Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 12

JABATAN PELAJARAN NEGERI SARAWAK

KURSUS INDUKSI BIL 1/2008 & 2/2008


PENVIEW INN, KUCHING 14 MAC 28 MAC 2008

TUGASAN INDIVIDU
(Soalan 4) Pegawai Kerajaan dan keluarga mereka yang jatuh sakit layak mendapat rawatan yang disediakan oleh pihak Kerajaan atau swasta mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan.
(a)

Nyatakan kelas wad dan kadar keluarga pegawai.

bayaran wad bagi

(b) Jelaskan tafsiran Keluarga Pegawai yang layak menerima kemudahan rawatan percuma selepas kematian pegawai. NAMA : FAZILAH BINTI IDRIS NO. KAD PENGENALAN : 810717 06- 5456 KUMPULAN : A6

SEKOLAH
1.0 PENGENALAN

: SMK SAINT JOSEPH, MIRI

Di dalam perintah-perintah am terkandung mengenai bahagian perubatan yang ada menjelaskan mengenai kadar bayaran wad dan kelas wad bagi keluarga pegawai. Selain itu, di dalam perintah-perintah am juga ada menyatakan mengenai tafsiran keluarga pegawai yang layak menerima kemudahan rawatan percuma selepas kematian pegawai tersebut. Perintah-perintah am ini telah dikeluarkan di bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong mengikut Fasal (2) Perkara 132 Perlembangaan. Perintah-perintah am ini telah dikuatkuasakan bermula dari 1hb Mac 1974. Keluarga pegawai bermaksud bagi pegawai lelaki, isteri dan anak-anaknya manakala pegawai perempuan, suami dan anak-anaknya. Definisi bagi hospital kerajaan bermaksud sebarang hospital kerajaan dan termasuk mana-mana hospital universiti, klinik kerajaan dan lain-lain yayasan perubatan. Manakala definisi bagi klinik swasta bermaksud klinik perubatan dan klinik pergigian yang tidak berkhidmat dengan kerajaan Malaysia.

2.0 KELAS WAD DAN KADAR BAYARAN WAD BAGI KELUARGA PEGAWAI Di bawah Perintah Am Bab F. 21(a) telah menggariskan berkenaan bayaran wad. Oleh yang demikian keluarga pegawai boleh mendapatkan rawatan dan ubat-ubat yang

percuma di hospital atau di klinik kerajaan, tetapi mereka akan dikehendaki membayar bayaran wad apabila dimasukkan ke hospital mengikut kadar-kadar yang tetapkan. 2

Manakala keluarga pegawai yang mendapatkan rawatan di hospital swasta akan menanggung segala kos perbelanjaannya. Untuk mendapatkan kadar wad yang sedemikian, pegawai perlu membuat atau mengisi Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai dan telah ditandatangan oleh Ketua Jabatan. Dalam surat tersebut telah jelas menjelaskan nama pegawai, gred gaji, gaji pokok, kelayakan kelas wad, alamat pejabat, nama ahli keluarga pegawai yang memerlukan rawatan serta perhubungan keluarga. Tujuannya supaya memaklumkan kepada pihak berkenaan bahawa penama tersebut merupakan seorang pegawai kerajaan, maka keluarga pegawai boleh menikmati kadar bayaran yang ditentukan.

2.1.1 Bayaran dan Kelas Wad Keluarga Pegawai Kelas wad dan kadar bayaran wad bagi keluarga pegawai di Hospital dan lain-lain

Yayasan Perubatan Kerajaan yang dikenakan kepada keluarga pegawai seperti yang terkandung dalam Perintah Am, Bab F. 21. (a) adalah seperti berikut;

GRED PEGAWAI Gred khas dan ke atas, Kategori I hingga lll yang bergaji RM 3,138 dan ke atas Kategori lll yang bergaji RM 3,137 dan ke bawah hingga kategori Vl Kategori Vll hingga Vlll

