Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

MASYARAKAT TEMPATAN

1. Bagaimanakah kuasa raja diperkukuhkan? Sebelum kedatangan British masyarakat melayu mempunyai system pentadbiran yang teratur yang menjadikan raja sebagai tonggak sesebuah kerajaan .Institusi beraja bermula dengan kemasukan pengaruh Hindu yang membawa bersama kepercayaan tentang ilmu kesaktian dan luar biasa serta system kasta. Pengaruh hindu mempengaruhi masyarakat bahawa raja dipercayai berasal daripada keturunan dewa iaitu Devaraja yang menganggap raja sebagai pemerintah yang suci dan luhur dan penjelmaan dewa yang berasal daripada kayangan . Kedatangan agama Islam mengubah keprcayaan ini dan diperkukuhkan sesuai dengan nilai-nilai islam. Sistem beraja dalam masyarakat melayu tradisi diperkukuhkan menerusi konsep daulat. Konsep ini mengandungi dua nilai penting , iaitu daulat dan derhaka . Daulat diperolehi melalui dua cara iaitu melelui keturunan atau peribadi raja. Dari segi keturunan ,raja-raja melayu dikaitkan dengan Raja Iskandar Zulkarnain dengan tujuan untuk meninggikan martabat raja . Dari segi peribadi,raja raja dikaitkan dengan tuah yang dimilikinya. Konsep daulat dalam sistem beraja dan sosiopolitik masyarakat melayu tradisi mempunyai maksud yang luas , khususnya berkait dengan peranan dan kebolehan raja dalam pelbagai perkara seperti kesempurnaan , keistimewaan , ketinggian kuasa politik dan kewibawaan . Raja yang berdaulat mempunyai kuasa dan kewibawaan untuk memerintah serta berupaya mengawal pembesar dan rakyatnya .Daulat memberi raja banyak hak dan kemudahan dengan meletakkan baginda di tempat yang mulia sehingga tidak boleh ditegur atau dicela oleh sesiapa. Derhaka ialah satu tanggapan berkaitan dengan daulat yang memberi balasan kepada sesiapa yang melanggar atau ingkar kepad perintah raja .Seseorang rakyat yang menderhaka akan ditimpa tulah raja,iaitu hukuman bunuh. Konsep daulat dan derhaka menjadi asas penting dalam kehidupan masyarakat melayu tradisi untuk memastikan raja tidak lari daripad tanggungjawab sebagai pemerintah ,pelindung , dan penaung rakyat. Golongan rakyat pula harus tunduk kepada raja dengan memberi kesetiaan yang tidak berbelah bahagi. Kedaulatan raja diperkukuhkan lagi dengan alat-alat kebesaran diraja . Alatalat kebesaran ini mempunyai nilai dan unsur kebesaran yang simbolik kerana kewujudan alat-alat ini menjamin kedudukan raja di atas taktha kerajaan . Cap mohor , misalnya ialah lambang kekuasaan seseorang raja yang memerintah. Cap mohor digunakan untuk mengesahkan arahan daripada kerajaan dan dalam urusan surat- menyurat rasmi .Nama raja yang memerintah terukir pada cap mohor.

MASYARAKAT TEMPATAN
Alat kebesaran lain ialah peralatan senjata seperti keris ,pedang ,lembing , tombak berambu dan paying ubur-uburberwarna kuning ,serta alat-alat lain seperti kendi, kentur, kipas dan tepak yang digunakan semasa raja bersemayamdi balairung seri dan diletakakan bersebelahan raja. Warna kuning ialah warna yang dikhaskan kepada raja dan keluarga diraja. Begitu juga payung warna putih hanya boleh digunakan oleh raja ,manakala anak raja dan keluarga diraja dibenarkan menggunakan paying berwarna kuning. Raja memiliki keistimewaan memakai pakaian pakaian tertentu dan rakyat biasa tidak boleh berpakaian seperti raja,kecuali jika dianugerahkan oleh raja . Jika ada rakyat yang melanggar perintah ini , mereka akan dihukum. Keistemewaan lain ialah nobat ,iaitu alat muzik tradisional yang digunakan untuk upacara rasmi seperti upacara pertabalan raja. Nobat digunakan untuk menunjukkan lambing kedaulatan ,kekuasaan dan kebesaran seseoramg raja. Nobat ialah sebuah pancaragam penuh dan boleh dimainkan pada masa tertentu sahaja dengan perintah raja seperti semasa hari petabalan atau kemangkatan raja , upacara perkahwinan , menyambut kelahiran anak raja dan keberangkatan raja ke balairung untuk upacara penganugerahan gelaran kepadapara pembesar . Raja dan kerbat diraja menggunakan bahasa pertuturan sendiri yang berbeza daripada bahasa melayu umum yang digunakan oleh rakyat biasa . Bahas istana dikenali sebagai bahasa dalam . Misalnya beta, bersiram.bersantap, beradu , berangkat, gering, mangkat, dan bersemayam. Sebutan perkataan ini tidak boleh digunakan oleh rakyat biasa. Kesimpulannya Dengan adanya konsep daulat dan derhaka , alat-alat kebesaran, warna , nobat , dan bahasa pertuturan menjadi asas penting dalam kehidupan masyarakat melayu tradisi dan terus mengukuhkan kedudukan seseorang raja dalam sesebuah kerajaan. Pada masa yang sama , rakyat harus tunduk dan patuh kepada raja dengan memberi taat setia yang tidak berbelah bagi.

