Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SPA 102 : PENDIDKAN MORAL

Definisi Moral Moral berasal daripada perkataan Bahasa Latin moralis yang bererti tingkah laku yang sejajar dan sesuai dengan tatasusila atau peraturan sesebuah masyarakat. Moralis bermaksud amalan kepada ajaran keadilan dan kebaikan. Definisi Etika Etika berasal daripada perkataan Greek iaitu ethos yang bermaksud adat atau cara hidup. Etika juga didefinisikan sebagai sains moral yang bertanggung jawab menentukan tindakan seseorang itu sama ada baik atau buruk. Sejarah Etika

a. Etika Hindu Etika Hindu dari kita Veda (1500 S.M) mengandungi ajaran etika di samping dasar ketuhanannya. Ia menggalakkan penganutnya mematuhi displin dengan melaksanakan tuntutan ajaran agama hindu dan upacara ibadat kepada tuhan mereka. Sifat yang dikatakan beretika termasuklah kemerdekaan, kesihatan, kekayaan dan kebahagiaan. b. Etika Buddha Diasaskkan sejak 25 abad lagi. Etika yang diperjuangkan dalam agama Buddha ialah : i. Sengsara, sakit sebagai lazim dalam alam ini. ii. Kembali ke dunia (reinkarmasi) disebabkan kotornya roh dengan nafsu syahwat terdahulu. iii. Untuk menyelamatkan diri dalam usaha mencapai nirwana maka hendaklah melepaskan diri dari segala syahwat. iv. Wajib menjauhi rintangan yang menghalang seseorang dalam melepaskan nafsu syahwatnya iaitu dengan memadamkan sekalian keinginan dan kesukaan. c. Etika Kung Fu Tze Kung Fu Tze merupakan seorang ahli falsafah cina yang terkenal pada 551-478 S.M. Beliau telah mengemukan beberapa ajaran etika iaitu : i. Kesempurnaan boleh dicapai oleh orang yang bijaksana ii. Kebijaksanaan boleh dicapai melalui berfikir, meneliti dan belajar mencari kebenaran dan kebaikkan iii. Mengasingkan diri beribadat kepada Tuhan iv. Menghadiri pertemuan dan perbincangan berkaitan dengan ilmu secara terbuka v. Memberi kursus dan pendidikan etika kepada masyarakat d. Etika Greek Kuno Beberapa ahli falsafah kuno telah membicarakan ajaran etika. Antara tokoh-tokohnya ialah : i. Socrates Mengemukan ajaran etika dengan menggalakkan setiap manusia itu mengenali diri sendiri melalui dirinya ii. Plato

SPA 102 : PENDIDKAN MORAL


Adalah murid kepada Socrates. Beliau menjelaskan cara yang terbaik untuk menjalankan etika yang baik adalah dengan menjadi diri sebagai teladan yang baik dan alam ini merupakan alam yang kekal iaitu akhirat iii. Aristotle Adalah murid kepada Plato. Beliau berpendapat tujuan beretika mulia ialah untuk mencapai kebahagiaan hidup dengan menggunakan segala kekuatan akal fikiran iv. Antistenes Mempelopori mazhab Cynics. Beliau mengatakan manusia perlu meniru etika ketuhanan supaya beretika mulia. Masyarakat digalakkan supaya mengurangkan keperluan diri sendiri, berpuas hati, suka kepada penderitaan, menolak kelazatan, tidak takut kepada kemiskinan, tidak takut menerima cercaan manusia asalkan beretika mulia. e. Etika Ulama Islam i. Ibnu Maskawih menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai sumber pembinaan pemikiran etikanya ii. Jiwa dijadikan sebagai pusat kekuasaan dan kekuatan yang mempunyai daya yang kuat dalam beretika iii. Menurut beliau, seorang individu hanya dapat mempelajari etika dengan memahami dan melakukan sifat-sifat yang mulia seperti tolong menolong, cinta- mencintai dan sebagainya iv. Imam Al-Ghazali pula merupakan seorang ulama feqah dan tasawuf v. Falsafah etikanya meliputi kesanggupan meniru sifat-sifat ketuhanan seperti taqwa, keimanan, sabar ikhlas jujur, zuhud dan segala sifat kesempurnaan Allah s.w.t yang alim vi. Beliau telah menyatakan cara pembentukan etika yang berkesan iaitu dengan hati yang suci dalam melakukan sesuatu perkara vii. Ikhwan Al-Safa membahagikan etika kepada dua iaitu etika yang diwarisi dan etika yang diusahakan dengan menggunakan ilmu psikologi sebagai asas pembahagian etika viii. Beliau mengutamakan kebenaran berfikir dan dhamir (hati) perseorangan berdasarkan al-Qura Kepentingan Etika a. Fitrah Berkelakuan baik dan beretika adalah satu sifat yang sesuai dengan kehendak manusia b. Keamanan Kehidupan manusia tanpa gangguan dan masalah c. Status Manusia Semua tindakan manusia hendaklah berpandukan kepada akal kerana manusia dan etika tidak boleh dipisahkan d. Survival Tamadun Dunia Bagi mengelakkan dari malapetaka yang dahsyat berlaku, setiap manusia perlu beretika e. Kesempurnaan Peribadi Seseorang manusia belum dikatakan seorang yang sempurna kalau ia memiliki semuanya tetapi mengenai etika ia masih kekurangan
2

