Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 27

Pengajian Am

INDUSTRI PERFILEMAN DI MALAYSIA (Laras Sastera)

Pendahuluan
Filem sentiasa relevan dengan apa saja tujuan, motif dan agenda pembikinannya. Sama ada ia untuk produk dagangan, karya artistik, kepuasan estetika, pengembaraan minda, suara politik, sentimen emosi atau perjuangan, serta apa saja suara pengkarya itu, ia juga menjurus kepada elemen hiburan dan penciptaan dunia glamour yang menjadi sebutan masyarakat. Ini berlaku di mana saja negara dalam dunia.

Kepentingan/Peranan
1. Menperkenalkan sejarah Malaysia dan berkongsi tradisi dan budaya sesuatu bangsa. Filem berunsur sejarah dan kebudayaan melangkaui elemen hiburan mahupun kerja artistik kerana pengisiannya bermotifkan untuk memberi kesedaran dan berkongsi pengalaman silam dengan penonton.

Pengarah, penerbit, jurukamera, artis dan kakitangan teknik seharusnya mempunyai peranan yang sama penting menyumbang kepada memperkayakan kebudayaan kita supaya mutu industri perfileman di negara kita dapat dipertingkatkan. Kita dapat mengekalkan sejarah negara dalam peringatan serta juga dapat mengetahui dan menikmati keunikan kebudayaan sesebuah bangsa. Contoh filem bersejarah ialah 1957: Hati Malaya, Leftenan Adnan Embun, Paloh, Bilut dan Bukit Kepong.

2. Mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.


Filem berunsur kenegaraan juga dilihat penting untuk membentuk semangat perpaduan, mengekalkan keharmonian dan melestarikan semangat hormat menghormati antara sesama kaum terutama di negara ini yang hidup dalam masyarakat majmuk.

Elemen kenegaraan ini penting untuk sentiasa dipupuk dari semasa ke semasa kerana tanpa perpaduan yang konsisten dan utuh, negara akan menjadi kucar-kacir dan sistem ekonomi juga akan runtuh.
Banyak negara lain di dunia yang sudah memperlihatkan akibat tidak wujudnya perpaduan disebabkan ketidakstabilan pada politik, maka negara menjadi porak peranda lalu ancaman lebih besar berlaku apabila ada campur tangan asing.

Filem kenegaraan penting untuk negara seperti Malaysia yang masih dalam kelompok Negara Sedang Membangun dan ketika isu perpaduan masih menjadi topik perdebatan.

Contoh filem berunsur perpaduan antara kaum ialah Sepet yang diarah oleh Yasmin Ahmad.

3. Memberikan nasihat dan pengajaran terhadap golongan masyarakat.


Tidak semua filem yang diketengahkan kepada masyarakat hanya hiburan semata-mata. Hal ini boleh dilihat apabila ada filem yang mengetengahkan nilai-nilai murni yang menasihatkan masyarakat mengikuti amalan sedemikian.

Ada filem yang memaparkan kejahilan seseorang itu tentang sesuatu perkara yang menyarankan masyarakat untuk mengelakkan diri daripada menjadi sedemikian. Oleh itu, filem sebegini sentiasa menasihatkan masyarakat tentang pentingnya pengajaran bagi menjadi sebuah masyarakat yang baik.

4. Mengeratkan hubungan antara ahli keluarga.

Golongan masyarakat pada zaman ini sentiasa sibuk dengan kerjaya seharian mereka. Dengan adanya karya perfileman ini, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka terutamanya pada hujung minggu untuk ke pawagam bagi menonton filem.

Anak-anak pula akan berasa seronok serta berasa tidak terabai kerana ibu bapa mereka prihatin terhadap diri mereka dan meluangkan masa bersama-sama dengan keluarga. Contohnya, filem The Arsonist diarah oleh U Wei bin Haji Saari, seorang rakyat Malaysia.

5. Sebagai hiburan dan sajian jiwa seseorang.


Jenis hiburan yang dikehendaki oleh para penonton ialah peluang untuk mendapatkan pengalaman emosional. Sebuah pengalaman di mana mereka dapat merasai menjadi orang lain dengan kehidupan lain, tidak kira betapa seru, menakutkan dan menyedihkan asal bukan kehidupan bosan yang harus mereka jalani setiap hari.

Filem menawarkan penyelesaian hiburan tersebut. Hanya dalam masa dua jam yang singkat, mereka boleh mendapatkan suatu pengalaman emosional dengan menempatkan diri dalam posisi watak semasa menonton filem. Sesebuah watak dan kehidupan yang direka adalah untuk membuat para penonton ketawa, menangis, menutup mata kerana ketakutan ataupun memainkan otak untuk memahami.

Masalah
1. Kekurangan teknologi yang canggih. Teknologi canggih membolehkan babak letupan, lagak ngeri, dan kebakaran dapat dihasilkan dengan sempurna. Teknologi yang canggih juga dapat menghasilkan kesan khas yang menarik dan realistik.

Sebagai contoh, teknologi multimedia meningkatkan kesan visual manakala teknik suntingan berkomputer menjamin kelancaran dan kesinambungan filem. Teknologi digital menghasilkan kejelasan dan kepuasan bunyi. Industri filem tempatan masih kekurangan teknologi canggih.Jarang terdapat babak-babak lagak ngeri, aksi bahaya dan letupan dalam filemfilem tempatan.

