Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 45

PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG KONDUSIF

- ASPEK FIZIKAL - PERKEMBANGAN INTERPERSONAL


Disediakan Oleh :Nur Hanisah Bt Mahzan Yummi Aisya Bt Yuganu

BILIK DARJAH YANG KONDUSIF


Menurut

Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2008), pembelajaran akan berkesan sekiranya persekitarannya, iaitu bilik darjah diurus dengan baik agar murid-murid boleh bekerjasama, berkomunikasi dan berkongsi idea dan pendapat dengan teratur dan selesa. termasuklah dengan menyediakan kemudahan bangunan, bilik darjah, peralatan mengajar, dan suasana yang kondusif.
Ini

BILIK DARJAH

MAKMAL SAINS

BILIK KEMAHIRAN HIDUP

PENGURUSAN PERSEKITARAN FIZIKAL

Pengurusan bilik darjah bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan dan kerjasama ahli untuk mencapai objektif organisasi atau kumpulan dalam sesuatu gerak kerja.

Ini termasuklah proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal.

Pengurusan bilik darjah yang dinamik dapat mencapai objektif ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan JERIS.

seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
Lemlech

Guru

(1988), menjelaskan pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam kehidupan.

Marzano

(2003), menyatakan tindakan guru dalam bilik darjah mempunyai impak dua kali ganda dalam pencapaian murid berbanding dengan polisi sekolah berkenaan kurikulum, penilaian kerjasama antara guru dan penglibatan masyarakat.

Oleh

itu, menjadi tanggungjawab guru untuk menyediakan persekitaran fizikal efektif bagi membantu perkembangan murid.

asas dalam bilik darjah mestilah mencukupi serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan.
Kejayaan

Kemudahan

guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang kondusif bermakna guru telah berjaya membentuk budaya berdisiplin, kerjasama, sayang kepada keindahan alam sekitar, mematuhi setiap arahan, kehidupan berkualiti yang melambangkan sebahagian daripada keimanan.

Pengurusan

fizikal bilik darjah bolehlah dirumuskan meliputi aspek keselamatan termasuklah menyediakan peraturan dan amalan bilik darjah.
Peraturan

diwujudkan berpandukan Pekeliling dan Peraturan Sekolah. Antaranya mencakupi amalan menepati masa, amanah, rasa tanggungjawab, menjaga kebersihan, hormat-menghormati, bertolak ansur dan bekerjasama.

Ruang

dan pergerakan harus diurus supaya lebih fleksibel.

Penyediaan

ruang yang sesuai akan memberikan keselesaan kepada murid ketika belajar.

Aspek

pencahayaan, pengudaraan dan kedudukan murid juga akan mendorong murid untuk memberikan tumpuan kepada proses P&P.

IMPLIKASI CIRI-CIRI BILIK DARJAH


1. Pengajaran

secara berpusatkan murid. 2. Murid menjadi peserta yang aktif. 3. Pembelajaran bermakna dan seonok. 4. Aktiviti pemulihan dan pengayaan mudah dijalankan. 5. Murid-murid lemah dapat dibantu. 6. Mengalami perkembangan sihat.

7. 8. 9. 10. 11.

12. 13. 14.

Dapat bertukar-tukar pendapat. Sifat kepimpinanan. Perhubungan bertambah baik. Meningkatkan keberkesanan p&p. Murid berpeluang mengemukakan pendapat Perbezaan dari segi kebolehan dan minat. Tugasan yang diberi adalah selaras Bilik darjah dijalankan lebih mudah dan berkesan.

ASPEK FIZIKAL BILIK DARJAH

KEBERSIHAN Persekitaran yang bersih contoh lantai tiada sampah, tingkap tiada habuk dan tong sampah tidak dibiarkan penuh. Pakaian murid juga perlu bersih dan kemas.

KESELAMATAN Mempuyai pelan keselamatan kebakaran Semua alatan dan bahan di dalam bilik darjah perlu selamat digunakan. Persekitaran bilik darjah tidak mendatangkan bahaya hingga melibatkan kemalangan.
PENGGUNAAN KEMUDAHAN Digunakan dengan baik Tanpa membazir

KESELESAAN Bilik yang sesuai Peredaraan udara yang baik Ruang yang mencukupi Keadaan kerusi meja murid Kesesuaian kerusi meja murid Ketenteraman persekitaran KEINDAHAN Pokok bunga Kata-kata hikmah Mural Langsir Ikan hiasan Alas meja Kontra warna kelas

PENGERTIAN INTERPERSONAL
interpersonal berfokus kepada keupayaan pelajar berkomunikasi berasaskan bahasa dengan menggunakan kata, frasa, rangkai kata, ungkapan, dan ayat yang betul dan tepat secara bertatasusila untuk mengekalkan hubungan melalui perkongsian idea semasa berinteraksi sosial atau berurusan untuk tujuan komersial (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001).
Kemahiran

Kemahiran

interpersonal ialah berinteraksi, memberikan pendapat, berunding, membuat pertimbangan, memujuk, dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001).

