Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

AMAL AHLI MADINAH

Maksud Perkataan atau perbuatan yang disepakati oleh penduduk Madinah dalam lingkungan awal kurun ketiga hijrah yang pertama yang mempunyai kaitan dengan para sahabat pada zaman Rasulullah S.A.W. Amal Ahli Madinah juga disebut sebagai Ijmak Ahli Madinah

Huraiannnya

Maksud perkataan atau perbuatan 1) segala tindak tanduk yang berupa perkataan atau perbuatan yang diamalkan oleh penduduk Madinah 2) Tidak disyaratkan penduduk-penduduk itu mesti bertaraf ulama supaya sah penerimaan perkataan dan perbuatan tersebut. 3) Perbuatan atau perkataan oleh penduduk yang tarafnya bukan ulama dan perbuatan dan perkataan mereka itu diambil sebagai dalil hukum syara.

KEHUJAHAN AMAL AHLI MADINAH

Terdapat dua pandangan yang berbeza antara dua ulama yang terkenal mengenai kehujahan Amal Ahli Madinah

Imam Malik r.a.


1) Imam Malik r.a. menerima kehujahan Amal Ahli Madinah sebagai sumber

hukum. Beliau bersandarkan kepada faktor bahawa Rasulullah S.A.W. telah bermastautin di Madinah dan begitu juga majoriti sahabat Baginda menetap di Madinah juga. Beliau berhujah kelebihan Kota Madinah sebagai Dar alHijrah / abode of hijrah berbanding tempat lain kerana disitulah turunnya khazanah Wahyu Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W. Imam Malik r.a. berpendapat bahawa adalah mustahil jika majoriti sahabat Rasulullah S.A.W.

yang tinggal di Madinah melakukan kebiasaan yang sama namun ianya bertentangan dengan hadis Rasulullah S.A.W.

Dikatakan Imam Malik r.a. melebihkan atau mengutamakan Amal Ahli Madinah berbanding Qiyyas dan mengutamakan Amal Ahli Madinah berbanding hadis yang bertaraf Ahad dan juga Qoulu Sohabi.

Imam Syafie .r.a

2) Imam Syafie menolak Amal Ahli Madinah sebagai sumber hukum syarak atas sebab orang Madinah hanyalah manusia biasa yang sama juga dengan manusia di tempat lain Pandangan Ulama Jumhur Jumhur ulama berpendapat persepakatan yang berlaku di kalangan orang biasa tidak mustahil berlaku kesilapan dan kesalahan. Mereka juga berpendapat persepakatan dikalangan ulama mujtahidin sahaja yang tidak mempunyai sebarang kesilapan dan kesalahan. Lalu mereka memutuskan untuk menolak Amal Ahli Madinah sebagai sumber hukum Syara. JENIS-JENIS AMALAN AHLI MADINAH Amalan Ahli Madinah telah diwarisi melalui dua cara iaitu :a) Jalan Perpindahan; dan b) Jalan Ijtihad

Jalan Perpindahan Amalah yang diwarisi melalui jalan perpindahan terbahagi kepada 3 bahagian :1) Sesuatu amalan yang berhubungan dengan Nabi Muhammad S.A.W. sama

ada melalui kata-kata, perbuatan dan taqrir atau Baginda s.a.w meninggalkan sesuatu kerana wujudnya sebab.

2) Ijmak terhadap penentuan kadar-kadar sesuatu dan penentuan tempat. Contohnya penentuan kadar timbangan dan penentuan tempat solat, mimbar atau kubur.

3) Ijmak terhadap amalan-amalan berterusan sejak zaman Nabi Muhammad

S.A.W. contohnya azan diulang sebanyak dua kali, azan ditempat tinggi dan sebagainya.

Jalan Ijtihad Amalan yang diwarisi melalui ijtihad, ulama Maliki telah berselisihan kepada tiga pendapat iaitu:-

1) Ijtihad tidak dikira sebagai ijmak dan bukannya dianggap sebagai perajih

2) Ijtihad ulamak Madinah tidak dikira sebagai hujah tetapi merupakan perajih bagi ijtihad ke atas yang lain;

3) Ia

merupakan

hujah

tetapi

tidak

salah

berlakunya

khilaf

You might also like