MASYARAKAT TEMPATAN

2. Bezakan adat perpatih dan adat temenggung Adat perpatih diamalkan oleh masyarakat melayudi negeri Sembilan , Naning ,Alor Gajah. Adat Pepatih dibawa oleh orang minangkabau ke negeri Sembilan pada abad ke -17. Manakala Adat Temenggung diamalkan di semua negeri di tanah melayu kecuali negeri Sembilan, seperti Johor ,Perak, Kedah,Perlis,Kelantan ,Terengganu ,Pahang dan ,Melaka kecuali Naning dan Alor Gajah. Adat Pepatih merupakan sebuah peraturan atau undang-undang yang tidak bertulismanakala Adat Temenggung pula mempunyai pelbagai gelaran nama.

Dari segi pemerintahan Adat Pepatih mengamalkan pemerintahan secara demokrasi dengan kedaulatan berada di tangan rakyat .Pemerintahan di jalankan secara muafakat melalui wakil-wakil daripada setiap suku.Pemerintah mesti mematuhi undang-undang dan tidak boleh bertindak sesuka hati.Peraturan adat menetapkan bahawa orang lelaki tidak mempunyai hak ,kecuali hak dalam mentadbir . Mereka yang melanggar adat akan dibicarakan dan dihukum. Ketua pentadbir dan pemerintahan yang tertinggi ialah Yang Dipertuan Besar atau Yamtuan Besar iaitu raja . Ini diikuti oleh Undang, Penghulu,Lembaga,Buapak dan Anak Buah. Manakala Adat Temenggung ialah system pemerintahan yang berbentuk dari atas ke bawah.Puncak pemerintahan dan kekuasaan berada di tangan pemerintah. Susunan pemerintahan bercorak autokratik dengan kuasa tertumpu kepada raja atau pemerintah yang bersifat hamper mutlak dalam kebanyakan perkara . Baginda berhak melantik pembesar di peringkat negeri, jajahan ,mukim, dan kampung. Raja menjadi pemerintah yang tertinggi diikuti oleh majlis, pembesar 4 orang, pembesar 8 orang, pembesar kecil 16 orang dan pegawai-pegawai kerajaan 32 orang. Dari segi kekeluargaan dan perkahwinan Adat pepatih mengamalkan hidup secara bersuku-suku yang membawa maksud hidup secara berkeluarga dengan setiap anggota menganggap anggota lain seperti saudara daripada sebuah keluarga yang besar .Susunan keluarga masyarakat berdasarkan matrillineal yang di susur galur kepada keturunan di sebelah ibu . Dalam soal berumah tangga , Adat Pepatih tidak membenarkan perkahwinan sesama suku .Sistem perkahwinan ini disebut eksogami yang mempunyai beberapa peranan mengekal dan melanjutkan hubungan dalam suku sebagai hubungan persaudaraan .Manakala dalam Adat Temenggung , susunan kekeluargaan sebelah ayah dan ibu dianggap sama penting . Adat ini membenarkan

