Penghasilan Bunyi Konsonan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 53

PENGHASILAN BUNYI KONSONAN Dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis iaitu ; 1. konsonan asli 2.

konsonan pinjaman KONSONAN ASLI Terdapat 18 konsonan asli termasuk dua konsonan separuh vokal .Konsonan dalam bahasa Melayu dibahagikan kepada 7 jenis seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Letupan : p, b, t, d, k, g Letusan : c, j Geseran : s, h Getaran : r Sisian : l Sengauan: m, n, ny, ng Separuh vokal : w, y,

Cara penghasilan bunyi konsonan asli Konsonan Letupan: Letupan Dua Bibir[p] dan [b] Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan. Lelangit lembut dinaikkan . Arus udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut dan tersekat di pertemuan dua bibir. Kemudian sekatan itu dilepaskan serta-merta . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan ialah [p] . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis dirapatkan dan pita suara bergetar bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [b].

Letupan Gusi [t] [d] Hujung lidah dirapatkan ke gusi. Lelangit lembut dinaikkan . Arus udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut dan tersekat di pertemuan hujung lidah dan gusi. Kemudian sekatan itu dilepaskan serta-merta . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan ialah [t] . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis dirapatkan dan pita suara bergetar bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [d]. Letupan Lelangit Lembut [k] [g] Belakang lidah ditemukan dengan lelangit lembut. Lelangit lembut dinaikkan . Arus udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut dan tersekat di pertemuan belakang lidah dan lelangit lembut. Glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan ialah [k] . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis dirapatkan digetarkan bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [g] iaitu letupan lelangit lembut bersuara. Konsonan Geseran: Geseran Gusi Tidak Bersuara [ s ] Hujung lidah dirapatkan pada gusi . Lelangit lembut dinaikkan untuk menyekat perjalanan udara ke rongga hidung. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiar bergeser dengan daerah pertemuan hujung lidah dan gusi. Oleh sebab bunyi

ini bunyi gusi tidak bersuara, glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar.

Geseran Glotis [h] Glotis terbuka luas.Lelangit lembut dinaikkan untuk menyekat perjalanan udara ke rongga hidung. Arus udara ditekan keluar dari paru-paru dan melalui sempitan dilakukan pada bahagian glotis supaya semasa udara keluar melalui ruang tersebut,akan terhasil bunyi geseran. Adakalanya [h] disampaikan sebagai vokal tak bersuara, yang sama daerah artikulasi dengan vokal-vokal yang lain. Konsonan Letusan Gusi Lelangit Keras[c],[j] Bunyi letusan atau afrikat dihasilkan dengan depan lidah ditemukan dengan lelangit keras. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke didnding belakang rongga tekak.Arus udara yang keluar dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan depan lidah dan gusi. dan bagi menghasilkan bunyi letusan gusi lelangit keras bersuara [ j ] ,pita suara digetarkan dan untuk letusan bunyi yang tidak bersuara [ c ] pita suara tidak digetarkan. Dalam bahasa melayu asli kedua-dua konsonan ini hadir pada awal dan tengah perkataan sahaja.Kehadiranya pada akhir perkataan,hanya pada perkataan-perkataan pinjaman. Konsonan Getaran: Letusan:

Getaran Gusi [ r ] Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini, Hujung lidah dikenakan pada gusi , kemudian hujung lidah tersebut digetarkan . Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak. Glotis dirapatkan dan pita suara digetarkan. Konsonan Sisian: Sisian Gusi [ l ] Untuk menghasilkan konsonan ini, hujung lidah dinaikkan sehingga sampai ke bahagan tengah gusi. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari rongga mulut hanya boleh keluarmelalui keduadua belah tepi atau sisi lidah. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Catatan: Untuk menyembunyikan konsonan [ l ], seperti perkataan pinjaman bahasa Arab seperti Allah,Salleh,belakang lidah digelungkan ke arah lelangit lembut menyebabkan udara terpaksa keluar melalui ruang sempit di belakang lidah dan pada kedua-dua tepi hujung lidah. Konsonan Sengauan: Terdapat 4 jenis bunyi sengau atau nasal dalambahasa melayu iaitu sengau dua bibir [ m ] ,sengau gusi [ n ],sengau lelangit keras[ ny] dan sengau lelangit lembut. [ng ]Bunyi-bunyi sengau dhasilkan dengan membiarkan udara yang keluar dari paru-paru terus keluar melaui rongga hidung.Udara boleh keluar melalui rongga ini kerana anak tekak dan lelangit lembut diturunkan menyebabkan ruang ke rongga hidung

terbuka.Udara itu disekat atau ditahan pada bahagianbahagian tertentu,seperti pada bibir,gusi,lelangit keras atau lelangit lembut.Dalam bahasa Melayu semua bunyi sengau adalah bunyi bersuara.Hal ini bermakna semasa menghasilkannya, glotis dirapatkan dan pita suara mengalami getaran. Konsonan Sengauan Dua Bibir [m] Bibir bawah dirapatkan ke bibir atas. Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Konsonan Senjgauan Gusi [n] Hujung lidah ditemukan dengan gusi. Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Konsonan Sengauan Gusi-Lelangit Keras[ny] Depan lidah ditemukan ke lelangit keras. . Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Konsonan Sengauan Lelangt Lembut [ng] Belakang lidah diangkat ke lelangit lembut. Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Sengauan Gusi Lelangit Keras [ny] Depan lidah ditemukan dengan lelangit keras. . Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

Konsonan Separuh Vokal: Konsonan ini dihasilkan dengan meletakkan lidah pada kedudukan semasa mengeluarkan bunyi vokal sempit sama ada vokal hadapan sempit atau belakang sempit )kemudan dengan cepat lidah digerakkan kearah kedudukan semasa menyembunyikan vokal lain. Penghasilan konsonan ini sama dengan cara penghaslan bunyi-bunyi vokal,tetapi berlaku sedikit sempitan pada rongga mulut semasa arus udara keluar melaluinya. Separuh Vokal Dua Bibir [w] Bibir dan belakang lidah mengambil kedudukan seperti menghasilkan vokal [u],iaitu bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin. Kemudian berlaku geluncuran ke arah kedudukan vokal yang mengikutinya [0]. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar. Separuh Vokal Lelangit Keras [y] Bibir dan lidah mengambil kedudukan seperti menghasilkan vokal [i]iaitu bibir dihamparkan dan hujung lidah diangkat setinggi-tingginya. Kemudian ,berlaku geluncuran ke arah vokal yang mengikutnya [e]. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar. KONSONAN PINJAMAN Geseran Bibir Gigi [f] dan [v] Bibir bawah dirapatkan ke gigi atas. Udara dari paru-paru yang keluar melalui rongga mulut mengalami geseran sewaktu melalui sempitan bibir bawah dan gusi tersebut.

Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Bagi menghasilkan bunyi geseran bibir-bibir tidak bersuara, glotis direnggangkan pita suara tidak digetarkan bunyi yang terhasl ialah [f] dan bagi menghasilkan geseran bibir bersuara pula,glotis dirapatkan, pita suara digetarkan,bunyi yang terhasil ialah [v]. Geseran Gigi-[th] dan [dh/dz] Untuk menghasilkan bunyi ini,hujung lidah berada d antara gigi atas dan gigi bawah . Lelangit lembut dinaikkan . Udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan bergeser di daerah gigi. Jika glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar bunyi yang terhasil ialah bunyi geseran tidak bersuara,[th]. Jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar bunyi yang terhasil ialah bunyi geseran bersuara,[dh]. Konsonan Geseran Bersuara [z] Hujung lidah ditemukan dengan daerah gusi. Lelangit lembut dinaikkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser di pertemuan hujung lidah dengan gusi. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar bunyi yang terhasil ialah bunyi konsonan geseran bersuara,[z]. Geseran Gusi Lelangit Keras Tak Bersuara[sy] Hadapan lidah dinaikkan ke arah gusi lelangit keras untuk menyekat perjalanan udara yang keluar melalui rongga mulut.Lelangit lembut dinaikkan untuk menghasilkan bunyi geseran lelangit keras bersuara. Glotis direnggangkan pita suara tidak digetarkan dan menghasilkan bunyi geseran tidak bersuara ,[sy]

Geseran Lelangit Lembut [kh] dan [gh] Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini,belakang lidah dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari rongga tekak keluar ke arah rongga mulut melalui ruang yang telah mengalami sempitan pada lelangit lembut. Bagi menghasilkan geseran bersuara [kh ], glotis dirapatkan, pita suara digetarkan dan bagi menghasilkan bunyi geseran lelangit lembut tidak bersuara [ gh ], glotis direnggangkan pita suara tidak digetarkan.
http://cikgunoorsgi.blogspot.com/2010/10/konsonan-asli-bahasa-melayu.html

HURAIAN HURUF VOKAL DAN KONSONAN, DAN CARA MEMBUNYIKANNYA

JUNAINAH HARUN TEH BOON ENG SYUHADA BT HUSSAIN

PENDAHULUAN Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Alat pertuturan ini sememangnya kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu. Asmah Hj Omar (1986) mengatakan bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit dan pita suara.

Huraian mengenai vokal dan konsonan tergolong dalam bab fonetik dan fonologi. Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakala mengikut Merriam Websters Collengiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik dikatakan sebagai the system of speech sounds of a language or group of languages.

Maksud dan makna fonologi adalah seperti yang berikut menurut kamus dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa (1996:354). Dalam Merriam Websters Collegaite Dictionanry tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai the science of speech sounds including, especially the history and theory of sound changes in a language or in two or more related languages.

Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51) memberikan definisi fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.

Huraian huruf Vokal Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal Dalam bahasa Melayu. Ini diterapkan dalam rajah berikut.

Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i], [e], [] dan [a] manakala tiga Vokal belakang iaitu [u], [o] dan [ ]dan satu vokal tengah, iaitu []. secara nyata vokal-vokal Ini tidak betul-betul menyerupai vokal kardinal sepenuhnya. Walau bagaimanapun Vokal Melayu ini dapat dijelaskan menurut persamaannya dengan vokal-vokal Kardinal.

Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Dengan kata lain bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti bersuara, udara keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran.

Manakala penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu iaitu, keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat sama ada depan lidah atau belakang lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara dari paru -paru keluar melalui rongga mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga hidung ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaukan) dan keadaan glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar. Selain vokal terdapat juga separuh vokal, diftong dan vokal rangkap.

Huraian Huruf konsonan Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara.

Dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam bahasa melayu terdapat 9 jenis konsonan iaitu :

a) b) c) d) e) f)

Dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ). Dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ). Dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ). Satu konsonan hentian glotis. ( ? ) Dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j ) Dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s) dan geseran glotis bersuara ( h ).

g) h) i) j)

Satu konsonan getaran bersuara ( r ). Satu konsonan sisian bersuara ( i ). Empat konsonan sengauan bersuara (m, n, , n ) Dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( i ) dan separuh vokal dua bibir bersuara (w).

k)

Satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).

Penghasilan rongga hidung.

konsonan-konsonan

tersebut

melibatkan

daerah-daerah

artikulasi seperti dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis dan

Cara membunyikan huruf vokal Dalam pertuturan sebenar, kita perlu peka bahawa terdapat lapan jenis huruf vokal yang wujud dalam bahasa Melayu. Huraian berikut menyatakan peranan dan keadaan serta kedudukan alat-alat artikulasi seperti bibir, lidah, anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan vokal-vokal bahasa Melayu.

(a) Vokal depan sempit [i]. cara membunyikannya: (a) (b) Keadaan bibir hampar Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung Pita suara digerarkan

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan sempit [i] seperti pada perkataan berikut:

Awal Ikan Ibu

Tengah Bila Tiba

Akhir Tali Padi

(a) Vokal depan separuh sempit [e]. cara membunyikannya: Keadaan bibir hampar

Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah gigi gusi Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung Pita suara digerarkan

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh sempit [e] seperti pada perkataan berikut:

Awal Enak Elok

Tengah Teleng Leher

Akhir Tauge Tempe

(b) Vokal depan separuh luas atau lapang []. Cara membunyikannya:

(a) Keadaan bibir hampar (b) Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung (d) Udara dari paru-paru keluar dari rongga mulut (e) Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh luas atau lapang [] seperti pada perkataan berikut:

Awal Esa Enak

Tengah Belek Belok

Akhir Tauge Tempe

(c) Vokal depan luas atau lapang [a]. Cara membunyikannya: (a) Keadaan bibir hampar (b) Depan lidah diturunkan serendah mungkin (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung (d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut (e) Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas atau lapang [a] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Awan Anak

Tengah Kadar Beras

Akhir Siapa Nama

(d) Vokal belakang sempit [u]. Cara membunyikannya: (a) Keadaan bibir hampar (b) Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung (d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut (e) Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang sempit [u] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal ubat ular

Tengah bulat sudu

Akhir Batu Palu

(a) Vokal belakang separuh sempit [o]. Cara membunyikannya: (a) Keadaan bibir hampar (b) Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung (d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut (e) Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o]. seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Orang Otak

