Kanak-Kanak Bekeperluan Khas

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

KANAK-KANAK BEKEPERLUAN KHAS IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Masalah kecacatan fizikal


Guru perlu tahu tentang masalah dan prosedur bagaimana mengurus penyakit seseorang contohnya diserang sawan. Guru perlu jelas tentang kesan masalah fizikal ini ke atas perkembangan psikososial kanakkanak tersebut. Kanak-kanak kadang kala tidak memahami penyakit mereka dan sering mengalami masalah penyesuaian.

Guru juga perlu peka kepada keperluan murid. Misalnya,kanak-kanak celebral palsi boleh menggunakan komputer atau pen ataupun pensil yang tidak memerlukan tekanan yang kuat sekiranya ada tugasan melibatkan penulisan. Penggunaan buku teks alaktronik dapat membantu kanak-kanak yang tidak berupaya memegang buku.

Masalah penglihatan
Guru boleh menyediakan bahan pembacaan yang mempunyai saiz cetakan yang besar. Semasa menulis di papan hitam, guru boleh menyebut secara lisan bahan yang ditulis untuk kemudahan kanak-kanak ini. Sediakan bahan bacaan yang jelas
warna tulisan perlulah kontra dengan warna latar belakang. Tdak terlalu banyak perkataan atau ayat dalam satu muka surat.

Guru perlu memberi perhatian kepada susunan bilik darjah dan memastikan kedudukan kanak-kanaka tersebut berhampiran papan hitam. Susunan bilik darjah seharusnya memudahakan pergerakan kanak-kanak di sekitar bilik darjah dan memberi mereka akses yang mudah kepada bahan-bahan pembelajaran.

Masalah pendengaran.
Kanak-kanak bermasalah pendengaran perlu mendapat latihan awal yang baik di sekolahsekolah khas. Guru-guru perlu memberi arahan dengan jelas dan jangan membelakangkan kanak-kanak tersebut. Elakkan daripada menjerit atau meninggikan suara.

Sediakan persekitaran pembelajaran yang tidak diganggu oleh bunyi bising atau gangguan bunyi lain. Penggunaan bahasa isyarat. Guru perlu dilatih dan didedahkan kepada cara menggunakan jari tangan untuk mengeja.

Masalah pertuturan
Kanak-kanak digalakkan memberi respon secara bertulis. Guru boleh menggunakan pendekatan yang melibatkan penggunaan pelbagai deria. Guru boleh membantu kanak-kanak gengan menjadi model yang sesuai, misalnya mengulang perkataan dengan jelas dan perlahan atau menggunakan alat audio.

Masalah pembelajaran.
Hiperaktif
Kanak-kanak ini sukar memberi penumpuan. Guru boleh menempatkan mereka berhampiran dengan tempat duduk guru supaya mudah dikawal. Semasa mengajar, arahan guru perlu ringkas dan di ulang. Beri peluang kepada mereka untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang aktif.

Masalah tingkahlaku.
Pengurusan tingkah laku yang boleh digunakan dalam bilik darjah :
Peneguhan positif seperti memberi galakan atau pujian kepada mereka yang dapat menyiapkan kerja yang diberi. time out iaitu murid tersebut diasingkan drpd rakannya utk satu masa tertentu supaya murid itu dapat memikirkan tentang tingkah lakunya. Tidak peduli iaitu guru tidak memberi perhatian kepada murid yang menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini.

Lembam(slow learner)
Gunakan bahasa yang mudah. Arahan perlu jelas dan diulang. Bahan P&P perlu dinyatakan dalam langkah langkah yang pendek dan logik. Tugasan dan penilaian harus sesuai dengan tahap kanak-kanak tersebut. Tempoh masa yang lebih boleh diberikan untuk kanak-kanak ini menyiapkan tugasan mereka. Tugasan yang diberikan boleh ditampal pada papan notis sebagai peringatan.

Sindrom Down
Proses pengajaran perlu dijalankan dengan kadar yang erlahan mengikut kebolehan kanak-kanak tersebut. Tugasan perlu disampaikan dengan jelas , betul, khusus dan lengkap kerana kanak-kanak ini susah untuk memahami arahan dan perkataan. Guru perlu memberi bimbingan dan bantuan yang berkesan semasa pengajaran akademik.

Hal ini kerana kanak-kanak ini kurang mempunyai keupayaan untuk mengingat dan memproses maklumat. Guru perlu menyediakan bahan pembelajaran yang boleh menarik minat mereka. Masukkan elemen vokasional dan kemahiran kendiri di dalam kurikulum mereka.

Autisme
Pendidikan kanak-kanak ini berfokus kepada kemahiran-kemahiran kesedian untuk belajar. Contoh: duduk dan memberi perhatian kepada guru. Kemahiran psikomotor. Contoh : penggunaan gunting,membutang baju. Kemahiran sosial. Contoh : berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya.

Membimbing kanak-kanak mengurus diri. Menekankan kemahiran yang dapat membantu kanak-kanak untuk berdikari seperti membaca surat khabar. Memberi latihan dan peluang untuk mempraktikkan apa yang telah dipelajari contohnya mengulang langkah atau konsep yang telah dipelajari. Kanak-kanak ini memerlukan rutin. Perubahan ialah sesuatu yang sukar diterima oelh mereka.

Pintar cerdas
Kanak-kanak ini boleh dibantu melalui tiga jenis program iaitu:
Pengasingan iaitu kanak-kanak diasingkan drpd rakan sebaya di mana mereka disediakan kurikulum khas yang mampu menggalakkan kebolehan istimewa mereka. Ini bertujuan mengeluarkan mereka drpd kelas biasa yang tidak dapat membantu perkembangannya secara optima.

- Pemecutan iaitu murid tersebut disediakan dengan rancangan khas dalam kelas yang sama. Rancangan ini membantu mereka belajar sesuatu bidang kemahiran mereka pada kadar yang lebih cepat berbanding dgn rakan sebaya. - Penggayaan iaitu melibatkan pendekatan yg menyediakan pengalaman penggayaan sama ada di dalam atau luar kelas. Contohnya aktiviti tamabahan seperti lawatan ke muzium atau perpustakaan negara.

Sekian,terima kasih.

You might also like