Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Diftong dan Vokal Rangkap

Oleh MUHAMMED SALLEHUDIN AMAN Bagaimanakah anda membunyikan (menyebut) perkataan meterai dan mulai? (a) me. te. rai (b) me. te. ra. i (c) mu. lai (d) mu. la. i Jika anda memilih jawapan (a) dan (c) bermakna dua huruf vokal ai yang segugus dalam suku kata akhir perkataan-perkataan itu ialah diftong; maka bunyi diftong ai [ ai ] yang dilafazkan. Jikalau jawapan anda (b) dan (d), maka huruf vokal ai dalam suku kata akhir kata meterai dan mulai itu ialah vokal rangkap. Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang dilafazkan secara berterusan dalam satu hembusan nafas. Hal ini seperti demikian kerana bunyi diftong terhasil apabila bunyi satu vokal menggeluncur dengan cepatnya ke suatu vokal lain. Ertinya, lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan sebagaimana membunyikan sesuatu vokal, kemudian digeluncurkan ke arah membunyikan vokal yang lain. Diftong dianggap sebagai satu suku kata, dan dilambangkan oleh dua vokal tetapi bertindak sebagai satu fonem. Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis diftong, iaitu ai, au, dan oi. Bagaimanakah kita menghasilkan bunyi ketiga-tiga diftong tersebut? Perlu diingat bahawa dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa, lidah merupakan alat artikulasi (pertuturan) yang paling aktif lagi penting. Untuk menghasilkan bunyi diftong ai, lidah berkeadaan sebagaimana membunyikan vokal a, dan secara cepat geluncurkan lidah ke arah membunyikan vokal i pula. Demikian juga halnya cara membunyikan diftong au, dan oi. Kedudukan lidah pada keadaan membunyikan vokal yang pertama, lalu dengan pantasnya lidah digeluncurkan ke arah membunyikan vokal yang kedua pula. Berdasarkan penelitian terhadap kamus, diftong ai merupakan yang paling banyak digunakan dalam pembentukan kata bahasa Melayu. Antara contohnya: Aidilfitri baiduri meterai Aidiladha syaitan landai aising zaitun tapai Harus diingat, bunyi diftong ai berlainan sekali dengan bunyi ai dalam perkataan-perkataan seperti dimulai, disukai, dihargai, memurkai, mengurniai, dan menganiayai. Vokal ai dalam kesemua perkataan tersebut merupakan vokal rangkap. Huruf vokal i dalam gandingan ai itu ialah akhiran i. Oleh itu, gugus ai dalam suku kata akhir perkataan-perkataan tersebut bukanlah diftong ai.

Contoh perkataan bahasa Melayu yang mengandungi diftong au, dan oi ialah: aurat saujana lampau autograf maujud imbau auditorium tauliah kemarau kaloi boikot tampoi ngongoi konvoi sekoi Apakah pula vokal rangkap? Dalam bahasa Melayu, ada deretan vokal yang menyamai diftong, iaitu deretan vokal ai, au dan oi seperti dalam perkataan air, aur, ajaib, daun, mulai, gaun, dan eksploit. Namun, jelas bahawa ai, au dan oi bukan satu bunyi yang tunggal; dan oleh itu bukan diftong. Kedua-dua vokal itu dapat berdiri sendiri secara terasing. Hal ini dapat diperhatikan apabila kita pecahkan perkataan-perkataan itu menjadi suku kata, iaitu: a.ir a.ur a.ja.ib da.un ...dan seterusnya. Sebagai kesimpulannya, deretan vokal itu ialah kewujudan dua bunyi vokal secara berurutan dalam perkataan, dan kedua-dua vokal itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Deretan vokal itu dinamai huruf vokal rangkap. Selain tiga bentuk deretan vokal rangkap itu, ada lagi vokal rangkap yang lain yang wujud dalam perkataan bahasa Melayu asli, atau perkataan-perkataan serapan daripada bahasa Arab, bahasa Inggeris dan bahasa Sanskrit yang sudah menjadi kosa kata bahasa Melayu. Beberapa banyak contoh perkataan yang mengandungi vokal-vokal rangkap yang berkenaan adalah seperti yang berikut: ai: aiskrim cair ghaib sains au: taun maung kedaung pepauh oi: koir heroin eksploit eksploitasi ia: biara piagam sia-sia pianggang io: ion biola antibiotik Zionis iu: cium kiub siuman piutang ua: buai buapak dualisme kuarantin ui: juita puisi tuil suis ea: bea gear teater reaktor eo: neon video geometri ideologi

eu: neurologi neutral neutron reumatik Begitulah huraian tentang huruf diftong dan vokal rangkap yang terdapat dalam perkataanperkataan bahasa Melayu. Dengan mengenal bentuk huruf ini maka dapatlah kita membunyikan perkataan itu dengan betul lagi tepat.

Apakah huruf diftong dan huruf diagraf? Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yg disebut dlm satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah spt ai, au, dan oi. Digraf ialah dua huruf berturut-turut yg mewakili satu bunyi (spt ng, ny, sy), dwihuruf, dwilambang, huruf rangkap. Diftong ialah dua huruf vokal, iaitu ai, au, dan oi yang menghasilkan bunyi berangkap; contohnya pantai, pisau dan dodoi. Digraf ialah apabila dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi (ng, ny, sy); contohnya nganga, nyanyi dan syiling. Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi. Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Perkataan yang dieja dengan vokal berganding ialah kuih, buih, air dan laut. Digraf dan konsonan bergabung bermaksud dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. . Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi. 2. Berganding berlaku apabila dua huruf vokal berurutan dalam satu perkataan seperti dalam kata pulau dan saat. 3. Maksud Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi (seperti ng, ny, sy). 4.Konsonan Bergabung sama seperti digraf.

a, e, i, o,u MESTI BERSEBELAHAN Diftong Limau Rantai pantai pisau cabai kerbau misai wau tupai Vokal berganding Duit Sauk Suis fail kain kuih kuali piano

You might also like