Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PENDAHULUAN

Bagi memenuhi keperluan Sukatan Pelajaran untuk mata pelajaran Geografi, para pelajar Tingkatan 3 diberi peluang untuk menjalankan kerja amali di lapangan. Hal ini dilaksanakan melalui tema Kerja Kursus Geografi. Para pelajar diberi pilihan untuk memilih tajuk kajian masing-masing. Saya dan rakan-rakan sekumpulan saya telah memilih tajuk Pencemaran Alam Sekitar di Taman Putra Perdana, Sepang, Selangor. Kajian dijalankan di Taman Putra Perdana kerana faktor jaraknya yang dekat dengan tempat tinggal masing-masing dan kami mendapati masalah pencemaran di kawasan ini semakin meruncing. Pencemaran udara umpamanya semakin membimbangkan kerana semakin hari bahan buangan yang dilepaskan ke udara semakin meningkat. Takrifan pencemaran menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan. Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah lapan minggu. Setiap pelajar perlu menulis laporan lengkap tentang kajian yang telah dijalankan.

You might also like