Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

CONTOH KERTAS KERJA PROGRAM PERKHEMAHAN RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP)

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAPAH, 72120 BANDAR SERI JEMPOL, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

KERTAS KERJA PROGRAM PERKHEMAHAN RIMUP 2007

DISEDIAKAN OLEH: SETIAUSAHA RIMUP S.K PULAPAH

KERTAS KERJA PROGRAM PERKHEMAHAN RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP) 2007.

1. Pendahuluan Program Perkhemahan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah satu program yang memupuk semangat perpaduan dikalangan

murid yang berbilang kaum. Program ini melibatkan badan-badan beruniform sekolah seperti Pengakap dan Tunas Puteri.

2. Tarikh 11, 12 & 13 Mei 2007

3. Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad

4. Tempat Sekolah Kebangsaan Pulapah

5. Rasional Perpaduan, kerjasama dan kesefahaman akan hanya terbentuk apabila sekumpulan masyarakat berkumpul dan menjalankan aktiviti secera bersama-sama. Semakin kerap masyarakat itu bekerja bersama, semakin eratlah hubungan dan persefahaman di antara mereka. Oleh itu, aktiviti perkhemahan merupakan satu daripada ratusan aktiviti yang mengasuh dan membentuk murid menjadi insan yang bertolak-ansur, tolong-menolong, peka dan sebagainya.

6. Objektif Memupuk kesedaran terhadap pelbagai karenah manusia dan cara terbaik untuk menghadapinya. Memberi pengetahuan mengenai teknik-teknik perkhemahan seperti memasang dan membuka khemah, menjaga dan melindungi diri daripada bahaya, memasak dan menguruskan diri. Memyemai kemahiran berkomunikasi dalam situasi yang pelbagai. Menanam sikap berdisiplin dan menepati masa. Menerapkan kesedaran tentang pentingnya mematuhi peraturan, undang-undang dan jadual yang telah ditetapkan.

7. Kumpulan Sasaran 20 orang peserta Tahun 6 dari sekolah ahli

8. Jawatankuasa Induk Perkhemahan Unit Beruniform Penasihat : Tuan Haji Amir Sarifudin b. Haji Ahmad (Pegawai Pelajaran Daerah Jempol dan Jelebu) Pengerusi : En. Abd. Rani b. Abu ( Guru Besar SK PULAPAH) Naib Pengerusi : En. Othman B. Maamon (Guru Besar SKSH2(F)) En. Supramaniam a/l Periyanayagam (Guru Besar SJKT LSH)

Setiausaha Bendahari

: En. Mohd. Norsani b. Mahat : Pn. Noraliza bt. Yahid

9. Jawatankuasa Kerja Perkhemahan Silang Budaya RIMUP 2007 Kem Komandan Keselamatan/Disiplin : En. Syed Zulkefli b. Syed Ismail : Pn. Syaelbidiya Azizon

Hadiah/Cenderahati : Pn. Rosmayanty bt. Rosly Cik Nor Hafizah bt. Md. Razi Quatermaster : Pn. Hjh. Sarina bt. Yahya Pn. Seri Pawati bt. Kasrol Pn. Siti Nur Hasnizah bt. Abd. Rasid Buku Program : Syaelbidiya Azizon bt. A. Aziz

Sijil Juru Acara Tempat Ibadat

: En. Khairil Anuar b. Mohammad Razi : En. Mohd. Norsani b. Mahat : Pn. Siti Nur Hasnizah bt. Abd. Rasid

Aktiviti : Bengkel Nyanyian Lagu-Lagu Rakyat : Cik Nur Salhan Bibi bt. Ismail (SKP) Pn. Noraliza bt. Yahid (SKP) En. Zamri b. Yahya (SKSH2) Pn. R. Tamil Selvi (SJKT LSH) : Bengkel Tarian Asli Cik Zuraidah bt. Aluwi (SKP) Pn. Idyuwati bt. Mohd. Poly (SKSH2) Cik K. Vanitha (SJKT LSH) : Bengkel Selera Tradisional Pn. Norijah bt. Lokmat (SKP) Pn. Nuraini bt. Abd. Hadi (SKSH2) Pn. R. Tamil Selvi (SJKT LSH) : Bengkel Permainan Etnik En. Khairil Anuar b. Mohd. Razi (SKP) En. Md. Zolman b. Che Man (SKP) En. Zulkepli b. Zakaria (SKSH2) Cik K. Vanitha (SJKT LSH)