Tengah Tolong Bohong

Akhir Pidato Koko

(b) Vokal belakang separuh luas atau lapang [ .]Cara membunyikannya: (a) Keadaan bibir hampar (b) Belakang lidah dinaikkan separuh rendah

(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung (d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut (e) Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh luas atau lapang seperti [] seperti pada perkataan yang berikut: Awal Orang Oleh Tengah Borong Bolot Akhir Soto Teko

(f)

Vokal tengah []. Cara membunyikannya:

(a) Keadaan bibir antara hampar dengan bundar (b) Tengah lidah dinaikkan kea rah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung (d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut (e) Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal tengah [] seperti pada perkataan berikut:

Awal Emak Empat

Tengah Penat Tenat

Akhir Sosialisme Behaviurisme

Cara Membunyikan Konsonan Lapan belas konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat diklasifikasikan mengikut cara dan daerah sebutannya seperti yang terdapat dalam jadual berikut:

Daerah sebutan Cara sebutan Letupan Letusan Pb Td Cj bibir Gigi-gusi Lelangit keras Lelangit lembut Kg Glottis

Sengau Geseran Getaran Sisian Separuh vokal

M W

N S R L -

(ny) Y

(ng) -

H -

Hanya sepuluh sahaja huruf konsonan dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan, iaitu p,t, k, m, n, ng, s, h, r dan l. konsonan b, d, g, c dan jbab, had, koc dan kolej. Huruf konsonan ny, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan . hanya berada pada akhir perkataan dalam perkataan- perkataan pinjaman seperti

Huraian berikut dapat menjelaskan peranan, keadaan dan kedudukan alatalat artikulasi seperti bibir, lidah anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan konsonan bahasa Melayu asli. Huraian ini disertakan dengan gambar rajah bagi membantu memahami cara setiap konsonan tersebut dihasilkan.

(a) Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dan konsonan letupan dua bibir bersuara [b]. Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [p] 1. Dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan penuh pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut. 2. Lelangit lembut dinaikkan ke Cara

Bunyi konsonan [b] membunyikan sama [p]. seperti yang

membunyikan berbeza ialah:

konsonan

belakang atau ke dinding rongga tekak 1. untuk membuat sekatan udara dari

Pita suara dirapatkan.

paru-paru ke rongga hidung. 3. 4. Pita suara direnggangkan.

2.

Arus melalui

udara

dari

paru-paru mulut

keluar dengan

rongga

mengetarkan pita suara. keluar Bunyi yang dihasilkan ialah letupan

ke 3. rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.

Udara

dari

paru-paru

dua bibir bersuara [b].

5.

Sekatan pada dua bibir dilepaskan serta- merta. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir tidak bersuara [p].

Contoh perkataan:

Huruf Konsonan [p] Konsonan [b]

Awal Palu Batek

Tengah Lapik Rabun

Akhir Atap Adab

(b) Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] dan konsonan letupan gusi bersuara [d] Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [t] 1. Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara. 2. Lelangit lembut dan anak tekak Cara

Bunyi konsonan [d] membunyikan konsonan konsonan sama [t].

seperti

membunyikan

yang berbeza ialah:

dinaikkan ke belakang atau ke dinding

rongga tekak untuk menutup arus udara 1. ke rongga hidung. 3. 4. Pita suara direnggangkan . Arus melalui udara dari paru-paru mulut keluar tanpa 3. 2.

Pita suara dirapatkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan gusi bersuara [d].

rongga

menggetarkan pita suara. 5. Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi dilepaskan serta-merta. 6. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tidak bersuara [t].

Contoh perkataan:

Huruf Konsonan [t] Konsonan [d]

Awal Takut Dalam

Tengah Batas Tanduk

Akhir Padat Abad

(c) Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dan konsonan letupan langit lembut bersuara [g]. Cara membunyikannya: Bunyi konsonan [k] 1. Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara . 2. Lelangit dirapatkan lembut ke dan anak tekak tekak 1. Cara seperti Bunyi konsonan [g] membunyikan membunyikan konsonan konsonan sama [k].

yang berbeza ialah: Pita suara dirapatkan . Arus udara dari paru-paru yang keluar melalui rongga mulut mengetarkan pita

bagi 2. menyekat arus udara dari paru-paru ke

rongga

rongga hidung. 3. 4. Pita suara di renggangkan. 3.

suara. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut bersuara [g].

Arus udara keluar dari paru-paru melaui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.

5.

Sekatan udara yang dibuat

oleh

belakang lidah dilepaskan serta merta. 6. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara [k].

Contoh perkataan: Huruf Konsonan [k] Konsonan [g] Awal Kala Garam Tengah Makan Pagar Akhir Tamak Dialog

(d) Hentian glotis [?] dan Cara membunyikannya:

(a) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung (b) Pita suara dirapatkan sepenuhnya (c) Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat dibelakang rapatan pita suara. (d) Udara disekat oleh rapatan pita suara tanpa menggetarkan pita suara

Bunyi yang dihasilkan ialah hentian glotis [?] seperti pada perkataan berikut:

Awal Anak Ikan

Tengah Saat Rakyat

Akhir Lemak Budak

(e) Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [] dan konsonan letusan lelangit keras bersuara []. Cara membunyikannya: Bunyi konsonan [] 1. Hadapan lidah rapat ke lelengit keras untuk udara. 2. Lelangit lembut dan anak tekak 1. membuat sekatan pada arus Cara Bunyi konsonan [] membunyikan konsonan sama

seperti membunyikan konsonan []. yang berbeza ialah: Pita suara dirapatkan. Arus melalui udara dari paru-paru mulut keluar dengan

dinaikkan ke belakang atau ke dinding 2. rongga tekak untuk membuat sekatan terhadap arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. 3. 4. Pita suara direnggangkan. 3.

rongga

menggetarkan pita suara. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras gusi bersuara []

Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.

5.

Udara yang tersekat oleh hadapan lidah di lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan.

6.

Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras gusi tidak bersuara [].

Contoh perkataan:

Huruf Konsonan [] Konsonan []

Awal Cara Jala

Tengah Laci Kanji

Akhir Koc Kolej

(f)

Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]:

(a) Hadapan lidah dinaikan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara. (b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. (c) Pita suara di renggangkan. (d) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara (e) Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara [s].

Contoh perkataan: Awal Silap Satu Tengah Lasak Lesu Akhir Pedas Lemas

(f)

Konsonan getaran gusi bersuara [r]:

(a) Hujung lidah dikenakan pada gusi. (b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. (c) Pita suara dirapatkan.

