Professional Documents
Culture Documents
Salman Al Farisi
Salman Al Farisi
W " Apabila iman itu tergantung di bintang Suraya, nescaya ia akan dicapai oleh lelaki berbangsa Parsi." Sebagai seorang sahabat akrab, Salman merupakan seorang tokoh yang paling menonjol serta sangat disayangi oleh Rasulullah s.a.w disebabkan kerana keberanian, keikhlasan serta sifat zuhudnya terhadap kesenangan dunia. Salman Al Farisi juga terkenal sebagai seorang mukmin yang kuat beribadat, bersifat rendah diri dan tidak tertarik pada kemewahan dan kesenangan.
Salman Al-Farisi
Kehidupannya
Salman Al-Farisi berasal dari Parsi. Pada mulanya beliau beragama Majusi yang kemudian memeluk agama Nasrani . Beliau telah pergi ke negeri Syam dan kemudian ke Yathrib (Madinah) untuk mencari kebenaran. Ketika mula masuk Islam, Salman menjadi hamba. Kemudiannya Rasulullah s.a.w telah menganjurkan sahabat agar membebaskannya . Beliau terkenal kerana sifat takwa dan zuhudnya. Beliau pernah hidup serumah dengan Abu Darda' yang terkenal sebagai seorang ahli sufi. Salman Al-Farisi juga terkenal sebagai seorang tokoh sahabat yang banyak meriwayatkan Hadith daripada Rasulullah S.A.W. Ini kerana beliau banyak bergaul dengan baginda. Beliau telah hidup di zaman Rasulullah S.A.W sehinggalah ke zaman pemerintahan Khalifah Islam yang ketiga iaitu Saidina Uthman bin Affan.