Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Domain Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan -Budaya-

Disediakan oleh : Ahmad Fikri bin Ab. Rahman Mohamad Fadzli bin Khamis Siti Aida binti Murhazan PISMP 3.06

Konsep budaya
Menurut Abdul Rahim bin Abdul Rashid dalam bukunya yang bertajuk Hala Tuju Pengurusan: Sumber Manusia dan Kerjaya, budaya ditakrifkan sebagai cara hidup sesebuah kelompok sosial yang dikategorikan sebagai organisasi, kaum, bangsa malah negara. Dari segi bahasanya, perkataan budaya ini lahir daripada perkataan Sanskrit buddhayah yang bermaksud budi dan akal manakala istilah culture dalam bahasa Inggeris merupakan perkataan Latin colere yang membawa makna mengolah dan mengerjakan.

Kepelbagaian budaya (cara hidup) dalam masyarakat


Masyarakat Malaysia menjadi unik dengan wujudnya kepelbagaian kaum yang membentuk satu negara yang maju. Tidak berlaku konflik mahupun masalah bagi setiap kaum dan agama walaupun mereka terletak dalam satu lingkungan kawasan yang sama.

Statistik yang diperoleh berdasarkan banci yang dijalankan pada pertengahan tahun 2010.
Kaum MELAYU Bilangan 14,749,378

CINA INDIA
BUMIPUTERA LAIN-LAIN BUKAN WARGANEGARA JUMLAH

6,520,559 1,969,343
3,197,993 347,69 2,123,830 28,908,795
Sumber: Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri Malaysia

Keterbukaan dalam menerima budaya lain


Terdapat beberapa aspek penting yang harus ditekankan oleh setiap masyarakat berdasarkan keterbukaan dalam menerima budaya lain ini iaitu dari konteks makanan, bahasa, pakaian dan agama kaum masing-masing. Dari segi makanan, masyarakat di Malaysia amat kreatif dalam menghasilkan pelbagai masakan yang mampu menarik minat mesyarakat di Malaysia. Hal ini kerana makanan yang dihasilkan tersebut menepati selera masyarakat Asia amnya dan masyarakat di Malaysia khasnya.

Setiap warganegara Malaysia telah mengiktiraf bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi di Malaysia. Namun, ia tidak menghalang kaum lain untuk menggunakan bahasa ibunda masing-masing dalam kehidupan seharian mereka. Pakaian juga merupakan salah satu identiti bagi setiap kaum. Bagi kaum Melayu, pakaian tradisional mereka ialah baju kurung dan baju Melayu. Bagi kaum Cina pula, pakaia mereka ialah Cheongsam dan Sam Fu manakala pakaian bagi masyarakat India ialah Sari, serban, kurta, dhoti dan sarung.

Aspek terakhir dalam keterbukaan dalam menerima budaya lain ialah dari segi agama. Setiap kaum mempunyai pengangan masingmasing. Contohnya masyarakat melayu kebanyakan beragama Islam. Cina pula beragama Buddha, India pula beragama Hindu dan masyarakat bumiputera di Sabah dan Sarawak kebanyakannya beragama Kristian. Oleh yang demikian, setiap kaum haruslah menerima secara terbuka kepelbagaian agama dan pegangan rakyat di Malaysia.

Kesedaran Tentang Warisan Budaya


Bagi memberikan kesedaran tentang warisan budaya, pelbagai usaha telah dilakukan daripada peringkat dunia dan negara. Sebagai contoh, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah menubuhkan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) yang bertujuan untuk memelihara kebudayaan dan warisan berharga yang terdapat di dunia.

Di Malaysia, kesedaran tentang warisan ini banyak diterapkan melalui pertubuhanpertubuhan tertentu dan melalui pendidikan. Kesedaran tentang menjaga warisan ini dijalankan oleh kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh kementerian ini terutamanya dalam menjalankan pameran, ceramah, bengkel-bengkel dan pertandingan. Kesedaran di peringkat sekolah pula lebih banyak diterapkan dalam matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Sekian, terima kasih

You might also like