MASYARAKAT TEMPATAN
perkahwinan sesiapa sahaja asalkan tidak bercanggah dengan hukum syarak iaitu larangan untuk berkahwin dengan orang yang mempunyai pertalian darah,perempuan yang bersaudara ,orang yang bukan islam , saudara sepersusuan dan sebagainya. Adat ini memberi keutamaan yang sama kepada lelekai dan perempuan . Pihak lelaki hanya dilebihkan kerana mematuhi hukum syarak .Orang lelaki menjadi ketua keluarga dan nasab keturunan dikira daripada bapa. Dari segi pembahagian harta Adat Pepatih memberatkan kaum wanita dalam mewarisi harta dengan menurunkan harta melalui keturunan wanita , iaitu daripada pihak ibu sebagai pengasas keluarga kepada anak perempuan. Jika berlaku penceraian segala harta dikendalikan oleh waris terdekat pihak isteri sehingga diselesaikan oleh Buapak.Pada umumnya harta pasangan dibahagikan kepada 4 jenis iaitu harta carian yang mana harta diperolehi oleh pasangan pasangan suami isteri sepanjang perkongsian hidup mereka. Harta itu dibahagi dua jika berlaku penceraian . Seterusnya ialah harta dapatan iaitu harta yang sedia ada oleh isteri. Harta pembawa pula ialah harta yang sedia dimiliki oleh suami sebelum berkahwin, isteri tidak boleh tuntut jika berlaku penceraian.Harta sebelah pula ialah harta asal kepunyaan suami dan isteri yang diberikan oleh ibu bapa mereka sebelum berkahwin, jika berlaku penceraian harta itu dikembalikan.Manakala , mengikut Adat Temenggung kaum lelaki berhak mewarisi lebih banyak harta berbanding wanita kerana pengaruh daripada hukum islam.Jika berlaku penceraian cara pembahagian harta suami isteri dibuat mengikut hukum syarak.Harta yang didapati semasa perkahwinan dikenali sebagai harta sepencarian.Harta sepencarian bagi isteri yang diceraikan dibahagi dua sama banyak, dan jika isteri yang diceraikan itu tidak berkerja ,dia berhak mendapat 1/3 bahagian sahaja. Dari segi undang-undang jenayah Adat Pepatih melaksanakan hukuman dengan tujuan membaiki keadaan dan tidak menghukum pesalah .Pesalah dihukum mengikut kesalahan yang dilakukan.Undang-undang jenayah dalam Adat pepatih lebih menekankan sifat bertimbang rasa . Seseorang yang melakukan kesalahan didenda mengikut kesalahannya dam mangsa diberi ganti rugi.Bagi kesalahan mencuri ,dihukum dengan memulangkan barabg yang dicuri itu ,atau bayar ganti rugi. Manakala Adat Temenggung melaksanakan hukuman dengan tujuanuntuk menghukum dan pelaksanaan sesuatu hukuman dibuat dengan tegas .Adat Temenggung membenarkan kekerasan dilakukan dalam melaksanakan undang-undang kerana dianggap meninggalkan kesan kepada orang lain sebagai amaran atau pengajaran .Hukuman bunuh dijatuhkan ke atas kesalahan berat seperti membunuh ,mencuri,memfitnah, tidak menurut perintah raja atau menderhaka. Dari segi kemasyarakatan pula hanya Adat Pepatih menetapkan bahawa perbincangan antara anggota kelompok harus dibuat dahulu sebelum perkara

MASYARAKAT TEMPATAN
dilakukan.Tindakan menyelesaikan masalah digelar sebagai muafakat.Setiap anggota masyarakat harus bersikap bertimbang rasa dan menekankan nilainilai yang menunjukkan tentang hidup masyarakat. Sebagai kesimpulanya masyarakat melayu mempunyai hukum adat yang tersendiri untuk menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyat, iaitu Adat Pepatih dan Adat Temenggung . Walaupun hukum adat ini diamalkan secara berasingan , tetapi kedua-dua dianggap sama penting dan menjadi pegangan dalam kehidupan mereka . 3. bincangkan hukum adat di Tanah Melayu.

Adat merujuk kepada sesuatu peraturan tertentu yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat secara turun temurun sehingga menjadi sebati dan dianggap sebagai hukum atau undang-undang yang harus dipatuhi. Undangundang seperti ini dikenali sebagai hukum adat ,iaitu peraturan yang dijadikan undang-undang berdasarkan amalan,adat resam atau kebiasaan yang sudah lama wujud dalam masyarakat tersebut.