(d) arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan pita suara (e) arus udara melalui rongga mulut menggetarkan hujung lidah

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan getaran gusi bersuara [r] seperti pada perkataan berikut: Awal Rapat Rugi Tengah Tiram Seram Akhir Sabar Lebar

(f)

Konsonan gusi bersuara [I]:

(a) Hujung lidah dikenakan pada gusi. (b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga hidung untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. (c) Pita suara dirapatkan (d) Arus udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara (e) Arus udara dibiarkan keluar melalui tepi lidah sahaja.

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sisian gusi bersuara [I] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Lagu Lipat

Tengah Tilam Kelam

Akhir Tebal Kekal

(f)

Konsonan sengau dua bibir bersuara [m]:

(a) Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus udara. (g) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. (h) Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung. (i) (j) Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran. Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau dua bibir bersuara [m] seperti pada perkataan yang berikut: Awal Macam Murah Tengah Teman Lumba Akhir Ketam Badam

(k) Konsonan sengau gusi bersuara [n] cara membunyikannya: (a) Hujung lidah dinaikkan pada gusi atau gigi gusi untuk membuat sekatan arus udara. (b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. (c) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung (d) Arus udara dilepaskan perlahan-lahan

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau gusi bersuara [n] seperti pada perkataan berikut:

Awal Naga Nilam

Tengah Tanah Panah

Akhir Taman Laman

(e) Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [] cara membunyikannya:

(a) Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan arus udara. (b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang keluar dari paru-paru masuk ke rongga hidung. (c) Pita suara dirapatkan dan digetarkan (d) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung. (e) Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut dilepaskan pelahan-pelahan.

Bunyi yang yang dihasilkan ialah kosonan sengau lelangit lembut bersuara [] seperti yang berikut: Awal Ngilu Ngeri Tengah Bingka Rangkap Akhir Lalang Tulang

(f)

Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [ .] Cara membunyikannya:

(a) Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara (b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang terkeluar dari paru-paru ke rongga hidung (c) Pita suara dirapatkan dan digetarkan (d) Arus udara daripada paru-paru melalui rongga mulut dan terus ke rongga hidung (e) Udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara ( )seperti perkataan yang berikut:

Awal Nyaris Nyala

Tengah Banyak Senyap

Akhir -

(f)

Separuh vokal dua bibir bersuara [w]:

(a) Bibir di bundarkan. (b) Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. (c) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara udara dari paru-paru ke rongga hidung (d) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut (e) Pita suara digetarkan dan lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal tengah [w].

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Waris Wajar

Tengah Kawan Lawan

Akhir Takraw -

(g) Separuh vokal lelangit keras bersuara [j]. Cara membunyikannya:

(a) Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi. (b) Bibir di hamparkan. (c) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat udara dari paru-paru ke rongga hidung. (d) Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal [j]. (e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi separuh vokal lelangit keras bersuara [j]

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [j] seperti pada perkataan berikut:

Awal Yakin Yuran

Tengah Tayang Payah

Akhir -

KESIMPULAN Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara lansung. Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam menghasilkan bunyi bahasa. Namun demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi.

Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara. sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara.

RUJUKAN Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Ahmad Kamal Muhammad (1992). Kejayaan Komunikasi. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise Arbak Othman Dan Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana. http://www.scribd.com/doc/13416756/Fonetik-Dan-Fonologi-Vokal http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm http://www.e-learn-dot.com/downloadcorner/PDF/bm_training.pdf

http://retibasa.blogspot.com/2010/09/normal-0-false-false-false-en-my-x-none.htm

Sistem Bunyi Bahasa Melayu


Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya. Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya. Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. ALAT PERTUTURAN DAN FUNGSINYA

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Bibir atas Bibir bawah Gigi atas Gigi bawah Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Hujung lidah

11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19.

Tengah lidah Belakang lidah Akar lidah Epiglotis Pita suara Rongga tekak Rongga Hidung Rongga mulut Rahang

10.

Hadapan lidah

20.

Tenggorok

FUNGSI ALAT PERTUTURAN Lidah Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan. Gigi Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi. Bibir Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. Gusi Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. Lelangit Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. Rongga Hidung

Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak. Pita Suara Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.

JENIS-JENIS BUNYI Bunyi Vokal Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir. Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut:

PENGHASILAN BUNYI VOKAL Vokal Depan Sempit (i) Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah dinaikkan hingga hampir menyentuh lelangit keras, sementara hujung lidah didekatkan pada gusi. Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran. Bibir berada dalam keadaan terhampat. Contoh: bilik, titik, ipar, jari, cari Vokal Depan Separuh Sempit (e) Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah dinaikkan, tetapi tidaklah setinggi membunyikan vokal (i). Contoh: kole, tauge, bendi, elok Vokal Depan Separuh Luas Untuk mengeluarkan vokal ini depan lidah diturunkan sepertiga dari kedudukan untuk mengeluarkan vokal ( e ). Kedudukan alat pertuturan adalah sama seperti semasa mengeluarkan bunyi vokal (i) dan (e). Contoh: tauke, gelek, gesek, gerek Vokal Depan Luas ( a) Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah diturunkan serendah-rendahnya. Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga

hidung. Kedudukan alat pertuturan lain adalah sama seperti menghasilkan vokal (i), dan (e). Contoh: anak, pandai, landai, anting, siapa, takat Vokal Belakang Sempit (u) Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin ke atas, tetapi tidak menutup ruang aliran udara. Bentuk bibir dibundarkan. Contoh: ubat, ulat, undang, udang, ulang Vokal Separuh Sempit ( o ) Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang paling tinggi dan tempat yang paling rendah. Keadaan bibir pula dibundarkan. Contoh: obor, solo, polo, toko, orang Vokal Belakang Separuh Luas Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan separuh sempit dan bentuk bibir turut dibundarkan. Vokal ini tidak terdapat dalam bahasa Melayu. Vokal Tengah Dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di lantai rongga mulut. Bahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. Contoh: enam, empat, kenduri, gerai DIFTONG

Gabungan bunyi vokal dinamakan diftong. Diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. Satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain. Terdapat 3 jenis diftong.

a. (ai): b. (au): c. (oi):

sampai, salai, gulai, sungai, cuai, landai lampau, silau, garau, surau, pukau amboi, dodoi, adoi, sepoi, boikot.

http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=STPM&s=BM&b=SEP&m=4&r=m&i=NOTA

