Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 25

Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan.

Kursus Penyelidikan SSR 3013 Kertas Kerja Penyelidikan Pembangunan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) Bagi Tajuk Ekosistem Terancam, Biologi Tingkatan Empat dan Tinjauan Persepsi Terhadap Penerimaan Penggunaan MPK.

Nama No. Matriks Kursus Semester Penyelia

Siti Mardiah binti Mohd Bahari D20091035103 Pendidikan Sains (AT 16) 6 Dr. Husni bin Ibrahim

Pembangunan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) Bagi Tajuk Ekosistem Terancam, Biologi Tingkatan Empat dan Tinjauan Persepsi Terhadap Penerimaan Penggunaan MPK. Oleh Siti Mardiah binti Mohd Bahari Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim, Perak.

BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Bab ini menghuraikan tentang latar belakang masalah, tujuan kajian, pernyataan masalah, rasional kajian, persoalan kajian, hipotesis kajian, kepentingan kajian, batasan kajian dan definisi operasi. Huraian bab ini merupakan gambaran umum tentang kajian yang dijalankan. 1.2 Latar belakang masalah Bertarikh keramat 28 Februari 1991, Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan mantan perdana menteri Malaysia yang keempat telah membentangkan sebuah wawasan kerajaan yang lebih dikenali sebagai Wawasan 2020. Dalam penyampaian kertas kerjanya, Laluan ke Depan (The Way Forward), kepada Majlis Perniagaan Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menghuraikan sembilan matlamat utama bagi merealisasikan impian untuk mengangkat Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Ianya merangkumi bidang ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi serta perpaduan nasional dan sosial. Bagi memastikan wawasan tersebut menjadi realistik, Tun Dr Mahathir telah menggariskan bidang sains dan teknologi sebagai salah satu keutamaan yang perlu diberikan penekanan. Keutamaan dalam bidang tersebut telah digariskan dalam matlamatnya yang keenam, iaitu bagi mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan

teknologi masa depan. Matlamat tersebut jelas menunjukkan mengenai kepentingan pengetahuan sains dan teknologi yang diperlukan bagi membantu Malaysia mencapai standard negara maju. Matlamat ini diperkukuhkan lagi dengan penekanan matlamat pembelajaran oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dahulunya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara. Falsafah ini merupakan dasar kepada sistem pendidikan di Malaysia yang menekankan kepada perkembangan insan secara menyeluruh dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Bagi mengkhususkan lagi peranan sains dan teknologi di negara ini, Falsafah Pendidikan Sains Negara telah digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah ini memberikan penekanan terhadap usaha

memupuk budaya sains dan teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan keterampilan teknologi. Justeru, bagi memastikan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dapat direalisasikan, pengajaran dan pembelajaran matapelajaran sains yang terdiri daripada biologi, fizik dan kimia perlulah diberikan penekanan yang lebih serius. Cara pembelajaran yang lebih kreatif dan kritis diperlukan bagi memastikan setiap pelajar tidak ketinggalan dengan ilmu sains yang berkembang dengan pesat. Penggunaan dan kebergantungan guru terhadap penggunaan buku teks semasa proses pengajaran dan pembelajaran serta sumbangannya terhadap pelajar masih boleh dipersoalkan. Justeru, antara langkah penyelesaian yang efektif bagi menambahbaik keadaan ini adalah dengan menggunakan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) bagi subjek-subjek terpilih dalam matapelajaran sains.

1.3 Rasional kajian Proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan memerlukan bahan pengajaran yang lebih sistematik serta bersesuaian dengan kebolehan seseorang pelajar. Menolak kebergantungan guru dan pelajar terhadap penggunaan buku teks sebagai sumber utama pembelajaran, penyelidik menyarankan kaedah yang lebih efektif bagi menambahbaik proses pengajaran iaitu penggunaan Modul Pembelajaran Kendiri. MPK adalah pakej pembelajaran kendiri atau akses sendiri yang direka bentuk dengan teratur dan sistematik. Ianya dibangunkan dengan pengolahan terhadap tajuk ekosistem terancam dengan menggunakan pengolahan yang lebih ringkas dan interaktif serta cara penulisan yang berbeza melibatkan gambar rajah, peta minda, nota ringkas serta teknik-teknik lain yang melibatkan kemahiran

berfikir dengan kritis dan kreatif. Penggunaan MPK merupakan salah satu cara bagi mengatasi masalah kekurangan bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P), alternatif bagi penambahbaikan sistem pembelajaran pelajar serta untuk membantu pelajar dalam memahami sesuatu subjek dengan lebih baik. Selain itu, menurut Noran Fauziah (1981), pengajaran modul mempunyai potensi untuk memenuhi keperluan pelajar yang berbeza. Pendapat ini juga turut disokong oleh Shaharom dan Yap (1991), yang menyebut pembelajaran bermodul membolehkan pelajar meneruskan proses pembelajaran mereka mengikut kecepatan sendiri. Hal ini kerana, setiap pelajar mempunyai kebolehan yang berbeza. Para pendidik sedar akan kewujudan perbezaan individu di kalangan para pelajar seperti dari segi minat terhadap pelajaran, latar belakang, gaya belajar, nilai, motivasi dan lain-lain (Shaharom dan Yap, 1993). Kajian ini melibatkan pengkhususan terhadap pembangunan MPK bagi tajuk terakhir Biologi tingkatan 4 iaitu Ekosistem Terancam. MPK ini dibangunkan berdasarkan huraian sukatan Kementerian Pelajaran Malaysia.