Konsep hukum adat dan undang-undang di negeri melayu ini berbeza dengan pengertian undang-undang moden . Hal ini kerana hukum adat dan undang- undang tersebut digubal untuk memenuhi kehendak raja-raja yang memerintah dan hanya sesuai dengan kehendak ,serta keadaan masyarakat pada masa itu. Pada umumnya hukum adat dan undang-undang ini menyentuh hampir setiap sudut dalam kehidupan mesyarakat meliputi kuasa raja dan pembesar , undang-undang pentadbiran Negara, undana-undang jenayah .undang undang perkahwinan dan perwarisan , serta adat istiadat yang diamalkan oleh raja dan pembesar. Ciri-ciri dalam hukum adat dan undang-undang biasanya disesuaikan dengan amalan yang sedia ada dalam masyarakat dan didasarkan kepada beberapa kepercayaan lama dan adat istiadat yang telah diwarisi secara turun temurun. Hal ini dilakukan untuk memenuhi beberapa keperluan seperti memelihara keamanan dan keselamatan Negara serta kesejahteraan rakyat , menjaga hak dan kepentingan pemerintah dan ahli keluarga mereka, menjamin kedudukan raja dan menentukan bidang kuasa serta tanggungjawab para pembesar ,perlakuan dan keperibadian raja serta rakyat dan memastikan hak penurunan harta dan pusaka mengikut undang-undang. Undang-undang adat di sabah dan Sarawak sama seperti di negeri-negeri Tanah Melayu undang-undang adat secara lisan yang diperturunkan dari stu generasi ke satu generasi berikutnya menurut kepercayaan suku kaum masing-

MASYARAKAT TEMPATAN
masing . Antara hukum adat ini ialah adat dusun,adat tenom, dan adat timogun. Undang-undang adat ini biasanya meliputi pelbagai peraturan yang menyentuh soal kekeluargaan, perkahwinan, perayaan ,kes ganti rugi ,kes jenayah ,serta peraturan pemerintahan dan pentadbiran. Undang-undang adat di sabah dikendalikan oleh Mahkamah anak negeri yang dianggotai oleh ketua rumah panjang dan orang tua . Kaum iban di Sarawak juga mempunyai undang-undang dan peraturan hidup yang berdasarkan adat resam dan kepercayaan . Mereka mempunyai system mahkamah sendiri yang dikenali sebagai Mahkamah Anak Negeri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal peribumi Sarawak. Ketua mahkamah ini ialah ketua kaum iban yang digelar Orang Kaya Pemerca yang bertanggungjawab dalam mengendalikan kes-kes berat. Mahkamah Anak Negeri terbahagi kepada 4 jenis iaitu Mahkamah Anak Negeri yang mengadili kes-kes berat, Mahkamah Ketua yang mengadili kes-kes sederhana, Mahkamah Penghulu yang mengadili kes-kes biasa dan Rumah Panjang yang menyelesaikam kes-kes kecil.

Sebagai kesimpulannya , adat dan undang-undang menjamin keamanan Negara dan memberi pengajaran kepada pesalah supaya tidak membuat kesalahan, menghormati adat resam tua kaum mereka dan menjadi teladan kepada anak-anak supaya mematuhi adat dan undang-undang.

MASYARAKAT TEMPATAN

4. Jelaskan struktur sosial masyarakat Melayu sebelum tahun 1874.

Susun lapis masyarakat melayu tradisi bercorak hierarki dengan wujudnya dua golongan atau kelas utama dalam masyarakat iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada Raja,Sultan atau Yang Dipetuan , keluarga dan kerabat raja ,serta pembesar negeri termasuk kaum bangsawan ,ulama , pendeta dan penghulu. Manakala golongan yang diperintah pula terdiri daripada rakyat biasa , rakyat asing yang merdeka serta golongan hamba.