KELAS WAD

BAYARAN SEHARI RM 10.00

Kelas 1 bilik seorang

Kelas 1 bilik berdua

RM 8.00

Kelas 1 bilik bertiga RM 6.00 Kelas Dua RM 3.00 Kategori lX hingga XI Atau Atau Kelas Tiga percuma Berdasarkan jadual di atas, pegawai dan ahli keluarganya boleh memasuki wad am dan wad bersalin. Terdapat beberapa jenis kelas wad yang ditentukan oleh gred 3

pegawai itu sendiri. Manakala bagi bayaran sehari wad am dan wad bersalin juga ditentukan oleh jenis wad tersebut. Bagi pegawai yang bergred khas dan ke atas

pegawai dan ahli keluarganya layak mendapat kelas pertama bilik seorang manakala kadar bayaran wad dalam masa sehari ialah RM 10.00. Manakala bagi pegawai yang kategori I hingga III yang bergaji RM 3138 dan ke atas, pegawai dan ahli keluarganya layak mendapat kelas pertama bilik berdua. Pegawai dan ahli keluarganya akan dikenakan bayaran sehari sebanyak RM 8.00. Bagi pegawai yang kategori III yang bergaji RM 3137 dan ke bawah hingga kategori VI membolehkan pegawai dan ahli keluarganya mendapat kelas wad pertama bilik bertiga. Pegawai dan ahli keluarganya akan dikenakan bayaran sehari sebanyak RM 6.00. Manakala bagi pegawai kategori VII hingga VIII layak mendapat kelas wad dua dengan bayaran RM 3.00 sehari. Pegawai yang kategori IX hingga XI, pegawai dan ahli keluarganya hanya layak mendapat kelas wad tiga dan tiada bayaran yang dikenakan keatas pegawai dan ahli keluarganya. Sebagai contohnya; suami Puan Najwa perlu rawatan dan menginap di hospital selama 4 hari. Masa itu gred Puan Najwa berada dalam kategori VII. Suami Puan Najwa tinggal di wad Kelas Dua. Puan Najwa telah mengisi borang pengesahan diri dan pengakuan pegawai. Maka untuk tempoh 4 hari itu suami Puan Najwa hanya perlu bayar RM 12.00 sahaja (4 hari X RM 3.00 = RM 12.00) untuk kos penginapan di hospital.

2.1.2 Pengiraan Bayaran Wad bagi Keluarga Pegawai

Bayaran wad dikira berdasarkan hitungan hari apabila seseorang keluarga pegawai itu dimasukkan ke dalam wad hospital. Sebahagian hari yang melebihi 12 jam akan dikira sebagai satu hari penuh. Bagi keluarga pegawai yang tinggal di hospital lebih daripada satu hari, sebarang baki hari yang kurang daripada 12 jam tidak akan diambil kira. Tetapi keluarga pegawai yang tinggal kurang daripada 12 jam boleh dikenakan bayaran penuh bagi satu hari mengikut budi bicara pegawai perubatan sekiranya rawatan dan makanan telah diberikan kepada keluarga pegawai tersebut. Sebagai contohnya; Ayah Faris masuk ke wad Kelas II pagi 12hb Mei 2007 dan keluar wad pukul 11 pagi pada 14hb Mei 2007. Maka bayaran ayah Faris untuk wad selama 2 hari ialah RM6.00 sahaja. Dalam situasi ini ayah Faris hanya perlu bayar bayaran wad selama 2 hari sahaja walapun realitinya ayah Faris telah menginap dalam wad selama 2 hari 11 jam, di mana untuk lebihan 11 jam tersebut tidak akan diambil kira. Manakala pada hari tersebut juga ibu Ravi masuk ke wad kelas II untuk mendapatkan rawatan daripada doktor, selepas disahkan oleh doktor boleh rehat di rumah maka ibu Ravi keluar wad hari itu juga iaitu pada pukul 1 petang. Bayaran kenakan ialah RM 3.00 kerana telah menggunakan rawatan dan makanan daripada pihak hospital.

2.1.3 Bayaran Wad Keluarga Pegawai untuk Kes Tertentu Bayaran wad adalah percuma sekiranya keluarga pegawai tersebut mengidap penyakit tibi, kusta dan barah. Selain itu bayaran wad juga adalah percuma sekiranya keluarga pegawai mengidap penyakit merebak seperti selsema burung, denggi dan sebagainya. Sebagai contohnya, isteri Chong mengidap penyakit demam denggi selepas balik dari perkampungan kecil dan dihantar ke hospital untuk merawat selama satu minggu di wad

Kelas Dua. Bayaran wadnya tetap percuma (7 hari X RM 0.00 = RM 0.00). Keadaan ini menunjukkan bahawa keluarga pegawai yang mengidap penyakit berjangkit, penyakit tibi, kusta dan barah, maka tidak akan dikenakan bayaran untuk kemasukan ke dalam wad.

