Sahsiah, Ponteng Sek

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 25

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK MANSOR 72100 BAHAU, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS PROGRAM AMALAN TERBAIK HAK

ASASI MANUSIA PROGRAM JOM KE SEKOLAH

1.0 PENGENALAN Program ATHAM ini telah diperkenalkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) kepada SMK Datuk Mansor dalam Mesyuarat dan Taklimat yang diadakan di Hotel InternationaL Pearl pada 20 dan 21 Mei 2009 yang lalu. Hasil daripada perbincangan dalam kumpulan, Program Jom Ke Sekolah telah dipilih sebagai program rintis bagi pelaksanaan Program Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia (ATHAM) di sekolah ini. Tujuan program Jom Ke Sekolah diadakan adalah untuk memastikan semua pelajar hadir ke sekolah. Perkara ini dapat dilaksanakan dengan mewujudkan suasana yang mesra dan persekitaran yang kondusif serta aktiviti-aktiviti yang dapat menarik minat pelajar ke sekolah. 2.0 RASIONAL Program Jom Ke Sekolah dirancangkan memandangkan kes murid yang ponteng kelas dan sekolah semakin meningkat dan perkara ini sangat membimbangkan pihak sekolah. Keadaan ini akan menjadi penghalang pihak sekolah untuk mencapai visi bagi melahirkan pelajar yang cemerlang. 3.0 MATLAMAT Melahirkan modal insan yang berdisiplin, bermotivasi tinggi, cemerlang dan berakhlak mulia melalui pendidikan yang berkualiti. 4.0 OBJEKTIF i. Mencapai matlamat kehadiran seratus peratus dengan mewujudkan suasana mesra, persekitaran yang kondusif dan aktiviti-aktiviti yang menarik minat pelajar. Memastikan pelajar mendapat pendidikan yang berkualiti. Melahirkan perasaan cintakan sekolah dan sikap bertanggungjawab dalam kalangan pelajar . Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan kehadiran ke sekolah dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik, kokurikulum dan akhlak.

ii. iii. iv.

5.0 PEMBENTUKKAN AHLI JAWATAN KUASA Pihak sekolah telah menubuhkan satu jawatan kuasa untuk melaksanakan program Jom Ke Sekolah. Ahli Jawatan Kuasa yang telah dilantik adalah seperti berikut:

Penasihat

: Pn.Hjh. Kamilah binti Saleh Pengetua, SMK Datuk Mansor : Tn. Hj. Juhari bin A. Hamid Guru Penolong Kanan Akademik : Pn. Mek Paridah binti Abu Samah Guru Penolong Kanan HEM : En. Manickam A/L Letchuman Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Pengerusi

Naib Pengerusi

Setiausaha

: Pn. Aini Rozita binti Ahmad Guru Bimbingan dan Kaunseling : Pn. Anitha a/p Damodaran Guru Bimbingan dan Kaunseling : Pentadbir sekolah

Pen. Setiausaha

Bendahari

JAWATAN KUASA KERJA Unit Bimbingan dan Kaunseling En Vignweswaran Munusamy En Azman Talib Pelajar Ahli Pembimbing Rakan Sebaya

Unit Disiplin En Zulkarnain Shariff En Samsol Kamar Bidin Pn Premalatha a/p See Ust Abdul Rahman Abd Razak Ust Ibnorazan Ibrahim Pn Shobana a/p Arullapan Cik Chong Kui Ee Pelajar Badan Pengawas

Unit HEM Pn Siti Jamilah Jamaluddin

1. Program Titian Kasih Penyelaras : Pn. Nurul Aida Mohd Taib

2. Program Perjumpaan Tiga Penjuru Penyelaras : En. Hazri Tohar Pn. Zalilah Daud 3. Program Mentor Mentee Penyelaras : Pn. Anitha Damodaran 4. Program Motivasi Kecemerlangan Penyelaras : En. Azman Talib 5. Program Sedarlah Sayang Penyelaras : En. Vigneswaran a/l Munusamy 6. Program School Stay Penyelaras : En. Ramesh a/l Muniandy 7. Program Gotong-Royong Penyelaras : Pn. Sarimah Samsudin 8. LASBELA Penyelaras : Panitia Mata Pelajaran 9. Karnival Jom ke Sekolah Penyelaras : Pn. Siti Absah Kassim 10. Melukis Mural Penyelaras : Pn. Anitha Damodaran 11.0 Perhimpunan Pagi Penyelaras : Pn. Susila a/p Pavadai

