Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

SOALAN: SEWA TERBAHAGI KEPADA DUA BAHAGIAN IAITU SEWA MANFAAT DAN UPAH BEKERJA.

JELASKAN DENGAN TERPERINCI MAKSUD DAN SYARAT BAGI KEDUA DUA BAHAGIAN INI. Menurut istilah Bahasa Arab, kalimah ijarah adalah merujuk kepada bayaran yang diberikan kepada orang yang melakukan sesuatu kerja sebagai ganjaran kepada apa yang dilakukannya. Ia juga disebutkan sebagai ajr atau ujrah. Ataupun Ijarah Ain (: ) Sewa manfaat ialah menyewakan manfaat daripada barang atau aset yang membabitkan perkhidmatan yang diperolehi daripada barangan tertentu. Ijarah jenis pertama ini tiada khilaf dalam kalangan para ulama akan keharusannya. Bayaran sewa boleh dibuat pada awal kontrak sewaan atau secara bertangguh. Contohnya: pemilik berkata: aku sewakan rumah ini kepada kamu atau sebuah kereta yang dikenal pasti oleh kedua-dua pihak. Ijarah Amal ( ( Menyewakan manfaat kerja dan kemahiran diri. Sewa upah bekerja juga sewa yang membabitkan perkhidmatan yang diperolehi melalui jaminan pemilik. Contohnya, penyewa menyewa (mengupah) seseorang untuk menghantarnya ke suatu tempat menggunakan sebuah kereta yang dinyatakan sifatnya berdasarkan jaminan pemiliknya untuk tempoh tertentu. Dalam konteks ijarah inisebagai timbale balas kerja dan kepakarannya dalam kerja, ia dibayar upah tertentu. (Zaharuddin Abd Rahman,2009:65) Dalam bahasa arab disebut `Ajjarahu` atau `aajarahu` bermaksud memberi upah kerana kerja yang dilakukan. Perkataan ini hanya digunakan bagi merujuk kepada sesuatu yang memberikan keuntungan dan tidak digunakan untuk sesuatu yang merugikan. Ajr biasanya digunakan bagi merujuk ganjaran akhirat. Sementara ujrah pula merujuk kepada ganjaran dunia. Menurut istilah fuqaha, seperti yang dinyatakan oleh pengarang Mughni al Muhtaj: Ijarah ialah kontrak untuk mendapatkan khidmat ( sewa manfaat ) tertentu yang boleh dibayar dan dihalalkan dengan barangan tertentu. Maksud kontrak untuk mendapatkan khidmat ( sewa manfaat ) ialah memindahkan hakmilik khidmat ( manfaat ) tersebut. Ini dinyatakan oleh sesetengah takrif sebagai pemindahan hak milik suatu khidmat ( manfaat ) dan dibayar dengan suatu barangan.

Syarat Sewa Manfaat 1. Perkhidmatan mestilah mempunyai nilai: Maksudnya, perkhidmatan tersebut diterima dan diperlukan menurut syarak dan amalan kebiasaan orang ramai ( uruf ), supaya ia boleh dibayar dengan bayaran yang setimpal. Contohnya sewa rumah untuk didiami, atau kenderaan untuk dinaiki. Jika khidmat tersebut tidak bernilai menurut syarak, bayaran tersebut dianggap sia sia dan membazir. Dengan itu; a) Tidak sah penyewaan peralatan yang melalaikan kerana penggunaannya diharamkan. Demikian juga, tidak sah mengupah pengukir untuk mengukir benda yang bernyawa atau mengupah penyanyi wanita untuk menyanyi kepada bukan mahram, kerana semua ini hukumnya adalah haram.
b) Tidak sah menyewa anjing untuk memburu atau mengawal kerana binatang tersebut

tidak bernilai menurut syarak dan begitulah juga dengan khidmatnya. c) Tidak sah mengupah seseorang untuk bercakap tanpahenti walaupun perbuatan tersebut boleh melariskan barangan atau memberikan keuntungan. Begitu juga dengan penyewaan dirham atau dinar untuk tujuan hiasan. 2. Pemilik perkhidmatan mestilah mampu menyerahkan perkhidmatannya supaya penyewa boleh menggunakannya. Jika pemilik tidak mampu menyerahkan khidmat tersebut secara fizikal atau syarak, penyewaan tidak sah. Oleh itu; a) Tidak sah menyewakan barangan yang telah dirampas kepada orang yang tidak memegang barangan tersebut. Sedangkan dia tidak mampu mengambil semula barangan tersebut daripada orang yang memegangnya pada ketika kontrak. b) Tidak sah menyewakan tanah untuk tujuan pertanian tetapi tiada sumber air yang tetap, sementara hujan atau seumpamanya seperti salji dan embun tidak dapat memenuhi pengairannya.
c) Tidak sah mengupah wanita dalam haid atau nifas untuk berkhidmat di dalam masjid.

