Azimah Omar

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 103

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN AZIMAH BINTI OMAR MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEMASA MENJADI HAKIM DI MAHKAMAH

SEKSYEN 6, MAHKAMAH SHAH ALAM

OLEH :

NOR AZLAN BIN IDRIS NOR SURIANI BINTI JAMALUDIN

PROJEK DIMAJUKAN KEPADA FAKULTI PENGAJIAN MAKLUMAT, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, KAMPUS PUNCAK PERDANA, SHAH ALAM BAGI MEMENUHI KEPERLUAN KURSUS IMR 603 SEJARAH LISAN.

DISEMBER APRIL 2009

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN AZIMAH BINTI OMAR MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEMASA MENJADI HAKIM DI MAHKAMAH SEKSYEN 6, MAHKAMAH SHAH ALAM

OLEH :

NOR AZLAN BIN IDRIS NOR SURIANI BINTI JAMALUDIN

PROJEK DIMAJUKAN KEPADA FAKULTI PENGAJIAN MAKLUMAT, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, KAMPUS PUNCAK PERDANA, SHAH ALAM BAGI MEMENUHI KEPERLUAN KURSUS IMR 603 SEJARAH LISAN.

DISEMBER APRIL 2009

ISI KANDUNGAN

BIL

PERKARA

Muka Surat

1.

Penghargaan

2.

Pengenalan

3.

Abstrak

4.

Pendahuluan

4-5

5.

Singkatan Kata

6.

Transkrip

7-71

7.

Senarai Soalan

72-86

8.

Log Temubual

87-92

BIL

PERKARA

Muka Surat

9.

Lampiran (i) (ii) Indeks Surat Kebenaran untuk menemubual Pn. Azimah binti Omar (iii) (iv) (v) (vi) Perjanjian mengenai Sejarah Lisan Gambar-gambar Keratan Akhbar dari Arkib Utusan Online Kronologi

PENGHARGAAN

Pertamanya, kami ingin menyampaikan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada semua individu yang terlibat di dalam menyiapkan projek kajian ini. Pertama sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah Sejarah Lisan (IMR 603) iaitu Encik Nazir bin Ahmad kerana banyak memberi tunjuk ajar, pendapat dan kerjasama dalam menyiapkan projek kajian ini. Seterusnya, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Azimah binti Omar kerana memberi kerjasama dan layanan yang baik kepada kami semasa temuramah dijalankan di pejabat beliau di Pejabat Penasihat Undang-Undang, Kementerian Kerja Raya Malaysia. Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada beliau di atas kesudian beliau untuk ditemuramah oleh kami walau pun beliau mempunyai jadual tugas yang amat padat dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Penasihat Undang-Undang di Kementerian Kerja Raya semenjak September 2008. berguna yang telah disampaikan oleh Segala nasihat yang dijadikan

beliau kepada kami akan

sebagai panduan yang sangat berguna untuk masa hadapan kami. Akhir sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakanrakan sekelas kami dan insan-insan lain yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan tugasan ini. Segala pandangan dan idea-idea yang telah disumbangkan oleh setiap individu amat kami hargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

PENGENALAN

Negara Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berperlembagaan. Sistem pembahagian kuasa

dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Parlimen (perundangan), Kehakiman dan Pentadbiran (Eksekutif).

Bagi

institusi

kehakiman,

terdapat

mahkamah-mahkamah

yang

menjalankan tugasan ini. Antara tugas-tugas mahkamah ini adalah untuk:

(i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii)

Mengadil tindakan-tindakan sivil Mengadili pendakwaan jenayah Mendengar rayuan dari Mahkamah bawahan. Membuat dikri hal ehwal keluarga (perceraian, nafkah dll). Pengurusan pusaka Mengeluarkan waran tangkap Mentafsir undang-undang

ABSTRAK

Orang yang ditemubual iaitu Puan Azimah binti Omar adalah seorang Pegawai Perundangan dan Kehakiman. Pada masa kini beliau sedang berkhidmat di Kementerian Kerja Raya Malaysia sebagai Penasihat UndangUndang semenjak 1 September 2008. Di atas kesudian Puan Azimah untuk

ditemubual oleh kami, Nor Azlan bin Idris dan Nor Suriani binti Jamaludin, Pelajar Luar Kampus, pengajian Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Maklumat, satu sesi temubual telah dijalankan pada 13 Mac 2009, bertempat di pejabat beliau iaitu di Pejabat Penasihat Undang-Undang, Kementerian Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580, Kuala Lumpur pada jam 6.00 petang hingga 8.20 malam. Secara keseluruhannya sesi temubual ini berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama dan sokongan sepenuhnya daripada Puan Azimah binti Omar sendiri.

PENDAHULUAN

Puan Azimah binti Omar adalah seorang pegawai kerajaan di bawah Skim Pegawai Perundangan dan Kehakiman. Pada masa kini beliau sedang berkhidmat di Kementerian Kerja Raya Malaysia sebagai Penasihat UndangUndang mulai 1 September 2008. Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di dalam skim ini, ini adalah kali pertama beliau ditugaskan sebagai Penasihat Undang-Undang di bawah seliaan Jabatan Peguam Negara. Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sehinggalah sebelum beliau ditugaskan ke Kementerian Kerja Raya, beliau hanya pernah ditugaskan di mahkamah. Justeru itu, memandangkan pengalaman beliau adalah lebih kepada bidang kehakiman, maka sesi temubual ini secara keseluruhannya hanya tertumpu kepada mengenai kerjaya beliau sebelum dan semasa beliau menjadi seorang hakim.

