Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Sistem Bunyi Bahasa Melayu

Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk


menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan,
seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam
tentangnya.

Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan
fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran
atau sifatnya. Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu
bahasa.

ALAT PERTUTURAN DAN FUNGSINYA

1. Bibir atas 11. Tengah lidah


2. Bibir bawah 12. Belakang lidah
3. Gigi atas 13. Akar lidah
4. Gigi bawah 14. Epiglotis
5. Gusi 15. Pita suara
6. Lelangit keras 16. Rongga tekak
7. Lelangit lembut 17. Rongga Hidung
8. Anak tekak 18. Rongga mulut
9. Hujung lidah 19. Rahang
10. Hadapan lidah 20. Tenggorok

FUNGSI ALAT PERTUTURAN

Lidah

Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran
bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah,
tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah. Pembahagian ini
membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi.
Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam
pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang.
Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-
mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.

Gigi

Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya


tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai
penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah
yang menghasilkan bunyi.

Bibir

Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir
terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan
berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi
sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat
sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.

Gusi

Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian
dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan
bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

Lelangit

Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan
lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga
ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian
hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka
saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut
akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila
diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui
rongga hidung.

Rongga Hidung

Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung
boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak
dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

Pita Suara

Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam
penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas
dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis
berkenaan.

JENIS-JENIS BUNYI

Bunyi Vokal

Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak
mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh
lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir.
Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut:

PENGHASILAN BUNYI VOKAL

Vokal Depan Sempit (i)

Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah dinaikkan hingga hampir
menyentuh lelangit keras, sementara hujung lidah didekatkan pada gusi.

Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru
melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan
atau himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran. Bibir berada
dalam keadaan terhampat.

Contoh: bilik, titik, ipar, jari, cari

Vokal Depan Separuh Sempit (e)

Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah dinaikkan, tetapi tidaklah setinggi
membunyikan vokal (i).

Contoh: kole, tauge, bendi, elok

Vokal Depan Separuh Luas

Untuk mengeluarkan vokal ini depan lidah diturunkan sepertiga dari


kedudukan untuk mengeluarkan vokal ( e ). Kedudukan alat pertuturan adalah
sama seperti semasa mengeluarkan bunyi vokal (i) dan (e).

Contoh: tauke, gelek, gesek, gerek


Vokal Depan Luas ( a)

Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah diturunkan serendah-


rendahnya. Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan
menutup rongga hidung. Kedudukan alat pertuturan lain adalah sama seperti
menghasilkan vokal (i), dan (e).

Contoh: anak, pandai, landai, anting, siapa, takat

Vokal Belakang Sempit (u)

Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin ke atas,


tetapi tidak menutup ruang aliran udara. Bentuk bibir dibundarkan.

Contoh: ubat, ulat, undang, udang, ulang

Vokal Separuh Sempit ( o )

Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang


paling tinggi dan tempat yang paling rendah. Keadaan bibir pula dibundarkan.

Contoh: obor, solo, polo, toko, orang

Vokal Belakang Separuh Luas

Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan separuh


sempit dan bentuk bibir turut dibundarkan. Vokal ini tidak terdapat dalam bahasa
Melayu.

Vokal Tengah

Dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di lantai rongga mulut.


Bahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan
sederhana luasnya.

Contoh: enam, empat, kenduri, gerai

You might also like