Ini kerana perkhidmatan ini memerlukan wanita ini berlegar di dalam masjid, sedangkan perbuatan tersebut tidak dibenarkan walaupun dia boleh menjamin kebersihannya. Sebabnya, syarak hanya membenarkan wanita ini melintas sahaja tetapi

tidak dibenarkan sama sekali berada atau berlegar didalamnya. Dengan ini bermakna khidmat wanita ini tidak boleh diserahkan dari segi syarak. 3. Khidmat diperolehi oleh pengupah bukan oleh orang yang diupah; Tidak sah mengupah seseorang melakukan ibadat yang memerlukan kepada niat dan tidak boleh diwakilkan kepada orang lain seperti sembahyang dan puasa. Ini kerana dalam keadaan ini, khidmat ( manfaat ) disinii aitu pahala menjadi hak orang yang diupah bukan orang yang mengupah. Sebabnya, tujuan ibadat ialah menguji ketaatan dan ketundukan jiwa manusia. Ini tidak dapat dilakukan oleh orang lain selain pelakunya sendiri. Namun demikian mengupah seseorang melakukan ibadat yang boleh diwakilkan adalah sah walaupun ibadat tersebut memerlukan niat. Dengan ini, mengupah seseorang melakukan haji bagi pihak orang yang tidak berupaya atau telah meninggal dunia adalah sah. Begitu juga dengan puasa bagi pihak orang yang telah meninggal dunia. Termasuklah ibadat korban, sembelihan haji dan mengagihkan zakat. Ini kerana semua ibadat ini dibenarkan oleh syarak untuk dilakukan oleh wakil bagi pihak yang dipertanggungjawabkan. Begitu juga dengan mengajar seluruh atau sebahagian al quran. Ini kerana pada dasarnya pembelajaran wajib ditanggung oleh pelajar atau oleh orang yang menanggung perbelanjaannya . menurut riwyat yang sahih, Rasulallah s.a.w. bersabda, maksudnya: sesunguhnya upah yang paling berhak kamu ambil ialah kitab Allah. 4. Khidmat ( manfaat ) disewa bukan bertujuan mendapatkan barangan: Dengan ini tidak sah menyewa kebun untuk mendapatkan buah- buahannya. Tidak sah menyewa kambing untuk mendapatkan bulu, susu dan hasilnya. Ini kerana, pada dasarnya, kontrak sewa ialah pemilikan khidmat. Oleh itu kontrak sewa tidak boleh dilakukan dengan tujuan mendapatkan barangan. Selain itu, perbuatan seperti ini sebenarnya merujuk kepada penggunaan barangan secara langsung, bukan penggunaan khidmat barangan tersebut. Konteks sewa ialah penggunaan khidmat, bukan penggunaan barangan. Jika kontrak sewa membabitkan penggunaan barangan seara sampingan dan bukan menjadi tujuan kontrak, ia dibenarkan. Contohnya apabila seseorang mengupah seorang wanita sebagai pengasuh dan penyusu atau sebagai penyusu sahaja, kontrak ini dengan sendirinya membabitkan penggunaan susu penyusu yang merupakan suatu barangan. Perbuatan ini sah kerana darurat atau hajat yang perlu. Firman Allah s.w.t :

Maksudnya: jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya ( Al Talad: 6 ). 5. Khidmat mestilah dimaklumi oleh kedua- dua pihak dari segi barangan, sifat dan kadarnya: Syarat sah sesuatu kontrak sewa ialah:
a) Maklumat mengenai barangan perkhidmatan. Maklumat ini membabitkan pengetahuan

