Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

JUSTIFIKASI PELUPUSAN Aset boleh dilupus berdasarkan justifikasi berikut:(a) Tidak Ekonomi Dibaiki; (b) Usang/obselete; (c) Rosak

dan tidak boleh digunakan; (d) Luput tempoh penggunaan; (e) Keupayaan aset tidak lagi di peringkat optimum; (f) Tiada alat ganti; (g) Pembekal tidak lagi memberi khidmat sokongan; (h) Disyor selepas pemeriksaan aset; (i) Tidak lagi diperlukan oleh Jabatan; (j) Perubahan teknologi; dan (k) Melebihi keperluan. KAEDAH PELUPUSAN Dalam urusan pelupusan aset, kriteria pulangan hasil hendaklah sentiasa diberi perhatian. Bagi mencapai tujuan ini, Kuasa Melulus boleh menetapkan kaedah pelupusan yang sesuai dan paling menguntungkan Kerajaan. Kaedah pelupusan adalah seperti berikut: (a) Jualan secara:(i) Tender (ii) Sebut harga (iii) Lelong (b) Jualan Sisa (c) Tukar Barang (Barter Trade) (d) Tukar Beli (Trade In) (e) Tukar Ganti (Cannibalize) (g) Pindahan (h) Hadiah (i) Musnah secara:(i) Ditanam (ii) Dibakar (iii) Dibuang (iv) Ditenggelam (j) Kaedah lain pelupusan yang difikirkan sesuai.

KOMPONEN IV (Kewangan) Tugasan 4SOALAN 4B Encik Awal dan Encik Akhir ialah pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan, dilantiksebagai Ahli Lembaga Pemeriksa untuk melupuskan aset di jabatannya.

(i)

Nyatakan justifikasi pelupusan terhadap barangan di jabatannya itu.

Pelupusan digunakan untuk melupuskan harta Kerajaan yang secara fizikalnya masih ada dalam simpanan tetapi harta tersebut tidak boleh digunakan atau tidak diperlukan lagi. Tujuan dibuat pelupusan ialah untuk mengeluarkan rekodnya daripada daftar. Pelupusan perlu apabila barang-barang usang, rosak dan tidak boleh digunakan. Selain itu, barang pecah atau rosak dan tidak ekonomik jika dibaiki, lebihan barangan dan perubahan teknologi dan tidak sesuai digunakan. Objektif pelupusan adalah untuk menjimatkan ruang stor, mendapatkan pulangan balik dan pengurusan stok atau inventori yang sempurna. Tindakan melupuskan barang-barang dibuat dari semasa ke semasa. Pegawai dilarang mengumpul barang-barang dan menunggu bilangan yang banyak sebelum tindakan pelupusan dilakukan. Sekiranya pegawai tersebut menangguh untuk melupuskan barang- barang, ini akan menyebabkan berlakunya masalah kekurangan ruang stor, kesesakan stor, barangan mudah dicuri atau hilang, nilai barang-barang semakin menurun dan apabila barangan tersebut dijual nanti kerajaan mengalami kerugian hasil.

(ii)

Huraikan kaedah-kaedah yang boleh disyorkan oleh mereka terhadap pelupusan barang-barang tersebut.

Sebelum melupuskan barang-barang, penyelenggara stor perlu mengenalpasti barangbarang yang hendak dilupuskan, menyenaraikan barang- barang tersebut dan pelupusan perlu dibuat dengan segera bagi mengelakkan penggunaan ruang dan susutnilai.Oleh kerana Terdapat tiga kaedah yang boleh disyorkan oleh mereka untuk melupuskan barang-barang tersebut. Kaedah yang pertama adalah dengan cara jualan secara tender, sebutharga, lelong dan tukar beli. Tender hendaklah disertai oleh syarikat atau orang perseorangan. Untuk membuka tender, harga minimum barangan yang ditetapkan adalah berdasarkan kepada nilai semasa aset. Bagi sebutharga pula, jabatan perlu memilih tawaran tertinggi yang tidak kurang dari harga simpanan. Jika harga tawaran tertinggi kurang 20% dari harga minimum, Jawatankuasa boleh buat keputusan. Dalam keadaan lain rujuk Perbendaharaan. Kakitangan Kerajaan dan ahli keluarga yang menyertai sebutharga buat perakuan dalam borang sebutharga. Kakitangan Agensi yang mengurus aset tidak dibenarkan menyertai sebutharga. Bagi tukar beli pula, Aset masih boleh digunakan dan tidak diperlukan. Hanya pembekal asal atau tertentu sahaja berminat. Perlu dikeluarkan sebelum pengganti dipasang. Permintaan atau pembekal tertentu terhad. Kaedah yang kedua adalah menghadiahkan barang-barang tersebut kepada mana-mana pertubuhan yang diiktiraf kerajaan. Kaedah ini boleh dilaksanakan antara Jabatan Persekutuan dengan pertubuhan sukarela dan badan yang diiktiraf Kerajaan, disokong oleh surat permohonan, aset yang dihadiah untuk latihan dan pameran diguna untuk tujuan tersebut sahaja dan perlulah mendapat kelulusan Perbendaharaan. Kaedah yang ketiga adalah memusnahkan barang-barang tersebut dengan cara menanam, membakar, menenggelamkan di laut dan membuang. Dengan kaedah menanam, barang tersebut hendaklah disahkan tidak mempunyai nilai. Kaedah ini perlu dilakukan dengan langkah yang telahditetapkan di mana perlu ada sijil yang mengandungi maklumat seperti tarikhditanam, tempat barang tersebut ditanam dan tandatangan pihak yang terbabit.

You might also like