Bagi soalan-soalan umum, soalan-soalan adalah berdasarkan draf soalan yang telah disediakan dan telah dapat dijawab dengan baik oleh beliau dan beberapa soalan-soalan susulan juga turut ditanyakan kepada beliau dan soalansoalan tersebut juga telah dapat dijawab dengan ringkas dan jelas oleh beliau.

Manakala,

bagi

soalan-soalan

khusus

pula

soalan-soalan

adalah

berdasarkan draf soalan yang telah disediakan dan beberapa soalan-soalan susulan turut juga ditanyakan kepada beliau dan soalan-soalan tersebut juga telah dapat dijawab dengan ringkas, jelas, padat dan disertakan dengan contohcontoh oleh beliau bagi pemudahan pemahaman oleh kami.

Daripada sesi temubual yang telah diadakan kami telah memperoleh banyak nasihat dan tunjuk ajar dari beliau. Di samping itu juga, beliau adalah seorang yang tidak lokek untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan seorang yang sabar dalam memberikan jawapan ke atas setiap soalan-soalan yang dikemukakan kepada beliau. Kami juga tidak berasa kekok semasa menebual

beliau memandangkan beliau adalah seorang yang sangat ramah dan atas sebab keramahan beliau, kami berasa tidak kekok dalam menjalankan sesi temubual ini.

Akhir sekali, berdasarkan temubual yang dibuat juga antara kelemahankelemahan yang timbul adalah disebabkan oleh kesuntukkan masa yang mana beliau adalah seorang yang sangat sibuk dengan tugasan hariannya dan waktu yang dapat diperuntukkan oleh beliau untuk sesi tembual adalah agak singkat walaupun telah memakan masa lebih dari dua jam iaitu dari jam enam petang hinggalah jam lapan lima belas minit malam.

SINGKATAN KATA

SINGKATAN

PERKATAAN PENUH

AKC JAC JALSOA JUSA NGO OKT PTK SPM STPM UPU

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Judicial Appointments Commission Judicial and Legal Service Officers Association of Malaysia Jawatan Utama Sektor Awam Non-governmental organizations Orang Kena Tuduh Penilaian Tahap Kecekapan Sijil Pelajaran Malaysia Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia Unit Pusat Universiti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

TRANSKRIP

TAPE 1 SIDE A Berikut adalah transkrip temubual bersama Puan Azimah Binti Omar mengenai pengalaman beliau semasa menjadi Hakim, di Mahkamah Seksyen Enam, Mahkamah Shah Alam.

NSJ : Boleh puan beritahu saya nama penuh puan? AO : Nama saya Azimah binti Omar.

NSJ : Bilakah tarikh lahir puan? AO : Saya dilahirkan pada dua haribulan Julai sembilan belas enam puluh dua (2hb Julai 1962).

NSJ : Puan anak ke berapa dalam keluarga? AO : Anak ke-empat dalam keluarga.

NSJ : Apakah perkerjaan ayah puan semasa membesarkan puan adik beradik? AO : Saya mempunyai - perkerjaan ayah saya mempunyai history [sejarah] yang panjang, saya dilahirkan daripada golongan keluarga yang miskin, di mana pada awalnya ayah saya merupakan seorang penoreh getah di Sungai Merab, Kajang dan kemudiannya berpindah ke Kuala Lumpur di mana ayah telah memulakan perniagaan runcit di Kampung Datuk Keramat iaitu di tempat setinggan sebelum adanya Taman Bukit Setiawangsa. I think its now [Saya rasa sekarang] tempat itu apa nama di AU sebelum adanya (terdapat bunyian talian telefon masuk) dan kemudiannya ayah, ayah saya atas dasar penempatan semula keluarga setinggan

di Kampung Datuk Keramat, kami telah dipindahkan ke Selayang, kawasan Selayang, Selayang Pandang, di mana ayah saya telah memulakan perniagaan runcit di sana. (diam seketika untuk berfikir) Sehinggalah beliau berhenti berniaga selepas saya tamat pengajian saya dari Universiti Malaya.

NSJ : Adakah ayah dan ibu puan tegas membesarkan anak-anak? AO : Ya, memang benar, memang ayah dan ibu saya ibu bapa yang sangat tegas di dalam membesarkan anak-anak mereka.

NSJ : Adakah puan berpendapat dengan cara didikan yang diberikan oleh ibu dan ayah puan merupakan salah satu punca kejayaan puan sekarang? AO : Ya, pasti.

NSJ : Bilakah puan melangsungkan perkahwinan puan? AO : Saya melangsungkan perkahwinan pada tahun sembilan belas lapan puluh enam (1986) selepas tamatkan pengajian saya di Universiti Malaya.

NSJ : Apakah perkerjaan suami puan? AO : Pada masa ini suami saya adalah bekerja di sebuah syarikat farmasuetikal yang bernama CCM Pharmaceutical Sdn. Bhd.. Pekerjaan suami adalah seorang Pengurus Besar yang mengawal operasi CCM Pharmaceutical.

NSJ : Nampaknya puan dan suami sama-sama bekerja, bagaimanakah puan dan suami membahagikan masa bersama anak-anak?

