Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 18

1.

Pendahuluan Perkembangan kesusasteraan Melayu di negara ini pada dasarnya sudah bermula sejak tahun 1920-an lagi. Kemunculan genre novel pada tahun 1920-an seperti Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Syeikh Al- Hadi, Kawan Benar oleh Ahmad Rasyid Talu, cerpen Kecelakaan Pemalas oleh Nor Ibrahim (1920) serta juga genre puisi iaitu Angan-angan Dengan Gurindam kesusasteraan nyata oleh Omar Mustaffa telah menandakan dan wujudnya dalam kesusasteraan Melayu. Pembangunan

pemodenan kesusasteraan Melayu menjadi bertambah jelas pada abad ke-21. Perkembangan dalam bahasa dan persuratan ini telah memesatkan lagi alam persuratan Melayu. Bentuk-bentuk sastera Barat seperti cerpen, drama, sajak, esei dan kritikan telah diperkenalkan di Malaysia. Hal ini telah menjadi bentuk ekspresi sastera di Malaysia pada masa kini. Keadaan ini telah mengukuhkan lagi Bahasa Melayu sebagai bahasa sastera. Perkembangan Kesusasteraan Melayu di negara ini juga telah digerakkan oleh ramai tokoh-tokoh terbilang yang banyak menyumbang jasa dalam alam persuratan Melayu. Nama-nama seperti Tun Sri Lanang, Hamzah Fansuri, Raja Ali Haji, Abdullah Munsyi, Syed Syeikh al-Hadi, Ahmad Rashid Talu, Abdul Rahim Kajai, Shahnon Ahmad, Usman Awang serta ramai lagi telah mewarnakan dunia kesusasteraan Melayu dengan karya mereka yang terdiri daripada pelbagai genre. Dan dalam kemunculan ramai tokohtokoh terbilang dalam bidang sastera tanah air ini, muncul seorang penulis bukan Melayu yang turut sama tidak mahu ketinggalan dalam menghasilkan karya-karya sastera di dalam bahasa Melayu iaitu Profesor Madya Dr. Lim Swee Tin. Lim Swee Tin bukanlah seorang yang berketurunan Melayu, tetapi beliau juga adalah nama besar dalam bidang kesusasteraan Melayu khususnya bidang kepenyairan. Beliau telah menghasilkan banyak novel, cerpen, puisi dan tulisan-tulisan berbentuk kesusasteraan yang disiarkan di media-media cetak tanah air. Lim See Tin lahir di Bachok, Kelantan pada 26 September 1952 dan membesar di kalangan masyarakat Melayu. Dengan itu, tidak menghairankan jika beliau dan keluarganya amat fasih berbahasa Melayu. Dengan kefasihan bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu inilah seterusnya mendorong beliau menulis dan mencipta karya terutama puisi dalam bahasa ini. Ternyata, usahanya
1