Pengenalan Fonetik dan Fonologi

BAB 1 DEFINISI KAJIAN FONETIK DAN FONOLOGI

1.1 PENGENALAN Bidang fonologi adalah bidang yang mengkaji salah satu daripada aspek yang terpenting dalam bahasa iaitu bunyi. Bidang ini juga disebut sebagai bidang fonetik namun ia terdapat sedikit perbezaan. Mari kita menelusuri lagi makna fonetik dan fonologi. 1.1.1 Definisi Fonetik Menurut Raminah Haji Sabran (1984) dalam buku berjudul Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan menyatakan bahawa fonetik kajian tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat. Bagi Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memfomulasikan hukumhukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran,

fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, maupun bunyi bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, yakni menurut Dr. Lufti Abas (1985). Menurut ahli linguistik Barat, Kenstowicz dan Kisserberth (1979) the study of the sounds human beings employ when speaking a language is phonetics. Penyataan yang dinyatakan dapat kita terjemahkan yang bermaksud pengkajian tentang bunyi-bunyi oleh manusia yang kita digunakan semasa bertutur ialah fonetik. Menurut Inderawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) dalam buku berjudul Fonetik dan Fonologi menyatakan fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi. Umumnya, ilmu fonetik ini dibahagikan kepada fonetik artikulatori, fonetik auditori dan fonetik akustik Malahan menurut Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) dalam buku Bahasa Melayu STPM dalam bab 11 bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh kita iaitu manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Fonetik pula terbahagi kepada tiga cabang, organ pertuturan, sifat bunyi bahasa (akuistik) dan pendengaran (auditori). Setelah membuat penelitian berdasarkan pernyataan dari ahli-ahli linguistik saya dapati bahawa fonologi dan fonetik mempunyai maksud tersendiri. Bagi fonetik pula bermaksud bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut
Fonetik ialah kajian yang ditinjau daripada segi bahan fizik atau jisim yang mewujudkan bentuk ucapan. Oleh itu, fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa (akuistik), dan pendengaran (auditori).

1.1.2 Definisi Fonologi Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham juga, bidang fonologi mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada

pendapat Henderson yang menyatakan the study of the systematicorganization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called phonology. Manakala menurut Dalbor, salah seorang ahli linguistik Barat pula, phonology is the study of the function and patterning of speech sounds yang bermaksud fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Universiti terbuka pula, fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia, yakni satu pernyataan yang begitu umum untuk mendefinisikan fonologi itu sendiri. Menurut Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) dalam buku Bahasa Melayu STPM bab 11 bahawa fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Fonologi terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik
Fonologi dapat didefinisikan sebagai satu bidang yang mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan khususnya bagi sesuatu bahasa.

http://szemin86.blogspot.com/2009/03/pengenalan-fonetik-dan-fonologi.html

http://books.google.com.my/books?id=_YPQpHg3UYC&pg=PA1&lpg=PA1&dq=pengenalan+fonetik+dan+fonologi&source=bl&ots=neiyuZ4pbh&sig =wYqssIlzR4glWp1CPgmNvmTu2YY&hl=en&sa=X&ei=YtC4T7jKHNHNrQfSpKzSBw&ved=0CFwQ6AEw Aw#v=onepage&q=pengenalan%20fonetik%20dan%20fonologi&f=false

13416756 fonetik-dan-fonologi-vokal Presentation Transcript

1. Apakah yang di maksudkan dengan Fonetik dan Fonologi? Dengan memberikan contohcontoh yang sesuai bunyi-bunyi vokal dan konsonan Bahasa Melayu? vokal Nota Ini Dimuat turun Oleh Cikgu Md HAsrul Bin JAafar 1 2. 1.0 Pengenalan fonetik dan fonologiSebelum kita dapat memberikan pengertian tentang fonetik dan fonologi bahasa Melayu, kita perlu terlebih dahulu melihat pengertian istilah fonetik dan fonologi daripada kamus, ensiklopedia dan juga pendapat-pendapat beberapa pakar bahasa. Selepas itu barulah kita boleh membincangkan aplikasinya dalam konteks bahasa Melayu. 2 3. Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialahilmu bahasa (llinguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambingyang menunjukkan sebutannya.Manakala mengikut Merriam WebstersCollengiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik dikatakan sebagai thesystem of speech sounds of a language or group of languages.Kamus OxfordAdvanced Learners Dictionanry of current English (1992:671) fonetikmerupakan the study of speech sounds and their production. Mengikutkamus The World Book of Dictionanry (1981:1566) menyatakan fonetiksebagai the science dealing with sounds made in speech and the art ofpronunciation.concerned with the production of these speech sounds by thearticulating organs of the speaker, the sound waves in which they result, andthe auditory effect they produce on the hearer. 3 4. Kamus Collins Shorter English Dictionary (1990:858) pula menjelaskanfonetik sebagai the science that deals with pronunciation and therepresentation of the sounds of speech.Mengikut Kamus Linguistik(Harimurti Kridalaksana, 1984:51) memberikan definisi fonetik sebagai ilmuyang menyelidiki penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyibahasa.Akan tetepi mengikut Encyclopedia Americana (1994:955)mendefinisikan fonetik sebagai the science that investigates the soundsmade by the speech organs, seeking to describe them, account for theirproduction, and classify them. 4 5. Selain definisi-definisi yang diberikan dalam kamus dan ensiklopediabeberapa pandangan dan pengertian ten tang fonetik oleh beberapa orangsarjana bahasa juga disertakan di sini bagi menjelaskan konsep fonetiktersebut.Mengikut Ferdinand de Saussure dalam buku Pengantar LingustikUmum yang diterjemahkan oleh Ajid Che Kob Course in Ge neral Linguistics menyatakan fonetik merupakan bahagian yang asas dalam ilmu bahasa,manakala fonologihanya satu disiplin Bantu dan terangkum ke dalampertuturan (1993:37).Mengikut Adrian Akmajian et. Al. dalam bukuLinguistik: Pengantar bahasa dan Komunikasi terjemahan Aishah Mahdi danAzizah Hussein daripada buku Linguistik :An Introduction to Language andCommunication menyatakan: Fonetik ialah bidang yang memperkatakanbagaimana bunyi bahasa dihasilkan (dituturkan) dalam saluran suara bidangkajian yang dikenali se bagai fonetik artikulasi, dan juga sifat fizikalgelombang bunyi bahasa yang dihasilkan oleh saluran suara (bidang yangdikenali sebagai fonetik akustik).Sementara istilah fonetik biasanyabermasud kajian tentang sifat artikulasi dan akustik bunyi. (1995:61). 5 6. Manakala Marsono dalam bukunya fonetik memberikan definisi fonetikadalah seperti yang berikut: Fonetik (phonetics) ialah ilmu yang menyelidikibunyi-bunyi bahasa tanpa melihat fungsi itu sebagai pembeda makna dalamsuatu bahasa (1986:1).J.W.M Verhaar dalam bukunya Pengantar Linguistikmemberikan pengertian fonetik seperti berikut: Fonetik atau ilmu bunyimenyelidiki bunyi sebagaimana terdapat dalam parole (1983:8). ManakalaAbdullah Hassan dalam bukunya Linguistik Am untuk Guru BahasaMalaysia memberikan definisi fonetik seperti yang berikut: Fonetik mengkajibunyi bahasa dari segi penyebutan, pendengaran atau sifatnyaFonetikamnya ialah pengkajian terhadap unsureunsur bahasa dalam bentuk bunyi.(1993:40) Alias Mohamad Yatim, dalam bukunya Fonetik