AO : Ini satu soalan yang kompleks (ketawa), di mana suami saya sebenarnya seorang yang rajin bekerja dan di mana tempat beliau bekerja memerlukan masa yang panjang di pejabat dan saya bersyukur ke hadrat Allah kerana saya pada awalnya, semasa bermula-mula berkhidmat dengan Kerajaan, saya telah ditempatkan di tempat yang dekat dengan rumah saya, di mana post [tempat] pertama saya adalah seorang majistret di Klang dan pada masa itu saya tinggal di Shah Alam. Dan atas jarak tempat kerja yang dekat itu dan yang memandangkan saya seorang pegawai Kerajaan, masa yang terluang untuk saya dengan anak-anak saya adalah lebih panjang jika dibandingkan dengan suami saya. Dan kemudian daripada itu kami bertuah kerana suami mendapat satu peluang pekerjaan di luar kawasan Kuala Lumpur iaitu di Alor Setar, di Sungai Petani dan saya telah ikut serta suami berpindah ke Sungai Petani yang mana saya telah bertugas sebagai majistret di Sungai Petani dan jarak rumah dan seksyen court [mahkamah] itu adalah sangat dekat iaitu dalam lebih kurang satu kilometer dan demikian memudahkan saya lagi meluangkan masa dan mempunyai banyak masa untuk anak-anak. Jika pada masa pembesaran anak-anak saya sehingga ke sekolah menengah, most of the time I was with them [kebanyakan masa saya, saya bersama mereka]. Berbeza dengan suami saya yang memang dari awal mula bekerja sehinggalah sekarang masa yang ada untuk beliau bersama anakanak adalah sangat terhad.

NSJ : Pernah tidak anak-anak puan merungut dengan kesibukkan puan dan suami dalam menyelesaikan tugasan harian? AO : Itu biasa. Sangat biasa, itu memang ragam anak-anakkan?

Because [sebab] sebagai anak-anak selalunya yang rapat dengan ibu bapa itu merupakan tidak boleh tidak mereka akan merungut

dengan kesibukkan saya dan suami saya di dalam kami menjalankan tugas harian, dan mencapai cita-cita.

NSJ : Berapa orang anak puan? AO : Saya mempunyai empat orang anak, di mana lelaki dan seorang perempuan. tiga daripadanya

NSJ : Boleh saya tahu umur mereka? AO : They are in the range of [Mereka dalam lingkungan] yang sulung dua puluh dua tahun, dua puluh tahun, lapan belas tahun dan yang paling bongsu berumur sebelas tahun.

NSJ : Berapa orang anak puan yang masih belajar? AO : Kesemua mereka masih belajar, yang besar sudah belajar universiti dan yang bongsu sekali masih dalam darjah lima.

NSJ : Di antara anak-anak puan yang manakah menunjukkan minat untuk mengikut jejak puan? AO : Dua daripada anak saya sedang mengikut pengajian undangundang di Universiti Teknologi Malaysia [sebenarnya Universiti Teknologi Mara].

NSJ : Adakah puan yang mendorong mereka? AO : Pada awal penglibatan mereka semasa dibangku persekolahan saya tidak pula mendorong untuk mereka mengikut jejak langkah saya, tetapi apa yang saya lihat dari alam persekolahan memang anak yang pertama dan kedua itu cenderung dalam bidang undangundang tetapi saya tidak menyangka yang mereka memang betulbetul minat dan mereka sendiri berusaha untuk mendapatkan

10

tempat di Fakulti Undang-Undang, di Universiti Teknologi Malaysia [sebenarnya Universiti Teknologi Mara].

NSJ : Di manakah pula puan mendapat pendidikan menengah puan? AO : Saya mendapat pendidikan menengah saya pada masa tingkat satu hingga lima di Sekolah Menengah (P) Jalan Ipoh dan saya belajar di tingkatan enam atas dan rendah di St. George Institution, Kuala Lumpur.

NSJ : Semasa di sekolah menengah adakah puan pernah mewakili sekolah dalam sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah? AO : Saya bukan seorang ahli sukan (ketawa). Tapi saya meminati

bidang sukan, tetapi saya juga, saya pernah mewakili sekolah di dalam acara-acara sosial dan berbentuk seni di mana saya adalah pasukan tarian sekolah. Selain daripada itu, saya tidak mewakili sekolah dalam apa-apa aktiviti-aktiviti lain.

NSJ : Semasa di sekolah bagaimanakah caranya puan membuat persediaan menduduki peperiksaan penting? AO : Ini soalan cepu emas. Macam mana saya hendak cakap - (diam seketika untuk berfikir) pasal pada awalnya saya bercita-cita untuk menjadi seorang doktor dan bila kita kata mengenai profesyen doktor ini kita perlukan satu sistem pembelajaran yang betul-betul tight [ketat], yang mana tidak tergapai oleh saya. (diam seketika untuk berfikir) Walau bagaimanapun, saya di dalam membuat

persediaan menghadapi peperiksaan selalunya saya akan belajar lebih awal daripada peperiksaan yang akan tiba dan saya buat satu sistem membuat nota-nota ringkas, nota-nota ringkas, di dalam membuat revison [ulangkaji], dan dengan nota ringkas inilah saya akan apabila tiba peperiksaan kita tidak lagi bergantung kepada

11

buku teks dan sebagainya dan kita bergantung kepada nota-nota ringkas untuk ulangkaji. Itulah cara saya menghadapi sebarang

peperiksaan. Ini juga saya buat semasa saya di universiti.