1.4 Pernyataan Masalah Terminologi ekosistem digunakan oleh Roy Clapham pada tahun 1930 untuk menerangkan mengenai komponen-komponen fizikal dan biologi alam sekitar yang berhubung kait antara satu sama lain sebagai satu unit. Konsep ekosistem merujuk kepada interaksi hidupan dengan unsur-unsur yang merupakan asas kepada alam dalam hubungan yang saling berkait rapat. Dalam matapelajaran biologi tingkatan empat, tajuk yang kesembilan, iaitu tajuk yang terakhir menggariskan mengenai ekosistem terancam dibawah tema kajian terhadap hubungkait antara hidupan dengan alam sekitar. Topik ini membincangkan mengenai kerakusan pembangunan yang dijalankan oleh manusia dalam mengejar arus pemodenan serta mengenepikan pembangunan terancang yang telah mengancam alam semulajadi atau ekosistem. Topik ini juga memberi pendedahan yang luas mengenai skop pencemaran. Menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, pencemaran adalah sebarang perubahan samada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras sinaran mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma- organisma lain, tumbuhan dan haiwan.

Topik ini merupakan salah satu topik yang amat penting bagi mendidik para pelajar memahami kepentingan memelihara dan memulihara ekosistem bagi memastikan

kelangsungannya untuk generasi yang akan datang. Justeru, topik ini amat perlu dititikberatkan supaya pelajar dapat memahami peranan mereka dalam menjaga alam sekitar. Sikap ini hanya dapat dipupuk melalui pendidikan yang berkesan. Mengambil inisiatif daripada masalah ini, penyelidik mengambil pendekatan untuk membangunkan MPK khusus bagi topik ekosistem terancam bagi memastikan pelajar dapat menyedari dan memupuk peranan mereka dalam memastikan kelangsungan alam sekitar. Penyelidik juga menolak kebergantungan pelajar dan tenaga pengajar terhadap buku teks bagi memahami tajuk ini. Buku teks adalah pengukur kepada perkembangan sistem pendidikan sesebuah negara, namun mutu buku teks dan buku rujukan masih boleh dipersoalkan. Ini dapat dilihat dari segi pengolahan kandungan yang kurang sesuai untuk semua peringkat (Noor Rahimah, 2003). Isi kandungan yang sukar difahami kerana penerangan didalamnya terlalu umum disusuli dengan langkah-langkah penyelesaiannya ditunjukkan tetapi berlaku sebaliknya (Saripah, 1999). MPK ini dibangunkan sebagai salah satu alternatif yang efektif sebagai nilai tambah untuk penggunaan buku teks, supaya setiap pelajar dapat memahami tanggungjawab yang perlu mereka jalankan sebagai titik tolak dalam merubah masalah ekosistem yang semakin terancam. Modul ini juga merupakan transformasi pengajaran daripada cara tradisional yang lebih berpusat kepada guru semasa proses P&P kepada penglibatan pelajar secara langsung bagi melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan kritis. Di samping itu juga, MPK juga dapat membantu pelajar yang mempunyai kecenderungan pembelajaran yang berbeza serta dapat menarik minat mereka untuk memahami tajuk ini.

1.5 Objektif kajian Kajian ini dijalankan dengan mengetengahkan signifikan kajian, iaitu: i. Mencadangkan kaedah yang lebih efektif untuk mempelajari tajuk kesembilan, matapelajaran biologi tingkatan empat iaitu ekosistem terancam. ii. iii. Membina MPK bagi tajuk ekosistem terancam. Melihat sejauhmana MPK dapat membantu pelajar bagi memahami tajuk ekosistem terancam. iv. Meninjau pandangan serta persepsi pelajar tingkatan empat terhadap MPK yang dibina.

1.6 Persoalan kajian Bagi mencapai objektif kajian ini, beberapa persoalan kajian dikemukakan seperti berikut: i. Bagaimanakah cara untuk memudahkan proses pembelajaran bagi tajuk ekosistem terancam? ii. Adakah MPK yang dibangunkan dapat membantu pelajar dalam memahami tajuk ekosistem terancam? iii. Adakah MPK yang dibangunkan dapat membantu setiap peringkat pelajar yang mempunyai keupayaan pembelajaran yang berbeza? iv. Adakah pelajar dapat mengamalkan pembelajaran tajuk ekosistem terancam dan menyedari peranan dan tanggungjawab mereka dalam menjaga kelangsungan alam semulajadi? v. Apa pendapat dan persepsi pelajar terhadap penggunaan MPK sebagai salah satu bahan bantu bagi mempelajari tajuk ekosistem terancam?

1.7 Hipotesis Kajian Tidak terdapat perbezaan dalam persepsi pelajar terhadap Modul Pembelajaran Kendiri bagi tajuk ekosistem terancam antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan di sekolah tersebut.