6.0 AKTIVITI-AKTIVITI AMALAN TERBAIK HAK ASASI MANUSIA DI SEKOLAH Secara keseluruhannya program ini dibahagikan kepada dua peringkat. Peringkat pertama mensasarkan keseluruhan warga sekolah manakala program peringkat kedua mensasarkan pelajar ponteng ke sekolah. Program Jom ke Sekolah ini telah dilancarkan pada 20 April 2009 namun program telah disisipkan dalam Program Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia mulai bulan Mei 2009. 6.1 Program umum i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Perhimpunan Mingguan Sudut Hak Asasi Manusia Motivasi Kecemerlangan Pelajar Perjumpaan 3 Penjuru Program Keceriaan Sekolah Program School Stay Prgoram LASBELA 6.2 Program khusus i. ii. iii. iv. Mentor-mentee Program Sedarlah Sayang Sesi kaunseling individu dan kelompok Majlis Penganugerahan

7.0 BUTIRAN PROGRAM AMALAN TERBAIK HAK ASASI MANUSIA 7.1 PENYEBARAN MAKLUMAT a. Perhimpunan Mingguan b. Sudut Hak Asasi Fokus UDHR dan CRC Perkara 17 (UHDR) : Akses kepada maklumat yang sewajarnya Warga sekolah diberi maklumat tentang hak-hak asasi manusia sejagat dan hakhak kanak-kanak supaya mereka peka dengan hak-hak mereka serta dapat memberi faedah terhadap kesejahteraan hidup mereka. Perkara 12 (CRC) : Pendapat Kanak-Kanak Pelajar diberi peluang untuk menyatakan pendapat mereka supaya pandangan tersebut diambilkira oleh pihak sekolah dalam membuat keputusan.

a. Perhimpunan Mingguan

i.

Perhimpunan ini diadakan untuk semua guru dan pelajar pada setiap hari Isnin. Dalam perhimpunan ini seorang guru penyelaras telah dilantik untuk menerangkan tentang artikel-artikel yang terdapat dalam Hak Asasi Manusia dan Hak Kanak-kanak. Matlamat

ii.

Memberi kesedaran tentang Hak Manusia dan Hak Kanak-Kanak kepada warga sekolah demi kesejahteraan mereka. iii. a. b. iv. Objektif Menerangkan artikel yang terdapat dalam Hak Asasi Manusia dan Hak Kanak-Kanak dalam setiap perhimpunan rasmi. Memberi peluang kepada pelajar untuk menyuarakan pandangan terhadap artikel yang dibincangkan. Tarikh dan Tempoh Perlaksanaan Setiap hari Isnin dalam perhimpunan rasmi. v. Kumpulan Sasaran Semua warga sekolah vi. Strategi Aktiviti a. b. Slot penerangan tentang artikel oleh penyelaras program Kuiz tentang Hak Asasi Manusia dan Hak Kanak-Kanak

b. Sudut Hak Asasi Manusia Sudut maklumat bagi program ini ialah di kawasan kantin sekolah. Kawasan ini dipilih kerana kawasan ini merupakan tempat tumpuan semua warga sekolah pada waktu rehat. Warga sekolah akan dapat membaca dan menghayati beberapa artikel mengenai Hak Asasi Manusia dan Hak Kanak-Kanak serta dapat melihat gambar-gambar perlaksanaan program Aamalan Terbaik Hak Asasi Manusia yang telah dilaksanakan disekolah ini. i. Matlamat Menyampaikan maklumat dan memberi kesedaran kepada warga sekolah tentang Hak Asasi Manusia dan Hak Kanak-Kanak. ii. Objektif a. b. Mempamerkan artikel-artikel tentang Hak Asasi Manusia dan Hak Kanak-Kanak. Mempamerkan aktiviti-aktiviti Program Jom ke Sekolah yang telah dilaksanakan di sekolah.

c.

Mempamerkan Ahli Jawatan Kuasa yang terlibat dalam menjayakan program ini.

iii. Tarikh dan Tempoh Perlaksanaan Sepanjang tahun mulai Jun 2009 iv. Kumpulan Sasaran Semua warga sekolah v. Strategi Aktiviti a. mempamerkan artikel melalui bunting b. mempamerkan maklumat program melalui gambar-gambar aktiviti

