Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

KOMPONEN : TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Jenis Dan Penggunaan Media Unjuran

Definisi bahan tayangan

Media tayang atau media unjuran adalah peralatan elektrik yang dapat menayangkan atau mengunjurkan satu imej di atas sekeping skrin tayangan besar atau yang bersesuaian dengan peralatan tayang tersebut. Peralatan-peralatan elektrik yang lazim terdapat untu tujuan pendidikan termasuklah :

Projektor Lutsinar Projektor Slaid Projektor legap Projektor LCD

Jenis-jenis projektor

i.

Projektor lutsinar

Projektor lutsinar adalah merupakan sebuah alat pandang dengar yang boleh digunakan dalam keadaan bilik darjah biasa. Projektor ini merupakan satu alat bantuan mengajar dalam mencapai pengajaran yang lebih berkesan, di mana pelajar-pelajar akan menerima pembelajaran dengan cara melihat dan mendengar.

ii.

Projektor LCD

Panduan menggunakan ATL (alat tayang lutsianar)

Pastiakan anda betul-betul memahami buatan/jenama dan fungsi bahagianbahagian projektor yang anda gunakan. Ini mungkin berbeza antara satu alat dengan alat yang lain. Anda hendaklah belajar mengesan kerosakan pada mentol supaya boleh membaikinya sendiri. Berhati-hati apabila menggantikan mentol. Jangan sentuh dengan tangan yang tidak berlapi kerana mentol mudah rosak sebab kelembapan pada tangan. Bersihkan ATL sekali-sekala di bahagian dalam piring cermin dan les Fresnel. Pancarkan imej ke dinding atau kain putih jika tidak ada skrin. Suatu unit ATL yang bergerak hendaklah menggunakan troli supaya senang dipindah dari satu tempat ke tempat lain. Matikan suiz sebelum mengubah ATL. Untuk tayangan yang baik, perkara berikut hendaklah diperhatikan:

Skrin 1.5 m lebar bagi bilik untuk 40 orang Skrin tidak berkilat Mendapat sedikit cahaya Letakkan pada paras ketinggian 70 cm dari lantai Condongkan 45 darjah untuk elakkan kesan herotan (keystone) Tegangkan skrin Jangan terlindung oleh pengguna supaya boleh dilihat oleh semua pelajar. Semua tulisan dan lukisan mestilah mengikut saiz yang sesuai. Gunakan penunjuk yang runcing dan lurus dan tunjukkan pada sesuatu di atas transperansi dan bukannya pada imej di skrin.

Projektor slaid

Slaid adalah satu jenis media unjuran tanpa gerak yang merupakan sejenis transperansi positif berukuran kecil. Ia boleh ditayangkan menggunakan projektor slaid untuk dipancarkan kepada skrin tayangan. Pita slaid menngandungi slaid ( pandang/visual) dan pita rakaman (dengar/audio). Slaid boleh disediakan dengan menggunakan kamera, disalin atau dilukis dan sebagainya. Kebiasaannya pemidang slaid berukuran 2 inci x 2 inci atau berukuran 5 cm x 5 cm yang dimuatkan filem positif

Sumber: Sharifah Alwiyah AlShagoff

Projektor legap

Projektor legap juga dikenali sebagai Episkop. Digunakan untuk mengunjurkan imej bahan-bahan 2D berbentuk legap. Melalui kaedah carta, gambar, gambarfoto atau bahan bercetak pada kertas atau kad boleh diunjurkan ke atas skrin. Bahan legap adalah bahan yang tidak ditembusi cahaya.

Sumber: Sharifah Alwiyah AlShagoff

Projektor LCD

Singkatan bagi Liquid Crystal Display untuk memancar imej lebih besar daripada monitor untuk kegunaan audian secara berkumpulan.

Panel LCD disambung terus daripada komputer dan apa sahaja yang muncul pada skrin monitor akan dipancarkan ke skrin besar.

Ia juga boleh disambung terus dengan menggunakan peralatan lain seperti peraka video, perakam kamera dan pemainan VCD atau DVD.

Ciri ciri Projektor LCD

Fungsi

Nama
Connector Ports Projector Control Panel Remote Control Receiver Lens Focus Ring Lens Zoom Ring Elevator Foot Button Lamp Monitor Operating Monitor Power Cord Connector Power Switch Tempat sambungan punca punca AV yang ingin dipaparkan Panel kawalan fungsi/menu operasi projektor Penerima isyarat daripada alat kawalan jauh projektor Cincin pemutar penyelaras lensa fokus Cincin pemutar penyelaras lensa zoom Butang penyelars ketinggian kaki projektor Penunjuk samada lampu dalam projektor samada sedang warming up , menyala atau cooling down Penunjuk samada dalam keadaan terpasang standby atau sedang menerima isyarat daripada alat kawalan jauh. Tempat menyambung wayar kuasa ke sumber elektrik Menghidup atau mematikan LCD

Pengoperasian Projektor LCD

Tempatkan di atas permukaan yang rata dan kedudukan pada sudut yang tepat pada skin paparan Sambungkan kabel VGA LCD yang dibekalkan daripada soket LCD ke komputer. On kan LCD dan komputer Jika perlu install driver pada komputer yang digunakan untuk mendapat ketepatan imej yang dipancarkan. Laraskan ketinggian LCD dengan memusingkan butang kaki elevator yang terletak di bahagian depan. Untuk mendapatkan imej yang lebih jelas , laraskan Lens Focus Ring.

Model LCD Dan Bahagian Utama

Penyambungan Projektor LCD ke komputer

Penyambungan Projektor LCD ke VCD atau DVD , Kamera Video Dan Pembesar Suara Luaran

Panduan Penjagaan

Selepaskan menekan butang Standby untuk memadamkan lampu projector , biarkan sekurang kurangnya 15 saat sebelum menekan butang Standby sekali lagi. Elakkan membuka dan menutup suis berulang kali semasa pengoperasian. Pastikan tiada objek mudar terbakar berdekatan dengan projector kerana setelah lama dibuka, ia akan menjadi panas. Biarkan projektor seketika untuk disejukkan sebelum mengangkatnya. Jangan didedahkan pada kelembapan dan habuk. Tangani dengan cermat dan jangan dijatuhkan kerana ia mengandungi komponen yang mudah pecah.

You might also like