Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

TEKS PENGERUSI MAJLIS PENUTUP KESUMAM 2012 Mengumumkan ketibaan Y.B. Y.B.

Dato Haji Mohamed Taulan B Mat Rasul Pengerusi Lembaga Maktab Mahmud Negeri Kedah ke Stadium Sultan Abd Halim, Alor Star. Yang Berhormat Y.B. Dato Haji Mohamed Taulan B Mat Rasul Pengerusi Lembaga Maktab Mahmud Negeri Kedah Darulaman. Yang Berbahagia, Tuan Haji Abdullah B Hashim, Setiausaha Lembaga Maktab Mahmud Negeri Kedah Darul Aman. Yang Berusaha, Puan Aishah Bt Abdullah Ketua Pengurusan Akademik, Lembaga Maktab Mahmud, Dif-dif jemputan, Pengetuapengetua Maktab Mahmud Negeri Kedah barisan guru Maktab Mahmud Negeri Kedah pegawai-pegawai Lembaga Maktab Mahmud, pelajar-pelajar seterusnya hadirin dan hadirat sekalian. Asslamualaikum w.b.t Selamat datang ke Majlis Penutup Kejoahanan Sukan Maktab Mahmud Negeri Kedah Kali ke-8. Kejohanan sukan Maktab Mahmud Negeri Kedah Darul Aman adalah salah satu program kokurikulum yang bertujuan melahirkan jaguh-jaguh sukan dalam kalangan pelajar-pelajar Maktab Mahmud. Kejohanan ini telah berlangsung semenjak penghujung Febuari dengan mendapat komitmen penuh daripada peagawai Lembaga MMK, guru-guru MMK dan pelajarpelajar MMK. Kejohanan ini telah menjadi satu acara berprestij kerana pengendalian , peraturan serta mutu pengadilan telah dilaksanakan secara professional dan sistematik. Program ini juga bertujuan memenuhi kalendar kegiatan sukan peringkat sekolah-sekolah agama negeri kedah yang akan dianjurkan bersama Jabatan Agama Islam Negeri Kedah. Dengan itu program ini diharapkan dapat meningkatkan semangat kesukanan dalam kalangan pelajar sekolah agama. Majlis dimulakan dengan perarakan masuk kontijen Maktab Mahmud Negeri Kedah.

Mengepalai perarakan perbarisan pada hari ini ialah kontijen Maktab Mahmud Kulim yang teridiri daripada 25 orang atlit. Seterusnya barisan atlet seramai 25 orang pelajar daripada Maktab Mahmud Pendang Diikuti oleh pasukan atlet dari Maktab Mahmud Yan . Pasukan ini dianggotai oleh 25 orang atlet. Dengan kekuatan anggota seramai 25 orang menyusul di belakang pasukan atlet dari Maktab Mahmud Merbok. Seterusnya perbarisan yang diwakili oleh 25 orang pelajar adalah kontijen dari Maktab Mahmud Sik Pearakan Kontijen diteruskan dengan kontijen Maktab Mahmud Kuala Muda, dianggotai juga seramai 25 orang pelajar. Kontijen Maktab Mahmud Alor Setar yang terdiri daripada 25 atlet turut menyerikan lagi perarakan ini Seterusnya barisan atlet seramai 25 orang pelajar daripada Maktab Mahmud Bandar Baharu Diikuti oleh pasukan atlet dari Maktab Mahmud Padang Terap. Pasukan ini dianggotai oleh 25 orang atlet. Dengan kekuatan anggota seramai 25 orang, menyusul di belakang pasukan atlet oleh Maktab Mahmud Pokok Sena Kontijen diteruskan dengan perarakkan kontijen Maktab Mahmud Langkawi yang di bawa khas oleh feri Lada. Seterusnya perbarisan yang diwakili oleh 25 orang pelajar adalah kontijen dari Maktab Mahmud Baling, dianggotai juga seramai 25 orang pelajar. Kontijen ini merupakan kontijen terakhir..

BURUNG MERBAH BERKICAU RAMAH, TERBANG HINGGAP DI PONDOK PAPAN, BACAAN IKRAR SEBAGAI MUKADDIMAH, UNTUK TEMASYA KEJOHANAN SUKAN. Untuk itu majlis mempersilakan wakil atlet Kontijen Maktab Mahmud Negeri Kedah ( ) bagi membaca ikrar KEJOHANAN SUKAN MAKTAB MAHMUD NEGERI KEDAH KALI KE-8. Dipersilakan. Terima kasih.

Seterusnya majlis menjemput Yang berbahagia Tuan Haji Abdullah B Hashim, Setiausaha Lembaga Maktab Mahmud Negeri Kedah Darul Aman bagi mempersilakan Yang Berhormat Dato Haji Mohamed Taulan B Mat Rasul Pengerusi Lembaga Maktab Mahmud Negeri Kedah untuk memeriksa barisan kontijen dan menyampaikan sijil penghargaan kepada setiap kontijen. Majlis merakamkan sekalung penghargaan kepada Y.B. Dato Haji Mohamed Taulan B Mat Rasul Pengerusi Lembaga Maktab Mahmud Negeri Kedah diatas pemeriksaan tadi. Majlis seterusnya mempersilakan Tuan Haji Abdullah B Hashim, Setiausaha Lembaga Maktab Mahmud Negeri Kedah Darul Aman untuk menyampaikan ucapan aluan. Majlis mempersilakan Majlis merakamkan ucapan terima kasih Majlis seterusnya, dengan rasa penuh hormat menjemput Y.B. Dato Haji Mohamed Taulan B Mat Rasul Pengerusi Lembaga Maktab Mahmud Negeri Kedah untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Penutup Kejohan Sukan Maktab Mahmud Negeri Kedah.

Majlis merakam setinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Dato Haji Mohamed Taulan B Mat Rasul Pengerusi Lembaga Maktab Mahmud Negeri Kedah diatas ucapan perasmian penutup sebentar tadi. Seterusnya , acara yang ditunggu-tunggu iaitu majlis penyampaian hadiah dan cenderahati kepada para pemenang. Majlis menjemput Yang Berhormat Dato Haji Mohamed Taulan B Mat Rasul Pengerusi Lembaga Maktab Mahmud Negeri Kedah diiringi oleh Tuan Haji Abdullah B Hashim, Setiausaha Lembaga Maktab Mahmud Negeri Kedah Darul Aman untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang. Majlis penyampaian hadiah dimulakan dengan penyampaian cenderahati kepada barisan pengadil untuk perlawanan akhir bolasepak hari ini. Dipersilakan..

( Acara Penyampaian Hadiah kepada Atlet)

Bagi memberkati majlis kita hari ini, dijemput Ustaz Taufik B Ismail untuk membaca doa penutup. Terima Kasih........ Dengan itu berakhirlah Majlis Penutup Kejohanan Sukan Maktab Mahmud Negeri Kedah Darul Aman Kali ke -8 Tahun 2012.

You might also like