Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

KUIZ # 1 Pengenalan Kepada Teknologi Komputer Berdasarkan kepada iklan komputer di Lampiran 1, anda dikehendaki untuk meneliti iklan

komputer tersebut sebelum menjawab soalan di bawah. 1) Jika anda ingin membeli komputer, manakah yang anda akan pilih? Jika saya ingin membeli komputer, komputer yang ingin saya pilih ialah Apple MacBook Pro 17 inch: 2.4 GHz.

2) Berikan tiga sebab untuk jawapan di atas. Tiga sebab untuk jawapan di atas ialah:i. Kelajuan frekuansi pemprosesannya ialah 2.4GHz quad-core lebih laju daripada Apple MacBook Pro yang lain. ii. GB ialah kapasiti iaitu saiz ingatan capaian secara rawak ialah 750 GB 5400rpm1 adalah lebih besar saiz kapasitinya daripada komputer MacBook Pro yang lain. iii. AMD Radeon HD 6770M with 1 GB GDDR5 adalah lebih besar saiz kapasiti iaitu saiz ingatan capaian secara rawaknya berbanding daripada komputer MacBook Pro yang lain. iv. Model Intel Core i7 nya adalah lebih canggih daripada komputer MacBook Pro yang lain.

3) Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan maklumat berikut:i. 2.4GHz quad-core Intel Core i7 2.4GHz quad-core Intel Core i7 ialah 2.4Ghz adalah kelajuan frekuensi pemprosesan. quad-core adalah teras pemprosesan ada empat. Intel Core i7 adalah model.

ii.

Genuine Windows 7 Ultimate Genuine Windows 7 Ultimate adalah sistem operasi Window yang terkini.

iii.

2GB DDR-2 SDRAM 2GB DDR-2 SDRAM adalah double data rate synchronous dynamic randomaccess memory manakala 2 GB adalah kapasiti iaitu saiz ingatan capaian secara rawak.

iv.

500GB 5400-rpm1 500GB 5400-rpm1 adalah GB adalah kapasiti iaitu saiz ingatan capaian secara rawak dan rpm dikenali sebagai Red Hat Package Manager adalah sebuah sistem pengurusan pakej.

4) Selain daripada Intel, apakah jenama lain bagi CPU yang anda boleh dapati di pasaran. Nyatakan 2 contoh lagi. Selain daripada Intel, 2 contoh lagi jenama lain yang boleh dapati di pasaran ialah Intel, Pentium, Cyrix dan AMD Duron.

5) Apakah perisian sistem yang digunakan oleh ketiga-tiga komputer tersebut? Perisian sistem yang digunakan oleh ketiga-tiga komputer tersebut ialah perisian system pengoperasian (operating system software), perisian aplikasi (application software) dan perisian utility (utility software).

6) Apakah sistem perisian yang boleh di dapati secara percuma? Sistem perisian yang boleh didapati secara percuma ialah perisian aplikasi. Contoh perisian aplikasi ialah pemprosesan perkataan seperti Microsoft Word, hamparan elektronik, pangkalan data, carta dan rajah, persembahan elektronik, grafik dan sebagainya

Microsoft Word 1) Apakah yang dimaksudkan dengan mail merge? Mail merge ialah kemudahan yang terbaik untuk membuat surat, yang sama isi kandungannya dan boleh menghantar surat kepada 50 individu yang mempunyai alamat yang berbeza.

2) Terangkan langkah-langkah untuk melakukan mail merge Langkah-langkah untuk melakukan mail merge ialah:(i) Bina satu fail baru dengan arahan File>New di bar menu. Taipkan satu surat di dalam dokumen itu seperti yang terdapat di dalam Rajah 2.37.

Rajah 2.37 Menulis Surat

Akhmal Farris Bin Mohamed No. 357 Jln Teratai Merah 1/1 40450 Shah Alam Selangor 31 Disember 2002

Tuan, PERMOHONAN KERJA SEBAGAI FINANCIAL ANALYTS EXECUTIVE Merujuk perkara di atas, seperti yang diiklankan dalam Berita Harian bertarikh 29 Disember 2002,saya mengambil kesempatan ini untuk memohon jawatan yang sesuai dengan kelayakan sama ada daripada segi akademik dan pengalaman kerja. Berikut adalah CV saya dan berharap semoga permohanan ini akan mendapat pertimbangan yangsewajarnya dari pihak tuan, saya sudahi dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. . (Akhmal Farris Mohamed)

(ii) Pastikan ada ruangan kosong antara tarikh dan juga perkataan tuan yang akan diisikan dengan alamat penerima.

