Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

BAB 4 PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Selepas mempelajari bab ini pelajar dapat: 1. Menjelaskan konsep pembangunan politik 2. Menghuraikan proses pembangunan politik di Malaysia 3. Menghuraikan kemunculan politik berparti di Malaysia 4. Menganalisis bagaimana bagaimana politik mampu memupuk hubungan etnik yang harmonis

4.1 PENGENALAN Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai penduduk berbilang etnik yang diwarisi dari zaman penjajahan. Oleh itu perpaduan dan hubungan antara etnik merupakan agenda penting negara, ini adalah bagi memastikan kestabilan politik sentiasa terjamin. Persoalannya sejauhmanakah masyarakat Malaysia kini prihatin terhadap semangat perpaduan dan menjiwai konsep bangsa Malaysia yang dilaungkan oleh pemerintah.

4.2 KONSEP PEMBANGUNAN POLITIK Matlamat pembangunan politik adalah untuk membina negara bangsa. iaitu bangsa Malaysia yang yang bersatupadu dan hidup dalam suasana aman damai. Kaedah pembinaan negara bangsa (Kaedah top down): Penghayatan ideologi negara i.e Rukun Negara (lihat di bawah). Penerapan dasar-dasar awam yang ditentukan oleh kerajaan Pemupukan semangat nasionlisme melalui lambang dan ritual negara

Pembangunan politik juga melibatkan perubahan dalam aspek struktural dan budaya sehingga membawa kepada perubahan sistem politik masyarakat. Ianya melibatkan tiga proses utama, iaitu: i. Perbezaan struktural politik: iaitu perubahan dari konsep feudal kepada struktur pembahagian kuasa kepada kehakiman, eksekutif dan perundangan. Sekularisasi budaya politik: Perubahan daripada budaya politik feudal yang tidak memisahkan antara agama dengan negara kepada pemisahan antara kedua-duanya. Penyertaan politik oleh rakyat: kuasa rakayat dalam menentukan hala tuju politik.

ii.

iii.

Pembangunan politik oleh demokrasi) sekiranya wujud : Parti-parti politik

diukur

dan

dianggap

tercapai

(wujud

Majlis perwakilan rakyat atau parlimen Perlembagaan negara pilihan raya 4.3 PELAKSANAAN PEMBANGUNAN POLITIK DI MALAYSIA Dalam usaha membina negara bangsa, Malaysia hadapi pelbagai cabaran, antaranya migrasi, penjajahan, wilayah yang berbeza, etnik yang berbeza dan kerajaan yang berbeza. Walaubagaimana pun, Malaysia komited untuk membina sebuah negara bangsa yang aman lagi makmur. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, beberapa kaedah digunakan, antaranya: i. ii. Program penghayatan ideologi negara i. e Rukun Negara Penerapan dasar-dasar awam i. e DEB, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Pendidikan Kebangsaan (lihat bab 5).

Draf Rukun Negara telah dibincangkan dan diluluskan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dan diisytiharkan pada Ogos 1970. Ia adalah bagi mewujudkan interaksi antara etnik di Malaysia, ekoran dari peristiwa 13 Mei 1969, di mana berlaku perselisihan antara etnik Melayu dengan etnik Cina yang berpunca dari ketidakpuasan hati mengenai kedudukan sosio-ekonomi antara etnik Melayu dengan bukan Melayu.

RUKUN NEGARA Matlamat Rukun Negara adalah: Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat. Memelihara satu cara hidup demokratik. Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak Membina satu masyarakat yang progresif yang menggunakan sains dan teknologi moden.

Bagi mencapai matlamat tersebut, maka dirangka 5 prinsip Rukun Negara: Kepercayaan kepada Tuhan

Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan dan kesusilaan.

4.4 KEMAJMUKAN ETNIK DALAM SISTEM POLITIK DI MALAYSIA Malaysia sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk dengan jumlah penduduk seramai hampir 26.6j (2006) orang yang terdiri dari etnik Melayu

(55%), Cina (25%), India (7%) dan etnik Sabah dan Sarawak. Kemajmukan sistem politik Malaysia dapat dilihat dari sudut: i. Demografi dan komposisi penduduk di Malaysia: Secara keseluruhannya etnik Melayu merupakan etnik majoriti di Malaysia Komposisi etnik antara negeri adalah tidak seimbang di mana Kelantan 90% daripada rakyatnya adalah orang Melayu, manakala P.Pinang mempunyai komposisi penduduk yang agak seimbang antara Melayu dan bukan Melayu. Di Sarawak dan Sabah majoriti penduduknya adalah etnik peribumi Sabah dan Sarawak, orang Melayu dan Cina merupakan penduduk minoriti.

ii.