NSJ : Sebaik sahaja menamatkan peperiksaan SPM, adakah puan membuat apa-apa kerja sampingan atau puan menghadiri kelas tertentu sementara keputusan dimaklumkan? AO : Saya seorang yang rajin bekerja. Selepas SPM - saya bekerja itu selepas SPM ke STPM, masa selepas tamatnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia saya tidak bekerja tetapi bapa saya pada masa itu menjalankan perniagaan runcit dan most of my time [kebanyakan masa saya] saya akan membantu bapa saya untuk menolong beliau di kedai runcit tersebut dan saya tahu di dalam keadaan yang bagaimana erti kehidupan sebenarnya. (diam seketika untuk berfikir)

NSJ : Setelah keputusan SPM diumumkan adakah puan memilih untuk meneruskan pengajian di Tingkatan Enam atau ke universiti? AO : Selepas keputusan peperiksaan diumumkan, keputusan

peperiksaan saya tidak layak untuk meneruskan cita-cita saya menjadi seorang doktor. Pilihan yang ada sama ada saya masuk ke universiti yang lain, mengikuti kursus diploma atau pun option [pilihan] yang kedua untuk meneruskan ke tingkatan enam untuk mendapatkan sijil STPM. Tetapi pada masa itu apabila dilihat

daripada keputusan-keputusan STPM, banyak yang mengatakan bahawa ia adalah satu, peringkat persekolahan yang amat sukar untuk berjaya dan pada masa itu juga bapa saya telah mengarahkan, ini satu history [sejarah], saya untuk membuat mengikuti kursus perakaunan atau pun pentadbiran perniagaan, yang mananya saya tidak berminat. (diam seketika untuk berfikir)

12

Jadi saya memberitahu bapa saya, saya akan teruskan dengan tingkatan enam dan mencuba nasib saya - untuk mendapatkan sijil STPM untuk terus ke universiti bagi pengajian peringkat ijazah, di mana bapa saya telah tidak bersetuju dan mengatakan bahawa kebanyakkan pelajar yang dilihat meneruskan pelajaran ke tingkat enam, kebanyakan tidak berjaya dan meminta saya review [kaji] balik keputusan saya dan memasuki UiTM [pada masa itu dikenali sebagai Institut Teknologi Mara], but, I was a demon [tetapi saya menolak]. Sebabnya masa itu, saya hendak tunjukkan kepada bapa saya bahawa saya boleh berjaya sekiranya saya teruskan pengajian saya di tingkatan enam, dan alhamdulillah [bersyukur] saya telah dapat kejayaan dan buktikan pada beliau, upon a very strong objection [walaupun ditentang dengan keras sebelumnya]. Bapa

saya memang marah dengan saya sehingga bapa kata tidak tahu, jangan cakap, tidak payah cakaplah pasal dia hendak sangat saya masuki UiTM pada masa itu. (pada masa ini suara kurang jelas kedengaran)

NSJ : Apakah kursus utama puan yang menjadi pilihan utama semasa membuat permohonan ke universiti? AO : Ini juga menjadi satu memori kepada saya. Sebenarnya saya, what happen was [apa yang terjadi adalah] saya lahir daripada orang yang miskin, bapa saya miskin, tujuan saya hendak masuk ke universiti adalah untuk masuk universiti dan dapat kerja besar. Saya hendak memiliki kereta besar, rumah besar dan sebagainya, at that particular time [pada masa itu] saya tidak terfikir bidang apa, apa yang saya hendak masuk, cuma saya kata saya hendak buat bidang sastera dan tengok kalau mungkin jadi cikgu pun bolehlah. But [Tetapi], selepas saya mendapat keputusan SPM [sepatutnya STPM], keputusan yang saya perolehi adalah memberangsangkan dan saya tak terfikir untuk menceburi bidang undang-undang dan

13

kebetulan seorang rakan sekolah saya yang pada masa yang sama memperolehi keputusan yang memberangsangkan telah melihat borang UPU [Unit Pusat Universiti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia] yang saya telah isi dan mengatakan bahawa adakah saya gila dengan keputusan yang saya ada hendak meneruskan (ketawa) thats what ... [itulah yang ...], adakah saya gila dengan keputusan yang saya ada, saya hendak terus mengambil bidang sastera dan pada masa itu, that was twenty over years [itu adalah dua puluh tahun yang lalu), yang mana kita tidak terfikir kita datang daripada orang susah, kita tidak fikir peguam itu apa, kita tak fikir undangundang itu apa. But, this friend of mine (Tetapi, seorang kawan saya), telah mengatakan bahawa dengan keputusan yang saya ada, saya sepatutnya memohon untuk meneruskan pengajian undangundang yang pada masa itu, saya tidak nampak gambaran lagi apa bidang undang-undang sebenarnya dan even [malahan] ada seorang guru yang telah mendapat tahu berkenaan dengan ini telah mengatakan kepada saya, bidang ini bukan satu bidang yang mudah dan sukar dan memerlukan pengorbanan dan dengan sokongan yang diberikan oleh kawan saya atau rakan sekolah saya yang telah pun menukar borang UPU, yang telah memadam semua particulars [butiran] yang saya ceburi dan diletaknya bidang undangundang, dan dengan takdir Allah S.W.T saya telah ditawarkan kursus undang-undang di Universiti Malaya. - Panjang cerita saya. (diam seketika untuk berfikir)

NSJ : Adakah puan berpuas hati dengan kursus yang ditawarkan? AO : Saya tidak pernah menyesal. In fact [Kenyataannya] saya masih lagi bersyukur kepada rakan saya dan walau pun sudah lebih dua puluh tahun, lebih tahun telah berlalu semasa saya berjumpa dengannya saya telah berterima kasih dengan apa yang telah dilakukan kepada borang UPU saya.

14

NSJ : Adakah yang/siapakah yang mendorong puan untuk memilih/ menerima kursus ini? AO : Seperti yang saya katakan tadi tidak ada dorongan pasal, kerana ibu bapa saya orang yang miskin, tidak tahu pasal undang-undang dan saya sendiri pun tidak ada pengalaman atau cetek

pengetahuan mengenai apa sebenarnya pengajian undang-undang, penglibatan saya di bidang undang-undang adalah semata-mata dorongan rakan saya itu - dan yang telah memilih kursus untuk saya. (diam seketika untuk berfikir)

NSJ : Semasa di Universiti Malaya, adakah puan seorang yang aktif berpersatuan? AO : Not really [Tidak sangatlah], tidak begitu sangatlah. Saya cuma main bola baling untuk bukan kampus, untuk hostel [asrama] sahaja.