Dalam golongan pemerintah kedudukan raja berada di hierarki tertinggi yang mana raja berada di puncak kekuasaan dengan mempunyai kuasa tertinggi dalam hierarki sosial masyarakat . Kedudukan raja diperteguhkan oleh konsep kuasa daulat serta pelbagai keistimewaan dan alat kebesaran. Takhta kerajaan pula diperturunkan secara warisan kepada putera lelaki daripada permaisuri yang berketurunan raja. Golongan kerabat diraja pula berada di lapisan kedua . Kerabat ialah kaum keluarga yang tidak memerintah dan mereka juga menikmati pelbagai keistemewaan , termasuklah menggunakan bahasa istana dan memakai perhiasan emas. Pembesar dan golongan bangsawan pila terbahagi kepada beberapa kumpulan kecil berdasarkan taraf dan fungsi dalam masyarakat.Golongan ini juga mempunyai hubungan kekeluargaan dengan golongan diraja atau hubungan rapat dengan kerabat diraja.Mereka juga memegang jawatan yang diwarisi secara turu temurun. Terdapat juga beberapa lapisan pembesar seperti pembesar berempat , pembesar berlapan ,pembesar enam belas dan pembesar tiga puluh dua.Terdapat juga dalam kalangan pembesar yang dikurniakan dengan kawasan pegangan untuk ditadbir dan memungut cukai. Golongan ulama kebanyakanya terdiri daripada orang yang berketurrunan Arab-Melayu yang berperanan sebagai penasihat raja dan kerajaan dalam perkara-perkara keagamaan dan hukum syarak. Golongan ini menggunakan gelaran seperti maulana, makhdum ,kadi, pendeta tasawuf . Mereka juga diberikan gelaran seperti Maharaja kadi, Dato Mufti Seri Utama dan Imam

MASYARAKAT TEMPATAN
Maharaja. Ada juga antara mereka seperti kadi dan fakih ditempatkan dengan pembesar istana dan diberikan taraf selepas Temenggung. Golongan diperintah pula ialah rakyat biasa iaitu orang yang merdeka ,orang kebanyakan yang hidup bebas dan tinggal menetap . Mereka ialah penduduk asal negeri melayu. Terdapat tiga golongan rakyat biasa berdasarkan kepada fungsi dan pekerjaan masing-masing iaitu pedagang dan peniaga yang berniaga secara kecil-kecilan , buruh dan pekerja biasa, petani dan tukang tukang mahir yang membuat pelbagai jenis alat perhiasan seperti membuat ukiran dan senjata serta barangan tembikar. Seterusnya ialah orang asing , orang luar yang datang ke negeri melayu untuk tujuan tertentu seperti pedagang , perantau mubaligh dan senteri. Golongan ini terlibat dalam kegiatan sosial seperti menjadi tentera upahan kerajaan atau menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjadi pelombong bijih timah ,pedagang runcit dan pedagang borong. Akhir sekali ialah golongan hamba yang berada di lapisan paling bawah. Golongan hamba terbahagi kepada beberapa golongan iaitu hamba raja yang juga dikenali sebagai budak raja dan bergelar biduanda iaitu orang suruhan yang selslunya dimiliki oleh raja. Seterusnya ialah hamba abdi yang mana menjadi hamba kepada pemiliknya seumur hidup dan secara turu temurun.Hamba berhutang pula mereka yang menjadi hamba kepada si pemiutang kerana gagal membayar hutang dalam tempoh yang telah ditetepkan.

Kesimpulanya masyarakat melayu tradisi mempunyai system sosial yang lengkap dan tersusun . Setiap golongan ini mempunyai peranan yang tersendiri dalam masyarakat .Kelancaran system ini banyak menyumbang dalam kestabilan politik kerajaan memerintah.

MASYARAKAT TEMPATAN
5. Bincangkan jenis jenis hamba dan bagaimana kesan kedatangan Inggeris terhadapa sistem perhambaan.

Secara umumnya, masyarakat Melayu tradisional merupakan sebuah masyarakat feudal dan bercorak hierarki, dapat dibahagikan kepada dua golongan, iaitu golongang yang memerintah dan golongan yang diperintah. Golongan yang diperintah merangkumi hamba. Golongan ini merupakan kelas bawahan yang fungsi utama mereka adalah menyokong institusi beraja dan pembesar dalam seluruh rangka sistem organisasi kerajaan. Golongan hamba terbahagi kepada tiga dalam masyarakat Melayu tradisional.