(iii) Simpan dokumen ini dengan arahan File>Save As dengan nama yang sesuai contohnya Surat Kerja 1.

(iv) Seterusnya gunakan arahan Tools>Letters and Mailings>Mail Merge Wizard di bar menu. Anda akan dipaparkan dengan tetingkap Mail Merge.

(v) Aktifkan pilihan Letters kerana anda ingin membina surat di dalam langkah kerja ini seperti Rajah 2.38 ini.

Rajah 2.38 Pilihan Letter

(vi) Kemudian klik pada arahan Next: Starting Document (berwarna biru) yang berada di bawah tetingkap Mail

Merge dan anda akan di bawa ke tetingkap Mail Merge yang seterusnya.

(vii) Di dalam tetingkap Rajah 2.39 ini, aktifkan Use the current document, kerana anda sedang menggunakan dokumen Surat 1.Rajah 2.39Use the Current Document

(viii) Klik pada arahan Next: Select recipients untuk menetapkan senarai penerima surat yang anda bina.

(ix) Klik arahan Type a new list seperti Rajah 2.40 dan seterusnya klik pada arahan Create untuk membina senarai alamat penerima surat yang dibina.

Rajah 2.40 Type a New List

(x) Apabila tetingkap New Address List dipaparkan seperti di dalam Rajah 2.41, taipkan maklumat penerima pertama yang akan menerima surat anda. Rajah 2.41New Address List

(xi) Klik butang New Entry untuk memasukkan maklumat penerima yang seterusnya. Apabila selesai, klik butang Close dan tetingkap Save akan muncul seperti di Rajah 2.42. Namakan senarai nama penerima surat ini dengan nama Penerima Surat 2.

Rajah 2.42 Save Address List

(xii) Setelah menamakan fail itu, klik butang Save dan anda akan dipaparkan dengan tetingkap Mail Merge Recipients seperti di Rajah 2.43 berserta senarai penerima surat yang

dibina. Klik butang OK sekiranya tiada proses pengubahsuaian ingin dilakukan.

Rajah 2.43 Mail Merge Recipient

(xiii) Seterusnya, klik arahan Next: Write your letter seperti Rajah 2.44 untuk bergerak ke tetingkap Mail Merge seterusnya. Rajah 2.44Next: Write Your Letter

(xiv) Tetapkan dahulu kedudukan alamat penerima surat dengan cara klik tetikus pada ruangan kosong di antara tarikh dan perkataan tuan di dalam dokumen Surat Kerja 1.

(xv) Klik pada pilihan arahan Address Block dan anda akan dipaparkan dengan tetingkap Insert Address Block seperti Rajah 2.45 yang berperanan untuk membentuk penulisan alamat yang diinginkan dalam surat kelak.

Rajah 2. 45Address Block

(xvi) Bentuk alamat yang dikehendaki akan terpapar pada ruangan kosong yang telah anda letakkan kursor tadi seperti di Rajah 2.46. Kemudian klik OK. Rajah 2.46Insert Address Block (xvii) Perkataan Address Block berlatar belakang kelabu akan muncul pada ruangan kosong antara tarikh dan perkataan tuan seperti di Rajah 2.47 ini. Rajah 2.47 Address Block

(xviii) Arahan seterusnya ialah anda mesti klik Next: Preview Your Letter dan surat yang anda taip akan diisikan dengan alamat penerima. Lihat surat yang lengkap seperti di Rajah 2.48 ini.

Rajah 2.48 Preview Your Letter

Akhmal Farris Bin Mohamed No. 357 Jln Teratai Merah 1/1 40450 Shah Alam Selangor 31 Disember 2002 Mr. Yamota Okadamisthu SONY VIDEO CORP. Free Trade Area Zone 3A Bayan Lepas Industrial Area Bayan Lepas, Penang 09000

Tuan, PERMOHONAN KERJA SEBAGAI FINANCIAL ANALYTS EXECUTIVE Merujuk perkara di atas, seperti yang diiklankan dalam Berita Harian bertarikh 29 Disember 2002, saya mengambil kesempatan ini untuk memohon jawatan yang sesuai dengan kelayakan sama ada dari segi akademik dan pengalaman kerja. Berikut adalah CV saya dan berharap semoga permohanan ini akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan, saya sudahi dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. . (Akhmal Farris Mohamed)

(xix) Bagi mendapatkan penerima kedua, anda hendaklah klik pada butang >> seperti Rajah 2.49 di bawah ini.

(xx) Langkah seterusnya, anda boleh menamatkan operasi ini dengan mengklik arahan Next: Complete the merge. Kini anda boleh mencetak kesemua surat tersebut.

Rajah 2.49 Preview Your Letters

You might also like