NSJ : Secara peribadi, adakah puan merasakan dengan menyertai aktivitiaktiviti yang, yang ianya dapat memupuk semangat kepimpinan dalam diri seseorang pelajar? AO : Yes, definately [Ya, semestinya], bagi saya - penyertaan atau

penglibatan seorang pelajar di dalam aktiviti, aktiviti-aktiviti yang dianjurkan atau yang ada di universiti adalah perlu memandangkan dari sinilah ia dapat memupuk sifat-sifat kepimpinan dalam diri seseorang, seseorang dan juga mengajar bukan sahaja memimpin, bukan sahaja memimpin tetapi mengajar kita bekerja secara teamwork [bekerja dalam kumpulan] (rakaman kurang jelas kedengaran pada masa ini) dan bagaimana menjadi seorang pemimpin yang bagus, bagaimana menjadi follower [pengikut] juga. Kalau, macam mana menjadi follower [pengikut], jadi bagaimana

15

kita menyesuaikan diri kita di dalam pergaulan kita di dalam berpersatuan kita dan sebagainya. (diam seketika untuk berfikir)

NSJ : Bagaimanakah puan membahagikan masa pelajaran dan aktiviti berpersatuan semasa di universiti? AO : Memandangkan saya tidaklah begitu aktif sangat di dalam aktiviti berpersatuan, saya banyak masa untuk diberikan kepada pelajaran saya. (ketawa)

NSJ : Adakah puan menerima apa-apa bantuan atau biasiswa semasa menuntut di Universiti ? AO : Saya adalah pemegang biasiswa JPA [Jabatan Perkhidmatan Awam].

NSJ : Adakah dengan bantuan dan biasiswa tersebut membuatkan puan lebih bersungguh-sungguh untuk berjaya di dalam pendidikan puan? AO : Ya, sudah pasti kerana seperti saya kata awal tadi, saya datang dari keluarga miskin, saya hargai peluang yang diberikan kepada saya dan dengan bantuan dan biasiswa yang, atau biasiswa yang telah diberikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam pada saya menjadikan ia satu dorongan kepada saya untuk berjaya dan untuk

memperolehi ijazah yang saya kejar pada awalnya tadi.

NSJ : Apakah jawatan puan sekarang? AO : Saya kini memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-Undang, Kementerian Kerja Raya.

16

NSJ : Saya difahamkan puan sedang menyandang jawatan JUSA C [Jawatan Utama Sektor Awam C] pada usia yang agak muda ini, apakah rahsia puan hingga mencapai ke tahap ini? AO : Tidak ada rahsia, hendak katakan berjaya itu, tidak adalah berjaya. Tetapi saya bersyukur pada Allah S.W.T yang telah memberikan saya rezeki ini. Tetapi, tidak ada rahsia dalam kejayaan yang kalau dikatakan berjaya ini kerana bagi saya, apabila saya menjejakkan kaki saya ke alam pekerjaan apa yang terlintas, apa-apa yang terniat dihati saya adalah untuk bekerja dengan ikhlas, ikhlas bekerja dengan tekun, rajin dan memberikan perkhidmatan yang terbaik, amanah dan juga - memandangkan kita memegang amanah yang diberikan kita hendaklah laksanakan dengan sebaikbaik mana yang mungkin. (diam seketika untuk berfikir)

NSJ : Apakah perbezaan yang paling ketara puan rasakan antara jawatan puan sekarang sebagai Penasihat Undang-Undang dan seorang hakim? AO : Banyak bezanya pasal kita jadi seorang hakim, dia dari segi status dia hakim, hakim in term of status wise [dari segi status] menjadi seorang hakim lebih prestij dan disamping itu bidang kerja yang dilaksanakan adalah tiada siapa yang mengongkong kita kerana kita mempunyai mahkamah yang kita kendalikan sendiri, kita yang menentukan bagaimana perjalanan kes-kes kita dan tidak ada siapa yang akan mengarahkan kita untuk menjalankan itu dan ini dan sebagainya. Apa yang, apa yang kita perlukan adalah we manage our own court to the best of our ability [kita uruskan sendiri mahkamah kita mengikut kemampuan kita sendiri], iaitu kita pastikan bahawa kita mendengar kes, untuk mendengar kes untuk menjalankan tugas-tugas kita dengan seadil-adilnya, dan cuba mendengar kes sebanyak kes mungkin yang supaya mana kita dapat tanpa

menyelesaikan

sebanyak

mungkin,

17

mengkompromi keadilan dan juga tidak ada perasaan bias [berat sebelah] dan sebagainya. Berbeza dengan Penasihat UndangUndang yang kita terpaksa, bukan terpaksa, kita mempunyai banyak klien, di mana di KKR [Kementerian Kerja Raya] ini saya bukan sahaja merupakan Penasihat Undang-Undang Kementerian tetapi juga agensi-agensi di bawahnya yang bidang kerja mereka varied [pelbagai], ia melibatkan banyak perkara-perkara yang melibatkan sivil in nature [secara natural].