1.8 Kepentingan Kajian Berdasarkan kajian yang akan dijalankan, penyelidik memperkenalkan MPK sebagai alat bantu tambah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Modul ini dilihat amat penting sebagai salah satu alternatif yang berkesan bagi membantu pelajar memahami tajuk ekosistem terancam dengan kecepatan sendiri. Hal ini disebabkan oleh, guru tidak dapat memberikan pengajaran yang sama rata kepada pelajar kerana setiap individu mempunyai keupayaan pembelajaran dan cara yang berbeza untuk memahami sesuatu topik. MPK yang dibangunkan dapat membantu pelajar memahami isi-isi penting bagi tajuk ekosistem terancam seterusnya dapat menyedarkan mereka mengenai peranan dan tanggungjawab mereka terhadap alam sekitar. Hal ini amat penting kerana generasi muda sekarang akan menjadi titik tolak dalam menjalankan perubahan bagi menyelamatkan alam sekitar seterusnya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang membangun tetapi kekal dengan pembangunan yang terancang dan mampu memastikan kelangsungan ekosistem di Malaysia.

1.9 Batasan kajian Kajian ini akan dijalankan dengan menggunakan seramai 50 orang pelajar Tingkatan Empat dari sebuah sekolah dalam daerah Selangor yang terdiri daripada pelajar perempuan dan lelaki. Sampel kajian dipilih secara rawak tanpa berpandukan pencapaian mereka dalam Peperiksaan Menengah Rendah mahupun penglibatan mereka dalam bilik darjah. Di samping itu, kajian ini hanya akan dijalankan bagi melihat persepsi pelajar terhadap pembelajaran tajuk Biologi tingkatan empat iaitu ekosistem terancam dengan menggunakan MPK yang dibina.

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pendahuluan Bab ini membincangkan mengenai tinjauan lalu mengenai pembinaan Modul Pembelajaran Kendiri dan kepentingannya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar dan tenaga pengajar.

2.2 Model-model reka bentuk instruksi Meyer (1988:1) mentakrifkan MPK sebagai, A module is a specific type of learning resource. Modules are essentially self-contained, self-instructional packages, with learning paced by each student according to his or her individual needs and ability. A content or a group of content elements forming a discrete unit of subject matter or area of skill. A module has clearly defined objectives. Berdasarkan takrifan di atas, bolehlah disimpulkan bahawa MPK adalah pakej pembelajaran yang bertujuan untuk membolehkan para pelajar belajar sendiri. Ia berbeza dari segi panjang, kandungan dan formatnya (Shaharom & Yap, 1992). Dalam bab ini, penyelidik mengkaji beberapa kajian lepas mengenai beberapa bentuk model reka bentuk instruksional yang boleh digunakan dalam pembinaan MPK. Berdasarkan huraian daripada model-model tersebut, penyelidik akan memilih salah satu model yang paling sesuai untuk digunakan bagi membangunkan MPK ini. Penyelidik juga mengkaji mengenai modelmodel yang lain bagi mendapatkan idea yang lebih luas bagi menghasilkan MPK yang lebih bermutu dan efektif.

2.2.1 Model ASSURE Rancangan mengajar atau persediaan mengajar boleh didefinisikan sebagai suatu rancangan pelajaran yang mengandungi unsur-unsur seperti pengetahuan sedia ada murid, objektif pelajaran, media pengajaran, kaedah dan teknik pengajaran, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup untuk satu atau dua waktu pengajaran. Faktor penting yang perlu dipertimbangkan oleh guru semasa menyediakan rancangan mengajar adalah tujuan utama atau matlamat yang mahu dicapai dari pengajaran yang hendak disampaikan

serta impaknya terhadap penerimaan isi pelajaran dan pemahaman murid. Kemahiran dalam reka bentuk instruksional sangat perlu bagi guru dan pembina bahan instruksional. Ia dapat membantu guru merancang pembinaan dan penggunaan media dan kaedah yang sesuai. Model Reka Bentuk instruksional ASSURE, (Heinich, 1982) bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Justeru itu penyesuaian ini dapat dilakukan berasaskan Model Reka Bentuk tersebut bagi memilih dan menggunakan media pengajaran secara umum. Terdapat enam komponen dalam model ini iaitu: AAnalisa Pelajar (Analyze Learners) : Analisis ciri umum pelajar seperti

peringkat umur, tahap persekolahan, tahap kemahiran intelektual, stail pembelajaran dan sebagainya sebelum sesuatu media dipilih dan digunakan. SMenyatakan Objektif (State Objective) : Pernyataan objektif prestasi dalam

merancang sesuatu pengajaran untuk menentukan jenis bahan media yang ingin digunakan iaitu mengenalpasti kebolehan atau prestasi yang akan dipelajari atau ditunjukkan oleh pelajar selepas mengikuti pelajaran. SMemilih Kaedah, Media dan Bahan (Select Methods, Media and Materials) :

Memilih bahan sama ada menepati kehendak dan keperluan objektif atau mengubahsuai bahan pembelajaran agar menepati objektif, ciri-ciri pelajar dan pendekatan yang akan digunakan serta kekangan yang mungkin dihadapi sesuai dengan objektif pembelajaran. UMenggunakan Media dan Bahan (Utilize Media and Materials): Guru harus dahulu mengadakan pratonton media tersebut sama ada manual

terlebih

penggunaanya, laporan, lampiran atau membaca teksnya supaya sesuai dengan objektif pembelajaran. RMemerlukan Penyertaan Pelajar (Require Learner Participation): Media

pengajaran yang baik membolehkan penyertaan respon pelajar dalam berinteraksi dengan bahan yang disediakan serta mendapatkan maklumbalas. Penglibatan pelajar boleh berlaku secara individu atau berkumpulan. EMenilai dan Mengulangkaji (Evaluate and Revise): Penilaian perlu dibuat

secara berterusana dan bersepadu serta menyeluruh disemua peringkat untuk memberi gambaran sejauhmana keberkesanan media yang dipilih terhadap prestasi pelajar serta bertepatan dengan objektif atau hasil pembelajaran yang dikehendaki (Heinich, 1982)