berhasil sehingga beliau dikenali sebagai penulis bukan Melayu yang cukup menonjol dan mendapat tempat di akhbar dan majalah serta telah memenangi pelbagai anugerah dalam bidang penulisan di dalam dan juga di luar negara. Antara karya-karya yang dihasilkan oleh beliau ialah Cahaya Lain di Wajah (cerpen), Selendang Anum (novel), dan juga Seorang Anak Kecil dan Kuala Lumpur: Kota Jaring Labah-labah (sajak). Tugasan ini seterusnya akan membincangkan lebih lanjut tentang sumbangan-sumbangan Lim Swee Tin dalam dunia kesusasteraan Melayu. 2.0 Objektif Kajian Kajian atau tugasan ini dihasilkan bertujuan untuk melihat sumbangan-sumbangan tokoh yang telah dipilih dalam perkembangan kesusasteraan Melayu. Dalam hal ini, segala karyakarya Lim Swee Tin akan dilihat dari setiap segi yang telah menyumbang kepada perkembangan dunia kesusasteraan Melayu. 3.0 Metode Kajian Dalam usaha untuk menyiapkan tugasan ini, pengkaji telah menggunakan pelbagai kaedah. Antara kaedah tersebut ialah rekabentuk penyelidikan atau kajian, pemilihan sampel, tempat kajian, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data dan proses menganalisis data. Reka bentuk penyelidikan atau kajian ialah rancangan tentang tatacara bagaimana data dikumpul yang menjurus kepada objektif kajian. Dalam melaksanakan kajian ini, pengkaji akan menggunakan kaedah kualitatif iaitu menerusi pencarian maklumat-maklumat berkaitan kajian di laman web serta perpustakaan berdekatan. Ini akan dijalankan dari masa ke semasa sehingga terhasilnya kajian ini nanti. Maklumat-maklumat tersebut terdiri daripada perkembangan kesusasteraan Melayu, biodata Lim Swee Tin serta sumbangansumbangan beliau dalam dunia kesusasteraan Melayu. Sampel kajian pula seperti yang telah diterangkan sebelum ini adalah Profesor Madya Dr. Lim Swee Tin, seorang penggiat sastera tanah air serta menjadi pensyarah kesusasteraan Melayu di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Pemilihan sampel telah dibuat adalah berdasarkan kerana tokoh ini merupakan
2

seorang penulis bukan Melayu yang giat menghasilkan karya-karya sastera dalam bahasa Melayu. Tokoh ini juga telah menghasilkan banyak karya sastera yang memenangi pellbagai anugerah di dalam dan juga luar negara. Atas sebab inilah pengkaji memilih Lim Swee Tin sebagai tokoh sastera tanah air serta mengkaji sumbangan-sumbangan beliau dalam perkembangan kesusasteraan di negara ini. Untuk memperoleh data bagi kajian ini, pengkaji akan menggunakan dua kaedah iaitu yang pertama ialah kaedah carian di laman-laman web berkaitan tajuk kajian. Manakala yang kedua pula ialah menerusi kaedah carian maklumat dalam bentuk bahan bercetak di perpustakaan serta pusat sumber sekolah yang berdekatan. Untuk kaedah carian di laman-laman web, pengkaji akan menggunakan hanya data serta maklumat yang sah serta relevan dengan objektif kajian serta menyatakan alamat laman web data tersebut diperolehi. Bagi maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan bercetak di perpustakaan atau pusat sumber pula, pengkaji akan menyatakan rujukan bahan bercetak tersebut pada bahagian akhir kajian ini nanti. Pengkaji tidak menggunakan kaedah soal selidik bagi melaksanakan kajian ini kerana ia tidak bersesuaian dengan objektif kajian serta memerlukan masa yang lama untuk melaksanakannya. Di samping itu, pengkaji juga akan sentiasa peka dengan perkembangan semasa dunia sastera tanah air iaitu sekiranya terdapat perkembangan terkini tentang tokoh yang dikaji ini. Sekiranya terdapat maklumat tentang perkembangan terkini yang melibatkan tokoh sastera ini, pengkaji akan memuatkannya juga di dalam kajian ini. Bagi prosedur mengumpul data pula, ia tidak akan melibatkan pihak lain dan pengkaji bertanggungjawab sepenuhnya dalam menentukan tarikh serta masa untuk mengumpul data ini. Dan ini telah dilaksanakan oleh pengkaji dari masa ke semasa. Pencarian maklumat menerusi laman web berkaitan pula tidak memerlukan masa yang perlu ditetapkan awal kerana pengkaji boleh melayari laman ini pada bila-bila masa sahaja yang difikirkan perlu. Manakala bagi mengumpul maklumat di pusat sumber sekolah berdekatan pula, pengkaji telah meminta kebenaran daripada guru bertugas harian sekolah berkenaan untuk menggunakan pusat sumber mereka bagi tujuan kajian ini. Dan pengkaji terpaksa memilih masa dan tarikh yang sesuai bagi tujuan ini kerana pusat sumber sekolah berkenaan hanya dibuka pada masa-masa tertentu sahaja dalam sehari. Namun begitu, dengan pengumpulan maklumat daripada pusat sumber serta perpustakaan berdekatan,
3