KEPERLUAN KEMAHIRAN HUBUNGAN INTERPERSONAL


Hubungan

interpersonal dapat melahirkan persefahaman yang baik antara guru dan pelajar sekali gus meningkatkan kebolehan guru membina suasana persekolahan yang lebih harmoni (Sarina dan Yusmini, 2007).

lagi, kemahiran hubungan interpersonal dapat membantu guru menggunakan bentuk-bentuk komunikasi yang sesuai dengan tahap psikologi pelajar supaya hubungan yang terjalin antara mereka adalah hubungan yang berkesan dan dapat membantu tahap pencapaian pelajar dalam bidang akademik.

Menurutnya

MELALUI KOMUNIKASI
Abdullah dan Ainon (2006), seseorang individu itu cenderung memelihara konsep dirinya supaya tidak berubah malah memperkukuhkannya lagi. Sama ada konsep dirinya itu positif ataupun negatif, dia cenderung memelihara konsep dirinya.
Inilah Menurut

faktor yang menyebabkan konsep diri merupakan perkara yang stabil sepanjang hidup.

sekali konsep diri sudah terbina, bermakna konsep itu cenderung berkekalan. Maka, komunikasi yang positif dari segi perkataan mahu pun bahasa badan guru berperanan penting membentuk personaliti serta konsep murid.

Apabila

dapat menjalinkan hubungan, mendapat respon, meningkatkan estim diri melalui penghargaan dan penghormatan, mendapatkan maklumat, meraih kepercayaan, berkongsi pengalaman serta mewujudkan keseronokan (Abdullah dan Ainon, 2002).
Bagaimana

Komunikasi

pun, iklim komunikasi ada pasang surutnya kerana kebiasaannya komunikasi datang daripada emosi kedua-dua belah pihak untuk berkehendakkan sesuatu.

guru membuat kerja-kerjanya dengan hati yang rela dan seronok, maka dia akan berkomunikasi secara positif kepada murid-muridnya. Begitu juga apabila emosi murid stabil mereka akan bercakap secara positif kepada guru mereka (Jas, 2002).

Apabila

Keputusannya,

maka gurulah yang perlu menjadi perintis dan permulaan mewujudkan iklim komunikasi positif dan bijak mengatur arah jika terdapat kecelaruan emosi dan tingkah laku di kalangan murid mereka.

INTERAKSI ANTARA GURU DAN MURID DI DALAM BILIK DARJAH


orang guru perlu mahir dalam berkomunikasi, khususnya dalam bilik darjah. Sekiranya guru tidak faham serta mahir dalam berkomunikasi dengan murid-murid semasa mengajar sudah pasti sukar bagi seseorang guru itu untuk menjadikan pengajarannya berkesan dan bermutu.
Setiap

Dengan komunikasi yang berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan salah faham.

Kegagalan guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan murid-murid menjadi kecewa, malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran menjadi hambar dan membosankan.

kerana itu, apabila berhadapan dengan murid-murid, guru bukan sahaja perlu kreatif dan inovatif, tetapi mesti sabar, bijaksana, cekap dan optimis dalam menghadapi sesuatu situasi serta cabaran.("Classroom Life : Some Dimensions of Parallel Universes", 1994).

Oleh

juga perlu bijaksana menyusun strategi agar suasana berinteraksi di antara murid sesama murid berlaku secara harmonis, saling bantu membantu serta hormat menghormati supaya pembelajaran berlaku secara bermakna dan berkesan.

Guru

konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid begitu terhad. Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolah-olah tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir.

Dalam

CORAK KOMUNIKASI DALAM BILIK DARJAH


merupakan proses penyampaian mesej, samada lisan atau bertulis. Sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima, maka komunikasi berkesan telah pun berlaku. Sebagai seorang guru, komunikasi lisan berlaku apabila guru sedang menyampaikan pelajaran atau arahan untuk menjalankan sesuatu tugas amali.
Komunikasi

Ini

bermakna komunikasi atau interaksi bilik darjah boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan. Semasa waktu mengajar, guru berinteraksi dengan murid dengan bercakap, memberi penjelasan, menyoal soalan-soalan, berbincang, meneguh dan menegur, mengarah, memberi isyarat, menghampiri dan mendampingi murid, mengenakan denda dan sebagainya.

yang dibuat oleh beberapa orang pengkaji seperti Taylor, 1962; Evan, 1962 dan Hollis, 1975 (dalam Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan, 1990) telah menyenaraikan antara tingkahlaku guru yang disukai murid semasa berinteraksi dalam bilik darjah ialah :

kajian

Baik

hati, mesra, peramah dan sabar sewaktu mengajar murid-murid menyoal dalam kelas

Menggalakkan

Sering

menyelitkan humor atau unsur berseloroh semasa sesi pembelajaran

murid-murid melakukan banyak aktiviti dan dalam masa yang sama dapat mengekal ketenteraman dan disiplin kelas