2.2.2 Model ADDIE Model ADDIE merupakan antara model yang terawal dan boleh dikatakan menjadi sumber kepada kemunculan model-model lain seperti model Morrison, Ross dan Kemp, model Seels dan Glasgow, serta model Dick and Carey. Buktinya, hampir semua model reka bentuk instruksional mempunyai lima prinsip utama ADDIE iaitu analyze, design, development, implement dan evaluate (Kruse, 2004, p.1). Analisis (Analyze): Ketika menjalankan analisis, penyelidik mengenalpasti masalah, tujuan serta obejktif berdasarkan keperluan responden, pengetahuan sedia ada, dan beberapa ciri-ciri lain yang relevan. Analisis ini juga melibatkan persekitaran pembelajaran, sebarang kekangan atau halangan dan jangkamasa projek atau kajian ini akan dijalankan. Reka bentuk (Design): Proses sistematik bagi mengkhususkan objektif pembelajaran. Rangka kerja atau idea awal bagi membangunkan MPK tersebut disediakan bagi mendapatkan gambaran awal mengenai kajian ini. Proses ini melibatkan reka bentuk modul yang akan dibina berdasarkan tajuk ekosistem terancam menggunakan kaedah pembelajaran koperatif, penerokaan, penyelesaian masalah, permainan, kuiz, uji minda, perbincangan, latihan, soalan aplikasi, tutorial mahupun demonstrasi. Alat yang akan digunakan juga ialah berpandukan bahan bercetak sahaja tanpa melibatkan audio, video, komputer, internet dan sebagainya. Pembangunan (Development) : Pembangunan ialah proses bagi menghasilkan MPK yang telah direka semasa proses rekabentuk. Contohnya, membina papan cerita, membentuk grafik yang sesuai, merangka susunan isi kandungan, menyusun bahan pembelajaran secara interaktif, serta menyebarkan bahan tersebut. Implementasi (implementation): Semasa proses implementasi, tindakan perlu dijalankan untuk melatih responden yang telah dipilih bagi menggunakan modul ini. Modul yang telah siap dibina akan diedarkan kepada kumpulan responden. Proses ini juga dikenali sebagai pilot test. Penilaian (Evaluation) : Setelah modul diedarkan dan diguna oleh responden, penilaian perlu dibuat bagi meninjau persepsi mereka. Terdapat dua jenis penilaian utama, iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif bertujuan untuk meningkatkan serta memperbaiki tahap keberkesanan bahan pembelajaran yang telah dibina. Manakala penilaian sumatif bermaksud penilaian keseluruhan bahan

pembelajaran yang telah dihasilkan. Contohnya, kajian dibuat bagi menilai peratusan pencapaian objektif setelah proses penggunaan bahan pembelajaran tersebut selesai dijalankan.

2.2.3 Model Hannafin dan Peck Model Hannafin dan Peck adalah model pembelajaran yang terdiri daripada tiga fasa utama iaitu fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk serta fasa pengembangan dan implementasi (Hannafin & Peck, 1988). Dalam model ini, penilaian dan pengulangan perlu dijalankan bagi setiap fasa. Model ini lebih berorientasikan hasil berdasarkan fasa-fasa tersebut: 1. Fasa pertama adalah analisis keperluan yang dilakukan dengan mengenalpasti keperluan-keperluan dalam membina sesuatu media. Bagi kajian ini, penyelidik mengenalpasti apakah sebab utama bagi membina MPK bagi tajuk ekosistem terancam. Termasuklah didalamnya, tujuan serta objektif bahan media pembelajaran yang dibina, pengetahuan serta kemahiran yang diperlukan oleh kelompok sasaran, peralatan dan keperluan media pembelajaran. Penyelidik juga telah memilih media berasaskan kertas atau dikenali sebagai paper based tanpa melibatkan sebarang audio, video mahupun bahan multimedia yang lain. Media pembelajaran ini juga dikhususkan kepada pelajar tingkatan empat sahaja dengan pemilihan responden seramai 50 orang yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan yang dipilih secara rawak. 2. Fasa kedua ialah fasa reka bentuk, iaitu pengolahan atau lanjutan daripada fasa analisis keperluan. Fasa ini bertujuan untuk mengenalpasti dan mendokumentasi kaedah yang paling sesuai dan interaktif bagi mencapai tujuan serta objektif pembinaan modul tersebut. Salah satu dokumen yang boleh dihasilkan ialah papan cerita bagi menunjukkan gambaran mengenai reka bentuk modul yang akan dibina. Reka bentuk ini dirancang oleh penyelidik berdasarkan keperluan responden iaitu pelajar tingkatan empat untuk topik ekosistem terancam sahaja. 3. Fasa ketiga dan terakhir ialah fasa pengembangan dan implementasi. Ianya terdiri daripada penghasilan carta alir, pengujian serta penilaian formatif dan sumatif. Dokumen reka bentuk akan dijadikan landasan bagi membina carta alir yang dapat membantu proses pembinaan MPK ini bagi menilai kelancaran media yang telah dibina seperti kesinambungan isi kandungan, pengujian dan penilaian. Ketiga-tiga fasa

ini perlu dijalankan mengikut turutan supaya ianya berkesinambungan antara satu sama lain.