Antaranya ialah hamba biasa. Hamba biasa ini merupakan golongan orang suruhan khas atau daripada keturunan hamba. Hamba biasa diperoleh biasanya melalui pembelian atau apabila berlaku pertukaran tuan. Justeru, hamba tersebut akan dimilik oleh tuannya seumur hidup. Terdapat tiga jenis hamba biasa iaitu hamba yang dibeli, orang suruhan yang dimiliki oleh raja atau lebih dikenali sebagai biduanda dan akhir sekali hamba abdi. Hamba abdi dibahagi kepada 5 iaitu hama tawanan, hamba diranggah, hamba habsyi, hamba hulur, dan hamba serah. Seterusnya adalah hamba berhutang. Jenis hamba ini diperoleh apabila seseorang gagal membayar hutang kepada pemiutang dalam tempoh masa yang ditetapkan. Namun begitu, jenis hamba tidak kekal jika hamba tersebut dapat bayar hutangnya atau tempoh khidmatnya yang dijanjikan dengan pemiutang tamat. Tugas hamba ini adalah melakukan kerja seperti bercucuk tanam, melombong dan kerja kerja rumah. Hamba berhutang dapat dibahagikan kepada beberapa kategori seperti orang yang berhutang dimana orang tersebut terikat denagn hutang yang dibebaskan setelah hutangnya selesai, anak emas, hamba waris dan akhir sekali, hamba bayar iaitu abdi yang diserahkan oleh tuannya kepada orang lain sebagai membayar hutangnya. Yang terakhir sekali, hambar raja ialah orang yang menderhaka kepada raja atau melakukan kesalahan jenayah tetapi ditangkap tetapi diampunkan oleh raja. Hamba ini leih dikenali sebagai biduanda. Hamba raja mendapat sedikit keistimewaan berbanding dengan jenis hamba lain antaranya ialah mereka mendapat perlindungan daripada pemerintahnya. Jenis hamba ini tidak kekal sebagai hamba seumur hidup jika mendapat keampunan dan keizinan dibebakan oleh raja. Namun begitu, setelah kedatangan British, terdapat beberapa perubahan yang telah dilaksanakan. Antara kesan kedatangan British tersebut adalah

MASYARAKAT TEMPATAN
sistem perhambaan di Tanah Melayu dirombak. Ini kerana British beranggap bahawa mereka harus menegakkan dan mengekalkan undang undang mereka yang bertentangan dengan adat dan undang undang masyarakat Melayu. Justeru itu, British telah mengisytiharkan secara rasmi mengharamkan institusi perhambaan dilakukan di Tanah Melayu

Secara kesimpulannya, bagi masyarakat Melayu, menyimpan hamba adalah penting dari segi sosial, ekonomi dan politik mereka. Namun, setelah kedatangan British, merombakkan sistem perhambaan, secara tidak langsung telah melenyapkan institusi perhambaan di Tanah Melayu dan mengakibatkan pemberontakan.

MASYARAKAT TEMPATAN
6. Bicangkan ekonomi komersial di Sarawak. Sistem ekonomi masyarakat Melayu tradisional bersifat pelbagai, antaranya ialah kegiatan ekonomi komersial yang dijalankan di Johor, Singapura, Pulau Pinang dan di Sarawak. Ekonomi komersial berkembang pesat telah bermula pada pemerintahan Charles Brooke. Beliau telah mengambil langkah pertama dalam pelaksanaan ekonomi komersial adalah membawa orang Cina dari Singapura ke Sarawak. Beliau juga telah menyediakan tanah tanah bagi pengusaha Cina tempatan bagi memulakan perancangan ekonomi komersial

Antara kegiatan ekonomi komersial adalah pertanian. Pada abad ke 19, lada hitam adalah antara bahan eksport yang terpenting di Sarawak. Dengan ini, konsesi telah diberi kepada orang Cina oleh Kerajaan. Selain daripada lada hitam, orang Cina juga menanam Gambir dan diberi kompeni kepada mereka yang menanamnya. Di Sarawak, perusahaan sagu merupakan perusahaan utama di Sarawak. Perlombongan secara komersial telah mula berkembang di Sarawak semasa pemerintahan Charles Brooke. Antara galian terpenting yang dilombong ialah antimoni. Menjelang tahun 1880-an, Sarawak telah menjadi pengeluar galian antimoni yang utama. Kawasan perlombongan antimoni yang utama ialah daerah Bau. Orang melayu dan Cina aktif dalam kegiatan perlombongan galian tersebut. Di samping itu, terdapat kegiatan perlombongan arang batu. Aktiviti melombong arang batu telah bermula pada tahun 1889 hingga tahun 1898. Galian lain yang dilombong di Sarawak ialah raksa. Raksa mula dieksport pada tahun 1868 yang menggantikan antimoni sebagai hasil perlombongan utama Sarawak. Galian yang tidak kurang penting di Sarawak ialah emas yang dilombong di Bau. Emas menjadi galian terpenting di Sarawak antara tahun 1898 hingga 1921. Orang Cina merupakan pelombong dan pengusaha utama emas di Sarawak.

