Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Cara Mudah Jadikan Laptop Sebagai Wireless Router

104Share
Alhamdulillah.. selamat juga tiba di kampung tercinta di kelantan sempena cuti raya cina.. dan balik kampung untuk kali ni, abang aku bawak balik 1 broadband je yang hanya boleh cucuk 1 laptop ja, tapi adik-beradik semuanya 7 orang.. korang bayangkanlah kalau semua nak online facebook.. mesti amik turn sorang-sorang.. ahakss tapi itu sekarang tak jadi masalah lagi sebab aku ada jumpa 1 cara senang untuk bagi semua online serentak.. caranya, dengan menjadikan laptop yang korang cucuk broadband tu sebagai router/access point a.k.a ibu internet.. cara mudah gila dan free ja.. Langkah 1: Download Connectify dan Install download benda tu kat sini .. pilih pakej Lite tau sebab free.. kalau Pro punyer kena bayar RM100.. pastu install cam biasa.. dah siap install, dia akan automatically keluar benda ni (tengok gambar bawah). Kalau tak ada keluar apa-apa boleh double click pada icon Connectify yang terpapar secara automatik di bahagian desktop. Langkah 2: Tetapan

Pada bahagian Hotspot Name, secara default nama Connectify-me akan digunakan. Tapi kalau korang nak tukar kepada nama lain pun boleh. Password pula adalah password untuk Connectify (buat yang baru), bukan password router korang. Manakala pada bahagian Internet pula kalau laptop korang menerima talian Internet daripada wired router bolehlah pilih Local Area Connection. Ada juga pilihan Wireless Connection tapi rasanya tak ada gunalah Connectify ni kalau memang dah ada

wireless router, betul tak? Baik connect terus smartphone korang dengan wireless router sedia ada. Ini cuma untuk kes tak ada wireless router tapi nak guna WiFi dengan menjadikan laptop sebagai wireless router untuk diterima oleh smartphone korang. Tu je aku rasa kot.. lepas tu, korang bukak 1 laptop lain, pastu korang akan perasan ada wireless yang bernama connectify-me.. click kat situ dan masukkan password yang telah korang tetapkan tadi.. Thats all.. ekceli benda ni aku tahu dari blog amirez . Aku sangat happy!

You might also like