Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Muhammad Hanif bin Mazlan No 51, Jalan Jaya 3 Taman Bandar Baru Jaya 31900 Kampar Perak.

Pegawai yang berkenaan, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA Tuan, Memberi Keizinan Kepada Isteri Untuk Bertukar ke Semenanjung (Perak). Saya seperti nama diatas adalah suami kepada Noor Syuhada binti Mohd Khuseri, no kad pengenalan 860731-38-5638. Isteri saya telah bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Tagasan, Semporna Sabah bermula 26 Oktober 2009 sehingga kini. 2. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memberitahu keizinan saya untuk isteri saya membuat permohonan bertukar dari negeri Sabah ke negeri Perak. Hal ini kerana isteri saya sedang sarat mengandungkan anak pertama kami. Saya berasa sangat resah sepanjang ketiadaan isteri saya di samping saya. Isteri saya sering sakit dan mengalami masalah kesihatan . 3. Saya sangat berharap agar pihak tuan dapat meluluskan permohonan pertukaran isteri saya. Saya juga mahu isteri saya bersalin di Perak dan hampir dengan saya. Hal ini kerana isteri saya dijangka akan melahirkan anak kami pada 1 januari 2012 dan saya mahu isteri saya dan anak saya berada bersama saya kerana saya mahu menjaga mereka. Tambahan pula anak yang bakal lahir dan isteri saya sangat memerlukan penjagaan yang rapi selepas bersalin kelak. 4. Sekian. Yang benar, Besarlah harapan saya agar pihak tuan meluluskan permohonan pertukaran isteri saya.

2 SEPTEMBER 2011

_____________________________ (MUHAMMAD HANIF BIN MAZLAN)

You might also like