Data pilihanraya, antaranya dapat di simpulkan: i. Di semenanjung dominasi etnik Melayu dalam pilihanraya adalah jelas, di mana Melayu menguasai 125 kerusi parlimen 2004 Di Sabah dan Sarawak 31 kerusi dimenangi oleh etnik peribumi. Ini menjadikan kurusi Melayu dan bumiputera 156 kerusi (71.2%). Cina semenanjung mempunyai 23 kerusi parlimen (10.5%) Cina Sabah dan sarawak memenangi 7 kerusi. Ini menjadikan kerusi etnik Cina keseluruhannya 30 kerusi (13.7%). Tiada satu kerusi parlimen pun majoriti pengundi India. Daripada 219 kerusi parlimen 33 kerusi (15.1%) adalah kerusi plural. Ini bermakna dalam kawasan parlimen tersebut tiada satu pun etnik yang mewakili etnik majoriti pengundi di kawasan berkenaan. Formula agihan kerusi parlimen berdasarkan komposisi penduduk satu-satu kawasan telah berjaya meneruskan konsep kerjasama politik

ii.

iii. iv.

v. vi.

vii.

dan konsep perkongsian kuasa yang diamalkan oleh Barisan Nasional. 4.5 KERJASAMA POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK British telah berjaya mengubah struktural politik Tanah Melayu daripada politik tradisional kepada sistem politik moden iaitu dengan memperkenalkan sistem pembahagian kuasa. Sistem politik moden telah melahirkan pelbagai parti politik. Di Malaysia, ianya adalah bersifat keetnikan. Namun ia tidak menghalang wujudnya kerjasama antara parti politik. Usaha untuk mengadakan kerjasama politik yang berteraskan etnik ini telah dimulakan dengan pembentukan Perikatan UMNO-MCA pada tahun 1952. Perikatan telah menyertai Pilihanraya Perbandaran Pulau Pinang dan Pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur. Mereka memenangi 9 daripada 12 kerusi Pilihan raya Perbandaran Kuala Lumpur yang di adakan pada Februari 1952. Kerjasama tersebut diperkukuhkan lagi dengan penyertaan MIC pada tahun 1954 dan seterusnya membentuk parti Perikatan. Perikatan dan telah berjaya menawan 51 daripada 52 kerusi dalam pilihanraya 1955. Percubaan untuk menghindarkan parti berbentuk etnik dan menubuhkan parti multi etnik telah dilakukan oleh Dato Onn Jaafar dgn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) tetapi ditolak oleh parti-parti politik di Malaya ketika itu. Pada 1972, Perikatan telah ditukar nama kepada Barisan Nasional bagi membolehkan lebih banyak parti politik menyertai kerjasama tersebut. Penubuhan BN disambut baik oleh rakyat negara ini. Ini dibuktikan dengan penguasaannya terhadap kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri di kebanyakan negeri dan kemampuannya memerintah Malaysia sehingga kini.

4.6 ASAS-ASAS PENTING POLITIK DIMALAYSIA Kontrak sosial.

KS adalah persetujuan yang dicapai di antara Melayu, Cina, India semasa mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu.

Diantara perkara penting dalam KS ialah :

Kedudukan, kedaulatan dan kemuliaan Rajaraja Melayu tidakboleh dipersoal. Hak istimewa orang Melayu tidak boleh dipersoal. Hak kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli. Islam sebagai agama persekutuan. Bahasa Melayu sebagai bahasa persekutuan.

Perjanjian Malaysia 1967 Perjanjian yang dicapai bagi penubuhan Persekutuan Malaysia dengan kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura. Ia tidak mengubah kedudukan Kontrak Sosial sebelum ini Sabah memohon untuk menyertai Malysia dengan mengenakan beberapa syarat: Tiada agama diiktiraf sebagai agama rasmi Bersetuju Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tetapi memohon Bahasa Inggeris digunakan tanpa had masa Imigresen adalah kuasa pusat, tetapi soal masuk keluar negeri tersebut dikawal oleh Sabah Kewangan : Sabah wajar mengawal kewangannya sendiri Bumiputera Sabah mendapat hak keistimewaan seperti orang Melayu

Perkongsian kuasa

Perkongsian kuasa di bidang politik di Malaysia bermula pada tahun 1950an dengan penubuhan parti Perikatan (kemudiannya BN),di mana pemimpin ketiga-tiga etnik terbesar (Melayu, Cina dan India) sedar bahawa kunci keamanan adalah bertitik tolak dari pemuafakatan etnik di bidang politik

Konsep perkongsian kuasa ini memberi peluang kepada semua etnik, sama ada kecil atau besar, terlibat dalam pentadbiran negara. Kerajaan Demokratik

Antara asas penting dalam politik di Malaysia ialah kerajaan yang demokratik, di mana Malaysia telah mengamalkan sistem politik demokrasi berparlimen sejak merdeka 1957. Menerusi sistem ini setiap etnik berpeluang menyatakan hasrat, cadangan dan juga bangkangan terhadap kerajaan dan juga dasar-dasarnya, selagi ia tidak menyentuh sensitiviti etnik dan merosakkan keamanan negara.

4.7 HUBUNGAN ETNIK SELEPAS MERDEKA

Secara umumnya Malaysia telah berjaya memupuk perpaduan dan integrasi etnik di kalangan rakyatnya. Bahkan Malaysia dijadikan contoh sebuah negara berbilang etnik yang dapat hidup aman harmoni. Namun hubungan etnik dalam sosial adalah kurang mantap, hanya wujud secara luaran sahaja. Buktinya:

1980an kerajaan menggunakan ISA untuk menahan individu yang mengapi-apikan perkauman Peristiwa Kampung Medan 2000, pertelingkahan antara Melayu dengan India

Bagi merealisasikan hubungan etnik yang sebenarnya kerajaan telah mengambil langkah mewujud dasar-dasar yang dirangka kerajaan i.e DEB, Wawasan 2020 dan sebagainya. Dasar-dasar tersebut menyediakan peluang kepada semua etnik untuk berada dalam ruang fizikal dan bukan fizikal yang sama. Ia juga banyak mempertemukan perbincangan antara etnik demi pembentukan negara bangsa Malaysia yang maju i.e dalam ekonomi, pendidikan, politik dan sebagainya.

You might also like