Model 1

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

MODEL 1 1. Pada 1 Mac 1946 satu perhimpunan pertubuhan-pertubuhan Melayu telah diadakan di Kuala Lumpur.

Satu persetujuan yang dicapai dalam persidangan tersebut ialah Menubuhkan sebuah parti politik yang menggabungkan parti-parti politik Melayu. 2. Konsep Malaya Baru yang wujud semasa penjajahan British di Tanah Melayu adalah Kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan imigran Cina dan India untuk mengusahakan kegiatan ekonomi komersial. 3. Suruhanjaya Bangsa-bangsa Bersatu telah menghantar satu rombongan bagi meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak mengenai rancangan Malaysia. Rombongan ini diketuai oleh Sir Michaelmore 4. Antara perkara-perkara yang menjadi tolak ansur antara kaum bagi mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu ialah Bahasa Melayu dijadikan Bahasa kebangsaan Kedudukan istimewa orang Melayu Pemberian taraf kewarganegaraan 5. Mengikut perkara 68, Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara mempunyai kuasa untuk Menangguhkan sesuatu rang undang-undang daripada mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong 6. Peranan Agensi Pusat ialah menyelaras dan mengawal agensi mengurus. Di antara agensi-agensi yang menjalankan peranan tersebut di peringkat negeri ialah seperti berikut, kecuali Jabatan Perancang Bandar dan Desa 7. Kuasa mengampun bagi sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh seseorang di dalam Wilayah Persekutuan Labuan adalah terletak di bawah Yang di-Pertuan Agong 8. Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihanraya adalah terdiri daripada seorang Pengerusi dan tiga orang ahli. Mereka adalah dilantik oleh

Yang di-Pertuan Agong. 9. Satu fail baru yang mempunyai tajuk dan nombor yang sama dengan fail asal hendaklah dibuka dan ditanda sebagai Jilid II apabila Had nuatan di dalam fail itu telah dicapai. 10. Salah satu fungsi yang dilaksanakan oleh Penguasa-penguasa Tempatan di Malaysia di kategorikan dalam bentuk perlindungan. Ianya melibatkan aktiviti-aktiviti Membuat kawalan ke atas ksihatan, keselamatan dan perancangan. 11. Sekiranya terdapat rekod-rekod yang difikirkan tidak lagi diperlukan di sesebuah jabatan, Ketua Jabatan tersebut perlulah Menghubungi Jabatan Arkib Negara untuk mendapatkan nasihat. 12. Kertas-kertas minit di dalam sesebuah fail tidak boleh digunakan untuk Mencatatkan pengedaran fail 13. Utusan Selamat ialah system yang digunakan un tuk penghantaran dokumen-dokumen terperingkat dengan salah satu cara berikut, kecuali Melalui seorang yang dibenarkan melihat perkara-perkara yang sama peringkatnya dengan dokumen yang hendak dihantar. 14. Tindakan atau sebarang kegiatan yang dilakukan bagi memperolehi perkara terperingkat dengan cara tersembunyi dan menyalahi undang-undang yang bertujuan untuk mengacam keselamatan Negara adalah ditakrifkan sebagai Espionaj 15. Mengikut Peraturan 13 dalam Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1903, seseorang pegawai kerajaan boleh disifatkan sebagai berat dalam keterhutangan yang serius jika agregat hutang dan liabilitinya yang tak bercagar pada bila-bila masa tertentu melebihi

16.

6 kali emolument bulanannya. Cik Mary seorang Penolong Pengarah di Jabatan Perdana Menteri baru saja menerima telegram yang menyatakan bahawa ibunya sedang sakit tenat di kampong. Beliau bercadang untuk balik ke kampong. Sekiranya

cuti rehat telah habis, maka beliau boleh dipertimbangkan untuk mengambil cuti tanpa gaji 17. Encik Qairul adalah seorang pegawai kanan dan berkelayakan menduduki wad kelas satu. Anaknya yang masih belajar dalam tingkatan dua telah dimasukkan ke wad kelas satu Hospital Kuala Lumpur kerana menjalani pembedahan apendik. Dalam keadaan ini, Encik Qairul Dikenakan bayaran wad kelas satu mengikut kadar tertentu di mana anaknya ditempatkan. 18. Mana-mana bekas pegawai kerajaan yang telah berhenti dari perkhidmatan kerajaan tidak boleh diambil balik berkhidmat dalam apa jua jawatan melainkan dengan kebenaran khas. Suruhanjaya yang berkenaan 19. Matlamat terakhir Wawasan 2020 ialah pembentukan sebuah Negara Malaysia yang maju menjelang tahun 2020. Ini bermaksud Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan Negara ala Malaysia yang maju dengan caranyaa tersendiri. 20. Rukun Negara adalah mendukung cita-cita berikut: dibentuk untuk mengajak rakyat

Membina sebuah masyarakat yang progresif Memelihara cara hidup yang demokratik Mewujudkan sebuah masyarakat yang adil dan saksama Mencapai perpaduan yang lebih erat 21. Objektif utama Dasar Pertanian Negara ialah