7.2 Motivasi Kecemerlangan Akademik Pelajar Program ini diadakan untuk 2 kumpulan iaitu program motivasi untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam (PMR, SPM dan STPM) dan pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan sekolah. Program Motivasi Kecemerlangan diadakan untuk semua murid mengikut tingkatan. Tujuan program ini diadakan untuk meningkatkan semangat dan jati diri pelajar untuk terus belajar dan menimba seberapa banyak ilmu demi mencapai cita-cita yang diimpikan. Fokus UDHR dan CRC Perkara 1 (UDHR) Pelajar dari semua kaum diberikan peluang untuk berinteraksi antara satu sama lain dengan tujuan mereka dapat memupuk semangat persaudaraan. Perkara 12 (CRC) : Pendapat Kanak-Kanak Pelajar diberi peluang untuk menyatakan pendapat mereka supaya pandangan tersebut diambilkira oleh pihak sekolah dalam membuat keputusan. Perkara 17 (CRC) : Akses kepada maklumat yang sewajarnya Pelajar-pelajar diberi maklumat tentang bidang-bidang kursus dan ini membantu pelajar merancang dan memilih bidang kursus yang bersesuaian untuk masa depan mereka. a. Program Motivasi PMR, SPM dan STPM i. Matlamat Melahirkan murid yang cemerlang dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM dengan pencapaian kelulusan 100%. ii. Objektif a. Mendapat maklumat dan panduan tentang hala tuju selepas peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Pelajar diberikan maklumat mengenai bidang kursus yang boleh diceburi selepas peperiksaan yang juga membantu para pelajar merancang masa depan mereka. b. Meningkatkan motivasi diri murid dan keyakinan diri dalam menghadapi cabaran. iii. Tarikh dan Tempoh Perlaksanaan

PMR : 16 Januari 2009 (Jumaat) 7.30 10.00 pagi

SPM : 22 Januari 2009 (Khamis) 8.00 11.00 pagi STPM : 23 Januari 2009 (Jumaat) 8.00 11.00 pagi iii. Kumpulan Sasaran Semua Murid Tingkatan 3, 5 dan 6 Atas iv. Strategi Aktiviti a. Ceramah Pelajar diberikan maklumat seperti kaedah pengurusan masa yang berkesan, penentuan matlamat, persediaan belajar dan sistem meritokrasi serta dasar pemilihan pelajar ke program selepas SPM dan STPM di Institut Pengajian Tinggi Awam. b. Bengkel Pelajar berbincang dalam kumpulan dan membentangkan hasil perbincangan. Pelajar juga diberi peluang untuk menyuarakan pandangan mereka. Mengikut amalan sekolah ahli kumpulan mesti terdiri daripada pelbagai kaum serta lelaki dan perempuan. b. Program Motivasi Kecemerlangan bagi pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan di peringkat sekolah - tingkatan 1,2,4,dan 6 bawah i. Matlamat Melahirkan murid yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun dengan pencapaian kelulusan 100%. ii. Objektif a. b. Meningkatkan motivasi diri murid dan keyakinan diri dalam menghadapi cabaran. Menerapkan kemahiran pengurusan masa, kemahiran belajar, ciri-ciri pelajar yang positif dan penetapan matlamat diri untuk membantu meningkatkan preatasi akademik mereka. Membentuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan pelajar yang pelbagai kaum, bangsa, budaya dan agama.

c.

iii. Tarikh dan Tempoh Perlaksanaan a. b. c. d. 5 9 Januari 2009 Tingkatan 1 21 Januari 2009 tingkatan 2 12 13 Januai 2009 Tingkatan 4 11-15 Mei 2009 Tingkatan 6 Bawah

iv. Kumpulan Sasaran

Semua pelajar tingkatan peralihan, tingkatan 1, tingkatan 2, tingkatan 4 dan tingkatan 6 bawah. v. Strategi Aktiviti a. b. c. Taklimat Sesi soal-jawab Latihan dalam kumpulan

7.3 Program Keceriaan Sekolah Pihak sekolah telah merancang program keceriaan sekolah bagi memastikan pelajar dapat belajar dalam suasana yang kondusif dan persekitaran yang bersih serta ceria. Terdapat 2 peringkat program keceriaan iaitu keceriaan kelas dan keceriaan kawasan persekitaran. Fokus UHDR dan CRC Perkara 25 (UHDR) Setiap orang berhak ke atas suatu taraf kesihatan yang memuaskan untuk menjamin kesihatan yang baik. Taraf kesihatan dapat ditingkatkan melalui penjagaan kebersihan termasuk kebersihan diri dan persekitaran pelajar. Perkara 27 (CRC) Setiap pelajar perlu mendapatkan taraf hidup yang selesa untuk memastikan mereka dapat berkembangan secara positif dari segi fizikal, mental, kerohanian, kemoralan, dan sosial. Perkara 29 (CRC) Pendidikan dapat membantu dan membimbing pelajar supaya bertanggungjawab, mempunyai semangat persefahaman dan bertoleransi sama ada dalam kalangan warga sekolah mahu pun masyarakat luar. a. Keceriaan Kelas Setiap kelas melantik Ahli Jawatan Kuasa untuk melaksanakan program keceriaan kelas. Ketua kelas menyediakan jadual waktu bertugas setiap hari untuk memastikan kelas sentiasa berada dalam keadaan bersih dan ceria. Suasana seperti ini dapat mewujudkan mood pelajar yang baik untuk menghadapi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. i. Matlamat Melahirkan pelajar yang bertangungjawab dan cintakan persekitaran yang bersih. ii. Objektif a. b. c. Menerapkan rasa tanggung jawab pelajar terhadap diri, harta benda sekolah dan persekitaran tempat belajar. Memupuk semangat bekerjasama dan bertoleransi dalam kalangan pelajar. Meningkatkan taraf kesihatan yang baik dalam kalangan pelajar melalui penjagaan kebersihan diri dan persekitaran.