MODEL HANNAFIN DAN PECK FASA 1: Analisis keperluan FASA 2: Rekabentuk FASA 3: Pembangunan/ implementasi

Mula

Penilaian dan semak semula

Rajah 2.2.3.1: Model Hannafin & Peck

2.2.4 Model Teras Cabang Shaharom Model ini dinamakan sebagai teras cabang disebabkan bahan utama menjadi teras dan bahagian pemulihan dan pengayaan menjadi cabang sebelum ke MPK seterusnya. Model ini telah diperkenalkan oleh Shaharom (1994) dimana setiap MPK yang dibina mempunyai teras dan cabang. Model ini mengandungi enam komponen utama dan dibahagikan kepada komponen teras dan komponen cabang. Komponen teras melibatkan komponen pengenalan hingga penilaian kendiri, manakala komponen cabang melibatkan komponen bahagian pemulihan dan pengayaan. Selepas itu, diikuti oleh komponen maklum balas dan rujukan (Shaharom, 1994). Enam komponen utama yang terdapat di dalam Model Teras Cabang Shaharom (1994) ialah: 1. Pengenalan- mengandungi tiga komponen kecil iaitu: Rasional: Bertujuan untuk memberitahu pelajar sebab utama

pembinaan MPK, kepentingan dan sebab harus mencapai objektif pembelajaran MPK.

Aktiviti utama: Menghuraikan tatacara P&P serta kaedah penilaian MPK. Praujian: Bagi membantu guru dan pelajar menentukan samada perlu atau sebaliknya meneruskan pembelajaran menggunakan MPK. Aras penguasaan yang ditetapkan adalah 70%. Jika lebih atau sama 70% pelajar boleh terus ke bahagian Pengayaan dan jika kurang 70% pelajar ke bahagian Teras.

2. Isi Kandungan: Mengandungi dua komponen kecil Objektif pembelajaran: Dinyatakan dalam bentuk tingkah laku secara khusus tentang apa yang perlu dicapai. Isi kandungan dan aktiviti pembelajaran teras: Mengandungi bahan-bahan dan aktiviti pembelajaran yang disediakan mengikut KBSM atau huraian sukatan pelajaran KPM. 3. Penilaian kendiri: Mengandungi satu komponen kecil iaitu : Ujian diagnostik : Untuk mengenalpasti kesukaran pembelajaran pelajar terhadap isi kandungan MPK dan pencapaian pelajar terhadap objektif tertentu. Aras penguasaan yang ditetapkan adalah 70%, jika lebih atau sama dengan 70% pelajar boleh terus ke bahagian Pengayaan dan jika kurang 70% pelajar perlu ke bahagian pemulihan. 4. Pengukuhan: Terdiri daripada dua komponen kecil atau pilihan pembelajaran iaitu : Bahagian pemulihan : Menyediakan bahan asas atau isi yang dipermudah rujukan, latihan khusus atau aktiviti tambahan bagi membantu pelajar memahami isi kandungan MPK dan mengukuhkan pengetahuan mereka. Bahagian pengayaan : Menyediakan bahan pembelajaran yang lebih mencabar dengan rujukan khusus dan aktiviti tambahan bagi memperkaya dan meluaskan pengetahuan pelajar. 5. Maklum balas: Menyediakan jawapan masalah, panduan, perbincangan dan ulangakaji. 6. Rujukan: Bertujuan untuk membantu pelajar mendapatkan bahan-bahan dan alat media demi memenuhi aktiviti pembelajaran MPK.

MODEL TERAS CABANG SHAHAROM (1994) Bahagian Bahagian Pengayaan Pengayaan

Objektif

Isi kandungan

Bahan Aktiviti Nota

TERAS ATAU BAHAN UTAMA

Bahagian Pemulihan

Bahagian Pemulihan

Rajah 2.2.4.1: Model Teras Cabang Shaharom (1994)

2.2.5 Model Klingstedt Menurut Klingstedt (1972) MPK adalah : Learning modules include, but go one step beyond, performance objectives. They provide a way for learners to progress at their own rate in their own learning style, identify their strengths and weaknesses, and recycle when objectives have not been meet.They allow for flexibility in terms of instructional and learning style

Model Klingstedt (1972) mengandungi enam komponen utama iaitu Objektif, Praujian, Rasional, Pilihan Pembelajaran, Ujian Diagnostik dan Sumber.

1. Objektif: Merupakan perkara utama yang dimasukkan dan dinyatakan dalam bentuk tingkah laku. Ianya menggariskan mengenai objektif pembinaan MPK serta objektif pembelajaran bagi tajuk khas yang dipilih iaitu ekosistem terancam.

2. Praujian: Proses ini akan dijalankan setelah selesai MPK dibina dan diedarkan kepada responden yang telah dipilih. Ianya penting bagi menentukan sama ada pelajar perlu meneruskan MPK, jika pelajar mendapat pencapaian yang baik (aras pencapaian sebenar tidak dinyatakan) setelah mencapai objektif ditentukan, boleh ke MPK seterusnya tetapi digalakkan untuk meneruskan juga MPK itu sebagai pengayaan.