Kegiatan ekonomi komersial di Sarawak sebenarnya berhubung kait dengan pembangunan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, jalan kereta api, pelabuhan dan pembinaan bandar-bandar baru. Walau bagaimanapun, pembinaan kemudahan infrastruktur hanya tertumpu di kawasan bandar seperti Miri dan Kuching. Perkembangan Bandar seperti di Miri turut menjadi pemangkin perkembangan ekonomi bercorak komersial di Sarawak. Antara kegiatan hasil hutan yang paling utama ialah memungut sarang buring yang dijalankan di Gua Mulu dan Gua Gematong di Sarawak. Selain itu, Kegiatan pembalakan turut menjadi kegiatan komersial di Sarawak sehingga Perang Dunia

MASYARAKAT TEMPATAN
Kedua. Sarawak mempunyai kawasan pembalakan yang sangat luas dan mula dieksport pada tahun 1890 apabila pedagang Cina mula memasarkannya ke seberang laut. Industri kayu balak Sarawak adalah dimonopoli oleh orang-orang Cina. Kesimpulannya, ekonomi komersil berkembang pesat di Sarawak pada abad ke-19 banyak dipengaruhi oleh dasar pemerintahan yang dilaksanakan oleh keluarga Brooke, terutama James Brooke dan Charles Brooke, yang seterusnya menjadi penyumbang kepada eksport utama Sarawak. Kegiatan ekonomi komersil ini telah menarik ramai pemodal dan pelabur China dan Eropah untuk terlibat dalam kegiatan ekonorni komersil di Sarawak.

MASYARAKAT TEMPATAN
7. Galurkan perkembangan sistem ekonomi masyarakat Melayu hingga akhir abad ke 19. Sistem ekonomi masyarakat Melayu tradisional bersifat pelbagai, iaitu sara diri, separa sara diri, ekonomi komersial, dan perdagangan. System ekonomi sara diri dijalankan oleh hampir semua negeri Melayu, system ekonomi separa sara diri dijalankan di Kedah dan Perlis, kegiatan pertanian komersial dijalankan di Johor, Singapura, Pulau Pinang, dan Melaka serta aktiviti perdagangan. Sebehagian besar daripada masyarakat melayu menjalankan sistem ekonomi berbentuk sara diri. Sara diri bermaksud hasil pengeluaran dugunakan untuk memenuhi keperluan sendiri sahaja. Kegiatan pertanian yang dijalankan adalah seperti menanam padi, yang terdiri daripada padi huma iaitu padi bukit, dan padi sawah iaitu bendang. Masyarakat Melayu turut mengusahakan tanaman yang bukan daripada jenis yang mengeluarkan hasil sepanjang tahun. Tanaman ini termasuklah pokok kopi, tembakau, sagu, pisang, tebu, jagung, ubi kayu, keledek, keladi, dan sirih, yang ditanam di sekeliling rumah mereka, kebun atau dusun. Masyarakat Melayu tradisional juga menternak binatang seperti ayam, itik, lembu, dan kambing yang boleh dijadikan pendapatan tambahan dan mendapatkan bekalan makanan. Selain menternak binatang, mereka juga mendapatkan bekalan makanan tambahan dengan memburu binatang liar di dalam hutan. Pada waktu lapang, mereka akan masuk ke dalam hutan untuk memungut hasil hutan yang dapat dijual atau ditukarkan dengan barang-barang keperluan lain. Manakala bagi penduduk yang tinggal di persisiran pantai atau di tepi sungai, mereka menjadi nelayan. Sistem ekonomi separa sara diri biasanya terdapat di Kedah dan Perlis. Melalui sistem ini hasil pengeluaran padi dijual ke negeri-negeri lain. Di Kedah, secara teorinya semua tanah dimiliki oleh sultan. Rakyat dibenarkan mengerjakan tanah tersebut. Para petani dibenarkan bergerak bebas mencari pembesar-pembesar yang tidak menindas mereka. Tanah juga boleh dijual beli. Dalam system ekonomi ini juga, hampir semua barang dikenakan cukai. Garam, ikan kering, candu, minyak kelapa serta bahan-bahan tekstil merupakan barang dagangan yang utama dikenakan cukai oleh pembesar. Pertanian komersial dijalankan di Negeri-Negeri Selat dan Johor. Sekitar tahun 1840-an, orang Cina dari Singapura diambil untuk mengerjakan tanaman gambir dan lada hitam di selatan Johor. Hasil tanaman tradisional yang dikomersialkan adalah seperti ubi kayu di Melaka, tebu di Pulau Pinang , gambir, dan lada hitam yang diusahakan di Johor dan Negeri-Negeri Selat. Tanaman kopi duisahakan oleh peladang Eropah sehingga penghujung abad ke-19. Peladang Eropah mula menanam tembakau di pantai timur Sabah pada awal tahun 1880-an dan mula dieksport pada tahun 1884. Di Sarawak, tanaman seperti lada hitam, gambir, dan perusahaan sagu merupakan eksport yang penting.