10

iii. Tarikh dan Tempoh Perlaksanaan Sepanjang tahun Majlis penganugerahan sijil dan piala pusingan diadakan dalam perhimpunan rasmi pada setiap hari Isnin kepada Johan Kebersihan dan Keceriaan Kelas bagi 2 kategori iaitu menengah rendah (kelas peralihan, tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 3) dan menengah atas (tingkatan 4, tingkatan 5, tingkatan 6 Bawah dan tingkatan 6 Atas)

iv. Kumpulan Sasaran Semua kelas dan semua pelajar v. Strategi Aktiviti Jadual bertugas kelas Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas b. Keceriaan Persekitaran Sekolah 1. Aktiviti gotong-royong perdana Aktiviti ini dijalankan dengan melibatkan semua warga sekolah dan PIBG sekolah. Semua pelajar, guru dan ibu bapa yang ikut serta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diberikan kawasan tertentu untuk dibersihkan dan diceriakan. Program ini telah dilaksanakan oleh Panitia Mata Pelajaran Sejarah dan Panitia Mata Pelajaran Sivik. Semua warga sekolah terlibat dengan aktiviti ini. i. Matlamat Melahirkan perasaan cintakan sekolah dalam kalangan pelajar ii. Objektif a. Mewujudkan suasana yang kondusif dan persekitaran yang bersih dan ceria bagi menarik minart pelajar hadir ke sekolah. b. Menanamkan rasa cintakan sekolah dengan ini pelajar akan rajin hadir ke sekolah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran dan kokurikulum. iii.Tarikh dan Tempoh Perlaksanaan 11 Julai 2009 iv. Kumpulan Sasaran Semua warga sekolah dan PIBG sekolah

11

v. Strategi Perlaksanaan a. b. c. d. e. Majlis perasmian Taklimat aktiviti Gotong royong pembersihan kawasan dan aktiviti keceriaan kawasan Pertandingan kawasan terbersih dan terceria Penyampaian hadiah kepada pemenang 2. Program Keceriaan Tapak Perhimpunan Program ini telah dilaksanakan pada 9 Julai 2009 yang lalu. Seramai 19 orang pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum telah terlibat bagi menjayakan program ini. Pelajar-pelajar didapati sangat seronok dan bersungguh-sungguh membantu menceriakan kawasan tapak perhimpunan sekolah. Jamuan diadakan selepas aktiviti gotong-royong Perkara 1 (UDHR) Pelajar dari semua kaum diberikan peluang untuk berinteraksi antara satu sama lain dengan tujuan mereka dapat memupuk semangat persaudaraan. Perkara 6 (UHDR) Pelajar berhak diberi pengiktirafan terhadap sumbangan mereka kepada sekolah. Perkara 12 (CRC) : Pendapat Kanak-Kanak Pelajar diberi peluang untuk menyatakan pendapat mereka supaya pandangan tersebut diambilkira oleh pihak sekolah dalam membuat keputusan. Perkara 17 (CRC) : Akses kepada maklumat yang sewajarnya Pelajar-pelajar diberi maklumat tentang bidang-bidang kursus dan ini membantu pelajar merancang dan memilih bidang kursus yang bersesuaian untuk masa depan mereka. i. Rasional Aktiviti Mengecat Tapak Perhimpunan dirancangkan dengan tujuan pelajarpelajar mencapai matlamat pendidikan. Aktiviti ini secara langsung dan tidak langsung akan memberi peluang pelajar-pelajar memperkembangkan personaliti, bakat dan kebolehan mental dan fizikal pada tahap yang cemerlang. ii. Matlamat Memastikan semua pelajar mencapai matlamat pendidikan pada peringkat awal, teknikal serta profesional berdasarkan kebolehan masing-masing. iii. Objektif

