Hakisan Tanah

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

HAKISAN TANAH

Hakisan ialah proses pemecahan ketulan-ketulan tanah dipermukaan bumi dan pemindahannya ke tempat lain oleh air atau angin yang bergerak. Air merupakan agen yang sangat berbahaya berbanding angin. Air bukan ahaja akan melarut dan melarikan zat makanan tetapi juga mengikis dan menghanyutkan butiran tanah yang dipecahkan. Kehilangan permukaan tanah yang subur ini akan menimbulkan masalah dalam pertanian Seperti yang kita ketahui di permukaan bumi terdapat pelbagai jenis tanah. Seperti tanah liat, tanah pasir, tanah organik dan tanah yang dilutupi dengan rumput.Setiap tanah mempunyai strukturnya yang berbeza- beza. Permukaan tanah amat sensitif kepada tindakan air hujan ,kerana air hujan bertindak menghakis permukaan tanah. Setiap tanah diatas mempunyai kadar hakisan yang berbeza, bagi tanah liat dengan penutup yang sempurna bermaksud ia dilutupi dengan rumput kurang mengalami hakisan kerana akar pokok yang mencengkam tanah daripada terhakis. Seperti tanah di kawasan yang berhutan ternyata masih kekal kesuburannya disebabkan oleh kurangnya kejadian hakisan. Lindungan yang diberikan oleh daun-daun pokok sama ada pokok renek atau pokok besar yang dapat mengelakkan tanah daripada ditimpa terus oleh air hujan. Daun yang gugur atau tumbuhan yang mati dapat menambahkan bahan organan di dalam tanah dan memperbaiki lagi teksturnya. Tanah yang gembur dapat menyerap air dan mengurangkan larian permukaan serta hakisan. Manakala tanah organik dan tanah pasir pula masing-masing mempunyai struktur tanah yang mudah terhakis apabila butiran air hujan menghentam tanah ini. Tanah organik mudah larut bersama air kerana tanahnya yang lembut dan ringgan untuk di bawa arus air. Manakala tanah pasir struktur tanahnya pula mudah longgar ini mengalakan proses hakisan berlaku. Air mudah menyusup ke dalam tanah ini akan meninggikan kadar air larian permukaan.Dalam penanam tanaman pemilihan tanah amat penting untuk memastikan pokok dapat hidup subur tanpa ganguan daripada hakisan.

LANGKAH MENGAWAL HAKISAN


(i) Pembukaan Kawasan Kerja-kerja pembukaan tanah melibatkan kerja menebang pokok, memotong kayu, mencabut tunggul, membaris/ melonggok kayu, membakar kayu dan membersihkan kawasan. Semasa menjalankan aktiviti ini beberapa peraturan di bawah hendaklah diikuti:

1. 2. 3.

Bagi kawasan yang luas, kerja pembukaan tanah hendaklah dijadualkan berperingkat-peringkat bagi mengelakkan pendedahan tanah terlalu lama kepada proses hakisan. Pembukaan tanah lebih sesuai dilakukan pada musim kering Penebangan bersih hanya perlu dilakukan bagi tanaman biasa seperti sayur-sayuran, buah-buahan, getah dan kelapa sawit. Sekiranya tidak perlu menebang bersih, seperti untuk sistem tanaman agro-forestry, penebangan

pokok secara selektif adalah digalakkan. Pokok yang ditinggalkan akan membantu melindungi tanah daripada hakisan

4. 5. 6.

Tunggul-tunggul kayu hanya perlu dicabut jika sistem penanaman memerlukan. Bagi tanaman jangka panjang seperti durian, getah dan kelapa sawit, tunggul-tunggul kayu tidak menghalang kerja operaso ladang dan ia dapat membantu menakan hakisan. Pembakaran sisa kayu hanya dilakukan apabila perlu sahaja. Sisa kayu yang dilonggok atau dibaris membantu menahan hakisan Pokok-pokok asal di tepi sungai dan taliair utama hendaklah dibiarkan bagi menahan tebing daripada terhakis (river buffer zone)

(ii) Membina Struktur Pemuliharaan Tanah Struktur-struktur pemuliharaan tanah boleh mengawal hakisan dengan berkesan. Sistem perparitan dan struktur yang dibina dapat menyalirkan air dengan selamat. Kebanyakan struktur dibina dengan menggali tanah dan menggunakan bahan asli yang mudah didapati seperti tanah, batu dan kayu. Struktur-struktur yang disenaraikan di bawah adalah sesuai dibina dalam ladang-ladang pertanian. 1. Parit dan laluan air bagi menyalir air hujan yang berlebihan. Dinding parit hendaklah ditanam dengan rumput. 2. Perangkap kelodak (silt/pits) 3. Pentas untuk tapak pokok/tanaman 4. Teres-teres bagi menyekat larian air 5. Empangan kecil bagi menampan had laju air parit 6. Pembentungan di bawah jalan (culvert) 7. Gabion atau dinding konkrit pada cerun yang sangat curam (iii) Amalan Agronomi Untuk Mengawal Hakisan Banyak amalan agronomi bukan sahaja meningkatkan kesuburan tanah dan menambahkan hasil, tetapi turut juga memulihara tanah daripada ketandusan dan mengawal hakisan. Berikut ialah amalan agronomi yang dapat mengawal hakisan dengan berkesan. 1. Menanam penutup bumi seperti kekacang 2. Membuat sungkupan bagi menutup permukaan tanah 3. Menanam rumput di tebing-tebing 4. Mengamalkan tanaman padat boleh melindungi permukaan tanah 5. Membajak secara minimum supaya tidak banyak tanah yang terhakis 6. Menanam mengikut kontor dapat menahan hakisan

You might also like