mengenai kedudukan barangan tersebut. Oleh itu tidak sah penyewaan salah satu daripada dua buah rumah tanpa ditentukan yang mana satu. Ini kerana barangan yang disewa tidak diketahui disebabkan kedudukannya tidka diketahui. Begitu juga jika pemilik berkata: Saya sewakan kepada anda sebuah rumah. , tanpa dinyatakan sifat atau dirujuk kepada rumah tertentu. Ini kerana perkhidmatan adalah perkara pokok dalam kontrak sewa. Oleh itu ia perlu dinyatakan dengan jelas bagi mengesahkan kontrak tersebut. Oleh kerana perkhidmatan adalah sesuatu yang bukan berbentuk benda yang boleh dijelmakan atau ditentukan, maklumat mengenainya boleh digantikan dengan maklumat mengenai kedudukan barangan tersebut. Dengan ini, maklumat mengenai kedudukan barangan mengambil alih maklumat mengenai khidmat tersebut. b) Maklumat mengenai jenis dan sifat perkhidmatan ( manfaat ) . Perkara ini perlu bagi barangan yang mempunyai kegunaan berbeza mengikut pengguna dan pengunaannya tidak boleh ditolak ansur.
c) Maklumat mengenai kadar khidmat. Kadar perkhidmatan berbeza mengikut jenis

perkhidmatan. Ada yang dinilai berdasarkan masa pengunaan. Ada yang dinilai berdasarkan kerja yang dilakukan. Ada yang dinilai berdasarkan kedua dua perkara tadi. Syarat Upah Kerja : Bayaran upah perlu mengikut syarat yang sama sebagaimana syarat pembayaran dalam kontrak jual beli. Ini kerana bayaran ini sebenarnya ialah bayaran kepada perkhidmatan yang ingin dimiliki melalui kontrak sewa. Syarat yang ditetapkan ialah: 1. Bayaran sewa mestilah bayaran yang suci:

Kontrak sewa tidak sah jika bayaran sewa atau upah berupa anjing atau khinzir atau kulit yang belum disamak atau arak kerana semua barangan ini najis. Menurut Sahih al Bukhari dan sahih Muslim: Rasulallah s.a.w melarang bayaran berupa anjing. Menurut riwayat al Bukhari dan Muslim, Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: allah dan rasulnya mengharamkan jual beli arak, bangkai,khinzir dan berhala. Begitu juga dengan barangan yang terkena najis dan tidak boleh dibersihkan seperti cuka, susu, minyak, cecair, minyak masak dan minyak sapi. Ini kerana Nabi s.a.w pernah memerintahkan agar minyak yang cair dibuang jika terkena najis. Inbu Hibban meriwayatkan hadis daripada Abu Hurairah r.a, maksudnya: Rasulallah s.a.w pernah ditanya tentang tikus yang terjatuh ke dalam minyak, lalu mati? Baginda menjawab:Jika ia beku, buang sekelilingnya dan makanlah. Jika ia cair, jangan dekatinya. Dalam riwayat lain disebut: Hendaklah kamu buang. Oleh kerana barangan ini tidak sah dijual kerana najis, iajuga tidak sah dijadikan sebagai bayaran upah dan sewa. Hukum ini diqiaskan kepada semua barangan yang terkena najis. 2. Bayaran sewa boleh dimanfaatkan: Tidak sah memberikan bayaran sewa atau upah berbentuk sesuatu yang tidak boleh dimanfaatkan kerana tidak bernilai seperti seranggan atau dua biji gandum, atau kerana bahayanya seperti haiwan buas, atau kerana diharamkan oleh syarak seperti alat yang melalaikan, berhal, dan ukiran. Ini kerana barangan ini dan yang seumpamanya tidak bermanfaat dan tidak boleh dinilai dengan harta. Oleh itu, ia tidak sah digunakan sebagai tukaran untuk menerima sesuatu yang lain. Perkhidmatan yang menjadi isi kontrak sewa adalah suatu harta yang bernilai. Oleh itu, ia tidak boleh dibayar dengan sesuatu yang tidak diiktiraf sebagai harta.

3. Mampu diserah Tidak sah bayaran sewa atau upah berupa burung yang masih di udara atau ikan yang masih dalam sungai. Tidak sah juga jika ia berupa barangan rampasan kecuali jika iberikan kepada orang yang memegang barangan tersebut atau orang yang mampu mengambilnya semula. 4. Pihak yang berkintrak mempunyai kuasa ( wilayah ) untuk menyerahkannya:

Maksud kuasa ( wilayah ) di sini sama ada sebagai pemilik atau sebagai wakil.Jika bayaransewa atau upah tersebut di luar kuasa pihak yang mengikat kontrak, kontrak tersebut tidak sah. 5. Bayaran sewa atau upah diketahui oleh kedua dua pihak: Tidak sah sewa rumah jika dibayar dengan keperluan baik pulih rumah tersebut. Tidak sah sewa kereta jika dibayar dengan minyaknya.Tidak sah menyewa seekor haiwan jika dibayar dengan memberi makannya. Sebabnya kadar bayaran sewa tidak dapat dipastikan. Termasuk dalam ertikata kadar bayaran sewa atau upah yang tidak pasti ialah sebahagian daripada upah diperolehi daripada hasil kerja orang yang diupah. Contohnya, upah menyembelih kambing dan melapahnya dibayar dengan kulit atau sebahagian anggota kambing tersebut. Ini kerana ketebalan kulit dan kadar anggota kambing tersebut tidak diketahui.

(b) AKAD TRANSAKSI SEWA AKAN TERBATAL ATAU BERAKHIR DENGAN BEBERAPA SEBAB. HURAIKAN SEBAB SEBAB INI SECAR TERPERINCI BERDASARKAN PENDAPAT MAZHAB SYAFIE. SILA SOKONG JAWAPAN ANDA DENGAN MEMBERI CONTOHBAGI SETIAP SEBAB PENAMATAN TRANSAKSI Transaksi atau kontrak sewa dan segala hukum berkenaan dengannya dianggap tamat oleh faktor faktor berikut:

1. Pembatalan kontrak 2. Kontrak sewa adalah kontrak yang perlu dipatuhi oleh kedua dua pihak. Maksudnya, selepas kontrak tersebut disahkan, pemilik dan penyewa, atau pengupah dan orang upahan tidak oleh membatalkan kontrak tersebut begitu sahaja pada bila bila masa yang mereka kehendaki. Kontrak ini hanya boleh dibatalkan kerana sesuatu sebab. Apabila ia dibatalkan, kontrak tersebut dianggap tamat. Sebab Yang Membatalkan Kontrak Di antara sebab yang boleh menyebabkan sesuatu kontrak dibatalkan ialah: 1. Barangan yang disewa rosak. Jika penyewa menyewa sebuah rumah atau kereta dan kemudian rumah tersebut musnah atau kereta tersebut rosak sebelum ia digunakan, kontrak tersebut terbatal. Ini kerana khidmat barangan tersebut yang menjadi subjek sewaan tidak lagi boleh digunakan. Selain kerosakan, termasuk dalam ertikata ini ialah jika barangan tersebut cacat sehingga tidak boleh digunakan untuk tujuan yang dikehendaki. Jika kerosakan atau kecacatan tersebut berlaku selepas sebahagian khidmatnya digunakan, kontrak tersebut terbatal bermula daripada keroakan tersebut berlaku dan seterusnya. Pemilik berhak memperolehi bayaran sewa bagi khidmat yang telah digunakan iaitu sebahagian daripada jumlah bayarn sewa yang telah dipersetujui bersama. Jika kontrak sewa ialah kontrak sewa jaminan. Contohnya, penyewa menyewa sebuah kereta yang dinyatakan sifat sifatnya secara jaminan pemilik supaya dia dihantar ke sesuatu tempat, dan kereta tersebut dibawa kepada penyewa tetapi kemudiannya rosak atau cacat, kontrak ini tidak terbatal. Sebaliknya pemilik perlu menggantikannya dengan kereta lain,sama ada kerosakan berlaku sbelum atau selepas khidmat tersebut digunakan. Ini kerana khidmat yang dijanjikan tidak luput hanya kerana kereta yang disediakan itu rosak, disebabkan kontrak tersebut tidak merujuk kepada kereta tertentu, sebaliknya meujuk kepada kereta yang dinyatakan dengan cirri cirri tertentu dan ini boleh diganti. Sepertimana barangan sewaan yang dinyatakan tadi, begitu juga dengan orang upahan. Apabila pengupah mengupah orang tertentu untuk melakukan sesuatu