12

a. Memastikan semua pelajar mencapai matlamat pendidikan. b. Mewujudkan suasana mesra, persekitaran yang kondusif dan aktiviti-aktiviti yang menarik minat pelajar. c. Melahirkan perasaan cintakan sekolah dan sikap bertanggungjawab dalam kalangan pelajar . iv. Pelaksanaan Tarikh Hari Masa Tempat : : : : 09 Julai 2009 Khamis 8.00 pagi 1.00 petang Tapak Perhimpunan

v. Kumpulan Sasaran Semua murid yang terlibat dengan masalah ponteng vi. Strategi Aktiviti a. Taklimat Taklimat diberi oleh penyelaras sebelum aktiviti bermula. Pelajar-pelajar akan diberitahu tujuan dan kesan aktiviti ini terhadap pelajar dan sekolah. Pelajar-pelajar juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan ketua kumpulan dipilih oleh ahli kumpulan masing-masing. Program ini telah dilaksanakan pada 9 Julai 2009 yang lalu. Seramai 19 orang pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum telah terlibat bagi menjayakan program ini. Pelajar-pelajar didapati sangat seronok dan bersungguh-sungguh membantu menceriakan kawasan tapak perhimpunan sekolah. Jamuan diadakan selepas aktiviti gotong-royong ini. b. Aktiviti Keceriaan Tapak Perhimpunan Pelajar-pelajar yang terdiri daripada semua kaum ini akan mengecat tapak perhimpunan . Aktiviti ini dijangka siap dalam masa lebih kurang 5 jam. Pelajar-pelajar ini diharap boleh memberi kerjasama yang baik kepada guru-guru dalam menjayakan program ini. c. Jamuan dan Penghargaan Jamuan akan diadakan selepas aktiviti gotong-royong ini. Pelajar pelajar ini juga akan diberi ucapan tahniah dan terima kasih dalam majlis jamuan ini.

13

7.4 Program School stay Program School Stay telah diadakan dalam bentuk perkhemahan pada 17, 18 dan 19 Julai 2009 yang lalu. Seramai 180 orang pelajar yang terdiri daripada persatuan/kelab, badan beruniform dan permainan/ sukan telah terlibat dalam program ini. Program ini mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada para pelajar. Antara objektif program ini dilaksanakan ialah untuk mempraktikkan penyertaan pelajar dalam bentuk kumpulan dan bagi menjelaskan kepentingan hak atas kebebasan berpersatuan dalam usaha melaksanakan sesuatu projek. Selain itu, sikap yakin diri, berani, tidak mudah putus asa dan semangat berpasukan juga dapat diterapkan.

i. Rasional Program School Stay telah dirancang dengan tujuan akan memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengembangkan bakat dan kebolehan serta memiliki jiwa dan keperibadian mulia. Di samping itu, aktiviti ini juga diharap dapat melahirkan pelajarpelajar yang berilmu pengetahuan, bersemangat muhibbah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dengan semangat persaudaraan. ii. Matlamat Memastikan semua pelajar menikmati dan mencapai matlamat pendidikan yang menjurus kepada perkembangan personaliti, bakat dan kebolehan mental dan fizikal pada tahap yang cemerlang. iii. Objektif a. Memastikan semua pelajar mencapai matlamat pendidikan. b. Memberi peluang dalam perkembangan mental dan fizikal pelajar-pelajar. c. Memupuk nilai-nilai murni seperti kepimpinan, kerjasama, empati menyayangi diri sendiri, rakan-rakan dan juga alam sekitar. iv. Pelaksanaan

dan

Tarikh Hari Tempat v. Kumpulan sasaran

: 17 Julai 2009 hingga 19 Julai 2009 : Jumaat, Sabtu dan Ahad : Padang SMK Datuk Mansor

180 orang pelajar (Pelajar-pelajar dari 60 unit kokurikulum yang terdiri daripada persatuan/kelab, badan beruniform dan permainan/sukan)

14

vi. Strategi Aktiviti

i.

Taklimat / Persiapan perkhemahan

Pelajar-pelajar dan guru-guru diberikan penerangan tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan selama 3 hari nanti. Pelajar-pelajar juga diingatkan kepentingan berdisiplin sepanjang tempoh proram ini. Pelajar-pelajar mendirikan perkhemahan mengikut kumpulan masing-masing. ii. Ice breaking

Pelajar-pelajar diberi peluang untuk mengenal dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru-guru dan pelajar-pelajar. Bagi tujuan tersebut, aktivitiaktiviti seperti mencari kawan yang sama tarik lahir, hobi yang sama, warna kegemaran dan lain-lain aktiviti yang menarik telah dijalankan. iii. Ceramah / LDK

Satu ceramah kepimpinan telah diadakan dimana dalam program ini, pelajarpelajar telah didedahkan dengan aspek-aspek kepimpinan bagi memudahkan mereka melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab mereka di sekolah, rumah dan masyarakat pada masa akan datang. Latihan Dalam Kumpulan juga telah diadakan bagi tujuan membina sikap yakin pada diri sendiri, berani, sentiasa mencuba dan tidak mudah putus asa. iv. Aktiviti Survival