Giliran Bertugas Malam : Jumaat Pn. Syaelbidiya Azizon bt. A. Aziz Cik Zuraidah bt. Aluwi En. Khairil Anuar Pn. Rosmayanty Cik Norhafizah

: Sabtu

Cik Salhan Bibi En. Md. Zolman En. Syed Zulkepli

10. Program Dan Aktiviti: JUMAAT 0230tgh : Berkumpul : Pendaftaran : Taklimat : Mendirikan khemah 0400ptg : Minum petang : Solat 0500ptg : Bengkel Permainan Etnik Semua Guru En.Norsani/ En. Syed

QM

En. Khairil

0700mlm : Pengurusan diri dan solat : Makan malam 0900mlm 0100pg : Bengkel Nyanyian : Tidur

En. Norsani
QM

Cik Salhan/Pn.Liza Guru bertugas

SABTU

0500pg : senaman pagi 0745pg

: Pengurusan diri dan solat

En. Syed

00pg

En. Khairil/En. Zolman : Sarapan QM

0800pg 1230tgh

: Bengkel tarian tradisional 1 : Makan tengahari : Pengurusan diri dan solat : Latihan persembahan kumpulan : Minum petang : Solat Asar : Permainan Etnik Malaysia

Cik. zuraidah QM

0200ptg 0400ptg

semua guru/kumpulan QM

0500ptg

En.Zolman/En.Khairil QM

0700mlm : Makan malam : Pengurusan diri dan solat 0900mlm : Malam Kebudayaan

Semua guru QM

1100mlm : Minum malam : Tidur

AHAD

0500pg 0700pg 0745pg 0800pg 1000pg

: Pengurusan diri dan solat : Senaman Pagi : Sarapan Pagi : Bengkel Selera Tradisional : Membuka khemah dan membersihkan kawasan : Minum pagi QM

En. Norsani En.Khairil/En.Zolman QM Pn.Norijah Semua guru

1100pg

11.30pg : Perasmian Penutup oleh PPD JJ Semua guru : Penyampaian Hadiah : Jamuan Makan Tengahari Semua guru : Bersurai

11. Anggaran Perbelanjaan

PERKARA

KOS (RM) SEORANG

JUMAAT Minum petang Makan malam

1.20 4.00

SABTU Sarapan Minum pagi Makan tengahari Minum petang Makan malam

2.00 1.20 4.00 1.20 4.00

AHAD Sarapan Minum pagi

2.00 1.20

JUMLAH

20.80

Hadiah penyertaan Cenderamata perasmi Jamuan penutup Backdrop Runcit JUMLAH

RM 2.00 X 68

RM 136.00 RM 030.00

RM 4.00 X 30

RM 120.00 RM 030.00 RM 050.00 RM 366.00

12. PENUTUP Kerjasama dan hubungan rapat antara semua pihak yang terlibat dalam mengelola dan menjayakan Program Perkhemahan RIMUP 2007 amatlah diharapkan. Semoga dengan adanya komitmen dari semua akan menjadikan program perkhemahan pada tahun ini lebih cemerlang.

LAPORAN AKTIVITI RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP)

Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah satu program atas kerjasama semua sekolah rendah yang melibatkan semua kaum di Malaysia. Beberapa aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan bagi tujuan menyatupadukan semua kaum di Malaysia, samada dari sudut kerjasama yang ditunjukkan dan persefahaman yang terjalin. Semua ini mampu membentuk sekumpulan masyarakat yang saling bantu-membantu dan memahami antara satu sama lain. Antara aktiviti yang dirancang adalah Program kecemerlangan Akademik, Sukan dan Permainan, Perkhemahan dan Lawatan, Perayaan dan Perhimpunan serta Program Khidmat Masyarakat. Bagi tahun 2007 ini, Sekolah Kebangsaan PULAPAH dipertanggungjawabkan bagi mengelola salah satu program iaitu Perkhemahan Silang Budaya RIMUP yang mana program ini telah berjalan pada 11, 12 dan 13 MEI 2007 (Jumaat, Sabtu dan Ahad). Program ini dijalankan berdasarkan objektif yang ingin dicapai oleh pihak sekolah khasnya dan negara amnya. Antara objektif tersebut adalah memupuk kesedaran murid terhadap pelbagai karenah manusia dan cara terbaik untuk menghadapinya, menyemai kemahiran komunikasi dalam situasi yang pelbagai, menanam sikap berdisiplin dan menepati masa serta memberi pengetahuan mengenai teknik-teknik perkhemahan Kumpulan sasaran melibatkan 20 orang peserta tahun 6 dari sekolah ahli yang mana melibatkan badan-badan beruniform sekolah seperti Pengakap dan Tunas Puteri. Jumlah semua murid yang mengikuti perkhemahan ini adalah seramai 60 orang yang melibatkan 3 buah sekolah termasuk sekolah ahli atau tuan rumah. Jawatankuasa kerja bagi perkhemahan ini meliputi beberapa tugas yang dikelola oleh beberapa orang guru. Tugas tersebut adalah : Kem Komanden Keselamatan dan Disiplin Tempat Ibadat Hadiah dan Cenderahati