pengkaji telah mampu menambah kepelbagaian dalam maklumat-maklumat yang diperolehi untuk kajian ini. Tempoh masa yang terhad bagi mengunjungi perpustakaan serta pusat sumber sekolah juga telah serba sedikit membantutkan usaha pengkaji untuk mencari dan mengumpul lebih banyak maklumat berkaitan kajian ini. Kajian yang dijalankan merupakan satu kajian biasa dan reka bentuk kajian yang digunakan adalah bentuk kajian kualitatif. Data kualitatif akan dianalisis mengikut tematema yang ditetapkan, yang diselaraskan dengan objektif yang dikemukakan di dalam kajian. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah mencapai objektif kajian. Segala maklumat dan data yang diperolehi hasil daripada carian-carian di internet serta maklumat daripada bahan-bahan perpustakaan akan dirumuskan secara ringkas tetapi padat. Tugasan atau kajian ini akan melihat sumbangan-sumbangan oleh seorang tokoh sastera tanah air dalam perkembangan kesusasteraan Melayu. 4.0 Kajian Dan Penyelidikan Berdasarkan Tema Kajian yang dilaksanakan telah menemukan beberapa maklumat seperti yang dikehendaki oleh soalan tugasan. Di sini akan dihuraikan serba sedikit tentang profil tokoh sastera ini. Di samping itu, akan dihuraikan juga dapatan dan maklumat yang diperolehi oleh pengkaji sepanjang menyiapkan tugasan ini. Diharapkan agar objektif kajian ini akan berjaya dicapai dengan rumusan yang bakal dibincangkan kemudian nanti. 4.1 Madya Dr. Lim Swee Tin Lim Swee Tin dilahirkan di Bachok, Kelantan pada 26 September 1952. Bapanya, Lim Swee Poh, merupakan suku Hokkien yang berasal dari Chou An, Fujien, China, manakala ibunya pula Khe Utt Eh Di berketurunan Thai yang sudah menetap sejak beberapa generasi di Bachok, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Tawang, Bachok, kemudian apabila keluarganya berpindah ke Machang, Kelantan, Lim Swee Tin belajar pula di Sekolah Kebangsaan Machang, sebelum ke Sekolah Menengah Hamzah, Machang, Kelantan sehingga Tingkatan Lima. Setelah lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1969, beliau menyambung persekolahannya di Sekolah Menengah Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan. Beliau hanya sempat
4