Pelajar-pelajar terlibat dalam aktiviti-aktiviti survival seperti merempuh halangan, latihan kawat kaki, Aktiviti Lasak, dan lain-lain lagi. Aktiviti-aktiviti ini bertujuan memberi kemahiran serta pengetahuan dan pengalaman berguna bagi menempuh situasi serta cabaran yang mendatang. vi. Fokus UDHR dan CRC Perkara 1 (UDHR) Pelajar dari semua kaum diberikan peluang untuk berinteraksi antara satu sama lain dengan tujuan mereka dapat memupuk semangat persaudaraan. Perkara 15 (CRC) : Hak Kepada Kebebasan Berpersatuan Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak kepada kebebasan berpersatuan dan kebebasan berhimpun secara aman. Tiada sekatan boleh diletakkan mengenai penggunaan hak ini selain sekatan yang dikenakan bagi menepati undang-undang dan yang perlu dalam masyarakat demokratik demi kepentingan keselamatan

15

negara atau keselamatan awam, ketenteraman awam, perlindungan kesihatan awam atau kemoralan atau perlindungan hak dan kebebasan orang lain. Perkara 29 : Matlamat pendidikan Pendidikan hendaklah mempunyai matlamat untuk mengembangkan personaliti, bakat dan kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada tahap potensi yang paling tinggi. Pendidikan hendaklah menyediakan kanak-kanak itu untuk kehidupan dewasa yang aktif dalam satu masyarakat yang bebas dan memupuk rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, bahasa dan nilainya sendiri, dan bagi latarbelakang kebudayaan dan nilai orang

16

7.5 Program Tititan Kasih Program Titian Kasih dilaksanakan dalam 2 fasa iaitu fasa pertama pelajarpelajar dari feeder school dijemput hadir ke sekolah ini untuk melihat sendiri segala prasarana sekolah, perkhidmatan yang disediakan dan persekitaran sekolah. Manakala dalam fasa kedua wakil dari sekolah ini akan pergi ke feeder school untuk memberi maklumat yang perlu kepada pelajar-pelajar tahun 6 supaya mereka dapat membuat persediaan diri sebelum memasuki tingkatan 1. Fokus UHDR dan CRC

Perkara 26 (UHDR) Setiap pelajar berhak berhak untuk mendapatkan pelajaran secara percuma pada peringkat awal. Pelajar juga berpeluang untuk mengikut mata pelajaran yang berbentuk teknikal mengikut kebolehan mereka. Perkara 17 (CRC) : Akses kepada maklumat yang sewajarnya Pelajar-pelajar diberi maklumat tentang prasarana yang terdapat di sekolah, perkhidmatan=perkhidmatan yang ditawarkan, peraturan-peraturan sekolah serta maklamat pendidikan. Perkara 28 (CRC) : Hak Kepada Pendidikan Pelajar wajib dan berhak untuk mendapatkan pendidikan secara percuma dan menggalakkan pendidikan menengah dalam berbagai bentuk yang mudah diperoleh oleh setiap pelajar. Disiplin sekolah juga selaras dengan hak dan kemuliaan kanakkanak itu. i. Matlamat Melahirkan pelajar-pelajar yang bersedia, bersemangat dan mempunyai keyakinan diri yang teguh untuk merealisasikan visi, misi serta matlamat sekolah. ii. Objektif a. Merapatkan hubungan antara sekolah ini dengan sekolahsekolah rendah yang menjadi sekolah bekalan. b. Menyampaikan maklumat terkini, keperluan sekolah, matlamat serta harapan sekolah ini terhadap pelajar-pelajar yang bakal menjadi warga sekolah ini pada tahun berikutnya. c. Membantu mengurangkan masalah disiplin dan kejutan budaya dalam kalangan pelajar-pelajar peralihan dan tingkatan 1. iii. Tarikh dan Tempoh Perlaksanaan

17

Fasa 1 : 5 Februari 2009 Fasa 2 : 20 Ogos 2009 iv. Kumpulan Sasaran Semua pelajar tahun 6 dari sekolah-sekolah berikut : - SK Tunku Muda Serting - SJKC Bahau - SK Jempol - SK St Aidan v. Strategi Perlaksanaan Taklimat/perbincangan Sesi soal jawab Lawatan persekitaran sekolah Slot motivasi

