Perang kemerdekaan Indonesia menjadikan orang Cina sebagai mangsa pembunuhan kerana sikap mereka yang neutral itu.

Terdapat juga sebilangan kecil orang Cina di Indonesia yang menjadi orang tengah yang mengutip cukai bagi pihak Belanda. Sebagai orang tengah, orang-orang Cina telah melakukan pelbagai penindasan ke atas masyarakat tempatan. Antaranya termasuklah mengutip cukai daripada penduduk dengan kadar yang lebih tinggi daripada yang ditetapkan, memberi pinjaman wang kepada petani dan mengenakan kadar faedah yang tinggi serta membeli barangan penduduk tempatan dengan harga yang murah.

25

29

14.Pada tahun 1909, Negara China mengenakan prinsip jus sanginis menyebabkan orang Cina Indonesia mempunyai dua warganegara. Perkara ini menjadi masalah besar kepada kerajaan Belanda. Pada tahun 1962 perkara ini diselesaikan semasa Persidangan AfroAsia di Bandung apabila mereka dikehendaki memilih satu kewarganegaraan sahaja. Pembentukan Masyarakat Filipina 1.Masyarakat Cina semasa penjajahan Sepanyol disebut Sanley iaitu gabungan daripada perkataan xiang dan ley yang membawa maksud pedagang yang mengembara. 2.Penghijrahan orang Cina ke Filipina dibahagikan kepada dua peringkat. Peringkat pertama ialah sebaik sahaja Manila dibuka kepada perdagangan dunia pada tahun 1834 dan kedua antara tahun 1876 hingga 1886. 3.Sepanyol mengamalkan dasar terhadap orang Cina di Filipina berdasarkan dua faktor iaitu keperluan ekonomi dan kebijaksanaan politik. Pemerintah Sepanyol membenarkan orang Cina tinggal di mana-mana tempat namun apabila timbul kesangsian atau masalah, beberapa sekatan atau peraturan telah dibuat. 4.Penjajah Sepanyol telah mewujudkan jawatan Gobernadorcillos untuk mengawal kegiatan orang Cina. Untuk menghalang kemasukan orang Cina ke Filipina, pihak Sepanyol mengenakan cukai kepada imigran yang ingin tinggal di Filipina iaitu 64 real wang perak . Mereka juga dikenakan 5 real untuk tujuan ufti dan 12 real lagi untuk tujuan memiliki rumah. 5.Di Manila, orang Cina tinggal di Parian yang menjadi Chinatown. Mereka hidup mengikut corak dan cara hidup tradisi China. Selain itu orang Cina dikenakan beberapa sekatan seperti hanya dibenarkan berada di Manila pada waktu siang dan diarah pulang pada waktu malam.Orang Cina juga tidak dibenarkan memiliki tanah sehingga akhir pemerintahan Sepanyol. Masyarakat tempatan Cina juga tidak dibenarkan memakai pakaian orang Cina. 6.Gabenor Sepanyol di Filipina menyokong usaha mengusir orang Cina di Filipina dan kempen ini dilanjutkan sehingga 1899. Peniaga Sepanyol turut menyahut kempen ini dengan menyaingi peniaga Cina, menghalang peniaga asing berurusan dengan orang Cina dan menyekat kemasukan orang Cina dari Kepulauan Sulu. Dalam keadaan tertentu, halangan dan penindasan oleh pihak pemerintah Sepanyol menyebabkan orang Cina memberontak, misalnya yang berlaku pada tahun 1819. 7.Bagaimanapun pihak Gereja Roman Katolik tidak menyokong usaha menyingkirkan orang Cina kerana menganggap orang Cina penting dari segi penyebaran agama Kristian dan ekonomi. Justeru mereka mencadangkan kepada pemerintah Sepanyol di Filipina supaya mengkristian penduduk Cina dan memberi layanan yang baik kepada mereka. 8.Penduduk Cina yang memeluk agama Kristian dibenarkan menjalankan perniagaan tanpa sekatan dan mereka juga diasingkan daripada masyarakat Cina yang lain. Malah mereka diberi penempatan khas iaitu di Binondo. Golongan ini dikenali sebagai mestizo. 9. Golongan mestizo diletakkan taraf yang sama dengan penduduk tempatan Filipina. Mereka diberi hak untuk bergerak dengan bebas, boleh memiliki harta dan menyertai kerajaan tempatan. Jumlah mereka di sekitar 200 000 orang. Kebanyakan golongan mestizo terdapat di Manila. Mereka memainkan peranan penting dalam ekonomi Filipina. 10. Mereka juga berperanan sebagai orang tengah antara pengimport-pengimport Barat dengan penduduk tempatan Filipina. Golongan mestizo menguasai perniagaan antara

