Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Tajuk Forum: Pencemaran Alam Sekitar

Amelia Yee: Selamat pagi guru Bahasa Melayu, Puan Zahara Ali, dan murid-murid sekalian. Saya, Amelia Yee ialah pengerusi majlis forum pada pagi ini.Izinkan saya memperkenalkan ahli-ahli panel saya saudari Christina Oui, saudara LoserZf dan saudara YY Lai. Tajuk forum hari ini ialah Pencemaran Alam Sekitar. Pencemaran alam sekitar bererti keadaan ataupun suasana sekeliling mengalami perubahan sifat fizikal alam sekeliling daripada sesuatu yang cantik menjadi sesuatu yang kotor, berdebu, berlumpur dan tidak terurus. Masalah pencemaran ini di negara kita tidak pernah reda. Malah, masalah ini menjadi semakin teruk. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa masalah ini akan menjadi suatu krisis nasional sekiranya tiada langkah yang proaktif dilaksanakan bagi membanteras pencemaran mulai sekarang. Christina Oui: Sedarsawasa ini, pencemeran alam sekitar sekian hari sekian bertambah serius. Pencemaran alam sekitar telah membawa banyak kesan kepada insan, malah kepada flora dan fauna. Pertamanya, pencemaran udara seperti jerebu banyak menjejaskan aktiviti harian kita. Di kawasan yang mengalami jerebu dengan serius, penglihatan kita dihadkan. Kita hanya dapat melihat objek dalam lingkungan 100m. Cuba bayangkan, semasa kita memandu, kita tidak dapat melihat kenderaan yang berada di hadapan kita. Peluang berlaku kemalangan jalan raya akan bertambah. Kadar kemalangan jalan raya akan meningkat dan seterusnya mengancam nyawa kita. Seterusnya, pencemaran seperti pencemaran air telah menyebabkan nyawa manusia dan haiwan terancam dan bagai telur di hujung tanduk. Bahan toksik dan asid yang mengalir ke dalam sungai menyebabkan kehidupan akuatik musnah dan bekalan sumber ikan menjadi beracun. Apabila kita makan dan minum makanan dan air yang tercemar ini, kita akan turut diracun dan nyawa kita akan tergugat. Selain itu, pembuangan sampah ke dalam sungai menyebabkan sungai menjadi busuk dan keindahannya terjejas. Ini bukan sahaja mencemarkan sumber air, malah membawa ketidakselesaan kepada penduduk yang mendiami di kawasan tersebut. YY Lai: Pencemaran alam sekitar bukanlah suatu fenomena baru. Malah, masalah yang berpunca daripada kepesatan pembangunan negara ini kian hari kian meningkat dan makin rumit untuk ditangani. Faktor utama yang menyebabkan pencemaran adalah pelepasan gas-gas toksik daripada kilang dan kenderaan. Seperti negara kita yang menjadikan bidang perindustrian sebagai bidang utama pencemaran udara serius di negara kita. Kilang-kilang seperti kilang simen, besi dan lain-lain melepaskan gas yang beracun dalam proses pembuatan. Kini, setiap orang mampu untuk memiliki kenderaan sendiri. Gas seperti karbon monoksida, karbon dioksida dan gas-gas yang lain yang dilepaskan dari kenderaan menyebabkan pencemaran udara. Selain itu, pembakaran secara terbuka akan mencemerkan kualiti udara. Pembakaran hutan sering dijalankan tuntuk kegunaan pertanian pindah dan pembangunan tapak perumahan. Sebagai contoh, negara Indonesia yang sering berlaku pembakaran hutan telah menyebabkan jerebu berlaku. Untuk maklumam anda, fenomena hujan asid di Malaysia semakin serius dan sampai ke tahap yang meruncingkan. Fenomena ini biasanya berlaku di kawasan perindustrian sebab kawasan tersebut banyak melepaskan gas-gas beracun seperti karbon monoksida, karbon dioksida, sulfur dioksida dan gasgas lain. Semasa hujan, sulfur dioksida dalam udara mencair dalam titisan hujan dan menjadi hujan asid. Bangunan yang sentiasa kena hujan asid akan terhakis. Jika kulit