18

7.6 Sesi Kaunseling Individu dan Sesi Kaunseling Kelompok Sesi Kaunseling Individu dan Sesi Kaunseling Kelompok telah diadakan sepanjang tahun kepada pelajar-pelajar yang bermasalah dan juga terlibat dengan ponteng ini serta pelajar-pelajar yang inginkan khidmat bimbingan dan nasihat berkaitan dengan sesuatu perkara. Sesi kaunseling diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar tentang kepentingan pendidikan, juga membantu mereka berkembang dengan sihat dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Pelajar-pelajar juga berpeluang meluahkan perasaan mereka kepada kaunselor pelajar. Fokus UHDR dan CRC Perkara 1 (UHDR) Pelajar diberi layanan yang samarata untuk melauhkan pemikiran, pendangan dan perasaan mereka dalam sesi bimbingan dan kaunseling yang diberikan. Perkara 12 (CRC) Pelajar diberi peluang untuk menyatakan pendapat mereka secara bebas dan pandangan mereka diambil kira dalam apa-apa perkara atau tatacara yang menyentuh pelajar. i. Matlamat Menyediakan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling secara terbuka kepada semua pelajar bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta boleh meluahkan pemikiran, pandangan dan perasaan mereka. ii. Objektif a. Pelajar dapat berkongsi pemikiran, pandangan serta perasaan mereka bagi perkembangan dan kesejahteraan diri mereka. b. Pelajar rasa dihargai tentang kewujudan mereka oleh warga sekolah. iii. Tarikh dan tempoh perlaksanaan Sepanjang tahun mengikut kesesuaian waktu pelajar iv. Kumpulan sasaran Terbuka kepada semua pelajar yang memerlukan khidmat bimbingan dan kaunseling v. Strategi perlaksanaan

19

membuat promosi tentang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling melalui taklimat dan edaran bahan cetak. - Menyediakan borang temujanji - Menyediakan jadual berjumpaan mengikut kesesuaian waktu pelajar - Mengadakan pertemuan bersama pelajar 7.7 Perjumpaan 3 Penjuru Pengenalan Perjumpaan Tiga Penjuru dan Program Mentor mentee dirancangkan memandangkan kes murid yang ponteng kelas dan sekolah semakin meningkat dan perkara ini sangat membimbangkan pihak sekolah. Perjumpaan Tiga Penjuru adalah di antara 3 pihak iaitu guru-guru, ibu bapa dan para pelajar. Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk membincangkan isu-isu pendidikan termasuklah matlamat pendidikan dan peranan ibu bapa dalam membantu pihak sekolah mencapai visi dan misi pendidikan. Manakala dalam Program Mentor Mentee seorang murid yang terlibat dengan masalah ponteng di anak angkatkan oleh seorang guru. Guru yang bertanggungjawab akan mengawasi, mengenalpasti punca ponteng sekolah dan seterusnya memberi dorongan untuk hadir ke sekolah seperi pelajar-pelajar yang lain. Fokus UDHR dan CRC Perkara 1 (UDHR) Pelajar dari semua kaum diberikan peluang untuk berinteraksi antara satu sama lain dengan tujuan mereka dapat memupuk semangat persaudaraan. Perkara 27 (CRC) Ibu bapa perlu menyediakan keperluan asas untuk menjamin perkembangan fizikal, mental dan emosi anak-anak pada tahap yang seimbang. Perkara 12 (CRC) : Pendapat Kanak-Kanak Pelajar diberi peluang untuk menyatakan pendapat mereka supaya pandangan tersebut diambilkira oleh pihak sekolah dalam membuat keputusan. Perkara 17 (CRC) : Akses kepada maklumat yang sewajarnya Pelajar-pelajar diberi maklumat tentang bidang-bidang kursus dan ini membantu pelajar merancang dan memilih bidang kursus yang bersesuaian untuk masa depan mereka. Rasional Perjumpaan Tiga Penjuru dan Program Mentor mentee dirancangkan memandangkan murid- murid mempunyai hak kepada pelajaran. Pelajaran juga membolehkan seseorang berkembang secara menyeluruh dari segi jasmani,

20

emosi, rohani, intelek dan sosial sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Dalam usaha ini, Ibu- bapalah menjadi orang pertama dalam menentukan anak-

i. Matlamat Memastikan semua pelajar mendapat hak pelajaran pada peringkat awal, teknikal serta profesional berdasarkan kebolehan masing-masing. ii. Objektif a. Memastikan semua pelajar mendapat hak pelajaran b. Memberi kesedaran kepada pelajar, ibu-bapa dan guru bahawa setiap orang adalah berhak kepada pelajaran. c. Memberi kesedaran kepada pelajar bahawa pelajaran membantu dalam perkembangan keperibadian manusia.

iii. Pelaksanaan Tarikh Hari Masa Tempat : : : : 18 Jun 2009 Khamis 10.00 pagi Dewan SMK Datuk Mansor

iv. Kumpulan sasaran Semua murid yang terlibat dengan masalah ponteng (Rujuk Lampiran) v. Strategi Aktiviti

a. Ceramah Pelajar dan ibu bapa diberikan maklumat seperti Kesan ponteng sekolah terhadap pencapaian akademik, Peraturan sekolah dan masalah ponteng sekolah, Perkembangan Psikososial dan emosi remaja dan Peranan dan tanggungjawab ibu bapa. b. Mentor-mentee Pelajar-pelajar ponteng sekolah akan memilih mentor (Guru) yang disenangi oleh masing-masing. Dalam program ini, mentor akan memberi nasihat, dorongan dan motivasi untuk hadir ke sekolah. Program ini juga membantu mentor untuk mengetahui punca pelajar ponteng sekolah dan cuba mengatasi masalah mereka dan seterusnya membantu pelajar tersebut untuk datang ke sekolah.