2.1.4 Kadar Bayaran Keluarga Pegawai bagi Wad Kelas Tinggi Sekiranya keluarga pegawai sendiri meminta untuk dimasukkan ke dalam wad yang lebih tinggi kelasnya daripada yang dia sepatut berhak, maka keluarga pegawai akan dikehendaki membayar bayaran wad seperti yang dikenakan kepada orang ramai dan dia boleh dikehendaki membayar cengkeram atau mengemukakan jaminan pembayaran yang memuaskan.

2.1.5 Kadar Bayaran Keluarga Pegawai bagi Wad Kelas Rendah Sekiranya keluarga pegawai yang terpaksa memilih untuk dirawat di dalam wad yang lebih rendah kelasnya daripada yang dia berhak, maka dia akan dikehendaki membayar bayaran maksima kelas wad tersebut yang lazim patut dibayar olehnya.

2.1.6 Kadar Bayaran dan Kelas Wad Keluarga Pegawai Yang Masih Bersekolah Anak seseorang pegawai yang dimasukkan ke dalam hospital sebagai seorang murid sekolah yang telah dinyatakan di dalan Perintah Am 21 (C) akan dikecualikan daripada sebarang bayaran hospital apabila ia dimasukkan ke dalam wad kelas Dua. Dengan syarat ia ada mengemukakan satu surat pengenalan dari guru besarnya. Sebaliknya, jikalau pegawai tersebut berkehendaki anaknya dirawat di dalam wad satu maka kadar bayaran seperti di Perintah Am 21 akan dikenakan. Tetapi sekiranya pegawai tersebut

sememang berkelayakan untuk mendapat rawatan di kelas satu atau kadar bayaran yang dikenakan mengikut kadar bayaran kanak-kanak sekiranya pegawai tersebut tidak berkelayakan bagi kelas satu. Sebagai contohnya;

KELAS WAD Kelas 1 bilik seorang Kelas 1 bilik berdua Kelas 1 bilik bertiga

BAYARAN SEHARI RM 10.00 RM 8.00 RM 6.00

Bagi kes pergigian, anak-anak pegawai tersebut berhak mendapat rawatan percuma dengan syarat ia ada mengemukakan satu surat pengenalan dari guru besarnya.

2.1.7 Kelayakan Kelas Wad dan Kadar Bayaran Bagi Pesara dan Ahli Keluarganya. Seseorang pesara atau keluarganya mendapat kelayakan untuk memasuki ke sebarang wad dalam hospital akan ditetapkan mengikut kelayakan akhir pesara sejurus sebelum bersara. Seseorang pesara itu akan dikehendaki membayar % daripada gaji akhirnya yang diterimanya sebelum bersara sebagai bayaran wad sehari bagi diri atau keluarganya dengan syarat iaitu bayaran maksimum bagi wad mengikut kelayakannya itu tidak akan melebihi daripada maksimum bagi pegawai-pegawai setaraf yang sedang berkhidmat. Walau bagaimanapun seseorang pesara yang mendapat pencen tidak melebihi RM 180 sebulan akan dikecualikan daripada membayar bayaran wad bagi diri atau keluarganya.

2.1.8 Pengecualian Bayaran Wad Pegawai yang dimasukkan ke hospital atau Yayasan Perubatan Kerajaan akibat daripada kecederaan yang dialami dalam kemalangan semasa menjalankan tugas atau semasa membuat perjalanan dalam tugas rasmi adalah dikecualikan daripada dikenakan bayaran wad dengan syarat mendapat pengesahan sedemikian daripada Ketua Jabatannya.

2.1.9 Hospital Sakit Otak Bayaran harian Kelas Wad Gaji Pegawai / Pesara Sebelum Bersara RM680 sebulan dan ke atas RM 180 sebulan dan ke atas tetapi di bawah RM 680 Bergaji di bawah RM 180 sebulan Pegawai Pesara

Kelas I

RM 2.50

RM 1.25

Kelas II

RM 0.50

__

Kelas III

Percuma

Percuma

3.0 TAFSIRAN KELUARGA PEGAWAI YANG LAYAK MENERIMA KEMUDAHAN RAWATAN PERCUMA SELEPAS KEMATIAN PEGAWAI. Mana-mana keluarga seseorang pegawai yang telah diletakkan di atas perjawatan berpencen akan berkelayakan menerima kemudahan rawatan percuma selepas