30

pulau sebagai pemborong,ceti dan orang tengah. Pergaulan mereka dengan pemerintah Sepanyol dan penduduk tempatan serta pendidikan yang diterima telah membawa kepada kemunculan golonan berpendidikan yang dikenali sebagai illustrados, yang akhirnya melahirkan tokoh-tokoh nasionalisme Filipina seperti Jose Rizal, Sergio Osmena, dan Manuel Lim. 11.Semasa USA memerintah Filipina, dasar terhadap orang Cina berpandukan dasar yang diamalkan di USA. Orang Cina tetap dipandang sebagai penduduk asing dan tidak diberi taraf kewarganegaraan atau memiliki tanah. Tujuan USA berbuat demikian ialah untuk meredakan semangat nasionalisme yang berlaku di Filipina. 12. Pengenalan undang-undang imigresen untuk mengawal kemasukan orang Cina mendapat sokongan daripada penduduk tempatan. Perasaan anti-Cina oleh penduduk tempatan bukan sahaja orang Cina tulen tetapi juga terhadap golongan mestizo. Orang mestizo memandang rendah penduduk tempatan. Penduduk tempatan menganggap orang mestizo sebagai sombong dan angkuh. Konflik antara kedua-dua kumpulan membawa kepada pertumpahan darah. 13.Pemerintah USA telah mewujudkan beberapa undang-undang untuk menyekat aktiviti orang Cina seperti Akta Buku Simpanan Kira-Kira yang menghalang tulisan Cina dalam penyimpanan akaun. Keadaan ini menimbulkan masalah kepada peniaga-peniaga Cina yang rata-rata yang tidak tahu menulis dalam bahasa Inggeris. Isu ini dibawa ke mahkamah di USA dan akhirnya undang-undang ini diisytiharkan tidak sah. 14.Beberapa sekatan dikenakan kepada orang Cina seperti undang-undang kerakyatan(1939) yang menghalang penduduk asing yang tinggal di Filipina mendapat kerakyatan selagi tidak menyesuaikan diri dengan pendudduk tempatan, tidak ikhlas untuk menunjukkan keinginannya mempelajari dan menerima adat resam, tradisi dan idealisme rakyat Filipina. 15.Pada tahun 1941, Lembaga Perbandaran Manila telah melarang orang asing menyertai pasar-pasar awam di Manila. Walaupun terdapat usaha-usaha untuk menyekat penduduk Cina namun mereka masih menjadi kuasa penting dalam ekonomi Filipina. Undangundang Imigresen Filipina gagal mengawal kemasukan orang Cina secara haram ke Filipina. 16.Dominasi orang Cina dapat dilihat dalam perniagaan borong dan runcit. Dalam perniagaan beras misalnya, mereka menguasai lebih daripada 2000 daripada 2500 kilang beras yang terdapat di Filipina. Mereka juga memonopoli industri pembalakan, kilang garam dan sejumlah besar kilang-kilang kecil dan sederhana yang mengeluarkan barangan kulit, pemprosesan makanan dan kilang tembakau. 17.Dalam bidang perbankan pula, mereka menjadi pemodal kedua terbanyak selepas pemodal USA dengan modal sebanyak 100 juta dolar US. Orang Cina juga berani meneroka tanah-tanah di kawasan sungai, kampung-kampung tepi pantai terutamanya di kepulauan selatan Filipina. 18.Penduduk Cina di Filipina mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi dan ini dapat dibuktikan apabila Jepun menyerang Manchuria. Orang Cina Filipina melalui Dewan Perniagaan Umum Cina telah menyeru puak-puak bertelagah di Negara China supaya bersatu melawan Jepun. Malah mereka turut menghantar bantuan kewangan dan tenaga manusia kepada pihak yang mahu mempertahankan Manchuria daripada serangan Jepun.

31

19.Masyarakat Cina turut menitikberatkan soal pendidikan terhadap genarasi muda mereka. Semasa penjajahan Sepanyol terdapat dua jenis pendidikan Cina iaitu sekolah yang didirikan mubaligh Kristian dan kedua, sekolah yang didirikan oleh orang Cina sendiri. Semasa pemerintahan USA di Filipina, sekolah Anglo-Chinese menjelang 1900. Sekolah ini dibiayai oleh masyarakat Cina dan kebanyakan pelajarnya adalah golongan mestizo. Bagaimanapun sekolah ini tidak mempunyai sukatan pelajaran yang standard. Pelajar hanya diajar tulisan Cina dan buku-buku klasik Cina. Selepas itu, bahasa Inggeris dimasukkan sebagai satu mata pelajaran di sekolah tersebut. 20.Sehingga 1935, terdapat lebih 58 buah sekolah Cina di Filipina. Kebanyakan sekolah tersebut mendapat bantuan daripada Dewan Perniagaan Cina. Sekolah-sekolah Cina turut menerima kanak-kanak tempatan Filipina.

Rumusan Campur tangan kuasa Barat di Asia Tenggara mendatangkan banyak perubahan sosial. Salah satu perubahan tersebut ialah ialah pertambahan jumlah penduduk dari luar rantau ini seperti dari China, India dan Eropah. Dasar penjajah yang mementingkan kepentingan ekonomi mereka menyebabkan jumlah pendatang semakin ramai. Keadaan seperti ini akhirnya telah mewujudkan masyarakat majmuk. Kedatangan mereka ke negara-negara di Asia Tenggara menimbulkan rasa kurang senang penduduk tempatan yang membawa kepada pengeseran dan perselisihan kaum. Kesan daripada dasar penjajah itu, negaranegara di Asia Tenggara terpaksa menerima golongan pendatang itu menjadi warganegara khususnya selepas negara mencapai kemerdekaan atau pembebasan Barat. Soalan latihan 1. Bincangkan sikap penduduk tempatan terhadap kehadiran orang Cina di Filipina dan Indonesia pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. 2. Jelaskan hubungan antara orang Cina dengan penduduk tempatan di Thailand dan Indonesia. 3. Kedatangan orang Cina dan India telah merubah struktur masyarakat di Myanmar dan Thailand. Bincangkan. 4. Masyarakat majmuk jelas kelihatan dalam masyarakat di Myanmar dan Thailand. 5. Huraikan faktor-faktor yang mendorong kemasukan orang Cina dan India ke Thailand dan Myanmar pada abad ke-19 dan awal abad ke-20.

32

You might also like