George Pólya Lahir Disember 13

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

George Plya lahir Disember 13, 1887 dan meninggal dunia pada September 7, 1985 di dalam Hungary.

Beliau merupakan seorang ahli Matematik berbangsa Hungary. Beliau telah dilahirkan dengan nama Polya Gyorgy di Budapest, Hungary. Beliau merupakan seorang profesor matematik dari tahun 1914 hingga 1940 di ETH Zurich, Switzerland dan dari tahun 1940 hingga 1953 di Stanford University membawa gelaran Professor Emeritus sehingga akhir hayat dan kerjayanya. Beliau telah menjalani kajian pelbagai tajuk matematik termasuklah siri, teori nombor, analisis matematik, geometri, aljabar, kombinatorik dan kebarangkalian. Beliau telah menulis empat buku mengenai tajuk berkenaan: 1) Bagaimana Untuk Menyelesaikannya 2) Penemuan Matematik: Pada Pemahaman, Pembelajaran, dan Pengajaran Terhadap Penyelesaian Masalah; 3) Matematik dan Penaakulan Jilid I: Induksi dan Analogi dalam Matematik 4) Matematik dan Penaakulan Jilid II: Corak Penaakulan. Dalam bukunya bertajuk How to Solve It, Plya memberikan heuristik bagi menyelesaikan semua jenis masalah, tidak hanya tertumpu kepada matematik sahaja. Buku ini termasuklah nasihat bagi mendidik pelajar-pelajar mengenai matematik. . Ia telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa dan telah terjual lebih daripada satu juta naskhah. Dalam tahun 1976 Persatuan Matematik Amerika telah menubuhkan Anugerah George Plya "bagi artikelartikel kecemerlangan ekspositori yang diterbitkan di dalam College Mathematics Journal." Model Polya merupakan model penyelesaian masalah matematik yang dibina oleh George Polya. Georga Polya telah memperkenalkan satu model penyelesaian masalah dalam bukunya How to Solve It yang memberi tumpuan teknik penyelesaiaan masalah yang menarik dan juga prinsip pembelajaran Matematik dapat dipindahkan sebaik mungkin. Model ini membabitkan empat fasa utama iaitu:

i)

Memahami dan mentafsir sesuatu masalah

Pada peringkat ini, murid akan membimbing untuk mengenal pasti kata-kata kunci dan menerangkan masalah. Murid juga hendaklah mengaitkan dengan masalah lain yang serupa dengan melukis gambarajah dan bertanyakan beberapa soalan. Di peringkat ini murid juga membimbing untuk memahami item-item yang terlibat dalam sesuatu soalan dan perkaitan di antara item-item yang dikenalpasti dan item yang hendak dicari atau dijawab. Dalam memahami dan mentafsir masalah yang dikemukakan Polya mengatakan langkah awal dalam penyelesaian masalah ialah murid perlu memahami dahulu masalah yang diberikan. Murid perlu mengenal pasti:

a) Apa yang diberikan, apa dia entiti-entiti, nombor-nombor, bentuk-bentuk perkaitan dan nilai-nilai yang terlibat? b) Apa yang perlu dicari? Di sini guru perlu membantu murid memahami masalah dengan menyoal beberapa soalan yang telah disediakan. Berikut adalah beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan kepada pelajar untuk memahami masalah yang komplek iaitu: Tanya soalan Terangkan masalah dengan perkataan sendiri Kaitkan dengan masalah lain yang hampir sama Fokus pada bahagian yang penting Buat model Lukis rajah

ii)

Merancang / membentuk rancangan penyelesaian

Selepas murid memahami soalan tersebut, guru membimbing murid untuk merancang strategi yang sesuai dengan permasalahan yang diberikan. Terdapat beberapa jenis strategi penyelesaian masalah mengikut Polya. Antaranya ialah membuat simulasi, melukis gambarajah, membuat carta, mengenal pasti pola, cuba jaya, menggunakan analogi dan sebagainya. Dalam langkah ini, penyelesaian pelajar perlu mengenal pasti:

a) Apakah operasi yang terlibat b) Apakah heuristik / algoritma yang diperlukan

Berikut adalah beberapa heuristik / strategi yang perlu dikembangkan kepada pelajar semasa pengajaran pembelajaran penyelesaian masalah matematik iaitu: Teka dan uji / cuba jaya Membina model Menggunakan gambarajah Memudahkan masalah Mencari pola / corak Membina jadual Uji kaji dan simulasi Kerja secara songsang / bekerja ke belakang Menyiasat semua kemungkinan Mengenal pasti subgoal Membuat analogy Menyusun data / maklumat

Pemberian pelbagai bentuk masalah matematik kepada pelajar akan membentuk keyakinan mereka dalam pengendalian masalah-masalah tersebut. Dalam merancang strategi kita perlu juga: a) Pertimbangan beberapa heuristik / strategi / algoritma b) Bandingkan dengan masalah yang hampir sama

iii) Melaksanakan penyelesaian Sebaik saja penyelesaian msalah telah dirancang, murid boleh melaksanakan strateginya untuk menyelesaikan masalah. Dalam hal ini, murid-murid hendaklah menghuraikan langkah-langkah penyelesaiannya secara bersistematik untuk mendapat jawapan yang betul. Untuk melaksanakan strategi penyelesaian, murid perlu dibuat berdasarkan perancangan yang telah dirancang pada awalnya, iaitu: -Terjemahkan maklumat yang diberi itu kepada bentuk matematik -Laksanakan strategi di langkah perancangan dan jalankan semua proses dan pengiraan yang terlibat -Semak setiap langkah strategi yang digunakan

iv) Menyemak semula Akhirnya, murid boleh menyemak semula penyelesaian tersebut untuk menentukan sama ada jawapannya munasabah atau tidak. Di samping itu, murid boleh menyemak jawapan dengan mencari cara yang lain untuk menyelesaikan masalah Matematik yang sama atau menggunakan cara sonsang seperti jawapan yang diperoleh daripada operasi bahagi boleh disemak dengan operasi darab. Semasa menyemak semula, beberapa perkara perlu diberi perhatian supaya cara penyelesaiaan masalah yang dilaksanakan oleh pelajar adalah logik walaupun strategi yang digunakan berbeza-beza. Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian semasa penyemakan iaitu:

a) Semak semua maklumat penting yang telah dikenal pasti b) Semak pengiraan c) Pertimbangkan penyelesaian yang logik d) Lihat penyelesaian yang lain e) Baca semula soalan dan tanya diri sendiri sama ada kita benar-benar telah menjawab soalan

You might also like