Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

CONTOH SOALAN

Strategi pertama dalam penulisan karangan ialah pentafsiran bahan rangsangan, yakni kata kunci, tajuk karangan, fokus/skop karangan, dan kepanjangan karangan. Strategi kedua ialah menulis introduksi/pendahuluan yang mantap. Pendahuluan perlu mempunyai 3 elemen: ayat rangsangan, iaitu ayat yang mengungkapkan tajuk karangan; ayat huraian, iaitu ayat yang menghuraikan tajuk karangan; dan ayat arahan, iaitu ayat yang menyatakan fokus/skop karangan. Misalnya:

Dalam pembinaan apa-apa jua jenis pendahuluan, ketiga-tiga jenis ayat Ayat Rangsangan (AR), Ayat Huraian (AH), dan Ayat Arahan (AA) menjadi satu kelaziman/kemestian. Misalnya:

Strategi ketiga ialah pembinaan perenggan isi yang efektif dan kreatif. Terdapat 3 jenis perenggan isi deduktif, induktif, dan deduktif-induktif.

Lazimnya, perenggan isi jenis deduktiflah yang dimanfaatkan kerana mudah dan efektif, yakni: Deduktif = Idea + Huraian + Contoh + Kesimpulan Dengan kata lain, binaan perenggan isi ini terdiri daripada 4 jenis ayat, yakni ayat topik/judul (menyatakan idea/isi) + ayat huraian (menghuraikan idea) + ayat contoh (menyatakan contoh/bukti) + ayat penyimpul (membuat kesimpulan).

KOMEN: Perenggan isi bukan sekadar menepati tajuk dan fokus karangan bahkan gaya bahasanya mudah difahami. Hal inilah yang memenuhi cita rasa pemeriksa, yakni menepati skema pemarkahan. Tegasnya, sajian ini bukan sahaja menyelerakan malah memberikan kepuasan kepada pemeriksa! Strategi keempat dan terakhir ialah pelajar perlu mengakhiri karangan dengan suatu rumusan/ kesimpulan yang mantap. Ketika membuat kesimpulan, usahlah terbawa-bawa oleh hawa nafsu yang mencemari keseluruhan karangan. Perenggan penutup/intiha ini perlu mempunyai 3 ciri utama, yakni kesimpulan, cadangan, dan harapan. Seperkara lagi, perenggan penutup perlu terdiri daripada 3 jenis ayat: ayat kesimpulan (AKspn), ayat cadangan (ACdgn), dan ayat harapan (AHrpn). Misalnya:

You might also like