Profil

Profesor

beberapa bulan sahaja di sekolah ini kerana terpaksa berhenti disebabkan masalah kewangan. Lim Swee Tin kemudiannya menjawat jawatan guru sandaran di Sekolah Kebangsaan Kampung Pek, Machang selama setahun setengah sehingga beliau ditawarkan ke Maktab Perguruan Persekutuan, Bukit Gelugur, Pulau Pinang mulai tahun 1972 dengan mengambil kursus Pengajian Bahasa Melayu dan Matematik Moden. Beliau lulus pada tahun 1973, dan mula bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra, Kuala Krai, Kelantan sehingga tahun 1978. Pada tahun 1988, Lim Swee Tin mendapat tawaran melanjutkan pengajian di Universiti Pertanian Malaysia, Serdang dengan mengambil kursus Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama, dan minor Kesusasteraan Melayu. Lim Swee Tin memperoleh ijazah Bacelor Pendidikan pada tahun 1992. Beliau ditugaskan berkhidmat di Sekolah Tinggi Undang Musa Al-Haj, Jelebu, Negeri Sembilan, kemudian di Sekolah Menengah Kebangsaan Mantin, juga di Negeri Sembilan sehingga tahun 1996. Mulai tahun 1997, Lim Swee Tin meneruskan pengajiannya di peringkat sarjana, dan memperoleh ijazah sarjananya (M.A) pada tahun 1999. Lim Swee Tin mula berjinak-jinak dengan bidang penulisan sejak berada di sekolah rendah lagi. Walau bagaimanapun, cubaan beliau menghasilkan sajak tidak menampakkan hasil yang memberangsangkan sehinggalah beliau berada di sekolah menengah. Di sekolah menengah, Lim Swee Tin yang mengambil mata pelajaran kesusasteraan Melayu beroleh keyakinan untuk menghasilkan sajak-sajak dalam bahasa Melayu. Salah sebuah karyanya yang paling awal dan sempurna dihasilkan berjudul Terima Kasih dan sajak ini telah dicetak pada kulit novel Ranjau Sepanjang Jalan hasil karya Shahnon Ahmad, namun orang ramai masih tidak mengenali beliau pada ketika itu. Bermula dari sinilah Lim Swee Tin mula berkarya dengan bersungguh-sungguh dan menghasilkan cerpen, novel serta sajak-sajak yang telah berjaya memenangi pelbagai anugerah. Sepanjang penglibatannya dalam dunia penulisan, Lim Swee Tin telah menerbitkan sejumlah sepuluh buah antologi puisi persendirian, empat daripadanya merupakan puisi remaja, lima buah novel remaja, lima buah buku kreatif umum, dan lebih enam puluh buah antologi bersama. Kini, Lim Swee Tin merupakan
5

seorang Pensyarah Kesusasteraan Melayu di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi , Universiti Putra Malaysia (UPM). 4.2 Hasil Kajian Hasil kajian tentang sumbangan-sumbangan tokoh sastera tanah air yang telah dipilih terhadap perkembangan kesusasteraan Melayu akan dibincangkan dalam bahagian-bahagian berikutnya. Bahagian yang pertama akan membincangkan tentang karya-karya yang telah dihasilkan oleh Lim Swee Tin, manakala bahagian seterusnya pula akan membincangkan tentang sumbangan-sumbangan lain beliau dalam bidang kesusasteraan ini. Pada bahagian-bahagian tertentu di bawah nanti akan diselitkan dengan gambar-gambar sepanjang penglibatan Lim Swee Tin dalam bidang penulisan ini. 4.2.1 Karya-karya Lim Swee Tin i. Novel Beliau mula berminat menulis novel sejak tahun 1960-an lagi. Pada waktu itu, beliau mula membaca novel-novel yang dihasilkan oleh A. Samad Ismail seperti novel Patah Sayap Terbang Jua (1968). Selain itu, pada tahun 1971, beliau gemar membaca novel-novel karya Shahnon Ahmad. Kedua-dua penulis ini merupakan idola beliau dalam penulisan novel. Lim Swee Tin terpikat kepada cara penulisan yang digunakan oleh kedua-dua penulis tersebut yang sangat menarik. Namun begitu, beliau lebih gemar menulis novel remaja. Novel remaja pertama yang ditulis oleh Lim Swee Tin ialah Selendang Anum yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1991. Beliau gemar menggunakan tema perpaduan kaum dalam menerapkan penulisan novel remaja. Novel remaja " Menguak Tabir Musim" yang diterbitkan pada tahun 1992 adalah mengenai perpaduan kaum dalam konteks masyarakat dengan cara mengenali sesuatu masyarakat dengan lebih dekat atau bersungguh-sungguh. Novel ini mengisahkan tentang permasalahan
6

hidup masyarakat Siam yang tinggal di Kelantan. Beliau menulis novel ini dengan harapan agar sesebuah masyarakat dapat memahami tentang permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat lain. Pada tahun 1997 pula, beliau menulis novel Potret Untuk Nabila yang juga bertemakan perpaduan kaum. Novel ini lebih berfokus kepada persahabatan remaja. Dalam novel ini perpaduan dapat di capai oleh sesebuah negara jika setiap rakyat mengutamakan keikhlasan dalam setiap perkara.