dan Fonologi:Suatu Tinjuan menyatakan: Fonetik ialah kajian saintifik mengenai bunyibahasa dan rumus yang melibatkan pengelurannya.(1992:2) Mengikut ArbakOthman menghuraikan fonetik sebagai: Fonetik merupakan bidang yangdipelajari segala bunyi bahasa (bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alatpertuturan manusia) dan memberikan symbol fonetik untuk masing-masingbunyi itu.Bunyi-bunyi bahasa boleh dikaji dari beberapa segi. 6 7. Seseorang boleh melakukan kajianya dengan melihat sifat-sifat fizik bunyi-bunyi bahasa ketika bunyi-bunyi bahasa ketika bunyi-bunyi itu dipindahkanmelaui udara, mengatur jumlah tenaga gelombang menurut gejala-gejala sertabagaimana sifat-sifat ini berubah dalam proses penghasilannya.(1986:52-53).Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd.Dain memberikan pengertian fonetik sebagaiberikut Fonetik mengandungi teori-teori mengenai bunyi bahasa. Dalam fonetikakan terdapat konsep-konsep mengenai bunyi bahasa, kriteriakriteriapengklasan bunyi-bunyi bahasa, teknik menghuraikan pengeluaran bunyibahasa dan lain-lain seumpamanya. (1982:40 7 8. Maksud dan makna fonologi adalah seperti yang berikut menurut kamusdewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatubahasa.(1996:354) Dalam Merriam Websters Collegaite Dictionanry tenthedition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai the science of speechsounds including, especially the history and theory of sound changes in alanguage or in two or more related languages.Mengikut Kamus Linguistik(Harimurti Kridalaksana,1984:51) memberikan definisi fonologi se bagaibidang dalam linguistic yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikutfungsinya.Kamus oxford Advanced Learners Dictionanry of CurrentEnglish (1992:671) memberi pengertian fonologi sebagai the study of thesystems of speech sounds,especially in a particular language.Manakalakamus Chamber Family Dictionary (1990:572) menghuraikan fonologisebagai the study of system of sounds in language and of the history oftheir changes 8 9. .Dalam Collins Shorter English Dictionary (1993:858) fonologi dikatakanthe study of the sound system of a language or of language in general.TheWorld Book Dictionary (1981:1567) menerangkan fonologi sebagai thesystem of sound used in language.Dalam Ensyclpedia Amerikana(1994:959) fonologi diberi pengertian sebagai the branch of linguistics or ofgrammar that deals with speech sound as they enter into the structure oflanguage. 9 10. Di samping itu juga definisi dan maksud fonologi juga didapati dan dipetikdaripada pendapat beberapa orang sarjana bahasa. Mengikut Adrian Akmajianet al dalam bukunya Linguistik:Pengantar Bahasa dan Komunikasiterjemahan oleh Aishah Mahdi dan Azizah Hussien memberi pengertiantentang fonologi seperti yang berikut: Fonologi ialah subbidang linguistic yangmengkaji struktur dan pemolaan sistematik bunyi dalam bahasa manusia.Istilahfonologi digunakan dalam dua cara. Dari satu segi, fonologi sesuatu bahasatertentu dan rumus yang maengawal penyebaran bunyi tersebut. 10 11. Dari segi yang lain pula, fonologi merujuk bahagian teori tentangbahasa manusia yang umum yang berkaitan dengan sifat universalsistem bunyi semula jadi(1995:112) Manakala Frank parker dalamLinguistik untuk Bukan Ahli Linguistik menjelaskan: Fonologimerupakan suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa, iaitu rumus-rumus yang menentukan sebutan. (1974:112).Manakala menurutJ.W.M. Verhaar ,Fonologi (phonology) sebagai bidang khusus dalamlinguistik itu mengamati bunyi-bunyi sesuatu bahasa tertentu menurutfungsinya untuk membedakan makna leksikal dalam bahasa.(1983:86)Abdullah Hassan pula dalam bukunya Linguistik Am untuk GuruBahasa Malaysia menyatakan bahawa fonologi mengkaji bunyibunyiyang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu.(1993:40) 11 Berdasarkan vokal kardinal dan12. 2.0 Bunyi-bunyi Bahasa Melayu bunyi-bunyi dibuat oleh Daniel Jones, kita dapat mengenal pasti bunyi- bunyi vokal dan konsonan dalam bahasa Melayu.Dalam mendeskripsi bunyi-bunyi bahasa Melayu ini juga diklasifikasi kepada bunyi vokal dan konsonan. 12