3. Rasional: Bagi meneliti kepentingan pelajar menggunakan MPK sebagai salah satu bahan tambah dalam P&P yang melibatkan pelajar belajar berdasarkan keupayaan sendiri.

4. Pilihan pembelajaran: Untuk membantu pelajar mencapai objektif MPK mengikut kemampuan cara belajar mereka yang dibina mengikut kreativiti pembina MPK sama ada dalam bentuk bahan bercetak atau tidak bercetak. Bagi MPK ini, penyelidik membina modul yang melibatkan media bercetak sahaja tanpa melibatkan sebarang bahan multimedia lain sebagai alat bantuan.

5. Ujian diagnostik: Untuk mengukur pencapaian pelajar terhadap objektif MPK mengikut tahap yang ditetapkan (tidak dinyatakan tahap yang diperlukan). Soalan dibentuk berpandukan objektif MPK. Jika gagal, pelajar perlu mengulangi MPK atau mengubah cara pilihan pembelajaran mereka.

6. Sumber: Menyenaraikan segala bahan tambahan, media dan bahan bacaan yang berkaitan dengan MPK dan boleh diletakkan carta alir, borang penilaian dan sebagainya.

2.2.6 Model Burn Menurut Burns (1972) MPK adalah : An IM is a structured sequence of learning events designed to a ccommodate the attainment, on the part of leaner, of a wide range of objectives

Model ini telah digunakan dengan jayanya oleh Curriculum and Instruction Department of the University of Texas di Al Paso, Amerika Syarikat. Terdapat lapan komponen didalam model ini iaitu muka surat tajuk, objektif, overview, praujian, rasional, pilihan pengajaran, ujian diagnostik dan sumber.

1. Muka surat tajuk: Menunjukkan tajuk, tarikh dan nombor kod MPK yang digunakan.

2. Objektif:

Mengandungi senarai objektif tingkah laku yang bertulis (kognitif dan

psikomotor) yang hendak dicapai oleh pelajar. Terdapat juga objektif nilai (afektif) diletakkan di tempat tertentu di dalam MPK. Selain itu, turut dinyatakan juga ialah objektif penghasilan MPK bagi membantu pelajar belajar mengikut kecepatan sendiri.

3. Overview:

Mengandungi gambaran ringkas keseluruhan kandungan MPK yang

berfungsi untuk meningkatkan lagi kefahaman pelajar tentang kandungan bahan pembelajaran MPK.

4. Praujian: Merupakan ujian yang akan menentukan pelajar untuk meneruskan ke MPK seterusnya mengikut objektif tertentu. Aras pencapaian tidak dinyatakan.

5. Rasional: Menyatakan kepentingan MPK dan sebab mengapa pelajar perlu mencapai objektif yang ditentukan serta menyediakan arahan bagaimana menggunakan MPK tersebut.

6. Pilihan Pengajaran: Mengandungi bahan-bahan bentuk lain yang boleh digunakan untuk menyampaikan isi kandungan mengikut kreativiti pembina MPK, samada bahan bercetak atau tidak bercetak seperti filem, gambar dan pita rakaman. Bagi kajian ini, penyelidik telah memilih modul berdasarkan bahan bercetak atau dikenali sebagai paper based modul.

7. Ujian diagnostik: Untuk mengukur pencapaian pelajar terhadap objektif yang telah dinyatakan. Jika gagal pelajar perlu mengulang kandungan MPK atau sebahagaian MPK atau berhubung dengan guru. Aras pecapaian tidak dinyatakan.

8. Sumber: Menyenaraikan sumber rujukan, alatan dan media serta tempat diperolehi. Juga disenaraikan cadangan bahan rujukan sebagai tambahan untuk memperkaya pengetahuan pelajar.

2.2.6 Rasional penggunaan modul

Setelah meneliti beberapa model reka bentuk instruksional, penyelidik telah membuat keputusan untuk memilih Model Teras Cabang Shaharom (1994) dalam membangunkan MPK bagi tajuk ekosistem terancam. Terdapat beberapa sebab penyelidik memilih menggunakan Model Teras Cabang Shaharom (1994) iaitu:

1. Model Teras Cabang Shaharom (1994) didapati telah merangkumi segala komponenkomponen yang terdapat dalam model-model yang lain. Model ini telah mengaplikasi kelebihan didalam setiap model yang lain. Generalisasinya, kesemua model yang telah dibincangkan oleh penyelidik mempunyai persamaan antara satu sama lain. Penyelidikan dan pembangunan model terdahulu telah terbukti berkesan menyebabkan Model Teras Cabang Shaharom menggabungkan kesemua komponen didalam satu model dan dipertingkatkan dengan komponen tambahan yang akan memantapkan model yang dibina.

