Minit Mesyuarat Unit Ict Kali Pertama Tahun 2012

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT UNIT ICT KALI PERTAMA TAHUN 2012

TARIKH : 07 FEBRUARI 2012 MASA : 12:30 P.M TEMPAT : MAKMAL ICT KEHADIRAN: SEMUA GURU

AGENDA: 1. Kata-kata aluan 1.1. Penyelaras unit ICT mengucapkan selamat datang kepada semua AJK yang hadir ke mesyuarat unit ICT buat kali pertama tahun 2012

Tindakan: makluman 2. Ucapan Guru Besar


2.1.Tb Hj Parudi mengucapkan tahniah kepada semua AJK kerana dapat menjalankan

tugas dengan cemerlang dan makmal ICT dalam keadaan ceria dan bersih sepanjang tahun 2012. 2.2.Beliau menjelaskan unit ICT amatlah penting bagi sesebuah sekolah kerana di zaman cyber ini semuanya memerlukan saluran maklumat yang pantas. Tindakan: makluman 3. Kandungan Mesyuarat 3.1. Penyelaras memperkenalkan organisi unit ICT bagi tahun 2012. 3.2. Pengagihan jawatankuasa kerja unit ICT tahun 2012 Tindakan: semua AJK
3.3.Penyelaras menjelaskan bahawa Guru-guru yang ingin menggunakan makmal ICT

bolehlah beritahu awal ataupun mendapatkan kunci daripada penyelaras. Tindakan: penyelaras
3.4. Status terkini komputer yang terdapat di makmal ICT

3.4.1. 10 buah komputer dapat berfungsi dengan baik 3.4.2. 10 buah komputer menpunyai sambungan internet- 2 buah komputer rosak dan telah di buat laporan menggunakan system STS.

3.4.3. Komputer guru berfungsi dengan baik 3.4.4. Projektor tidak boleh digunakan- Digantikan sementara dengan projector kelas. 3.4.5. Printer laser jet masih boleh berfungi tetapi dakwatnya kabur-membeli printer baru sementara. 3.5. Pertukaran rangkaian internet dari schoolnet kepada TM net broadband-Rangkaian internet 1Bestarinet akan dipasang pada pertengahan tahun ini. 3.5.2. Rangkaian internat schoolnet telah tamat kontrak pada disember 2010 dan akan diganti dengan TM net broadband. Kos rangkaian schoolnet ialah RM1000.00 sebulan manakala TM net broadband ialah RM600.00 sebulan. 3.5.3. Perkhidmatan internat masih boleh digunakan tetapi tanpa tapisan daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Tindakan: makluman 3.6. Bridged Siber telah dilantik secara rasmi pada 24/01/2012 iaitu terdiri daripada 6 murid lelaki dan 7 murid perempuan. Tindakan: makluman 3.7. Jadual waktu penggunaan makmal ICT 3.7.1. Jadual waktu penggunaan makmal ICT telah ditetapkan. Dan guru boleh menggunakan makmal komputer menggunakann jadual yang ditetapkan. Tindakan: penyelaras 3.8. ICTL tahun satu telah dimansuhkan dan akan diganti dengan matapelajaran sains dan TMK. Manakala ICTL tahun 2 hingga 6 masih berjalan seperti biasa. Tindakan: semua AJK 3.10. Laman sesawang SKMC 3.10.1. Laman sesawang telah dibangunkan oleh Penyelaras bestari Cik Syamsina pada tahun 2006 lagi. 3.10.2. Alamat laman sesawang SKRP http://skmentakab.blogspot.com 2.10.3 Laman sesawang ini akan di kemaskini setiap minggu. 2.10.4 Memohon kerjasama semua guru dan unit panitia membekalkan maklumat untuk dimuatkan di laman sesawang ini. . Tindakan: makluman 3.12. Penggunaan makmal ICT 3.12.1. Penyelaras berharap pada tahun 2012 lebih ramai guru-guru menggunakan makmal ICT dan menulis rekod penggunaan. Tindakan: semua AJK 4. Hal-hal lain 4.1. Masalah kamera

4.1.1. Kamera unit ICT tidak dapat berfungsi kerana pengecas bateri rosak dan telah

digantikan dengan sebuah kamera baru yang dibeli hasil daripada penjualan gambar aktiviti sekolah. 4.2.Penyelaras meminta kerjasama semua AJK untuk membuat gotong-royong menceriakan makmal ICT.
4.3.AJK memberi cadangan agar pihak sekolah dapat menyediakan perkhidmatan

internetdipejabat sekolah bagi memudahkan urusan kerja harian pejabat. Tindakan: semua AJK 5. Ucapan penangguhan 5.1.Berharap semua AJK unit ICT dapat memberi kerjasama dan komitmen yang penuh sepanjang tahun 2012 agar semua perancangan dapat berjalan dengan baik 5.2. Mesyuarat ditangguh pada 1:30 p.m.

Disediakan oleh

....... (SYAMSINA BT ABD RAZAK) Penyelaras Unit ICT SK Mentakab (Chatin)

You might also like