Laporan Minit Mesyuarat 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

LAPORAN MINIT MESYUARAT KUMPULAN 3 KALI KE- 11

Tarikh

14 Disember 1999

Masa

10.00-12.15 Tgh

Tempat

Studio RPS 206

Kehadiran :

Semua hadir

Agenda Mesyuarat

1.

Kata-kata oleh Saudara Law selaku ketua kumpulan 3

2.

Perbincangan tentang penyediaan laporan kajian

3.

Perbincangan tentang susunan maklumat dalam laporan

4.

Menentukan format yang akan digunakan dalam laporan

5.

Pembahagian tugas masing-masing

6.

Perbincangan tentang data cadangan

1. Kata-kata oleh ketua kumpulan

Selaku ketua kumpulan 3 , Law telah memulakan perjumpaan dengan menjelaskan secara ringkas tentang final presentation yang lepas dan seterusnya menyatakan langkah-langkah yang bakal diambil dalam menyediakan laporan kajian kes kumpulan kami.

2. Perbincangan tentang penyediaan laporan kajian

Kami telah membincangkan tentang penyediaan laporan kajian dan memikirkan apa-apa maklumat yang akan dimasukkan dalam laporan tersebut disamping memikirkan apa-apa yang berkaitan.

3. Perbincangan tentang susunan maklumat dalam laporan

Selepas membincangkan tentang penyediaan laporan kami seterusnya membincangkan tentang susunan maklumat dalam laporan yang akan dibuat supaya ianya bersesuaian dengan data-data yang akan dimasukkan misalnya daripada awal data sehingga data-data yang seterusnya mengikut susunan yang betul.

4. Menentukan format yang akan digunakan dalam laporan

Setelah selesai membincangkan susunan untuk laporan tersebut kami kemudiannya membincangkan tentang format-format yang akan digunakan dalam menyediakan laporan tersebut misalnya dalam penggunaan font dan sebagainya yang berkaitan. Perkara ini dibincangkan kerana kami akan membuat laporan tersebut mengikut bahagian masing-masing dan ini amat penting untuk mengelakkan ketidakseragaman dalam laporan yang akan dibuat.

5. Pembahagian tugas masing-masing

Kami juga telah membahagikan tugas masing-masing dan membincangkan apa-apa yang perlu untuk dimasukkan dalam laporan tersebut.Kami telah sepakat untuk membahagikan tugas-tugas tersebut berdasarkan kepada kerja-kerja yang pernah dibuat oleh masing-masing dan Law selaku ketua kumpulan telah meminta kami menyiapkan laporan kami sehingga Khamis pagi dan jika tiada apa-apa halangan akan dimasukkan terus data-data tersebut pada hari itu juga.

6. Perbincangan tentang data cadangan

Setelah kesemua perkara telah dibincangkan, perkara yang akhir sekali dibincangkan ialah berkenaan dengan data cadangan tempohari iaitu semasa final presentation yang lalu. Kami membincangkan bagaimana kami boleh mengkategorikan cadangan kami sama ada ianya satu cadangan jangkamasa pendek ataupun cadangan jangkamasa panjang. Hal ini telah dibincangkan semula memandangkan Dr. Badaruddin ada menyebut tentang perkara ini dalam memberikan komennya selepas final presentation yang lalu. Akan tetapi ini semua masih dalam pertimbangan dan jika tiada apa-apa halangan kami akan membuatnya seperti yang dikehendaki dan ini adalah bergantung kepada keadaan. Perjumpaan telah berakhir selepas semua perkara telah dibincangkan.

Disediakan oleh,

Rubiah Bt. Mohd Nazidi

You might also like