seseorang dikena hujan asid, seseorang itu akan dijangkiti penyakit kulit. LoserZf: Memang tidak dinafikan bahwa kegiatan manusia dalam mengejar pembangunan dan kemajuan telah mengakibatkan pencemaran alam sekitar. Negaranegara membangun seperti Malaysia memerlukan pembangunan walaupun terpaksa mengorbankan alam sekitar pada kadar yang berpatutuan. Pencemaran alam sekitar menjadi semakin menjadi serius dan kritikal di negara kita. Bagi menangani maslah pencemaran alam sekitar, langkah-langkah efektif telah diambil oelh pelbagai pihak. Untuk membanteraskan kegiatan pencemaran alam sekitar, kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas dan menjatuhkan hukuman yang lebih berat. Sebagai contoh, seseorang yang didapati membakar secara terbuka akan ditangkap oleh pihak berkuasa akan didenda sebanyak beribu-ribu ringgit Malaysia ataupun dipenjara tidak kurang daripada setahun. Selain itu, kempen cintai alam sekitar hendaklah diadakan. Kempen-kempen tersebut berfungsi untuk menyedari masyarakat tentang kepentingan dan kesan menjaga alam. Jika pemimpin-pemimpin politik berceramah di depan masyarakat dan menjadi teladan kepada masyarakat, kempen akan berlangsung dengbumi yang kita diami ini sentiasa selamat dan bebas dan lebih efektif dan proaktif. Secara tidak langsung, kesedaran manusia terhadap alam sekitar dapat ditingkatkan. Amelia Yee: Kesimpulannya, sekiranya kerajaan benar-benar serius dalam usaha membanteras masalah pencemaran ini hingga akar umbi, langkah-langkah yang sungguh harus diambil demi generasi akan datang. Tiada gunanya pelbagai akta digubal jika tiada keazaman untuk menguatkuasakan akta-akta tersebut. Janganlah apabila ada pendedahan yang dibuat oleh media massa, barulah berikthiar menyelesaikan masalah. Setiap orang harus sedar tentang pentingnya menghargai alam sekitar dan perlunya usaha memeliharanya agar bumi yang kita diami ini sentiasa selamat dan bebas daripada pencemaran. Sekian, terima kasih.

1.0 PENCEMARAN UDARA


1.1 Pengenalan Kepada Pencemaran Udara

Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan1 yang menjejaskan kehidupan atau bahanbahan lain. Pencemaran udara disebabkan oleh pelepasan asap melalui ekzos kenderaan, kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang atau kayu yang tidak terkawal2. Pencemaran udara boleh dikelaskan kepada dua bahagian iaitu primer dan sekunder. Pencemaran udara primer bermula apabila penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada pembakaran yang tidak lengkap. Proses ini akan menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai di udara dan memberikan kesan sampingan kepada kesihatan manusia. Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang atau kayu yang tidak terkawal3. Pencemaran udara sekunder pula adalah hasil daripada tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dengan wap-wap air di udara.
1.2 KesanKesan Pencemaran Udara 1.2.1 Kesan terhadap Kesihatan Manusia

Pencemaran udara telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia pada masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran udara ialah terhadap sistem pernafasan. Udara dan bahan cemar yang terperangkap didalamnya akan memasuki hidung atau mulut manusia dan memasuki paru-paru melalui trakea. Karbon monoksida (CO) adalah antara gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dengan begitu berkesan sekali. Selain itu, bahan cemar Nitrogen Oksida (NO2) boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari, bahan cemar gas ozon (O3) boleh menimbulkan kerengsaan4. Habuk,asap, kabus, wap atau bahan-

bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata

manusia. 1.2.2 Kesan Terhadap Tumbuh-tumbuhan Pencemaran udara juga memberi kesan yang sangat buruk terhadap tumbuh-tumbuhan di dunia ini. Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan5. Alfalfa, barli, kapas, gandum dan epal adalah antara tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan dengan bahan cemar sulfur dioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk dibumi juga terganggu.
1.2.3 Kesan Terhadap Haiwan

Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh. Sebagai contoh, di Poza Rica, Mexico, sekumpulan burung kenari, ayam, itik, lembu, khinzir angsa dan anjing telah mati akibat terdedah kepada sulfur dioksida (SO2) yang dilepaskan ke udara oleh sebuah loji penapisan pada tahun 19506. Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman makanan haiwan yang tercemar setelah terdedah kepada bahanbahan toksid yang terdapat di dalam udara. Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh plumbum (Pb) yang telah membawa maut kepada lembu dan kuda yang berlaku di Jerman.7 Haiwan-haiwan ini yang meragut kawasan rumput sekitar 5 kilometer dari sebuah kawasan kilang plumbum dan zink telah mengalami keracunan akibat daripada habuk plumbum yang dilepaskan oleh kilang tersebut.
1.2.4 Kesan Terhadap Bahan

Bahan-bahan cemar di udara juga mengotorkan permukaan bahan terutamanya kepada bangunan, pakaian, dan juga benda-benda lain8. Pengotoran berlaku akibat dari pengendapan asap atau zarah halus yang begaris pusat kira- kira 0.3 mikrometer. Selepas beberapa lama, pengendapan ini dapat dilihat dan dipanggil kekotoran, kelunturan, atau kehitaman permukaan. Selain itu, kakisan

logam juga berlaku disebabkan berlakunya kehadiran sulfur dioksida (SO2) di dalam udara. Bahan cemar juga menyebabkan fabric-fabrik mudah rosak. Keadaan ini telah berlaku di Kanada dan Florida dimana stoking wanita mudah terurai disebabkan oleh kabus halus asid sulfuric yang terdapat di bandar-bandar tersebut.
1.2.5 Kesan Terhadap Lapisan Ozon

Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari9. Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini10.
1.2.6 Kejadian Hujan Asid

Seterusnya, pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya Hujan asid yang disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan11. Ianya berlaku apabila gas-gas sulfur oksida (SO2) dan oksida-oksida nitrogen (NOx) dilepaskan ke udara dan bertindakbalas dengan wap air yang terdapat di atmosfera dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini terkumpul di dalam awan dan awan pula bergerak ke tempattempat lain dan membawa asid-asid tersebut. Asid itu akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Ianya membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap kedalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur12.
1.2.7 Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global

Kesan yang paling ketara dan sedang hangat deperkatakan oleh seluruh warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau13. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global ini yang dapat dirasakan oleh seluruh penduduk bumi. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitaranya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga adalah faktor utama kejadian pemanasan global ini14. Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal15. Kebakaran hutan yang berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi ini dan juga menjejaskan kualiti udara.
1.2.8 Kesan Terhadap Atmosfera

Kesan terhadap atmosfera yang dibawa oleh pencemaran udara pula ialah mengurangkan jarak penglihatan16. Contoh yang paling jelas ialah kebakaran besar yang berlaku di hutan Indonesia pada tahun 1997 telah menyebabkan beberapa buah Negara di Asia Tenggara mengalami keadaan jerebu yang sangat teruk termasuk Malaysia. Selain itu, pertambahan kepekatan karbon dioksida dalam atmosfera turut meningkatkan suhu bumi yang telah mencetuskan perbincangan hebat di kalangan para saintis di abad ini. Para saintis mendapati bahawa kepekatan karbon dioksida bertambah dari 0.032 peratus pada tahun 1968 kepada 0.038 peratus pada tahun 2000. Mengikut analisis tersebut, ia menyebabkan peningkatan suhu sebanyak 0.5 darjah selsius, dan kesan ini dikenali sebagai kesan rumah hijau.

You might also like