MASYARAKAT TEMPATAN
Antara galian yang pening ialah bijih timah, emas, dan antimony. Perlombongan bijih timah pada awalnya dimonopoli oleh golongan pembesar. Kawasan perlombongan yang terpenting ialah di Perak, Selangor, dan Sungai Ujung. Melaluikaedah melampan dan mendulang, pelombong Melayu hanya memperoleh hasil yang minimum. Oleh itu, pembesar Melayu mula bekerjasama dengan orang Cina bagi memaksimumkan pengeluaran bijih timah di Tanah Melayu. Bijih timah telah menjadi barang dagangan utama yang menarik minat pedagang-pedagang dari Arab, India, Chia, dan Mediterranean. Kegiatan perdagangan bijih timah juga mendaat pasaran yang baik di Eropah. Di Pahang terutamanya di Kuala LIpis, perlombongan emas telah dijalankan selewat-lewatnya semenjak abad ke-16 lagi. Antimony juga dilombong di Bahagian Pertama Sarawak pada tahun 1830-an yang menggunakan tenaga buruh Dayak. Kegiatan perdagangan memainkan peranan penting dalam system ekonomi masyarakat Melayu. Urusan perdagangan ini dikendalikan oleh golongan pemerintah dan saudagar-saudagar yang terdiri daripada lapisan kecil dalam masyarkat. Pedagang-pedagang Melayu amat terkenal dan mempunyai hubungan perdagangan antarabangsa yang lama dengan negeri-negeri di Asia Tenggara, China, India, dan Timur Tengah. Di sepanjang sungai dibina pondok cukai untuk membolehkan pembesar daerah memungut cukai ke atas candu, tembakau, kain, peralatan besi, garam, dan barangan lain yang melalui Jempul ke Pahang, dan juga debu emas dan kain sutera dari Pahang ke Melaka. Namun, kegiatan perdagangan ini terhenti akibat kekacauan politik pada pertengahan abad ke-19. Barang dagangan yangdibawa dari Pahang ialah debu emas, sebungkal, kain, bijih timah. Lada hitam pula dibawa daripada Terengganu dan Kelantan. Barang dagangan ini diperdagangkan di Singapura dan Pulau Pinang dengan barang dagangan dari pantai barat. Kesan daripada perkembangan ekonomi ini maka wujudlah pengenalan mata wang, dan sistem sukatan dan ukuran. Sebelum pengenalan mata wang, system barter telah digunakan. Penggunaan mata wang primitif mula digunakan seiring dengan perubahan masa seperti, siput cowrie, kepingan logam atau syiling, dan duit awal daripada China. Pada akhir abad ke-19, terdapat dua jenis mata wang digunakan iaitu pitis dan jokoh. Namun, penggunaan mata wang ini terhenti apabila British memperkenalkan dolar kertas di Negeri-Negeri Selat pada tahun 1906. Sistem sukatan diadakan bertujuan menyeimbangkan sukatan barangan supaya setimpal dengan harga yang ditetapkan atau barang yang hendak ditukar. Masyarakat Melayu mempunyai sistem sukatan dan ukuran yang tersendiri. Terdaoat juga sistem ukuran yang melibatkan penggunaan anggota badan terutamanya untuk mengukur jarak yang pendek iaitu jengkal, hasta, dan depa. Sistem ekonomi tradisional yang diamalkan di negeri-negeri Melayu kelihatan lebih menguntungkan golongan pemerintah dan pembesar. Namun tahap ekonomi masyarakat ketika ini pada tahap yang baik. Kemiskinan golongan rakyat tidak begitu ketara. Apabila Negara dijajah oleh penjajah Barat, kedua-dua golongan iaitu pembesar dan rakyat jelata terpaksa melihat

MASYARAKAT TEMPATAN
perkebangan ekonomi moden yang langsung tidak menguntungkan mereka. Kegiatan ekonomi dikuasai sepenuhnya oleh pelabur dan pedagang asing.

You might also like