SPA 102 : PENDIDKAN MORAL


f. Penggalak Kebaikan Kebaikan kepada diri sendiri, sentiasa mengambil berat terhadap keluarga, jiran dan masyarakat g. Penghalang Kejahatan Seorang yang beretika sentisa menjaga identiti dan tingkahlaku yang baik dan elakkan dari melakukan perbuatan yang jahat Konsep Akhlak, Moral dan Agama a. Konsep Akhlak Ianya merujuk kepada kelakuan atau watak atau gerak geri seseorang. Dan ianya boleh berubah mengikut masa dan situasi tertentu b. Konsep Moral Kemoralan merupakan sesuatu yang berkait degan peraturan-peraturan masyarakat yang diwujudkan diluar kawalan individu. Menurut James Hemming bahawa peraturan-peraturan masyarakat mestilah diterima sebagai fakta-fakta kehidupan sosial masyarakat c. Konsep Agama Agama mempunyai ajaran, peraturan dan perlakuan yang tercatat dalam kitabkitab suci agama masing-masing yang jelas menyatakan balasan atau ganjaran yang akan diterima oleh pengikutnya Konsep Nilai Baik, Benar dan Patut a. Konsep Baik Perkataan baik bermaksud menggunakannya

memberi

faedah

atau

bagus

apabila

b. Konsep Benar Sesuatu tingkah laku adalah betul sekiranya ia sejajar dengan tugas atau tanggungjawab dan salah sekiranya ia bertentangan c. Konsep Patut Patut membayangkan sesuatu yang perlu dipenuhi atau dilakukan Teori-teori Moral a. Penaakulan Moral Bermaksud kebolehan seseorang individu berfikir secara logik terhadap sesuatu isi moral berdasarkan pertimbangan-pertimbangan moral. Di dalam masa tersebut, seseorang individu perlu mempunyai kebolehan dalam : i. memahami sesuatu isu moral itu ii. mengenal pasti alternatif-alternatif yang ada dan kesannya iii. memberi pertimbangan yang adil dan objektif terhadap setiap pilihan anternatif itu iv. memikirkan konsep nilai moral sejagat dan rasional Kesimpulannya, penaakulan moral haruslah bebas dan selaras dengan prinsipprinsip moral sosial masyarakat. b. Emosi Moral Adalah perasaan atau reaksi seseorang individu terhadap sesuatu tindakan atau pemikiran. Di antaranya seperti perasaan marah, sedih, gembira dan sebagainya. Seseorang individu dapat mengawal emosinya sekiranya :
3

SPA 102 : PENDIDKAN MORAL


i. ii. iii. iv. v. Mengetahui asal-usul sesuatu isu atau situasi itu Memahami kesusahan, perasaan dan pemikiran orang lain Menyatakan perasaan diri sendiri dalam keadaan yang sama Membuat keputusan secara adil dan rasional Emosi moral amat penting kerana memperkuat nilai kemanusiaan dan merapatkan jurang perbezaan antara pemikiran, keputusan dan tingkahlaku moral

c. Tingkahlaku Moral Merujuk kepada segala kelakuan dan perbuatan yang dilakukan oleh seseorang individu berdasarkan nilai-nilai dan norma-norma masyarakat. d. Justifikasi Moral Bermakna alasan-alasan yang menjadikan sesuatu itu wajar dilakukan berdasarkan pertimbangan-pertimbangan moral. Alasan yang diberikan adakalanya benar dan ada juga yang direka-reka bagi mencapai tujuan tertentu.