Memaksimumkan pendapatan melalui pengembelingan sumber-sumber secara cekap dan berkesan. 22. Gerakan Budaya Kerja Cemerlang yang dilancarkan pada tahun 1989 adalah bertujuan untuk memupuk satu budaya kerja yang berorientasikan kualiti dalam Perkhidmatan Awam. 23. Konsep akauntabiliti dalam menghayati Nilai dan Etika Murni dalam Perkhidmatan Awam bermaksdu

Anggota-anggota organisasi hendaklah bertanggungjawab kepada dirinya dalam melaksanakan tugas-tugas yang diserahkan serta memastikan ia menepati matlamat dan objektif tugas-tugas tersebut. 24. Kementerian Pengangkutan telah terlebih belanja sesuatu pecahan kepala bagi peruntukan tahunannya. Sementara menunggu penyelesaian masalah ini, Ketua Setiausaha Perbendaharaan boleh membenarkan lampauan tersebut dipertanggungkan kepada Akaun Kumpulanwang Disatukan 25. Jabatan Perdana Menteri telah memesan dan menerima alat kelengkapan pejabat pada pertengahan bulan Disember 1996. Walaubagaimanapun, pembekal mengemukakan bil tuntutan hanya pada bulan Febuari 1997. Bagi membolehkan bil tersebut dibayar, kebenaran hendaklah diperolehi daripada Ketua Setiausaha Perbendaharaan 26. Sesuatu resit rasmi yang dikeluarkan bagi mengaku terima wang awam yang dibayar kepada jabatan kerajaan hendaklah dituliskan amaunnya dan ditandatangani. Mengikut peraturan kewangan, resit itu hendaklah Ditulis oleh pegawai yang menerima wang dan ditandatangani oleh pegawai yang lain. 27. Encik Sam seorang Pegawai Daerah di Daerah Sepang, Selangor telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Daerah. Sebagai Pengerusi jawatankuasa tersebut,beliau sering menerima wang daripada orang ramai untuk tujuan derma bagi aktiviti jawatankuasa tersebut. Wang ini hendaklah Disimpan dalam akaun bank atas nama jawatankuasa 28. Tindakan-tindakan berikut perlu diambil oleh seseorang pemungut apabila memasukkan pungutan ke dalam bank kecuali Jika masukan itu mempunyai cek, butir-butirnya tidak perlu ditunjukkan pada kaunterfoil slip berkenaan. 29. Satu daripada cara pembelian di bawah ini biasanya berkaitan dengan pembelian kecemasan. Cara pembelian tersebut ialah Pembelian terus 30. Kawalan ke atas perbelanjaan wang awam boleh dilaksanakan di peringkat-peringkat berikut kecuali:

Perbendaharaan 31. Apabila kerajaan mengurangkan kadar cukai pendapatan syarikat sebanyak dua mata peratusan kepada 30 %, kerajaan telah menggunakan belanjawan sebagai Alat dasar fiscal 32. Salah satu daripada yang di bawah ini adalah merupakan hasil bukan cukai Lese,bayaran pendaftaran dan permit. 33. Ciri-ciri objektif kualiti yang baik di dalam Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) ialah Spesifik,boleh diukur,boleh dicapai,realistic dan mempunyai tempoh tertentu. 34. Urusetia mesyuarat hendaklah menentukan bahawa kertas kerja yang disediakan oleh Kementerian/Jabatan/Agensi untuk dibentangkan di dalam sesuatu mesyuarat diterima oleh urusetia dalam tempoh sekurang-kurangnya 15 hari sebelum tarikh mesyuarat 35. Jawatankuasa pemandu kualiti dan produktiviti merupakan struktur pengurusan kualiti dan produktiviti yang tertinggi di peringkat jabatan. Ia berfungsi untuk Memberi bimbingan dan latihan kepada kakitangan Menyelaras dan mengesan usaha peningkatan kualiti Membantu dalam menyelesaikan masalah Mengawal pelaksanaan usaha-usaha peningkatan kualiti 36. Konsep yang menjelaskan perhubungan di antara output yang dihasilkan oleh sesebuah organisasi dengan input yang digunakan adalah dikenali sebagai Produktiviti 37. Sistem cadangan Q perlu diwujudkan oleh Agensi-agensi kerajaan untuk Memupuk daya kreativiti dan inovasi di kalangan kakitangan dalam aspek peningkatan kualiti

38. Pada realitinya sesebuah jabatan tidak terlepas daripada menghadapi kemungkinan kegagalan dalam memberikan perkhidmatan mengikut standard yang ditetapkan. Oleh itu, jabatan yang terlibat boleh melaksanakan tindakan berikut bagi mengekalkan kepuasan hati pelanggan Melaksanakan system pemulihan perkhidmatan 39. Komunikasi merupakan satu proses pertukaran maklumat di antara dua atau lebih manusia. Prinsip-prinsip komunikasi adalah seperti berikut kecuali ketelusan 40. Semangat berpasukan di kalangan kakitangan sesebuah jabatan dikatakan boleh menyumbang kea rah proses peningkatan kualiti yang berterusan. Dalam sesebuah jabatan, semangat ini boleh dipraktikkan melalui Penyertaan menyeluruh kakitangan dalam program peningkatan kualiti.

You might also like