Sejarah Zapin

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEJARAH ZAPIN Tarian Zapin merupakan salah satu daripada beberapa tarian tradisional rakyat Melayu yang masih

diamalkan sampai zaman sekarang. Zapin merupakan tarian yang berasaskan kesenian Arab-Parsi yang telah disesuaikan dengan kesenian Melayu. Tarian ini diinspirasikan oleh keturunan Arab yang berasal dari Yaman. Menurut sejarah, tarian Zapin pada mulanya merupakan tarian hiburan di kalangan raja-raja di istana setelah dibawa dari Yaman oleh para pedagang-pedagang di awal abad ke-16. Zapin telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisioanal sifatnya. Zapin bermaksud gerak kaki daripada perkataan al-Zafn. Tarian Zapin pada zaman sekarang lebih bercorak persembahan atau pertunjukkan. Gerak tarinya berasaskan langkah kaki penarinya. Banyak tarian Melayu ciptaan baru mengambil rentak zapin sebagai irama tarian.

TEKNIK PERSEMBAHAN TARIAN ZAPIN Sebagai sebuah tarian persembahan, tarian Zapin terbahagi kepada 3c peringkat: 1. Peringkat Pertama permukaan tarian atau pembuka tari. 2. Peringkat Kedua pecahan atau gerak serta lenggang tari. 3. Peringkat Ketiga penutup tarian. Zapin menumpukan pada langkahan kaki dengan posisi kaki selalu tertutup dan tidak merendah.Kebanyakan posisi badan selalu bergerak seperti ombak mengalun.Posisi tangan tidak diperlihatkan secara jelas misalnya motif memetik bunga, tangan kanan mahupun kiri berada di bawah bahu. Kebiasaannya, senikata yang dinyanyikan dalam lagu untuk tarian ini diselitkan dengan kalimat berunsur keagamaan seperti salam dan assalamualaikum, katakata nasihat dan pujian kepada kebesaran agama dan kesempurnaan budi pekerti.

PAKAIAN DI DALAM TARIAN ZAPIN Sungguhpun,Zain mempunyai pengaruh Arab-Parsi, tetapi dari segi pakaian, penari-penari memakai pakaian Melayu selengkapnya iaitu bagi lelaki berkain samping dan bersongkok dan wanita memakai kurung beserta kain sarong.

ALAT MUZIK YANG DIGUNAKAN Alat muzik utama yang digunakan bagi mengiringi tarian Zapin ialah gambus, rebana, gendang dan marakas. Petikan gambus untuk membawakan lagu, sementara rentak gendang atau rebana untuk menentukan rentak dan pecahan tari. Antara lagu zapin ialah Lancang Kuning, Zapin Asli Gendang Rebana dan lain-lain.

You might also like