Lim Swee Tin mementingkan perpaduan dikalangan pelajar serta masyarakat. Dalam penulisan novel Tragedi Dayang Sari yang diambil daripada peristiwa rakyat dahulu kala, yang kemudiannya ditulis dalam bentuk idea yang baru agar remaja lebih berminat untuk membaca novel mengenai cerita rakyat yang semakin dilupakan. Jelas di sini menunjukkan bahawa gaya penulisan novel remaja oleh
7

Lim Swee Tin cenderung kepada pentingnya mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara. Pandangan ini dikemukakan beliau dalam setiap novelnya dan cuba diketengahkan kepada golongan remaja kerana golongan inilah yang bakal meneraju negara pada masa hadapan. ii. Cerpen Cerpen merupakan karya Lim Swee Tin yang pertama disiarkan di media cetak, iaitu sebuah cerpen yang bertajuk Malam Pertama dan tersiar dalam Majalah Jejaka pada tahun 1971. Tetapi, Lim Swee Tin merasakan jiwa dan bakatnya lebih terjurus ke arah genre sajak. Bagi beliau, genre ini boleh menjadi alat komunikasi, iaitu apabila sesebuah karya dihasilkan, pengalaman dan pemikiran penulis dapat dikongsi dan dihayati bersama-sama khalayak. Namun begitu, beliau tetap juga menulis cerpen-cerpennya dari masa ke semasa. Dan antara cerpen-cerpen beliau hasilkan :

"Tapah" yang telah memenangi Hadiah Istimewa Penulis Bukan Melayu dalam Sayembara Cerpen Esso-Gapena III tahun 1981( termuat dalam antologi cerpen Sayembara III terbitan DBP tahun 1982).

Gok yang memenangi anugerah dalam Sayembara Cerpen Esso-Gapena VI pada tahun 1985 (juga termuat di dalam antologi cerpen Sayembara VI terbitan DBP)

Cahaya Lain di Wajah" yang telah memenangi hadiah sagu hati dalam Sayembara Cerpen tajaan Malayan BankingDBP 1990.

Setelah Kabus Dini Hari yang telah memenangi hadiah dalam anugerah Hadiah Cerpen Maybank DBP ke IV. selain itu, cerpen-cerpen beliau juga termuat dalam antologi bersama iaitu Sayembara III (1982), Sayembara VI ( 1985), Timur ( 1987), Sesudah Senja ( 1990) dan Menara 3 (1990).

Lim Swee Tin tetap menulis cerpen walau beliau lebih cenderung kepada penulisan sajak.

Antologi Cerpen Hadiah Esso-Gapena yang turut memuatkan karya Lim Swee Tin

iii.

Sajak Bakat Lim Swee Tin lebih terserlah dalam genre sajak walaupun beliau turut menghasilkan cerpen dan esei kesusasteraan. Berkat usaha gigihnya, Panel Hadiah Sastera 1976 berpendapat bahawa Lim Swee Tin telah menunjukkan harapan besar sebagai penulis bukan Melayu dalam perkembangan sastera nasional kerana beliau bukan sahaja telah dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik tetapi telah berjaya mengangkat bahasa itu menjadi bahasa puisi. Karya-karyanya sudah mendapat tempat di Berita Minggu, Jurnal PERISA, Jurnal Malay Literature, Utusan Zaman, Mingguan Timur,Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, Dewan Sastera dan puluhan media penyiaran tanah air. Selain itu, puisi-puisinya juga diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Cina dan Thailand. Salah sebuah sajaknya yang paling awal dan sempurna dihasilkan berjudul Terima Kasih. Dan sajak inilah yang dicatatkan pada kulit novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad, namun bakat beliau pada ketika itu belum begitu terserlah lagi.