13. Bunyi-bunyi Vokal Melayu Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal dalam bahasa Melayu.Ini diterapkan dalam rajah berikut. Vokal Melayu Ada empat vokal depan dalam bahasa Melayu.[i],[e],[ ] dan [a];tiga vokal belakang,[u],[o] dan[] dan satu vokal tengah, iaitu [ ].Memang vokal-vokalini tidak betul-betul menyerupai vikal kardinal sepenuhnya.Walau bagaimanapun, vokal Melayu ini dapat dijelaskan menurut persamaannya dengan vokal-vokal kardinal. 13 14. Diftong Melayu Diftong sebenarnya terbentuk daripada bunyi vokal yang menggeluncur. Maksudya, sebutan sebuah vokal itu digabungkan dengan sebuah vokal lain.Ini dapat dilihat dalam contoh diftong [ai].Bunyi vokal itu bermula dengan vokal [a] dan sebutannya diteruskan menggeluncurkan kepada vokal [i], menyebabkan vokal [a] dan [i] bergabung menjadi [ai] sebagai satu bunyi. Ini ialah diftong. Dalam bahasa Melayu ada tiga buah diftong, iaitu [ai],[au] dan [oi]. Diftong ini adalah berbeza daripada rentetanvokal. Diftong membentuk satu suku kata sperti dalam perkataan pandai [pan-dai], tetapi rentetan vokal membentuk suku kata yang berlainan seperti dalam perkataan sukai [su-ka-i]. Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai bunyi-bunyi vokal dan konsonan Bahasa Melayu. 14 15. Bunyi-bunyi vokal Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketikamenghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melaui rongga tekak dan rongga mulut tanpamendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Dengan kata lain, bunyibunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti bersuara, udara keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran. 15 16. Manakala penghasilah bunyi-bunyi vokal pula ditentukan olehbeberapa ciri tertentu iaitu keadaan bibir > sama ada dihmparkanatau dibundarkan, bahagian lidaah yang terlibat > sama ada depanlidah atau belakang lidah, turun naik lidah > sama ada dinaikkansetinggitingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaanlelangit lembut,> sama ada dinaikkan dan udara dari paru-parukeluar melaui rongga mulut sahaja ( menghasilkan bunyibunyivokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udaradari paru-paru keluar melaui rongga mulut dan juga rongga hidung( menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaujan) dan keadaanglotis > glotis dirapaatkan dan semasa udara keluar dari pruparupita suara bergetar.Selain vokal terdapat juga separuh vokal, diftong dan vokalrangkap. 16 17. Depan Tengah Belakangsempit i uSeparuh sempit e o Separuh luas Luas a 17 18. Separuh vokal Bunyi separuh Vokal mempunyai cirri-ciri bunyi vokal , tetapi tidak merupakan vokal sepenuhnya. Sewaktu menghasilkan bunyi-bunyi separuh vokal, alat-alat artikulasi, iaitu lidah dan bibir, berada pada suatu kedudukan, kemudian dengan segera beubah kepada kedudukan vokal lain yang berlaku secara geluncuran. Oleh sebab itu, separuh vokal tidak digolongkan ke dalamgolongan vokal tetapi sebagai konsonan. Contoh separuh vokal ialah /w/ dan /y/. 18 19. Diftong Diftong ialah urutan yang salah satunya terdiri daripada vokal penuh dan lainya geluncuran. Penghasilan urutan vokal ini merupakan satu hembusan nafas sahaja dan mempunyai satu puncak kelantangan. Bunyidiftong dilambangkan dengan dua lambang vokal misalnya /ai/, /ou/ dan /au/.Vokal pertama menunjukkan keadaan lidah pasa masa mula-mula hendak menyebut diftong dan vokal kedua menunjukkan keadaan lidah pada ahkir sebutan diftong. 19 20. Vokal rangkap Vokal rangkap ialah urutan dua vokal penuh, dan tiap-tiap vokalmerupakan vokal penuh yang tersendiri. Misalnya daun dan lain. Dalamdaun, misalnya a dan u ialah dua vokal penuh dan perkataan ini terdiri daripada dua suku kata iaitu da dan un. Dalam perkataan lain 2 vokal berturut-turut dalam satu perkataan 20 21. Cara menghasilkan bunyi-bunyi vokal. Vokal [i](depan sempit) Vokal ini dikenali juga sebagai vokal depan sempit. Untuk menghasilkannya, hujung lidah diletakkan paling tinggi di hadapan mulut tetapi tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dihamparkan/leper.

Glotis dirapatkan, lelangit lembut dinaikkan, udaraditekan keluar dari paru-paru pada pita suara bergetar. Contoh kehadiran dalam perkataan: Pelita jahitan Ikan hasil Tidur pahit 21 22. Vokal [e](depan separuh sempit) Untuk menghasilkannya, hujung lidah diturunkan kirakira 1/3 daripada kedudukannya semasa menghasikan vokal depan sempit [i] dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. 2 Bibir dihamparkan/leperkan dan glotis dirapatkan. Lelangit lembut dinaikkan.Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar, contoh kehadiran dalam perkataan: Ekor tauge Petak geser Mereka selesa 22 23. Vokal [](depan separuh luas/lapang) Untuk menghasikannya, hujung lidah diturunkn kira-kira 1/3 dari kedudukan depan separuh sempit (e) dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dihamparkan/leper, glotis dirapatkan danlelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. Vokal ini hadir dalam beberapa dialek. Dalam bahasa baku, vokal ini merupakan kelainan bagi vokal [e], misalnya: [] untuk [elo?] 23 24. Vokal [a](vokal depan luas) Untuk menghasilkannya, depan lidah diturunkan serendahrendahnya dalam rongga mulut dan udara dari paru-paru lalu tnpasekatan. Bibir dihamparkan/leper , glotis dirpatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari pru-paru dn pita suara bergetar. Contoh kehadiran dalam perkataan: Atur dia Pagi usang Pelangi peluang 24 25. Vokal [u](belakang sempit) Untuk menghasilkannya, belakang lidah dinaikan setinggitinggi mungkin, tetapi tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibirdibundarkan/bulat , glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan.Udara ditekan keluar dai paru-paru dan pita suara bergetar. Contoh penggunaan dalam perkataan: Ular haru Gunting tikus Beruang beliung 25 26. Vokal [o](belakang separuh sempit) Untuk menghasilkanya, belakang lidah diturunkan kira-kira satu pertigadaripada kedudukan semasa menghasilkan bunyi vokal belakang sempit [o], dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dibundarkan/bulat , glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan .Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. Contoh kehadiran dalam perkataan: Oleh pidato Boleh kuno Celoteh pleno 26 27. Vokal [belakang separuh luas Untuk menghasilkannya, belakang lidah diturunkan dua ] pertiga daripada kedudukannya semasa menghasilkan vokal [u], dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dibundarkan/bulat, glotisdirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-parudan pita suara bergetar. Seperti vokal [], hadir dalam dialek-dialek [ dan dalam bahasa baku merupakan kelainan bagi vokal vokal [ [o], misalnya [ ] untuk [oleh]. 27

http://www.slideshare.net/ijasham/13416756-fonetikdanfonologivokal

Bunyi Bahasa Melayu

Definisi Fonologi

Fonologi ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa, iaitu kajian mengenai bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.

Alat-alat sebutan Bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan seperti beikut: Bunyi Bahasa Melayu

Definisi Fonologi

Fonologi ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa, iaitu kajian mengenai bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.

Alat-alat sebutan Bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan seperti beikut:

Bibir Gigi Gusi Lelangit keras Lelangit lembut

Rongga tekak Rongga mulut Rongga hidung Paru-paru Peti suara dan pita

Anak tekak Lidah

suara

Alat-alat sebutan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu: (a) pengeluar (artikulator) - alat yang dapat digerak-gerakkan dengan bebas dan dapat diletakkan di beberapa kedudukan. Contoh: hujung lidah, bibir lelangit lembut dan sebagainya. (b) daerah pengeluar (artikulasi) - merupakan tempat-tempat yang dapat dicapai olah artikulator.Contoh: gigi atas, gusi dan lelangit keras.