kematian pegawai itu, tidak kira sama ada kematian itu telah berlaku semasa pegawai itu sedang berkhidmat atau setelah ia bersara. Kelayakan menerima kemudahan rawatan ini adalah terhad kepada mereka yang tergolong dalam tafsiran keluarga pegawai di Perintah Am (iii) itu sahaja. Ketua Jabatan akan dikehendaki mengeluarkan satu kad pengenalan untuk pegawai yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan untuk memudahkan ahli keluarganya mendapatkan kemudahan rawatan. Tafsiran bagi Keluarga Pegawai yang layak menerima kemudahan rawatan percuma selepas kematian pegawai adalah bagi pegawai lelaki, isteri dan anakanaknya dan bagi pegawai perempuan, suami dan anak-anaknya. Manakala tafsiran bagi anak-anak pegawai iaitu anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai itu. Anak-anak tersebut mestilah berumur di bawah 18 tahun atau pun di bawah 21 tahun sekirannya masih bersekolah. Walau bagaimanapun bagi anak-anak yang daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani had-had umur ini tidak akan dipakai. Perkara ini tidak mengambil kira sama asa kedaifan wujud atau berlaku sebelum atau selepas had umur di bawah tanggungan seperti yang ditetapkan. Sementara itu, juga Istilah anak bagi pegawai adalah termasuk juga anakanak tiri dan anak-anak angkat yang diambil mengikut undang-undang. Selain itu, balu seseorang pegawai akan juga dianggap sebagai keluarga pegawai selagi ia tidak berkahwin semula. Bagi tafsiran ibu bapa pengawai yang sah bermaksud ibu bapa kandung atau ibu tiri atau bapa tiri ataupun ibu bapa angkat yang pertalian kekeluargaan adalah sah di

sisi undang-undang. Kemudahan ini dihadkan kepada seorang ibu yang sah dan seorang bapa yang sah sahaja pada satu-satu masa. Manakala bagi kadar bayaran wad sekiranya keluarga pegawai ke dalam hospital maka mereka akan dikehendaki membayar bayaran wad sebanyak yang patut mereka bayar sekiranya pegawai itu masih hidup lagi sebagai seorang pesara.

4.0 KESIMPULAN Secara keseluruhannya, keluarga pegawai boleh menikmati kemudahan yang disediakan oleh kerajaan tanpa mengira kategori grednya. Untuk menikmati kemudahan ini perlunya prosedur iaitu mendapatkan Surat Pengesahan Diri Dan Pengakuan Pegawai. Manakala kemudahan rawatan percuma untuk keluarga pegawai selepas kematian pegawai hanya untuk pegawai yang memilih opsyen pencen. Ini bermakna pegawai yang memilih opsyen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), keluarga pegawai adalah tidak layak menikmati kemudahan rawatan percuma selepas bersara.

BIBLIOGRAFI

Penasihat Undang-Undang MDC (2006). Undang-Undang Malaysia. MDC Publishers Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

10

Penasihat Undang-Undang MDC (2004). Perintah-perintah Am Dan Arahan Pentadbiran. Selangor Darul Ehsan: International Law Book Services.

Sidang Pengarang (2003). Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Penerbit Femina. Petaling Jaya.

Institut Tadbiran Awan Negara (Intan). 1992. Kursus Induksi Untuk Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awan Malaysia. Kuala Lumpur.

KANDUNGAN

Tajuk 1.0 PENGENALAN

Muka Surat 1

11

2.0 KELAS WAD DAN KADAR BAYARAN WAD BAGI KELUARGA PEGAWAI 2.1.1 2.1.2 2.1.3 2.1.4 2.1.5 2.1.6 2.1.7 2.18 2.1.9 Bayaran dan Kelas Wad keluarga pegawai Pengiraan Bayaran Wad Bagi Keluarga Pegawai Bayaran Wad Keluarga Pegawai untuk Kes Tertentu Kadar Bayaran Keluarga Pegawai Bagi Wad Kelas Tinggi Kadar Bayaran Keluarga Pegawai Bagi Wad Kelas Rendah Kadar Bayaran dan Kelas Wad Keluarga Pegawai Yang Masih Bersekolah Kelayakan Kelas Wad dan Kadar Bayaran bagi Pesara dan Ahli Keluarganya. Pengecualian Bayaran Wad Hospital Sakit Otak

1 2 4 4 5 5 5 6 7 7 8

3.0 TAFSIRAN KELUARGA PEGAWAI YANG LAYAK MENERIMA KEMUDAHAN RAWATAN PERCUMA SELEPAS KEMATIAN PEGAWAI. 4.0 KESIMPULAN BIBLIOGRAFI

12

You might also like