Buku Program Sijil Juru Acara Quartermaster PA Sistem Senarai semak setiap tugasan boleh dilihat pada lampiran yang disediakan. Anggaran belanjawan untuk melaksanakan program ini adalah sebanyak RM 386.80. Ia melibatkan perbelanjaan untuk hadiah cenderamata perasmi, hadiah penyertaan, jamuan penutup, backdrop dan belanja runcit. Aktiviti-aktiviti yang dirancang dan telah dilaksanakan dalam program ini adalah Bengkel Nyanyian Lagu-lagu Rakyat, Bengkel Tarian Asli, Bengkel Selera Tradisional, dan Bengkel Permainan Etnik. Semua aktiviti ini dikelola atau diketuai oleh guru-guru yang berpengalaman dan pakar dalam tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan. Walaubagiamanapun sekolah ahli telah menambah satu aktiviti sampingan yang tidak terdapat dalam jadual aktiviti yang dirancang. Aktiviti tersebut adalah berjalan malam yang mana ia bertujuan untuk menanam sikap berani dan bertanggungjawab pada barang amanah yang diberi. Ia melibatkan semua guru termasuk guru pengiring dari sekolah-sekolah yang terlibat. Objektif ini tercapai dan diharap aktiviti seperti ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang. Bagi giliran bertugas malam, semua guru terlibat dan bertanggungjawab keatas semua perkara termasuk keselamatan murid sepanjang malam. Tuan rumah telah menetapkan 5 atau 6 orang guru untuk berjaga pada setiap malam. Tapak perkhemahan telah dibuat persedian awal sehari sebelum aktiviti perkhemahan berlangsung iaitu pada pada hari Khamis, 10 Mei 2007. Pelan tapak perkhemahan adalah seperti disediakan dalam lampiran. Majlis Penutup dirasmikan oleh wakil dari Pegawai Pendidikan Daerah Jempul / Jelebu (PPDJJ) pada hari Sabtu, 13 Mei 2007 dan majlis selesai pada jam 12.30 tengahari.

Disediakan oleh SETIAUSAHA RIMUP

REFLEKSI

RIMUP atau Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan ialah satu program yang diadakan pada setiap tahun di sekolah-sekolah rendah di Malaysia amnya dan di daerah Jempol khasnya. Perkhemahan Silang Budaya RIMUP ini menggabungkan beberapa sekolah yang rata-rata pelajarnya berbilang kaum dan melibatkan badan-badan beruniform sekolah seperti Pengakap, Tunas Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan sebagainya. Sekolah saya iaitu Sekolah Kebangsaan PULAPAH sangat bertuah kerana pada tahun ini, sekolah saya dapat menjadi tuan rumah bagi program Perkhemahan Silang Budaya RIMUP 2007 dan ditugaskan untuk membantu melancarkan program ini. Seramai 60 orang pelajar terlibat dalam program ini yang melibatkan 3 buah sekolah termasuk tuan rumah iaitu SJKT Ladang Serting Helier, SK Serting Hilir 2 (F)dan SK PULAPAH. Sepanjang program ini berlangsung terdapat beberapa kelebihan yang dapat saya lihat terutamanya objektif program ini. Yang mana ia dapat membantu menyatu padukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dengan memahami gaya hidup dan budaya masing-masing serta mampu berkomunikasi sesame mereka dengan komunikasi yang baik. Pengurusan kendiri yang teratur dan sempurna dapat dipupuk melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam program ini. Contohnya kemahiran mengurus diri dari sudut pemakaian, pemakanan dan yang paling utama

