Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

HBEF1403_SEM JAN10/F_AR

BAHAGIAN A

ARAHAN

Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan.

SOALAN 1. Salah satu daripada Teori Pembelajaran yang dicadangkan di dalam Seni dalam Pendidikan ialah Teori Konstruktivisme.

Markah

Jelaskan EMPAT cara bagaimana Seni dalam Pendidikan dapat dikaitkan dengan Teori konstruktivisme. (4)

2.

Peranan seorang guru di dalam bilik darjah amat penting untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran berkesan serta menyeronokkan.

Jelaskan EMPAT peranan yang boleh dimainkan oleh seseorang guru untuk mewujudkan kesedaran kendiri yang positif di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. (4)

3.

Konsep penggabungjalinan di dalam pengajaran dan pembelajaran Seni dalam Pendidikan menekankan kepada kesepaduan unsur-unsur seni dalam mata pelajaran lain secara merentas kurikulum.

Bincangkan EMPAT kebaikan penggabungjalinan di dalam pengajaran dan pembelajaran Seni dalam Pendidikan. (4)

HBEF1403_SEM JAN10/F_AR

4.

Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat secara terkawal atau bebas.

Huraikan EMPAT cara bagaimana sesuatu corak itu biasa boleh didapati. (4) 5. Jelaskan EMPAT cara bagaimana sesuatu jalinan boleh dihasilkan. (4) (Jumlah: 20)

HBEF1403_SEM JAN10/F_AR

BAHAGIAN B

ARAHAN

Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

SOALAN 1. Salah satu daripada teori pembelajaran yang dicadangkan di dalam Seni dalam Pendidikan ialah Teori Pembelajaran Sosial. Teori Pembelajaran Sosial menegaskan bahawa pembelajaran banyak terhasil daripada cara meniru orang lain melakukan sesuatu.

Markah

(a)

Senaraikan TIGA bentuk peniruan menurut teori ini.

(3)

(b)

Huraikan setiap satu daripada tiga bentuk peniruan yang dinyatakan di atas.

(9)

(c)

Bincangkan mengapa peniruan berlaku dalam kalangan murid-murid.

(8) (Jumlah: 20)

2.

Rekaan ialah salah satu kemahiran yang amat penting di dalam seni visual.

(a)

Huraikan EMPAT prinsip rekaan.

(8)

(b)

Nyatakan TIGA cara dan alatan yang digunakan untuk membina corak tidak terancang dan corak terancang. (12) (Jumlah: 20)

HBEF1403_SEM JAN10/F_AR

3.

Salah satu cabang di dalam pendidikan muzik yang diminati oleh murid-murid ialah muzik dengan pergerakan.

Nyatakan LIMA prinsip pengajaran dan pembelajaran muzik yang disarankan di dalam Priciple of the Pestalozzian System of Music. (10)

Bincangkan LIMA jenis kegiatan muzik dengan pergerakan yang selalu dilaksanakan oleh guru di sekolah rendah. (10) (Jumlah: 20)

4.

Di dalam Gimnastik Irama pelaksanaan kemahirannya dilakukan secara beransuransur dan kemudian diikuti dengan iringan irama muzik. Melalui latihan berirama ini pelajar bukan sahaja berasa lebih gembira tetapi juga dengan sendirinya akan memantapkan kemahiran-kemahiran mereka yang kompleks dan mencabar.

(a)

Bincangkan LIMA cara bagaimana seseorang guru akan dapat menjayakan sesi pengajaran gimnastik berirama dengan lebih berkesan. (10)

(b)

Huraikan LIMA ciri penting mengikut pandangan Torrance (1969) yang perlu ada pada seseorang murid untuk membantu mereka belajar secara lebih kreatif. (10) (Jumlah: 20)

HBEF1403_SEM JAN10/F_AR

5.

Seni dalam Pendidikan memberikan peluang kepada setiap murid untuk membuat penerokaan, memperoleh pengalaman, dan mengekspresikan segala pengalaman serta diri mereka ke bentuk yang lebih terancang dan bersistematik.

(a)

Nyatakan LIMA objektif permainan yang dijadikan sebagai salah satu unsur memperoleh pengalaman yang positif dalam kalangan kanak-kanak. (10)

(b)

Huraikan LIMA bentuk ekspresi yang boleh dilahirkan oleh seseorang kanak-kanak di dalam Seni dalam Pendidikan. (10) (Jumlah: 20)

HBEF1403_SEM JAN10/F_AR

BAHAGIAN C ARAHAN Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

SOALAN 1. Terdapat beberapa kelebihan penghubungkaitan di dalam melaksanakan aktiviti pengajaran.

Markah

(a)

Sebagai seorang guru, senaraikan EMPAT tujuan penghubungkaitan di dalam pengajaran dan pembelajaran seni di dalam pendidikan. (8)

(b)

Hasil pembelajaran sesuatu pengajaran merupakan penghubungkaitan antara beberapa elemen. Jelaskan DUA cara bagaimana hasil pengajaran yang efektif dapat mewujudkan pembelajaran yang berkesan. (4)

(c)

Lengkapkan rajah berikut mengikut prosedur proses refleksi yang berkesan di dalam aspek penghubungkaitan seni dalam pendidikan. Huraikan setiap langkah.

Kefahaman a b c d Kefahaman Baru

(8) (Jumlah: 20)

HBEF1403_SEM JAN10/F_AR

2.

Pendekatan bertema seringkali diguna pakai untuk memenuhi keperluan pendidikan asas di dalam perkembangan kanak-kanak.

(a)

Bina satu aktiviti pembelajaran sains dengan mengintegrasikan aktiviti muzik, seni visual dan pergerakan. (8)

(b)

Jelaskan EMPAT kepentingan pengajaran bertemakan persekitaran dengan kehidupan seharian pelajar. (8)

(c)

Jelaskan perbezaan komunikasi verbal dengan komunikasi bukan verbal.

(4)

(Jumlah: 20)

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like