Ringkasan Eksekutif 1

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

RINGKASAN EKSEKUTIF

TAJUK: KEBERKESANAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI POLITEKNIK JOHOR BAHRU KE ARAH PENINGKATAN PROFESIONALISME STAF

PENGENALAN Di politeknik, latihan dalam perkhidmatan adalah merupakan aspek penting dalam pengurusan sumber manusia. Ini selaras dengan dasar dasar kerajaan seperti Dasar Latihan Kerajaan (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 1970) yang menetapkan bahawa semua kakitangan perkhidmatan awam diberi peluang mendapatkan latihan yang adil dan saksama bagi mencapai perkhidmatan awam yang progresif. Kajian ini dijalankan untuk menentukan keberkesanan latihan dalam perkhidmatan di Politeknik Johor Bahru ke arah meningkatkan profesionalisme staf. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat aspek penilaian penceramah, penilaian pelaksanaan latihan dan penilaian keberkesanan latihan terhadap peserta. PELAKSANAAN KAJIAN Borang penilaian keberkesanan latihan ini mengandungi arahan dan soalan-soalan yang menggunakan skala likert skor 1 hingga 5. Subjek kajian adalah terdiri daripada 1249 orang yang telah mengikuti 57 latihan dalam perkhidmatan sepanjang Januari 2009 hingga September 2010. Daripada analisis yang dibuat, lebih 95% peserta menyatakan bahawa secara keseluruhannya latihan yang telah diikuti mencapai objektif, lebih 90% peserta menyatakan jangkamasa latihan yang diperuntukkan adalah mencukupi manakala lebih 93.3% peserta menyatakan mereka lebih yakin mengajar serta dapat mengaplikasikan dalam tugas harian selepas mengikuti latihan. PERANAN CALON DALAM PEMUDAHCARA KAJIAN Dalam melaksanakan kajian ini saya berperanan dalam mengumpulkan borang borang penilaian keberkesanan latihan yang diperolehi dari pihak Unit Latihan dan Perkhidmatan Lanjutan (ULPL). Borang borang ini digunakan sebagai borang soal selidik kepada kajian ini. Selepas proses pengumpulan borang soal selidik ini selesai saya turut terlibat dalam proses menganalisis data bersama beberapa lagi ahli kumpulan. Selain itu saya serta ahli kumpulan yang lain turut mencari dan mengumpulkan maklumat maklumat lain yang boleh dijadikan sebagai rujukan di dalam penulisan kajian ini.

PENGESAHAN KETUA JABATAN Adalah disahkan bahawa ZURAIDAH BINTI MOHD RAMLY telah terlibat secara langsung dalam memudahcara maklumat kajian Keberkesanan Latihan Dalam Perkhidmatan Di Politeknik Johor Bahru Ke Arah Peningkatan Profesionalisme Staf. Disahkan Oleh :

(MOHD ALI BIN JASMI) Ketua Jabatan Jabatan Matematik, Sains Dan Komputer Politeknik Johor Bahru

RINGKASAN EKSEKUTIF
TAJUK: KAJIAN PENGGUNAAN KALKULATOR GRAFIK DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK BAGI KURSUS MATEMATIK KEJURUTERAAN 1 (B1001) TOPIK : ALGEBRA

PENGENALAN Kalkulator grafik merupakan suatu teknologi yang dibangunkan khusus untuk pembelajaran matematik bukan saja di universiti atau kolej bahkan juga di peringkat sekolah menengah. Penggunaan kalkulator grafik ini membantu mewujudkan suatu pengalaman yang menyeronokan, bermakna, mencabar dan berguna. Tujuan pembangunan teknologi ini adalah untuk membantu pensyarah atau tenaga pengajar menyampaikan konsep matematik dengan mudah dan berkesan kepada pelajar. Jabatan Matematik, Sains dan Komputer telah mengambil inisiatif dengan memulakan penggunaan Kalkulator Grafik dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan kalkulator grafik dimulakan dengan subjek Matematik Kejuruteraan 1 (B1001) di mana terdapat 5 topik di dalamnya iaitu Algebra, Indeks dan Logaritma, Geometri dan Pengukuran, Koordinat Geometri dan Graf dan Trigonometri. Pada akhir setiap topik para pelajar akan melaksanakan amali matematik ini dengan menggunakan sebuah kalkulator grafik model T1-84 Plus dan labwork sebagai panduan. PELAKSANAAN KAJIAN Kajian ini dijalankan menggunakan sample pelajar seramai 23 orang dari program Diploma Kejuruteraan Mekanikal Bahan. Borang soal selidik diberikan selepas pelajar melaksanakan amali menggunakan kalkulator grafik untuk menyelesaikan masalah yang diberi. Analisis kajian mendapati peratus minat pelajar terhadap pembelajaran matematik meningkat iaitu sebanyak 78.3% selepas menggunakan kalkulator grafik. PERANAN CALON DALAM PEMUDAHCARA KAJIAN Dalam perlaksanaan kajian ini saya bersama ahli kumpulan yang lain telah membuat rujukan terlebih dahulu sebelum membangunkan item item soalan kaji selidik. Fasa seterusnya ialah proses menyerah dan mengumpul semula borang soal selidik daripada sampel pelajar program Diploma Kejuruteraan Mekanikal Bahan. Dengan menggunakan kaedah analisis deskriptif saya menganalisis data yang diperolehi untuk mendapatkan maklumat maklumat bagi penulisan kajian ini. Peranan terakhir saya ialah menulis kajian dengan bantuan ahli kumpulan yang lain berpandukan kepada bahan bahan rujukan dan juga maklumat yang telah dikumpulkan.

PENGESAHAN KETUA JABATAN Adalah disahkan bahawa ZURAIDAH BINTI MOHD RAMLY telah terlibat secara langsung dalam memudahcara maklumat kajian Kajian Penggunaan Kalkulator Grafik Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Bagi Kursus Matematik Kejuruteraan 1 (B1001) Topik : Algebra. Disahkan Oleh :

(MOHD ALI BIN JASMI) Ketua Jabatan Jabatan Matematik, Sains Dan Komputer Politeknik Johor Bahru

You might also like