Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Bismillahirrahmanirrahim.

Definisi Ilmu Perubatan Ilmu Perubatan ialah sebuah ilmu yang bertujuan menjaga kesihatan apabila kesihatan itu wujud, dan merawat penyakit apabila kesihatan itu hilang. Penjagaan kesihatan ialah memelihara kesihatan dan mencegah penyakit, manakala merawat penyakit pula ialah memulihara kesihatan dan menghilangkan penyakit. Pembahagian Ilmu Perubatan Ilmu perubatan terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu Perubatan Umum dan juga Perubatan Khusus. Perubatan Umum terbahagi kepada dua bahagian iaitu Teori dan Amali (aplikasi). Teori pula terbahagi kepada dua iaitu Kesihatan dan Kesakitan. Kesihatan terbahagi kepada dua iaitu Struktur (zat) dan Fungsi (sifat). Kesakitan terbahagi kepada tiga iaitu Penyakit, Punca dan Tanda. Amali terbahagi kepada dua iaitu Penjagaan Kesihatan (Pemeliharaan) dan Perawatan Penyakit (Pemuliharaan). Penjagaan kesihatan terdiri daripada lima bahagian iaitu Perasaan (spiritual), Diet, Pembuangan, Perbuatan dan Persekitaran. Perawatan penyakit pula terdiri daripada tiga iaitu Pemeliharaan, Ubatan dan Regimentasi. Perubatan Khusus pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu Teori dan Amali. Teori terbahagi kepada tiga iaitu Penyakit, Punca dan Tanda. Amali terbahagi kepada dua iaitu Pencegahan dan Perawatan. Konsep Umum Ilmu Perubatan Ilmu Perubatan seperti yang telah dinyatakan dalam definisinya, bertujuan menjaga kesihatan dan merawat penyakit, tetapi sebelum melakukan dua perkara tersebut, seseorang itu perlu mengetahui beberapa perkara yang akan membantunya untuk menjaga kesihatan dan merawat penyakit. Dua perkara utama yang mesti dikuasai oleh doktor ialah hakikat kesihatan dan segala yang berkaitan dengannya, serta hakikat kesakitan dan segala yang berkaitan dengannya. Adapun pembahagian ilmu perubatan kepada Umum dan Khusus hanyalah sekadar pengkhususan rawatan berdasarkan organ yang khusus.

You might also like