2. Model ini mengandungi komponen pemulihan dan pengayaan. Secara tidak langsung ia memberikan kelebihan tersendiri berbanding daripada model yang lain. Melalui model ini tahap keupayaan pelajar dapat diperbaiki kerana keadah perlaksanaan yang digunakan melalui komponen ini dirangka khusus berdasarkan bahan dan pendekatan yang bersesuaian. Komponen tambahan ini menyebabkan model ini lebih unik berbanding model yang lain dan ianya adalah lebih baik berbanding model yang lain. Komponen pemulihan dan pengayaan dalam model ini melibatkan pembelajaran pelajar secara masteri supaya pelajar dapat memahami setiap tajuk sebelum melangkah ke tajuk yang seterusnya. Komponen ini membantu pelajar supaya tidak ketinggalan dalam pembelajaran dan mampu memahami tajuk yang lebih sukar.

3. Pembangunan model ini adalah bersesuaian dengan kurikulum pendidikan di Malaysia. Walaupun terdapat pendekatan lain yang dihasilkan oleh pihak luar tetapi pendekatan yang digunakan tidak mengambil kira aspek pendidikan di negara ini kerana sukatan dan kaedah penyediaan soalan adalah berlainan bagi setiap negara. Pembangunan MPK di Malaysia tidak begitu drastik menyebabkan tidak terdapat banyak model yang diperakui keberkesanannya. Oleh itu, walaupun model ini telah

diperkenalkan pada tahun 1994 tetapi ia masih relevan kerana ia mengambil kira aspek pendidikan di Malaysia yang tidak mempunyai perubahan yang ketara sehingga kini dan sesuai untuk digunakan.

4. Model ini telah diakui keberkesanannya melalui kesesuaian MPK yang dibina dalam perlaksanaannya di sekolah (Shaharom,1995). Kajian yang telah dilakukan melalui soal selidik ini mengukuhkan lagi bahawa pemilihan model adalah bersesuaian dan relevan untuk digunakan sebagai mekanisma memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran sedia ada.

CARTA ALIRAN MODEL TERAS CABANG SHAHAROM (1994) MULA

PRAUJIAN MPK 1

YA

PENGUASAAN

TIDAK BIMBINGAN

TIDAK UJIAN DIAGNOSTIK MPK 1

PENGUASAAN

PEMULIHAN

YA PENGAYAAN

TAMAT

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pendahuluan

Bab ini membincangkan mengenai bagaimana cara kajian ini dijalankan mengikut garis-garis panduan dan rujukan yang telah dirancang dengan betul dan teratur. Bahagian ini membincangkan beberapa perkara berhubung dengan reka bentuk kajian, sampel kajian, prosedur kajian, instrumen kajian dan kaedah analisis data. 3.2 Reka bentuk kajian Kajian ini berbentuk deskriptif kuantitatif bagi meninjau tahap keberkesanan penggunan MPK yang telah dibina. Data akan diambil berdasarkan peratusan dalam borang soal selidik yang diedarkan kepada pengguna MPK. Soalan yang dikemukakan dalam borang soal selidik ialah soalan yang berkaitan dengan pencapaian objektif pembelajaran bagi tajuk ekosistem terancam serta objektif pembinaan MPK bagi tajuk tersebut. Ianya melibatkan pandangan serta persepsi pelajar serta tenaga pengajar tentang penggunaan MPK dalam proses pembelajaran bagi tajuk yang telah dipilih. Pada peringkat awal, pelajar dan guru diperkenalkan kepada MPK yang telah dibina. Selepas menggunakan MPK tersebut, borang soal selidik akan diedarkan kepada pelajar serta tenaga pengajar. Borang soal selidik tersebut mengandungi tiga bahagian utama iaitu latar belakang pelajar serta tenaga pengajar, pendapat mereka tentang modul yang telah digunakan dan langkah yang perlu dilakukan bagi menambah baik MPK tersebut. Kesemua data yang telah diperolehi akan dikumpul dalam bentuk peratusan bagi memudahkan proses analisis data.

3.3. Tempat kajian Kajian ini akan dijalankan disebuah sekolah dalam negeri Selangor. Seramai 50 orang pelajar lelaki dan perempuan dipilih secara rawak tanpa berpandukan pencapaian mereka dalam peperiksaan mahupun penglibatan didalam bilik darjah.

3.4. Persampelan Sampel yang akan digunakan merupakan pelajar Tingkatan 4 yang mengambil jurusan Biologi di sebuah sekolah. Seramai 50 orang pelajar akan dijadikan sampel kajian. Pelajar akan menggunakan MPK bagi tajuk ekosistem terancam sebagai bahan bantu kepada buku teks. Beberapa orang guru Sains dan Biologi sekolah tersebut juga akan memberi pandangan mereka tentang penggunaan MPK dalam pembelajaran tajuk tersebut.

3.5. Instrumen kajian Instrumen kajian yang akan digunakan adalah borang soal selidik. Borang soal selidik tersebut akan dibina berdasarkan tiga bahagian utama seperti yang dinyatakan dalam Rajah 3.5.1 Bilangan Bahagian 1 Bahagian Latar Belakang Responden Penerangan Dalam bahagian ini, latar belakang responden akan diambil. Contohnya, jantina, umur, keluarga dan tahap pencapaian matapelajaran sains. Bahagian 2 (rubrik mengikut skala 1,2,3 dan 4) Modul Pembelajaran Kendiri bagi tajuk ekosistem terancam. Dalam bahagian ini, responden akan ditanya tentang MPK dari segi interaktif, menarik, reka bentuk, isi kandungan dan penggunaan teknik lain. Bahagian 3 (soalan berbentuk subjektif) Keseluruhan MPK dan cadangan. Dalam bahagian ini, penilaian akan dibuat berdasarkan keseluruhan penggunaan MPK dalam pembelajaran bagi tajuk ekosistem terancam. Rajah 3.5.1 : Rajah diatas menunjukkan bahagian dalam borang soal selidik yang akan digunakan sebagai instrumen kajian

3.6 Prosedur kajian Kajian ini dijalankan mengikut prosedur di bawah:

i.