kerja, kemudian orang upahan ini mati atau sakit yang menyebabkan dia tidak boleh melakukan kerja tersebut, kontrak sewa tersebut terbatal. Jika kontrak sewa tersebut dalam bentuk jaminan, lalu orang upahan ini datang membawa seseorang untuk bekerja, kemudian orang ini mati atau sakit, kontrak tersebut tidak terbatal kerana khidmat tersebut boleh diperolehi melalui orang lain. 2. Barangan sewaan tidak diserahkan pada masa yang ditetapkan. Bagi kontrak sewa yang membabitkan barangan sewaan dan khidmatnya ditetapkan hanya untuk tempoh tertentu, apabila tempoh ini tamat dan pemilik masih tidak menyerahkan barangan sewaan yang ditetapkan, kontrak tersebut terbatal. Ini kerana barangan tidak dapat diserahkan pada masa yang ditetapkan. Hukum yang sama berlaku kepada kontrak sewa jaminan, sekiranya pemilik tidak menyerahkan khidmat yang dipersetujui pada masa yang ditetapkan. Namun jika tiada masa yang ditetapkan untuk pemilik menyerahkan khidmat tersebut dan tindakan tidak menetapkan waktu penyerahan tidak member kesan kepada tujuan asal penyewa, manakala pemilik pula hanya menyerahkan khidmat tersebut setelah masa perkhidmatan tersebut boleh digunakan telah berlalu, kontrak ini tidak terbatal kerana kontrak ini ibarat hutang yang lewat ditunaikan.(zaharuddin abdul rahman:78:2009) Jika pemilik menyerahkan atau membawa barangan yang disewa setelah tmat sebahagian daripada tempoh sewa. Kontrak bagi tempoh sebelum penyerahan tersebut dianggap terbatal. Sementara tempoh selebihnya terserah kepada penyewa untuk membuat pilihan. Jika khidmat yang ditawarkan ditetapkan berdasarkan kerja dan barangan yang perlu digunakan lewat diserahkan bagi membolehkan kerja tersebut diselelsaikan., Kontrak tersebut tidak terbatal kerana kontrak tersebut hanya melibatkan khidmat bukan masa. Oleh itu tiada sebab untuk ia tidak selesaikan sehingga kontrak tersebut perlu dibatalkan. (C ) BERIKAN PENDAPAT ANDA MENGENAI KEPENTINGAN TRANSAKSI SEWA-MENYEWA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Kepentingan Transaksi atau Manfaat: Manfaat ialah faedah yang diperolehi dari penggunaan sesuatu diberikan benda atau perkhidmatan yang oleh seseorang. Berdasarkan kepada kewujudannya,

manfaat boleh dikategorikan kepada tiga iaitu


1. manfaat benda yang wujud (manfaah al-ayn), 2. manfaat benda yang dinyatakan sifatnya

(manfaah al - ayn al - mawsuf fi al -

dhimmah) dan , 3. manfaat ke r ja (manf a ah a l - ama l) . Syarat - syarat manfaat yang di sepakati oleh kebanyakan fuqaha ialah manfaat mestilah diharuskan oleh Syarak, bernilai, diketahui, mampu diserahkan atau disempurnakan, untuk kepentingan penerima ijarah dan menjadi sasaran ijarah.

Sungguhpun para fuqaha bersepakat dalam menetapkan syarat-syarat manfaat tersebut, namun mereka berselisih pendapat tentang aplikasinya. Manfaat yang sering menjadi pertikaian para fuqaha ialah manfaat berbekam, melakukan ibadat fardu (ain dan kifayah), membaca dan mengajar al-Quran, mengajar agama, baka haiwan, rumah atau bangunan untuk dijadikan tempat upacara keagamaan masyarakat bukan Islam dan wang emas atau perak untuk dijadikan hiasan.

RUJUKAN AL-QURAN Mustafa Embong, 2008. Fokus Super Pendididkan Islam, Pelangi Sdn.Bhd. Fuziah bt Hj. Muhammad Ramli, Aminah bt Idris, 2003; Buku Teks KBSM Pendidikan Islam Tingkatan 4 Penterjemah; H. Kamaluddin A. Marzuki, 1990. Fikih Sunnah,Jilid 13 Fuziah bt Hj. Muhammad Ramli, Aminah bt Idris, 2003; Buku Teks KBSM Pendidikan Islam Tingkatan 4.

Penterjemah; H. Kamaluddin A. Marzuki, 1990. Fikih Sunnah,Jilid 12. http://www.islam.gov.my/muamalat/akhbarmajalah/kontrak-ijarah http://pepitasngo.blogspot.com/2010/06/kontrak-ijarah.html http://myklangenan.blogspot.com/2009/10/sewa-menyewa.html http://www.scribd.com/doc/25130445/Bab-II-Pembahasan-a-Ijarah http://www.zaharuddin.net/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=843 http://zulkiflihasan.files.wordpress.com/2009/12/ijarah-1.pdf

You might also like