Membenarkan

CIRI-CIRI INTERAKSI GURU DAN PELAJAR DI DALAM BILIK DARJAH YANG BERKESAN
Sebagai

seorang pemimpin di dalam kelas, guru mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengenalpasti keperluan pelajar dan untuk menggalakkan interaksi bilik darjah yang positif dan berkesan. Wlodkowski mencadangkan beberapa strategi untuk menghasilkan interaksi yang berkesan antara guru dan murid. Antaranya ialah :

Menggunakan teknik "Supportive communication behavior" untuk membantu interaksi yang bermakna.

Gunakan "direct" dan "spontaneous communication" iaitu menerangkan dengan jelas apa yang hendak disampaikan oleh guru dan cuba menerima pendapat pelajar terutama di dalam menyelesaikan masalah dan merancang aktiviti.

Gunakan struktur matlamat secara menyeluruh untuk memaksimumkan penglibatan pelajar

Rancangan

KBSR dan KBSM telah digubal dengan menekankan pengajaran yang berpusatkan murid. Bagi mempastikan sesuatu pengajaran pembelajaran itu berhasil dengan baik, beberapa ciri tingkahlaku berkomunikasi dalam interaksi bilik darjah telah disarankan, antaranya :

Guru menggalakkan murid berinteraksi secara teratur sesama murid, antara murid dengan guru dan antara murid dengan bahan-bahan

Menggalakkan murid-murid memberi pendapat sendiri serta peluang untuk mempertahankan pendapat tersebut mengikut cara dan gaya tersendiri

Memberi arahan secara lebih positif

Menggunakan penghargaan, ganjaran atau pengukuhan positif

Abdul

Hamid Mahmood, 1990 (Prof. Dr.) telah menggariskan beberapa ciri komunikasi guru dan murid yang boleh menghasilkan pengajaran yang berkesan, antaranya ialah :

Mempunyai

sifat penyabar, penyayang serta suka akan murid-muridnya. Sifat ini dapat melahirkan kemesraan antara guru dengan murid

Pandai

menghargai dan memuji murid-murid. Penghargaan dan pujian yang diberikan hendaklah ikhlas dan jujur

Sentiasa bersikap positif dan bercakap tentang perkara yang baik dan benar. Elakkan daripada bersikap angkuh atau suka melemparkan kritik yang tidak beralasan

Air muka, pertuturan dan tindakan guru harus mencerminkan perhatian guru dan kejujurannya hendaklah membantu dan mendidik murid-murid

Menggunakan bahasa badan atau gerak geri yang sesuai dalam pengajaran

Sentiasa mewujudkan dan mengekalkan hubungan mata semasa bercakap atau berkomunikasi dengan murid

Sentiasa mengulang isi-isi penting

Sentiasa bertolak ansur dengan murid-murid dalam memberi maklumat atau pengajaran

Sentiasa memberi peluang kepada murid-murid untuk mengemukakan soalan atau maklum balas

Hasil daripada kajian-kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang bermutu dan berkesan boleh dihasilkan apabila perhubungan atau komunikasi bilik darjah berlaku secara berkesan.

Perhubungan atau komunikasi boleh berlaku secara berkesan apabila interaksi guru dengan murid atau di antara murid sesama murid terjadi dalam suasana yang ramah mesra, lemah lembut, kasih sayang, hormat menghormati, sabar dan berdisiplin.

oleh Theodore Coladarci (1991) juga menunjukkan bahawa faktor percakapan dan panggilan murid juga memudahkan berlaku jalinan hubungan dan interaksi guru murid dalam bilik darjah. Guru yang bercakap dengan penuh bertenaga, sebutan yang tepat, jelas, berintonasi serta suara yang menarik lebih cepat menerima respon daripada murid, lebih-lebih lagi apabila diucap dengan tata bahasa yang betul dan tersusun.

Kajian

KESIMPULAN

Maka jelaslah di sini bahawa interaksi antara pelajar dan guru memainkan peranan yang sangat penting di dalam meningkatkan kemahiran interpersonal murid. Untuk mewujudkan suasana interaksi sosial yang baik, guru dan pelajar perlu mengetahui peranan yang sebenarnya yang perlu dimainkan oleh setiap individu. Ini kerana dalam usaha menyesuaikan diri dalam masyarakat, pelajar dipengaruhi oleh berbagai-bagai egen sosialisasi termasuk keluarga, sekolah, rakan sebaya dan media massa.

Sekolah sebagai institusi sosial bertanggungjawab mewujudkan interaksi sosial dan pembentukan sikap kepimpinan di kalangan pelajar dengan menekankan keberkesanan interaksi di dalam bilik darjah.

You might also like