2. Skrip yang rendah mutunya


Penulis skrip memainkan peranan yang penting. Skrip yang baik mempengaruhi keseluruhan jalan cerita.

Unsur keindahan dialog, saspens, dan kekreatifan dapat memikat penonton.


Skrip filem tempatan kekurangan semua unsur ini.Tema filemnya bersifat stereotaip dan basi.

3. Isu kekangan kerajaan dan Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) yang gemar bermain teka-teki tentang dasar penerbitan filem tempatan menyekat filem Malaysia untuk berkembang maju.
Kedua-dua pihak ini menghalang pengarah dan penerbit filem sendiri daripada mengembangkan bakat mereka dalam industri perfileman atas alasan filem tersebut dianggap tidak sesuai kepada rakyat Malaysia.

Kita sebagai individu mempunyai pandangan yang berbeza. Tidak semestinya pandangan kerajaan dan LFP adalah semua betul. Negara miskin seperti Vietnam dan Mongolia sedang menerokai perfileman sebagai industri manakala Malaysia pula terperangkap dalam visi negara yang tidak begitu praktikal.

Langkah-langkah mengatasi masalah


1. Syarikat-syarikat perfileman di negara ini harus bergabung bagi mengukuhkan modal supaya dapat berdaya saing dalam mengeluarkan filem lebih bermutu.

Syarikat perfileman yang wujud secara ekses/keterlaluan hanya menyebabkan mereka mengalami masalah kekurangan modal sedangkan industri ini memerlukan modal yang besar.

Apabila terdapat terlalu banyak studio, modal masing-masing tidak mencukupi untuk membuat filem. Dengan itu filem yang kita keluarkan itu tidak begitu baik berbanding filem luar negara.

Oleh hal yang demikian, kita patut mengecilkan bilangan syarikat perfileman yang ada di negara ini.

Amerika Syarikat Pendapatan perkapita : AS$26,000 Rakyat : 260 juta orang Jumlah studio : Sedikit. Contohnya, MetroGoldwynMeyer (MGM) dan Universal Studio. Malaysia pendapatan pekapita : AS$4,000 Rakyat : 27 juta orang Jumlah studio : lebih kurang 90 syarikat perfileman.

Jika di Amerika Syarikat, sesebuah filem diterbitkan dengan kos sekurang-kurangnya RM100 juta, maka hal ini adalah sukar untuk syarikat tempatan hendak membuat sebuah filem yang menarik dengan bermodalkan sebanyak RM300,000 sahaja.

2. Pusat latihan khusus untuk bakal pelakonpelakonperlu ditubuhkan.


Pusat ini boleh memupuk ramai bakal pelakon dan melakon filem yang menarik. Selain itu, pusat latihan boleh melahirkan pelakon yang mempunyai insan seni berbakat tinggi dalam bidang seni filem supaya mampu memaparkan warisan budaya Malaysia. Ini dapat menjamin negara kita menghasilkan pelakon yang berkaliber dan berdisiplin dan seterusnya mengharumkan nama negara.

3. Perfileman yang canggih meningkatkan mutu filem.

mampu

Teknologi canggih juga dapat meningkatkan kesan khas dan dapat menarik minat penonton. Filem tempatan yang mempunyai kesan khas berpotensi untuk dimajukan di pasaran domestik dan antarabangsa. Produk filem dapat dieksport atau dipertandingkan di peringkat dunia.

4. Penubuhan Kelab Pencinta Filem oleh Finas di sekolah-sekolah.


Dalam tempoh lima atau enam tahun lagi, industri akan mula menerima mereka yang berkelulusan sekaligus dapat mengubah senario memandangkan semakin ramai yang mengambil jurusan perfileman di institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara.

Sehubungan itu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah menyediakan banyak insentif berupa bantuan kewangan bagi membantu mempertingkatkan lagi mutu dalam industri perfileman tempatan termasuklah dengan menyediakan dana Skim Latihan Penggiat Seni yang dimulakan pada tahun 2006. Dana berjumlah RM3 juta yang diwujudkan oleh Finas itu bertujuan membiayai perbelanjaan terhadap mana-mana individu yang memerlukan bantuan bagi mengikuti kursus atau pengajian berkaitan bidang perfileman sama ada dalam ataupun di luar negara.

Penutup
Kesimpulannya, mutu filem negara perlu dipertingkatkan melalui langkah-langkah yang dibincangkan tadi. Semua pihak yang terlibat perlu bergabung tenaga dengan mengembalikan kegemilangan filem tempatan.

Senarai Rujukan
Laman web: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=109992887646&set=pu .98194682646&type=1&theater http://malaysiacinema.blogspot.com/ http://www.finas.gov.my/index.php?mod=gallery http://www.sinemamalaysia.com.my/main/article/Filem_Tempatan _Boleh_Jayakan_1_MALAYSIA_2900 http://khirkassim.blogspot.com/2010/11/fokus-karangan-stpmperanan-filem.html http://mohan.pbworks.com/w/page/21607487/Filem%20Negara http://15malaysia.com/langswitch_lang/bm/

Buku rujukan: Teks Pra-U STPM Pengajian Am Kertas 2

You might also like