adalah sikap murid yang berdisiplin dengan menepati masa dapat disemai bermula dari akar umbi. Aktiviti yang diatur dan disusun oleh pihak tuan rumah mengikut masa yang ditetapkan menjadikan setiap aktiviti berjalan dengan lancar dan menarik. Tapak perkhemahan yang berhampiran dengan bangunan sekolah memudahkan muridmurid dan guru-guruuntuk berulang-alik ke tandas, surau, dewan dan pejabat bagi urusan-urusan tertentu. Aktiviti yang dijalankan juga menarik dan penuh keseronokan. Semua murid terlibat dalam semua aktiviti yang dirancang. Antara aktiviti terebut adalah bengkel nyanyian lagu-lagu rakyat, bengkel tarian asli, bengkel tarian tradisional dan bengkel permainan etnik. Keistimewaan kesemua aktiviti ini ialah ia dikelola oleh guru-guru yang berpengalaman dan pakar dalam dalam setiap bengkel atau aktiviti yang disusun. Selain itu, kerjasama yang ditunjukkan oleh guru-guru melancarkan aktiviti yang dirancang. Kesediaan guru-guru membimbing saya dalam mengelola sebahagian aktiviti ini membantu saya menyumbang kepada hasil yang menarik dan berkesan. Walaubagaimanapun, setiap aktiviti yang dirancang mempunyai kelemahan-kelemahannya yang tersendiri. Kelemahan yang dapat saya lihat adalah dari sudut alatan perkhemahan yang sepatutnya disediakan oleh pihak tuan rumah tidak mencukupi. Contohnya tempat tidur atau khemah guru dan peralatan memasak yang mana terpaksa dipinjam daripada pihak Pusat Latihan Polis(PULAPOL). Selain itu, kemudahan untuk guru membuat kerja-kerja persiapan untuk perkhemahan ini sangat terhad. Sebagai contoh penggunaan komputer untuk kerjakerja menaip bagi menyiapkan buku program sangat terhad. Hanya satu komputer sahaja dibekalkan dalam bilik guru. Hujan yang turun pada hari pertama perkhemahan melemahkan semangat murid-murid untuk meneruskan aktiviti yang dirancang. Namun begitu, perkhemahan ini masih diteruskan dan murid-murid terpaksa bermalam dalam keadaan padang yang basah. Makanan yang disediakan oleh tuan rumah sama ada makan tengah hari atau malam tidak dapat diselaraskan menunya disebabkan sebahagian guru dan murid India mengamalkan menu vegetarian dalam kehidupan mereka. Ini sedikit menyukarkan tuan rumah untuk menempah dan menyediakan makanan. Kesudahan perkhemahan yang tidak teratur. Setiap khemah terpaksa dijemur dahulu di dalam dewan sebelum disimpan kerana basah. Keadaan ini menjadikan waktu untuk mengemas khemah-khemah ini terpaksa ditunda

keesokan hari iaitu pada hari persekolahan ini mengganggu aktiviti P&P pada hari tersebut. Setelah diteliti setiap kelemahan yang ada, dapatlah diberi cadangan penambahbaikkan bagi membantu menyempurnakan sesuatu program. Persediaan yang mencukupi samaada dari sudut fizikal dan mental perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh tuan rumah. Pihak sekolah perlu menyediakan lebih banyak kemudahan komputer dalam bilik guru bagi memudahkan guru untuk menyiapkan sesuatu kerja. Dengan penambahan kemudahan ini kerja yang terhasil pun akan lebih cepat dan berkualiti. Bagi peralatan perkhemahan, khasnya untuk keperluan guru, pihak pentadbir atau tuan rumah perlu menyediakan sekurang-kurangnya 2 atau 3 khemah bagi membantu guru menyempurnakan tugasan mengawal murid pada waktu malam. Selain itu, peralatan yang digunakan untuk memasak perlu dititikberatkan, memandangkan aktiviti ini adalah satu aktiviti yang wajib diikuti murid. Semua peralatan ini perlu disediakan lebih awal daripada tarikh perkhemahan ini berlangsung. Perancangan tarikh untuk aktiviti perkhemahan ini perlu dilihat pada keadaan cuaca atau musim. Keadaan cuaca yang baik mengundang suasana yang ceria dan bersemangat buat para peserta. Selain itu, dari sudut penyediaan makanan, sekolah-sekolah yang menyertai perkhemahan ini perlu memaklumkan lebih awal berkenaan menu makanan mereka sepanjang program ini berlangsung. Terutamanya murid-murid dan guru-guru daripada kaum India. Tindakan awal ini membantu tuan rumah membuat persediaan awal dan dapat menempah makanan seperti yang dikehendaki. Persediaan yang secukupnya membantu melancarkan sesuatu program yang dianjur. Program perkhemahan ini adalah suatu program yang menarik untuk diikuti, diharap program ini dapat diteruskan lagi di masa-masa akan datang. Setiap kelemahan yang ada dapat dibaiki secara berperingkat-peringkat.

You might also like