21

Perkara 28 (CRC) : Hak Kepada Pendidikan Kanak-kanak mempunyai hak terhadap pendidikan, dan kewajipan negara untuk memastikan bahawa pendidikan untama percuma dan wajib, menggalkkan pendidikan menengah dalam berbagai bentuk yang mudah diperoleh oleh setiap kanak-kanak dan untuk menjadikan pendidikan tinggi diadakan kepada semua atas dasar keupayaan. Disiplin sekolah hendaklah selaras dengan hak dan kemuliaan kanak-kanak itu. Negara hendaklah melibatkan diri dalam kerjasama antarabangsa untuk melaksanakan hak ini. Perkara 29 : Matlamat pendidikan Pendidikan hendaklah mempunyai matlamat untuk mengembangkan personaliti, bakat dan kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada tahap potensi yang paling tinggi. Pendidikan hendaklah menyediakan kanak-kanak itu untuk kehidupan dewasa yang aktif dalam satu masyarakat yang bebas dan memupuk rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, bahasa dan nilainya sendiri, dan bagi latarbelakang kebudayaan dan nilai orang

22

7.8 Program Sedarlah Sayang Program ini dilaksanakan sepanjang tahun. Peserta program terdiri daripada pelajarpelajar yang telah tersenarai dalam rekod disiplin murid dari semasa ke semasa. Tujuan program ini diadakan ialah untuk memberi perhatian dan tumpuan yang lebih kepada pelajar-pelajar ini dari pelbagai aspek. Pengisian program lebih memfokuskan kepada pembangunan diri pelajar. Pelajar-pelajar yang didapati meningkat dari segi sahsiah, disiplin diri dan akademik akan diberi anugerah. Fokus UHDR dan CRC Sumber : Hak Untuk Dilindungi Perkara 33 (CRC) : Penyalahgunaan Dadah Pihak sekolah mengambil langkah mengambil langkah yang wajar untuk melindungi pelajar daripada penggunaan dadah narkotik dan bahan psikotropik secara haram dengan memberikan maklumat dan pendidikan berkaitan dengan bahaya penyalahgunaan dadah. Perkara 39 (CRC) : Jagaan Pemulihan Negara mempunyai obligasi untuk memastikan mangsa kanak-kanak dalam konflik bersenjata, penyeksaan, pengabaian, penganiayaan atau pengeksploitasian menerima rawatan yang sewajarnya bagi pemulihan fizikal dan psikologikal dan integrasi semula. i. Matlamat Melahirkan pelajar yang berdisiplin, bermotivasi tinggi untuk berjaya, cemerlang dalam akademik dan kokurikulum serta berakhlak mulia. ii. Objektif a. Meningkatkan motivasi diri pelajar melalui ceramah perkembangan diri remaja, kemahiran belajar dan aktiviti-aktiviti keagamaan. b. Memberikan peluang kepada pelajar berbincang bersama pihak pentadbir tentang masalah-masalah yang dialami oleh pelajar. c. Membimbing pelajar supaya dapat hidup dengan lebih gembira, harmoni dan bermaruah dalam situasi sekolah dan juga dalam masyarakat di luar. iii. Tarikh dan tempoh pelaksanaan Sepanjang tahun - Sekali dalam setiap bulan iv. Kumpulan sasaran

23

v.

Pelajar-pelajar yang terlibat dengan masalah disiplin

Strategi aktiviti - Taklimat - Ceramah - Perbincangan - Tayangan video yang bersesuaian dengan topik perbincangan

24

3.0 Penutup Pihak sekolah berharap agar Program Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia ini akan mendapat sokongan daripada semua pihak. Program ini akan terus dilaksanakan dan menjadi amalan dalam kalangan warga SMK Datuk Mansor. Pihak sekolah juga berharap agar objektif program untuk melahirkan warganegara yang bertanggungjawab dan berdaya saing, demokratik, cinta akan kebebasan, prihatin terhadap negara dan dunia, kepekaan terhadap isu-isu wanita serta kanak-kanak, perlindungan alam persekitaran dan pembangunan terus-menerus akan tercapai serta memberi banyak manfaat kepada perhubungan sesama manusia dan menghasilkan pandangan yang positif terhadap dunia.

Disediakan oleh

Disemak oleh

AINI ROZITA BINTI AHMAD Setiausa Program ATHAM

MEK PARIDAH ABU SAMAH Penyelaras Program ATHAM

Disahkan oleh HAJJAH KAMILAH SALEH Pengetua, SMK Datuk Mansor

25

You might also like