e. Dilema Moral / Konflik Moral


Bermaksud apabila seseorang individu terpaksa membuat pilihan antara beberapa alternatif dan semua alternatif ini melibatkan nilai-nilai moral Aliran Pemikiran Moral Terdapat beberapa pendekatan etika iaitu : a. Pemikiran Rasionalis Berasal daripada perkataan latin ratio yang bermaksud reason atau sebab. Segala tingkah laku moral seperti menghormati orang tua, menyayangi alam sekitar, dan semangat patriotik perlukan asas pemikiran rasional yang waras dan logik. b. Pemikiran Naturalis Naturalis ialah suatu aliran pemikiran yang berusaha untuk menggambarkan sesuatu itu dalam keadaannya yang sebenar. Individu yang berfikiran naturais mempunyai sifat-sifat berikut : i. Hidup dalam keadaan tertekan kerana tidak mahu atau tidak dapat mengeluarkan pendapatnya ii. Sentiasa merendahkan dirinya dan tidak mahu berinteraksi dengan orang lain iii. Tiada motivasi dan kurang berusaha c. Pemikiran Intuisionis Aliran pemikiran ini merujuk satu proses melihat dan memahami secara spontan. Aliran ini ada kaitannya dengan bisikan hati. Dengan kata lain, pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan yang lebih tinggi dan berbeza daripada yang diperoleh secara individu. Kemunculan idea yang meledak secara tiba-tiba dalam memberikan tafsiran terhadap sesuatu perkara yang boleh dikaitkan dengan aliran pemikiran ini. d. Pemikirian Emotivis Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan atau emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku sama ada perasaan gembira mahupun sedih. Prinsip-prinsip Moral a. Prinsip Keadilan
4

SPA 102 : PENDIDKAN MORAL


Keadilan merupakan satu piawai penting dalam penilaian moral dan prinsip ini amat berkaitan dengan Teori Keadilan Sosial. Prinsip keadilan merupakan prinsip moral yang mempertimbangkan prsuder untuk mengagihkan keuntungan antara individu dan masyarakat. Tentunya keadilan membawa makna tidak pilih kasih, tidak tamak untuk kepentingan diri sendiri. b. Prinsip Autonomi Prinsip ini meliputi pertimbangan bebas dan kebebasan memilih. Ini boleh diertikan sebagai penentuan sendiri tentang peraturan dan kawalan berdasarkan pengalaman dan alasan sendiri. Andaian bahawa pertimbangan dan tingkahlaku yang dibuat oleh seseorang akibat paksaan dari luar tidak boleh dikategorikan sebagai moral. c. Prinsip Altruisme Merujuk kepada sebarang tingkahlaku atau pertimbangan moral yang akan melibatkan dengan orang lain terutamanya dalam membuat sesuatu pertimbangan. Pertimbangan tersebut akan lebih berperikemanusiaan dan bermoral jika perhubungan itu berdasarkan belas kasihan, simpati, memandang penting dan mengambil berat tentang kebajikan orang lain. Peraturan Agama, Moral, Adat dan Undang-undang a. Peraturan Moral Ialah satu hasil kajian tentang betul salah tingkah laku manusia. Peraturan moral bersifat rasional. Ciri-ciri peraturan moral ialah: i. Boleh diubah-ubah ii. Dicipta manusia iii. Tiada pengasas b. Peraturan Agama Merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Peraturan ini termaktub dalam kitab agama. Ciri-ciri peraturan agama ialah : i. Tidak boleh diubah-ubah ii. Bukan ciptaan manusia iii. Setiap penganutnya mestilah mematuhi peraturan yang terdapat di dalam agama masing-masing iv. Peraturan agama adalah satu cara hubungan antara manusia dengan Tuhan v. Merangkumi cara hubungan antara manusia dengan manusia. c. Peraturan Adat Peraturan-peraturan hidup yang dipusakai daripada datuk nenek kita dan yang diperturunkan daripada bapa kepada anak atau daripada yang tua kepada yang muda dengan kaedah ditunjuk, diajar, ditegur dan disapa dan tidak dengan cara yang bertulis Ciri-ciri peraturan adat ialah : i. Cara hidup manusia yang mementingkan sifat-sifat tingkah laku yang murni serta baik ii. Dicipta oleh manusia dan disampaikan secara lisan seperti nasihat, teguran dan teladan dari satu generasi kepada generasi yang lain iii. Penafsiran peraturan adat berbeza mengikut kaum, masa dan lokasi d. Peraturan Undang-undang
5

SPA 102 : PENDIDKAN MORAL


Norma, nilai dan peraturan sesebuah masyarakat yang boleh membentuk tingkah laku dengan watak seseorang itu lahir daripada kepatuhan individu terhadap autoriti yang sah. Ciri-ciri peraturan undang-undang ialah : i. Peraturan-peraturan masyarakat yang telah diluluskan oleh autoriti ii. Alat kawalan dan bahan rujukan bagi suatu kesalahan iii. Perlu dipatuhi oleh setiap individu iv. Individu yang membuat kesalahan boleh didenda wang atau dipenjarakan v. Kejahilan terhadap suatu peraturan undang-undang tidak boleh menjadi alasan bagi membela diri dari tuduhan atau dakwaan

You might also like