Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Terdapat 3 Jenis Sistem Pencernaan Haiwan

o o o

Monogaster Monogaster terubah Ruminan Apakah Haiwan Ruminan? Haiwan ruminan adalah haiwan seperti kambing, lembu, kerbau dan kuda. Haiwan ruminan mempunyai empat bahagian perut dan bahagian perut adalah rumen, retikulum, omasum dan abomasum. Kebanyakan haiwan herbivora adalah haiwan ruminan. Bahagian Sistem Pencernaan Ruminan 1. Mulut, gigi dan bibir 2. Esophagus 3. Empat Bahagian Perut - Rumen - Retikulum - Omasum - Abomasum 4. Usus Kecil dan Usus Besar 1. Mulut, Gigi Dan Bibir Fungsi mulut, gigi dan bibir adalah untuk memegang, mengunyah dan melembabkan makanan. 2. Esophagus Esophagus berfungsi sebagai saluran menghubung perut. 3. Rumen Bahagian terbesar tempat fermentasi, terdapat bakteria dan protozoa yang menghurai bahan kasar. Pada dinding Rumen terdapat papillae yang meningkatkan luas permukaan untuk penyerapan serta mikro organisme yang mencerna selulosa dan mensintesis asid amino dan juga vitamin B-complex.

Saiz Rumen: Lembu 100 liter Kambing 12 liter 4. Retikulum Dinding Retikulum berbentuk seperti sarang lebah (Honeycomb). Bahagian ini akan bergabung dengan rumen dalam aktiviti campuran makanan dan juga fermentasi. Saiz Retikulum: Lembu 6 liter Kambing 1 liter 5. Omasum Omasum mempunyai lapisan lapisan seperti buku, dipanggil perut kitab. Ia membantu dalam penyerapan dan juga pengisaran bahan makanan kasar. Ia juga dikenali sebagai bible,fardel, manyplies dan psalterium. Saiz Omasum: Lembu 10 liter Kambing 0.5 liter 6. Abomasum (Perut Sebenar) Abomasum ialah bahagian perut keempat dan terakhir dalam haiwan ruminan. Abomasum merupakan perut pencernaan sebenar, anatomi dan fungsinya hampir sama dengan fungsi cperut dalam haiwan berperut tunggal (Monogaster). Proses pencernaan enzim berlaku disini. Ia juga dikenali sebagai maw dan rennet-bag. Saiz Abomasum: Lembu 20 liter Kambing 1.5 liter

7. Usus Kecil Pencernaan makanan oleh enzim dan juga penyerapan molekul nutrien berlaku di sini. Usus kecil akan mengeluarkan enzim pencerna lemak, protein dan juga karbohidrat.

Saiz Usus Kecil: Lembu 70 liter atau 130 kaki Kambing 8 liter atau 80 kaki 8. Usus Besar Usus besar berfungsi sebagai tempat penyerapan air dan pembentukan tinja menjadi pepejal. Ada sedikit penyerapan nutrien. Saiz Usus Besar: Lembu 45 liter Kambing 6 liter

Proses Dalam Rumen Makanan yang masuk dalam rumen akan bercampur dengan bakteria dan protozoa yang bertindak keatas makanan. Bakteria akan membiak hasil daripada fermentasi. Pencernaan selulosa menghasilkan asid lemak meruap yang menjadi sumber tenaga haiwan ruminan. Selain dari itu bakteria dan protozoa juga akan mengsintesis protein dan vitamin. Bagaimana Ia Berfungsi? Selepas dikunyah dan ditelan makanan masuk ke dalam rumen dan retikulum. Fungsi utama retikulum adalah untuk mencampur makanan dengan cecair rumen dan mikrob. Juga memperangkap bahan bukan makanan seperti batu pasir dan besi. Bagaimana Sistem Pencernaan Berfungsi? Rumen Dalam rumen bakteria akan bertindak dengan bahan makanan. Hasil sampingan ialah asid lemak meruap. Bakteria dan protozoa akan membiak dan memasuki omasum dan seterusnya abomasum. Omasum Dalam omasum, makanan dihancurkan dan air juga diserap sehingga tinggal 30 40 peratus dari asal. Makanan bersama sama bakteria dan protozoa akan masuk ke abomasum.

Abomasun Dalam abomasum makanan ditindakbalas oleh enzim dari dinding abomasum. Asid hidroklorik dan pepsin bertindak ke atas protein. Usus Kecil Dan Usus Besar Dari abomasum makanan akan bergerak masuk ke usus kecil dimana enzim dari pankrias dan juga dinding abomasum bertindak ke atas protein, karbohidrat dan lemak. Usus kecil juga menyerap nutrien hasil dari pencernaan oleh enzim. Dari usus kecil makanan akan ke usus besar dimana sejumlah besar air diserap untuk menjadikan tinja.

You might also like