NSJ : Adakah puan amat meminati bidang undang-undang ini? AO : Minat itu - hendak kata minat daripada awalnya seperti saya katakan tadi it was just [ia hanyalah], bukanlah seperti minat seperti daripada kecil, bila orang tanya kita hendak jadi lawyer [peguam], hendak jadi majistret dan sebagainya. (diam seketika untuk berfikir) Itu tidak berlaku dalam diri saya kerana saya masuk dalam bidang undang-undang itu atas dorongan kawan dan bila saya dapat tempat di Universiti Malaya untuk pengajian undang-undang saya kata, since [memandangkan] saya sudah dapat, saya mesti teruskan dan minat itu datang dengan sendiri.

NSJ : Apakah tugasan pertama puan semasa melaporkan diri semasa menjadi penjawat awam? AO : Saya telah ditugaskan sebagai Majistret di Klang apabila saya memasuki Perkhidmatan Pegawai Perundangan dan Kehakiman.

NSJ : Semenjak bilakah puan, menjawat jawatan ini? AO : Jawatan Penasihat Undang-Undang ini saya telah jawat pada satu haribulan September dua ribu lapan (1 September 2008).

NSJ : Bagaimana pula dengan jawatan pertama puan?

18

AO : Di Klang, jawatan pertama saya di Mahkamah Majistret Klang.

NSJ : Pada tahun bila puan? AO : Pada satu, I think [Saya fikir] pada bulan Ogos sembilan belas lapan puluh enam. (1 Ogos 1986)

NSJ : Adakah menjadi seorang penjawat awam menjadi impian puan semasa ketika itu? AO : Ya, ya.

NSJ : Boleh puan cerita secara ringkas mengenai pengalaman kerja puan sebelum menjadi seorang hakim? AO : Saya, selama dua puluh tahun lebih ini, saya telah bertugas sebagai pegawai kehakiman, di mana saya telah bermula menjadi seorang majistret sehinggalah hakim iaitu saya tidak pernah kerja di Jabatan Peguam Negara. Jadi pengalaman kerja saya semuanya adalah di mahkamah di mana saya pernah menjadi majistret, saya pernah menjadi seorang Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, seorang Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi dan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan kemudian menjadi hakim Mahkamah Seksyen di Shah Alam.

NSJ : Pada tahun bilakah puan mula menjalankan tugasan sebagai seorang hakim? AO : Pada tahun dua ribu lima [2005].

NSJ : Apakah kes pertama yang dihadapkan dihadapan puan pada ketika itu?

19

AO : Kes pertama, di mahkamah sesyen ini pada satu hari dia akan ditetapkan dua atau tiga kes untuk perbicaraan pada masa itu, pada hari pertama saya menjadi hakim seksyen, kes-kes yang dihadapan saya adalah, I think [saya rasa] kes rogol, rompakan tak silap saya dan rogol, rompakan dan I think [saya rasa] - Jabatan Alam Sekeliling [Jabatan Alam Sekitar] kalau tidak silap saya. (diam seketika untuk berfikir)

NSJ : Berapa lamakah puan menjadi seorang hakim? AO : Tiga tahun.

NSJ : Berapa banyakkah mahkamah yang puan pernah bertugas sebelum ini? AO : Saya pernah bertugas di Mahkamah Majistret Klang, Mahkamah Majistret Rawang, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mahkamah Majistret Sungai Petani, Mahkamah Tinggi Alor Setar.

NSJ : Boleh puan ceritakan secara ringkas apakah proses-proses yang perlu dilalui sebelum kes-kes dibicarakan? AO : Ini bergantung, proses-proses yang hendak dikatakan kes bicara, ini bergantung kepada kes sivil atau kes jenayah. Because [Sebab] proses yang terlibat dalam kes jenayah adalah sangat berbeza dengan kes-kes sivil.

NSJ : Apakah jenis-jenis kes yang sering dibawa dihadapkan dihadapan puan? AO : Semasa saya menjadi Hakim Mahkamah Seksyen Shah Alam, saya telah ditugaskan untuk mendengar kes-kes jenayah. Jadi kes-kes jenayah yang di bawah bidang kuasa hakim mahkamah seksyen adalah termasuk atau pun antara lain ialah kes-kes rogol, kes-kes

20

liwat, rompakan bersenjata, rompakan berkumpulan, kes-kes senjata api, kes-kes Akta Sekuriti, kes dadah, kes pemilikan dadah yang jumlahnya, nilainya lebih besar dari bidang kuasa Mahkamah Majistret dan banyak lagi.

NSJ : Apakah pendekatan yang puan buat, dalam berhadapan dengan keskes yang berbeza ini? AO : Berbeza dengan kes-kes sivil yang mana prosesnya daripada pemfailan satu tindakan saman sehingga penyelesaian satu kes sivil itu ia mempunyai banyak proses yang berkaitan dengannya. Keskes jenayah ini berbeza di mana, apa yang kita perlu ialah kita melihat apakah pertuduhan yang telah dipertuduhkan kepada Orang Kena Tahan [secara ringkasnya OKT] dan dari pertuduhan itu kita lihat apakah elemen-elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan di dalam kita mencapai satu keputusan sama ada orang ini bersalah atau tidak bagi pertuduhan yang dipertuduh itu. Jadi setiap kes jenayah, seperti rogol atau rompakan mahupun keskes lain ianya setiap kesalahan itu mempunyai elemen-elemen jenayah yang tersendiri dan elemen-elemen inilah yang perlu dibuktikan oleh pendakwaan dihadapan mahkamah.

NSJ : Apakah persediaan awal yang perlu dipersiapkan sebelum mengadili kes-kes yang dihadapkan dihadapan puan? AO : Seperti yang saya kata tadi, bahawa persediaan awal yang perlu adalah berbeza sama ada kita mendengar kes sivil atau pun kes jenayah kerana kes sivil ia akan melalui berbagai permohonan sebelum tiba perbicaraan penuh, adanya permohonan-permohonan yang melibatkan afidivit dan dokumen-dokumen yang dilampirkan. Jadi sekiranya kita mendengar kes bicara sivil kita selalunya membaca dokumen-dokumen yang difailkan sebelum menghadiri

21

mahkamah.