Terlebih dahulu, sebelum melakukan kajian, borang kebenaran melakukan kajian daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia diperlukan bagi meneruskan kajian terhadap sekolah di sekitar Selangor.

ii.

Borang soal selidik yang mengandungi tiga bahagian utama berdasarkan keperluan MPK dibina.

iii.

Kajian dilakukan di sebuah sekolah yang telah ditetapkan. Pemilihan responden seramai 50 orang dijalankan secara rawak oleh penyelidik sendiri.

iii.

Kajian rintis dijalankan bagi mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan terhadap MPK yang dibina. Seramai lima orang responden akan diberikan MPK yang telah dibina dan penyelidik akan memberikan arahan tentang penggunaan MPK tersebut. Setelah selesai penggunaan MPK, para responden dikehendaki melengkapkan borang soal selidik yang telah disediakan. Berdasarkan borang soal selidik tersebut, penyelidik akan menganalisis data awal bagi memastikan borang soal selidik tersebut relevan untuk digunakan dan kajian boleh dijalankan untuk peringkat yang seterusnya. Sebarang penambahbaikan akan dilakukan terhadap borang soal selidik supaya ianya dapat memenuhi keperluan analisis data.

iv.

Setelah berjaya mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan, penyelidik akan meneruskan kajian ke peringkat yang seterusnya. Penyelidik akan memilih responden seramai 50 orang daripada pelajar tingkatan empat yang mengambil jurusan sains biologi yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan. Kesemua mereka akan diberikan MPK yang telah dibina dan diberikan penerangan mengenai arahan penggunaan MPK tersebut.

iv.

Setelah menggunakan MPK tersebut, kesemua responden diminta untuk melengkapkan borang soal selidik yang telah disediakan. Semua data yang

diperolehi daripada borang soal selidik tersebut akan diterjemah kedalam bentuk peratusan bagi memudah proses menganalisis dan interpretasi data.

v.

Data yang diperolehi akan dibincangkan bagi mendapatkan kesimpulan dan hasil akhirnya.

3.7 Analisis Data Kaedah yang akan digunakan adalah menganalisis data menggunakan kaedah kuantitatif. Data yang diperoleh dari borang kaji soal selidik akan dianalisis dengan menggunakan perisisan Statistical Package for Social Science (SPSS) dengan teknik statistik deskriptif. Teknik statistik deskriptif digunakan untuk meneliti taburan pendangan responden mengenai MPK. Analisis ini dapat membantu dalam memerihalkan profil responden seperti umur, bangsa, pandangan mereka tentang MPK dan sebagainya melalui teknik taburan frekuensi dan peratusan.

RUJUKAN

Meyer, G.R. (1988). Modules From Design To Implementation. 2nd. Edition. Manila: The Colombo Plan Staff College For Technician Education, JON K. Printing Co. Inc. 1-27. Shaharom Noordin & Yap, Kueh Chin (1991). Ke Arah Mengindividukan Pengajaran Menerusi Pengajaran Bermodul. Jurnal Pendidikan Guru. 7. 89-107. Kruse, K. (2004). Introduction to instructional design and the ADDIE model. Diperolehi pada 10 Januari 2011, sumber dari http://mizanis.net/edu3105/bacaan design_L/e-Learning and the ADDIE Model.htm

Addie model. Diperolehi pada 9 Januari 2011, sumber dari http://www.tzanis.org/Courses/ Readings/Session5.pdf Klingstedt, J.L (1972). Learning Modules for Competency based Education. Educational technology, 12(11); 29-31. Shaharom Nordin & Yap, K.C (1992b) Merekabentuk dan menilai Modul Pengajaran kendiri (MPK) .Jurnal Pendidikan Guru BPG.Bil 8;16-44. Shaharom Nordin & Yap, K.C (1992a) Pengindividuan Pengajaran dan Pembelajaran menerusi Pengajaran bermodul,Asia Pacific Education Technology Convention. Universiti Sains Malaysia, Pulau pinang, 25-28 Jun.

Shaharom Nordin (1994). MPK: Satu Innovasi Dalam Proses P& P. Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia. Maisarah Hajar Aisyah (2004) Pembinaan modul pembelajaran kendiri bagi matapelajaran sains tingkatan empat bab keturunan dan variasi. Universiti Teknologi Malaysia.

Noran Fauziah Yaakub, Aida Suraya Md Yunus, Zakaria Kasa (2001). Computer Anxiety Among Teacher Education Students and its Implications For Tomorrows Education. Kuala Lumpur:Venton Publishing.

Dick, W. & Carey, L. (1991). Instructional Design: Principles and Applications. (2 Edition). Educational Technology Publications. 227-267

nd

Shaharom Noordin (1994). Penghasilan dan Penilaian Keberkesanan Modul Pengajran Kendiri Fizik Di Kalangan Pelajar Berbeza Kebolehan dan Jantina Pada Peringkat Tingkatan Empat. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Doktor Falsafah.

You might also like