Dapatan - Konsep Pencemaran

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

1.

KONSEP PENCEMARAN ALAM SEKITAR Takrifan pencemaran menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan. Manakala berdasarkan ensiklopedia bebas Wikipedia Bahasa Melayu, pencemaran alam sekitar merupakan pemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem, serta mengganggu ameniti dan penggunaan halal alam sekitar. Contoh-contoh pencemaran yang berlaku adalah pencemaran udara yang berpunca daripada asap kenderaan. Selain itu, terdapat juga pencemaran bau akibat kegiatan pelupusan sampah yang tidak sistematik. Kesemua pencemaran ini membawa impak yang negatif dan menggugat kesihatan manusia, sumber-sumber ekonomi serta kemandirian bumi.

You might also like