Hasil Kajian - Perkembangan (Sumber Kewangan)

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PERKEMBANGAN

Sumber Kewangan

4. Perkembangan

(a) Sumber Kewangan Berikut merupakan 6 teras pengurusan kewangan di Daerah Sepang.

6 TERAS PENGURUSAN KEWANGAN


i. Memperkukuhkan Program Back to Basic

Memastikan program penyelenggaraan seperti pengurusan sisa pepejal, landskap, jalan majlis, lampu jalan, longkang dan kemudahan awam dilaksanakan sepanjang masa. ii. Mempelbagaikan Punca Pendapatan Majlis

Memperluaskan punca hasil melalui aktiviti baru seperti program pemutihan kilang tanpa kebenaran dan bangunan, bayaran tempat letak kenderaan, pengenaan cukai taksiran ke atas papan iklan dan menara telekomunikasi serta projek penswastaan. Selain itu, meningkatkan hasil bukan cukai seperti sewaan, lesen, penguatkuasaan dan bayaran proses perkhidmatan. iii. Mempergiatkan Pembangunan Modal Insan

Menambahkan program latihan dan kursus bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pegawai pelbagai peringkat ke arah memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah terbaik dan efisien. iv. Meningkatkan Sistem Penyampaian

Memperbaiki sistem penyampaian aktiviti majlis melalui teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang lebih meluas, memendekkan tempoh kelulusan pembangunan, perkhidmatan kaunter yang mesra serta cekap dan memperkemaskan sistem pengurusan aduan. v. Mempergiatkan Program Mesra Rakyat

Mempertingkatkan pelaksanaan program mesra rakyat sejajar dengan Local Agenda 21, Bandar Selamat, Inventori Masalah Rakyat (IMR), kemiskinan bandar, hebahan maklumat dan sesi bersama penduduk. vi. Menambah Program-program Keceriaan

Melaksanakan program keceriaan dan pengindahan kawasan yang meliputi landskap, lampu hiasan, pencahayaan taman, menambahbaik papan tanda tunjuk arah dan sebagainya.

You might also like