10

Bermula dari sinilah, Lim Swee Tin mula berkarya dengan bersungguh-sungguh. Semasa di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang, beliau berkesempatan untuk menyiarkan beberapa buah sajaknya sendiri. Karya-karya inilah kemudiannya memberi keyakinan kepadanya untuk mengirim beberapa buah sajak kepada akhbar-akhbar harian tempatan dan pada 14 Oktober 1973, salah sebuah sajak beliau iaitu Seorang Anak Kecil disiarkan oleh akhbar Mingguan Malaysia. Sebuah lagi tersiar pula dalam akhbar Utusan Zaman kira-kira sebulan kemudian. Tersiarnya karya-karya ini sudah cukup memberinya keyakinan dan kekuatan untuk terus menapak di persada kesusasteraan Melayu.

Lim Swee Tin sedang mendeklamasikan sajak beliau. Berikut disenaraikan beberapa buah sajak Lim Swee Tin yang telah berjaya memenangi pelbagai anugerah peringkat kebangsaan serta sajak-sajak beliau yang dikenali umum:

Seorang Anak Kecil (disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 14 Oktober 1973). Berjalan-jalan Di Sini (memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1982/83).
11

Tusukan (memenangi hadiah khas penilaian Hadiah Sastera Utusan Melayu -Public Bank 1986). Kuala Lumpur: Sebuah Citra (memenangi Sayembara Hadiah Puisi Kebangsaan anjuran ESSO- GAPENA pada tahun 1987).

Sejarah (memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1986/87 pada tahun 1988). Sewaktu Melintasi Kundasang (memenangi penilaian Hadiah Sastera Malaysia 1988/89). memenangi Hadiah Puisi Kebangsaan ESSO GAPENA tahun 1989 Benang Kehidupan (memenangi hadiah utama dalam penilaian Hadiah Sastera Utusan Melayu- Public Bank pada tahun 1990).

memenangi Hadiah Kedua Peraduan Mengarang Cerpen dan Puisi sempena 100 Tahun Kuala Lumpur melalui naskah puisi Kuala Lumpur : Kota Sarang Labah-Labah.

Hadiah Puisi Bosnia PENA, Berita Harian, Utusan melayu pada tahun 1994 'Kuala Lumpur: Tentang Sungai Sejarah Itu'. 'Kuala Lumpur: Kau Ingat Lelaki Tua Ini'. 'Kuala Lumpur: Sebuah Fragmen Cinta' 'Kuala Lumpur: Bougainvillea dan Sang Perawan'.

12

Lim Swee Tin mendeklamasikan sajak dalam majlis dihadiri beliau. iv. Buku-buku hasil karya Lim Swee Tim Sepanjang penglibatannya dalam dunia penulisan, Lim Swee Tin telah menerbitkan sejumlah sepuluh buah antologi puisi persendirian, empat daripadanya merupakan puisi remaja, lima buah novel remaja, lima buah buku kreatif umum, dan lebih enam puluh buah antologi bersama. Beliau juga telah menghasilkan album puisi bertajuk Mencari Indah yang beliau terbitkan sendiri. Album ini mengandungi 16 buah sajak. 14 buah sajak dideklamasikan dan 2 buah sajak pula beliau nyanyikan sendiri. Setiap pembelian album ini akan mendapat sebuah buku kumpulan puisi terbaru beliau yang juga bertajuk Mencari Indah. Berikut disenaraikan buku-buku karya Lim Swee Tin serta buku-buku yang mengandungi karya beliau, antaranya ialah :

Kumpulan Sajak Akrab, DBP, 1985 Kumpulan Sajak Menyusur Musim, DBP, 1990 Kumpulan Sajak Seorang Anak Kecil dan Sajak-sajak Lain, MASA Ent., 1993 Kumpulan Esei Sketsa, DBP,1996 Kumpulan 1998,2000 Antologi Sajak Nota Waktu, Citra Publishing, 2000 Kumpulan Esei Berkelana di Belantara Kata, Pustaka Nusa, 2002 Kumpulan Sajak Citra Kurnia, Pustaka Nusa, 2003,2004 Kumpulan Sajak Memetik Mawar (Remaja), Citra Kurnia Ent.,2003,2005
13

