Professional Documents
Culture Documents
01 Badminton
01 Badminton
01 Badminton
BADMINTON
SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA Permainan badminton berasal dari India dan diperkenalkan di England oleh askar-askar Inggeris yang bertugas di India. Melalui merekalah, permainan badminton diperkenalkan di Malaysia. Persekutuan Badminton Antarabangsa atau IBF yang bertanggungjawab menguruskan pertandingan badminton di peringkat antarabangsa pula telah ditubuhkan pada tahun 1934. Selaku Presiden IBF yang pertama, Sir George Thomas telah menghadiahkan sebuah piala sempena namanya untuk dijadikan Piala Pusingan. Piala Thomas ini telah dipertandingkan selama 3 tahun sekali dan Kejohanan Badminton Piala Thomas dikenali sebagai satu pertandingan badminton yang paling unggul di dunia, menyamai keunggulan Kejohanan Tenis Wimbledon. Negara kita Malaysia, telah menjuarai Piala Thomas ini beberapa kali. Kali pertama pasukan badminton negara memenangi Piala Thomas ialah pada 1949. Kejayaan ini kemudian disusuli dengan beberapa lagi kejayaan iaitu pada tahun 1952, 1955 dan 1967. Pada tahun 1992 pula, pasukan badminton negara yang ditunjangi oleh Keluarga Sidek, sekali lagi berjaya menjulang Piala Thomas. Antara pemain badminton negara yang terkenal suatu ketika dahulu ialah Punch Gunalan, Ng Boon Bee, Tan Aik Mong, Tan Aik Hwang, Silvia Ng, Misbun Siden, Razif Sidek, Jailani Sidek dan lain-lain. Persatuan Badminton Malaysia atau BAM telah ditubuhkan pada tahun 1912, iaitu di antara persatuan yang terawal ditubuhkan di dunia. Sekarang ini, pasukan negara masih dianggap sebagai pasukan yang disegani sebaris dengan pasukan ternama dunia iaitu Indonesia, China, Korea Selatan dan Denmark.
5.81 m
6.7 m
1.98 m
13.4 m
Reket
3.96 m 0.46 m
0.76 m 6.1 m
Gelanggang Badminton
BAGAIMANA BADMINTON DIMAINKAN Permainan badminton dibahagikan kepada dua jenis iaitu permainan perseorangan dan beregu. Permainan perseorangan dibahagikan kepada dua kategori iaitu perseorangan lelaki dan perseorangan wanita. Permainan beregu pula mempunyai tiga kategori iaitu beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran. Permainan badminton dimainkan dengan cara memukul bulu tangkis supaya sentiasa berada di udara. Para pemain akan berbalas-balas pukulan dan berusaha untuk mengelakkan bulu tangkis jatuh di dalam kawasan gelanggang masing-masing. Matlamat utama permainan ialah untuk mematikan bulu tangkis atau menjatuhkan bulu tangkis di gelanggang lawan. Jika pemain berjaya melakukan demikian, mata akan diperoleh dan servis kembali berjaya dirampas. Begitulah seterusnya permainan berlangsung sehingga mata penamat dicapai. Skor Sistem pengiraan mata atau skor bagi permainan badminton adalah seperti berikut.
2
Keputusan Perlawanan di Atas: Pemain A dikira sebagai pemenang kerana telah memenangi dua daripada tiga pusingan perlawanan.
Catatan: Catatan Mengikut sistem pengiraan markah terbaru oleh IBF, mata atau skor bagi setiap perlawanan dikira sehingga 21 mata, bukan lagi 15 mata.
Perhatikan bagaimana setiap pukulan memerlukan teknik pegangan raket yang betul
Kemudian raket dihayun untuk memintas bulu tangkis yang jatuh cara memegang bulu tangkis di bahagian bulu
Memulakan gerakan
Membalas pukulan
7 Pergerakan Kaki Secara Turutan Kedudukan Semasa Membuat Hantaran Tinggi Bila Bola Berada di Hadapan
10
9 Pergerakan Secara Turutan Bersedia Membalas Hantaran Jaring atau Hantaran Rendah
11
CADANGAN LATIHAN
1 2
12
Pergerakan memukul bulu tangkis ke hadapan Latihan beregu campuran penting untuk mengukur keupayaan mengawal gelanggang
13
Pukulan deras
10
14