Berbeza dengan kes jenayah di mana apabila

seseorang tu dipertuduh di mahkamah, apa yang ada ialah pertuduhan yang dipertuduhkan kepada OKT dan kemudiannya, pihak pendakwalah yang akan membawa keterangan-keterangan melalui saksi-saksi akan keterangan-keterangan yang akan

menyabitkan OKT. Dari situlah keterangan tersebutlah yang akan menentukan sama ada seorang hakim itu boleh memanggil seorang OKT itu membela dirinya dan kemudiannya menyabitkan atau sebaliknya.

NSJ : Apakah ciri-ciri utama yang perlu ada sebagai seorang hakim? AO : Ciri utama yang perlu ada sebagai seorang hakim mestilah sabar. Seorang hakim mestilah sabar, mesti bersikap adil, mesti tegas di dalam mengawal mahkamahnya dan yang penting sekali dia mestilah seorang yang penuh integriti bagi menentukan bahawa keadilan dicapai apabila beliau menghakimi mana-mana kes dihadapan beliau.

NSJ : Adakah puan seorang yang garang atau pun tegas semasa di mahkamah? AO : Tegas ataupun garang? Saya, saya memang seorang yang tegas semasa di mahkamah kerana dari apa yang saya ketahui, saya merupakan hakim, hakim yang paling sukar mendapatkan

permohonan untuk penangguhan dan saya juga akan pastikan bahawa perbicaraan di mahkamah saya bermula pada jam tepat sembilan pagi dan berakhir pada jam satu dan kemudiannya saya sambung balik kes saya pada jam dua dan sehinggalah tamatnya waktu pejabat dan ---

END OF TAPE 1 SIDE A : TAPE 1 SIDE B

22

NSJ: Semasa menyandang jawatan hakim, adakah perlu melawati tempat kejadian? AO: Dia macam ini, melawati tempat kejadian ini bergantung kepada kes, adakala, ada juga kes-kes di mana hakim itu telah diminta untuk melihat semula, kawasan di mana kejadian berlaku untuk melihat sendiri keadaan sekeliling tempat tersebut untuk dia, bukan visualise [visual], untuk dia melihat fakta yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dengan tempat yang di mana tempat kejadian dan membolehkan hakim itu menilai keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi yang telah dipanggil oleh pihak pendakwaan.

NAI: Semasa menjatuhkan hukuman adakah ia, adakah kes tersebut bergantung kepada sesuatu kes di mana seperti nilai rompakan yang begitu besar? AO: Di dalam menjatuhkan hukuman, kita ada prinsip-prinsip

penghukuman yang kita kena lihat.

Kita tidak boleh menjatuh

hukuman membuta tuli, kerana undang-undang itu jelas bahawa apa-apa hukuman yang hendak dijatuhkan oleh mana-mana hakim mahupun majistret dan sebagainya ia mestilah berlandaskan prinsip hukuman yang sedia ada.

NAI: Adakah puan seorang yang garang ataupun tegas semasa di mahkamah? AO: Saya rasa saya seorang yang tegas, tapi ramai yang kata saya garang, tapi penilaian seseorang itu berbeza dari seseorang yang lain. Apa yang saya lakukan di mahkamah saya ialah saya bersifat tegas dan bersifat tegas untuk memastikan bahawa, kelancaran kes-kes yang saya dengar itu dapat dicapai, kerana sifat tegas ini akan membantu di dalam kita mengawal mahkamah-mahkamah kita

23

sendiri yakni dari segi pengawalan pihak pendakwaan mahupun pihak pembelaan dan juga saksi-saksi yang hadir di hadapan kita.

NAI: Adakah puan seorang pernah menghakimi kes-kes yang besar contohnya yang menjadi tumpuan media? AO: Sama ada kes-kes itu, kes yang besar saya tidak pasti. Tapi saya bertugas di Mahkamah Shah Alam yang memang merupakan satu tempat tumpuan media. Di mana setiap kes yang dihadapkan di Mahkamah Shah Alam, terutama kes-kes jenanyah dilaporkan di akhbar-akhbar tempatan saban hari, almost everyday [hampir setiap hari].

NAI: Adakah

puan

terasa

terganggu

dengan

kehadiran

media

di

mahkamah? AO: Tidak, itu mereka hanya menjalankan tugas mereka, saya menjalankan tugas saya.

NAI: Bagaimanakah caranya puan berhadapan dengan situasi ini? AO: Situasi apa itu?

NAI: Media? AO: Apabila media memasuki mahkamah terbuka, mereka duduk di tempat yang dikhaskan untuk media, jadi saya rasa ia tidak memberi kesan kepada saya yang duduk di atas bench

[majistret/hakim yang mendengar perbicaraan] untuk menjalankan tugas saya. Jadi saya rasa kehadiran media di mahkamah saya tidak akan memberi apa-apa kesan kepada perjalanan kes saya di mahkamah.

24

NAI: Dengan ulasan media kebesokan harinya, adakah puan berpuas hati dengan cerita yang telah dituliskan? AO: Seperti saya kata tadi, media menjalankan tugas dia. Jadi kadangkadang apabila mereka melaporkan sesuatu yang telah berlaku di mahkamah saya, adakalanya mereka telah mengsensasikan berita tersebut dan adakalanya mungkin cara pengolahannya itu tidak ditepat dengan apa yang saya katakan di mahkamah tetapi itu tidak begitu, saya tidak mengambil berat dengan perkara ini kerana ia tidak memberi kesan kepada keputusan yang telah saya buat di dalam sesuatu kes.

