Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

NOTIS PENTING BAGI PELAJAR YANG MENCAPAI PNG/PNGK ( GPA / CGPA) KURANG 2.

00 SELEPAS PEPERIKSAAN SESUATU SEMESTER ) PERINGATAN AMARAN DEKAN DAN NASIHAT FAKULTI Saudara/saudari, Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas. Kami merasa amat prihatin dan terpanggil untuk mengingatkan saudara/saudari bahawa capaian Purata Nilai Gred (PNG) / Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) saudara/saudari untuk semester yang terkini adalah kurang daripada 2.00. Sebagaimana termaktub di dalam peraturan prestasi akademik, saudara/saudari dengan ini diletakkan dalam Tempoh Pemerhatian Akademik dengan Amaran. Selama Tempoh Pemerhatian Akademik, saudara/saudari perlu menumpukan lebih perhatian dan usaha terhadap pengajian dan memperbaiki PNG dan/atau PNGK kepada capaian 2.00 atau lebih pada semester berikutnya. Untuk membantu memperbaiki PNG/PNGK saudara/saudari, langkah berikut: kami mencadangkan langkah-

(a)
(b) (c)

(d)
(f)

Mendaftar dan menduduki semula peperiksaan bagi kursus-kursus yang mendapat gred di bawah gred C pada semester berikutnya tertakluk kepada peraturan untuk menduduki semula peperiksaan; dan/atau, Mendaftar semula kursus pada semester berikutnya sekiranya gred masih berada di bawah gred C selepas mengulang semula peperiksaan. Mendaftar kurang dari jumlah maksimum kursus yang dibenarkan di semester berikutnya untuk mengurangkan beban pembelajaran ; dan/atau Memaksimakan kegunaan Perpustakaan Digital OUM dan perpustakaan awam untuk bacaan dan rujukan agar cemerlang dalam tugasan dan peperiksaan ; dan/atau (e) Menyertai kumpulan belajar (study group); dan/atau Mendapatkan khidmat kauseling akademik dan pembelajaran berkaitan melalui cara berikut : Pengarah, Pusat Pembelajaran (untuk khidmat kaunseling secara bersemuka) Unit Kaunseling OUM, Jalan Tun Ismail Kuala Lumpur pada waktu pejabat (untuk khidmat kaunseling secara bersemuka) Menghubungi Unit Kaunseling melalui emel: kaunselor@oum.edu.my / liza@oum.edu.my atau no tel 03 - 27732415 Perkhidmatan E-kaunseling di MyVLE Menghubungi pihak pentadbiran Fakulti melalui E-CRM di dalam MyVLE yang akan memanjangkan kes saudara/saudari kepada Dekan atau pegawai yang bertanggungjawab di Fakulti Akademik.

Jika saudara/saudari berusaha bersungguh-sungguh dan mengambil langkah-langkah yang disarankan, kami yakin bahawa kemungkinan untuk memperbaiki PNG/PNGK adalah cerah. Mohon ambil perhatian bahawa pelajar yang mendapat PNG dan/atau PNGK kurang dari 2.00 secara konsisten pada tiap semester, boleh ditamatkan daripada program pengajian masingmasing.

Sekira PNGK pada semester terakhir adalah kurang dari 2.00, saudara/saudari adalah tidak layak untuk bergraduat daripada program pengajian. Maklumat lanjut tentang peraturan berkenaan prestasi akademik dan kelayakan bergraduat boleh diperolehi daripada Buku Panduan Pelajar Kami mengucapkan selamat maju jaya dalam pengajian. DEKAN FAKULTI, OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 10-Jun-12

You might also like