Penggolongan Bunyi Bahasa Melayu

Umumnya, dalam bahasa Melayu, terdapat tiga golongan bunyi iaitu vokal, konsonan dan diftong. Kumpulan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat atau terhimpit. Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir. Kumpulan bunyi yang dihasilkan demikian dikenali sebagai vokal. Golongan kedua ialah bunyi yang dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan cara disekat atau dihalang dan udara keluar melalui ronga mulut atau rongga hidung. Kumpulan bunyi yang terhasil dikenali sebagai konsonan. Selain dua golongan utama itu, terdapat pula bunyi geluncuran, iaitu bunyi yang bermula daripada satu vi\oakl dan beralih kepada bunyi vokal yag lain. Geluncuran bunyi vokal ini dikenali sebagai diftong. Contohnya bunyi [ai] bermula daripada bunyi vokal depan luas (a) dan mluncur kepada bunyi vokal depan sempit [i].

Vokal Terdapat enam vokal dalam Bahasa Melayu. Lihat jadual di bawah. Lambang fonetik [a] [] [i] [] [o] [u] Contoh perkataan anak, tanah, lada ela, semak, sate iring, kita, seri emak, betul obor, botak, moto ular, sultan, saku Tidak terdapat di hujung perkataan Nota

Konsonan asli bahasa Melayu Dalam bahasa Melayu terdapat 18 bunyi konsonan asli sembilan konsonan pinjaman. Sembilan konsonan asli dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan iaitu p, t, m, n, /ng/, s, h, r dan l. Konsonan b, d, g, c dan j hanya hadir pada akhir perkataan pinjaman seperti bab, had, beg, koc dan kolej. Huruf konosnan /ny/, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan. Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara yang tersekat atau terhalang oleh salah satu alat sebutan seperti bibir, gusi, lelangit lembut, dan sebagainya dan udara dilepaskan melalui rongga mulut atau rongga hidung. [p], [b], [t], [d], [k], [g], [q], [c], [j], [m], [n], [], [], [f], [v], [], [], [s], [z], [], [x], [], [h], [r], [l], [w], [y]

Fonem Fonem ialah unit bahasa terkecil yang berfungsi. Satu unit ujaran yang bermakna, atau perkataan, terdiri daripada beberapa unit bunyi, misalnya kata palu. Kata ini terdiri daripada empat unit bunyi, iaitu p, a, l, u.

Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem, iaitu unit terkecil yang berfungsi. Jika p diganti dengan m, maka palu akan bertukar menjadi malu. Oleh itu, p dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu membezakan maksud ujaran.

Alofon Fonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon. Misalnya fonem p dalam palu, lupa dan luap. Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna , tetapi dalam luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna, yakni tidak diletupkan. Dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh kata di atas, fonem p mempunyai dua alofon.

Suku Kata Suku kata ialah bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan. Dalam bahasa Melayu terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan vokal dipanggil suku kata terbuka. Suku kata lain ialah suku kata tertutup kerana diakhiri dengan konsonan. Beberapa jenis suku kata:

1. Kata tunggal satu suku kata Suku kata KV VK KKVK yu am draf, gred. brek Contoh

2. Kata tunggal dua suku kata

Suku Kata V + KV V + VK V + KVK VK + KV VK + KVK KV + KVK ibu, ela, era air, aib adat, emas anda, unta, angsa

Contoh

antah, untuk, ingkar, bukan, dekat

3. Kata tunggal tiga suku kata Suku Kata KV+V+KV KV + V +KV V + KV + V KV+KV+VK KV+KVK+KVK Contoh biasa, cuaca, suara kaedah abai, usia maruah, peluang kelompok, kumandang

4. Kata tunggal empat suku kata Suku Kata KV+KV+KV+KV KV+KV+KV+KVK KVK+KV+V+KV panorama masyarakakat sentiasa Contoh

5. Kata-kata tunggal yang lebih daripada empat suku kata ialah: universiti = V + KV + KVK +KV+KV ( lima suku kata)

(kembali ke laman utama)

http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm

http://www.tutor.com.my/stpm/SukatanSTPM/sukatan_pelajaran_bahasa_melayu_.htm

http://www.scribd.com/doc/14660406/Fonetik-dan-Fonologi-Bahasa-Melayu-Tinggi

http://www.docstoc.com/docs/9174303/Pengenalan-Fonetik-dan-Fonologi

BAHAGIAN A

1. Sila lukis gambarajah organ artikulasi dan namakan bahagian-bahagiannya.

Gambarajah Organ Artikulasi

2. Huraikan maksud vokal sengau dan sertakan contohnya sekali.

Dalam penghasilan bunyi-bunyi vokal sengauan, rongga hidung turut terlibat. Lelangit lembut dan anak tekak tidak dinaikkan cukup tinggi untuk menutup rongga hidung. Apabila rongga hidung tidak tertutup rapat, udara keluar dari kedua-dua rongga hidung dan mulut. Kehadirannya dipengaruhi oleh bunyi konsonan sama ada di hadapan atau di belakang vokal itu.

Contoh vokal sengauan ialah :

3. Apakah diftong? Nyatakan jenisnya.

Diftong ialah gabungan dua vokal yang terdapat di dalam suku kata, yang disebut secara berterusan tanpa ada segmen. Di dalam penghasilannya terdapat ciri geluncuran tetapi ada satu puncak.

4. Huraikan bagaimana konsonan letupan dihasilkan beserta contoh yang bersesuaian. Konsonan letupan dihasilkan dengan cara udara ditahan dan dilepaskan dengan cepat.

5. Huraikan maksud suprasegmental Bahasa Melayu. Suprasegmental bermaksud unsur-unsur bahasa yang terdapat dalam Bahasa Melayu yang terdiri daripada tekanan, nada, jeda dan panjang pendek.

http://achikkini.blogspot.com/2010/08/ulangkaji-hbml1203-pengenalan-fonetik_17.html

http://books.google.com.my/books?id=_YPQpHg3UYC&pg=PA29&source=gbs_selected_pages&cad=3#v=onepage&q&f=false

http://books.google.com.my/books/about/Fonetik_dan_fonologi.html?id=_YPQp-Hg3UYC

http://books.google.com.my/books?id=_YPQpHg3UYC&pg=PA1&lpg=PA1&dq=pengenalan+fonetik+dan+fonologi&source=bl&ots=neiyuZ4pbh&sig =wYqssIlzR4glWp1CPgmNvmTu2YY&hl=en&sa=X&ei=YtC4T7jKHNHNrQfSpKzSBw&ved=0CFwQ6AEw Aw#v=onepage&q=pengenalan%20fonetik%20dan%20fonologi&f=false

You might also like