Sajak Sebuah

Fragmen

Cinta,

DBP,

Kumpulan Sajak Sukma Cemara, Citra Kurnia Ent.,2006 Novel Berpaut di Batas Ombak, Citra Kurnia Ent., 2009. Kumpulan sajak Mencari Indah, Citra Kurnia Ent., 2009. Kumpulan Sajak Sempena : Stanza Memorabilia, Citra Kurnia Ent., 2009 Penulisan kreatif: Mendekati Seni Penulisan Kreatif, Citra Kurnia Ent., 2008.

Buku-buku Karya Lim Swee Tin

4.2.2

Sumbangan-sumbangan lain Lim Swee Tin Lim Swee Tin pernah aktif dalam Persatuan Penulis-Penulis Kelantan (PPK). Selepas PPK menjadi tuan rumah Hari Puisi Nasional di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1981, Lim Swee Tin mengambil alih jawatan Setiausaha selama tiga penggal berturut-turut. Sepanjang memegang jawatan tersebut, Lim Swee Tin banyak memainkan peranan mengendalikan bengkel dan mengadakan pelbagai rancangan pembangunan untuk melahirkan penulis-penulis pelapis di negeri kelahirannya itu. Pada tahun 1990, Lim Swee Tin terpilih mewakili negara dalam acara
14

Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur, acara dwitahunan yang menghimpunkan penyair-penyair terkemuka dunia. Pada tahun yang sama juga, Dewan Bahasa dan Pustaka memilih beliau untuk Program Penataran Karya Sastera selama 26 hari di Indonesia. Pada tahun 1994 hingga 1997, Lim Swee Tin merupakan Pengelola Ruangan Sastera dan Budaya akhbar Mingguan Watan. Selain itu, beliau kerap diundang untuk membentangkan kertas kerja. Beliau juga mengendalikan Minggu Penulis Remaja (Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah) dari tahun 1996 hingga 1999, yang banyak membantu mengukuhkan kedudukannya sebagai penulis tanah air. Lim Swee Tin juga merupakan Pengadil GAPENA bagi acara Sayembara Puisi Kebangsaan dari tahun 1995 hingga sekarang. Kejayaan cemerlang Lim Swee Tin dalam bidang penulisannya juga membawanya ke simposium The Search for a New World Culture for the 21st Century : Asian Literary Perspective di Washington D.C, Amerika Syarikat, dan bersempena dengan Persidangan ASEM ke-2 di London April tahun 1998, Lim Swee Tin diundang mewakili Malaysia pada acara Baca Puisi Four Leading Poets from South East Asia bertempat di Royal Festival Hall, London di samping penyair dari Indonesia, Thailand dan Filipina. Antara acara-acara yang telah disertai oleh Lim Swee Tin juga ialah :

Penataran 1990, (Peserta).

Karya

Kesusasteraan DBP, 6

di

Indonesia, Jakarta Malang,

30 November

Pertemuan Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia, LIPIDBP, Jakarta, 22 November 1990. (Pembentang Kertas Kerja.)

Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (Kuala Lumpur World Poetry Reading) 1990, DBP ,Kuala Lumpur 1990, 1992, 1996, 1998, 2000. (Peserta.)

15

Hari Puisi Nasional ke-10, GAPENA-Persatuan Penulis Pulau Pinang, Pulau Pinang, Karya UPM, 20-23 Sastera, 26 September Persatuan Oktober 1991. (Pembentang Kertas Kerja).

Seminar

Penterjemahan

Penterjemah Malaysia,

1996. (Pembentang Kertas Kerja.) The Search for a New World Culture for the 21st Century Culture:Asian Literary Perspective,The Washington Times Foundation and The Internasional Culture Faoundation, Washington D.C., 27 April 5 Ogos 1997, (Peserta Negara.)

Four Leading Poets from South East Asia, with Conjunction to Asian Europe Summit (ASEM 2), London, 2 April 1998, (Peserta Negara).

Minggu Sastera Malaysia , Persatuan Penulis Johor-DBP, Johor Bahru, 28 November 1998, (Pembentang Kertas Kerja).

Hari Puisi Nasional Malaysia ke-14, GAPENA-Kerajaan Negeri Sembilan-DBP,Seremban, Negeri Sembilan, 29-30 Januari 1999,(Pembentang Kertas Kerja).

Pertemuan sasterawan Nusantara ke-10, dan Pertemuan Sasterawan Malaysia 1,Kerajaan Negeri Johor-GAPENADBP, Johor Bahru, Johor, 17-21 April1999. (Pembentang Kertas Kerja.)

Simposium Penulis Pelbagai Kaum 1, GAPENA-DBPPUTERA, Miri, for Sawarak, 17-20 World Peace, September Kerajaan 2001, 2000, (Pembentang Kertas Kerja).

Concert

Diraja Thailand, Bangkok, (Peserta Negara).

Thailand,

25-28 Ogos

16

Taipei 2001 World Poetry Festival, Biro Kebudayaan Taipei, Taiwan R.O.C,Taipei, 10-23 September 2001, (Peserta Negara)

Hari Puisi Nasional Malaysia 2003, GAPENA-Kerajaan Negeri Selangor-DBP,Shah Alam, Selangor, 2003, (Pembentang Kertas Kerja).

5.0

Penutup Kejayaan cemerlang Lim Swee Tin dalam bidang penulisan ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Pelbagai pengiktirafan serta anugerah telah beliau perolehi serta menangi sepanjang pembabitan beliau di dalam bidang ini. Antara pengiktirafan yang paling tinggi ialah beliau merupakan penerima S.E.A Write Award bagi tahun 2000, iaitu penghargaan tertinggi bidang kesusasteraan di Asia Tenggara oleh Kerajaan Diraja Thailand. Pengiktirafan sebegini merupakan hasil daripada segala keringat yang telah beliau curahkan di dalam usaha bagi membantu perkembangan kesusasteraan Melayu tanah air. Dengan adanya pengiktirafan yang tinggi sebegini juga, diharapkan agar beliau terus terdorong untuk berkarya agar dunia kesusasteraan Melayu di negara ini terus berkembang dengan pesatnya.

. RUJUKAN Arbak Othman. (2009). Dari Kreativiti Ke Senikarya. Kuala Lumpur : Citra Kurnia Enterprise. Arbak Othman & Lim Swee Tin (2008), Puisi, Penyair Dan Kreativiti. Seri Kembangan: Citra Kurnia Enterprise. Buku-Buku Lim Swee Tin. www.ujanailmu.com.my. Dicapai pada 23 Jun 2012.

17

Lim Swee Tin. (2008). Biografi Lim Swee Tin : meniti liku menuju ke puncak. Seri Kembangan: Citra Kurnia Enterprise. Mana Sikana. (2005). Sastera Melayu Pascamodenisme. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Puisi Bersatulah Melayu Bakar Semangat Peserta http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2011&dt=0819&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_25.htm Dicapai pada 20 Jun 2012. Siti Aisah Murad. (1999). Kesusasteraan Melayu Moden 1970-1979. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hawa Hj. Salleh. (2002). Kesusasteraan Melayu Abad Kesembilan Belas. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Tokoh Kesusasteraan Melayu. http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/12/tokoh-tokohkesusasteraan-melayu.html. Dicapai pada 23 Jun 2012. Zainal Abdul Kadir. (2009). Lim Swee Tin Bukan Penyanyi.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2009&dt=0308&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_02.htm. Dicapai pada 20 Jun 2012

18

You might also like