NAI: Dengan fakta yang tidak tepat dengan apa yang puan katakan semasa di mahkamah tidakkah ia akan menjejaskan prestasi seorang hakim itu? AO: It depends [Ia bergantung], pasal kita tahu bahawa media ini menjalankan tugas dia, jadi dia hendak tulis sesuatu yang menarik perhatian untuk orang membeli akhbar dia, jadi kalau cerita yang dilaporkan terus menyerong daripada apa yang kita tulis, kita boleh betulkan atau kalau sekiranya ia sesuatu yang di luar apa yang berlaku di mahkamah yang memberi kesan kepada kerjaya kita, then [kemudian] kita boleh betulkan dan beritahu mereka supaya membetulkan buat corrigendum [kesalahan yang perlu dibetulkan] terhadap apa membuat correction [pembetulan], corrigendum [kesalahan yang perlu dibetulkan] membuat correction [pembetulan] apa yang, yang mereka telah tulis sehari sebelum itu.

NAI: Pernahkah puan teguran tehadap media jika sesuatu kes yang puan perkatakan itu tidak benar. Apa yang puan kata dia tulis yang berlainan dengan apa yang puan bicarakan?

25

AO:

Tapi saya sungguh bertuah, kerana saya telah berkhidmat dengan mahkamah begitu lama, jadi kebanyakkan bos-bos saya tahu bila saya bekerja. Jadi saya tidak lah begitu, - tidaklah begitu

mengambil berat tentang apa yang telah diberi, dilaporkan, di akhbar-akhbar. (diam seketika untuk berfikir) Kalau sekiranya, mungkin ada ketika di mana ada sebuah akhbar telah menulis sesuatu yang begitu menyerong dari apa yang telah saya sampaikan di mahkamah apa yang saya telah buat, saya telah panggil - wartawan tesebut dan menerangkan ini bukan apa yang saya jelaskan di mahkamah dan saya minta dia pada masa hadapan cuba pastikan dia laporkan apa yang tepat sahaja. (diam seketika untuk berfikir)

NAI: Pernahkah puan menghakimi kes di mana pendakwaraya atau peguambela itu adalah seorang yang amat terkenal di dalam bidang perguaman? AO: Terkenal dari segi apa? Peguam terkenal macam mana tu? Peguam terkenal siapa? Siapa peguam?

NAI: Macam Peguam Zainor, Nordin ____? AO: Peguam terkenal itu. Saya ada, Karpal Singh pernah appear before [hadir dihadapan] saya semasa saya di mahkamah majistret. Begitu juga, Dato Shafie Abdullah beliau pernah juga mengendalikan kes dihadapan saya dan juga beberapa peguam terkemuka seperti Encik - peguam jenayah - I cant remember his name [saya tak ingat namanya] - saya tidak ingat nama dia. Encik Syafi, Encik Karpal, anak En. Karpal pun _____, kalau itu dikatakan terkenallah. (diam seketika untuk berfikir) Ada few lawyers [beberapa peguam] yang memang berpengalaman dalam bidang jenayah di mana

26

mengendalikan kes dihadapan saya _____ _____ _____ Eng Ek Guan yang memang terkenal Eng Ek Guan.

NAI: Pernahkah puan bekerja dengan Dato Ghani Patail [Tan Sri Ghani Patail]? AO: Dato Ghani Patail?

NAI: Tan Sri Ghani Patail, Peguam Negara. AO: Kerja macam mana itu?

NAI: Maksudnya dalam sesuatu kes puan pernah bersama dengan dia. AO: Bersama dia, saya _____.

NAI: Dia sebagai pendakwaraya, puan sebagai seorang ____ AO: Masa kes Hindraf apabila kes Hindraf OKT-OKT di dalam Hindraf dipertuduh di dalam mahkamah, bagi permohonan jaminan OKT, Tan Sri Ghani sendiri telah hadir dihadapan saya.

NAI: Adakah puan berasa terganggu dengan kehadiran beliau di dalam mahkamah puan? AO: Tidak, tidak, kerana saya hanya menjalankan tugas saya sebagai hakim dan Tan Sri menjalankan tugas sebagai pendakwaraya. Jadi tidak timbul keadaan di mana saya terganggu di dalam saya menjalankan tugas saya.

NAI: Satu ketika dahulu puan pernah menjadi Hakim bagi kes Hindraf. Apakah perasaan, perasaan pertama apabila menerima tugasan tersebut?

27

AO:

Tiada apa, kes Hindraf sama juga dengan kes-kes lain. Cuma kes Hindraf ini melibatkan OKT-OKT yang ramai dan datangnya dari satu kaum dan ia menjadikan, _____ _____ ______ ia jadikan satu isu politik yang disensasikan oleh media massa itu saja. Because [Sebab], seperti saya kata, terdiri dengan OKT yang ramai, terdiri daripada satu kaum dan merupakan satu senario yang berbaur politik dan oleh atas keadaan itulah ia menjadi public interest [kepentingan awam], menjadi satu kes yang melibatkan kepentingan awam.

NAI: Adakah puan menerima tugasan tersebut sebaga satu cabaran? AO: Sama juga dengan kes lain-kes lain. bezanya. Dengan kes lain, tiada

NAI: Adakah kes tersebut, kes yang mencabar sekali dihadapkan dihadapan puan? AO: Tidak, ada kes yang lebih mencabar lagi.

NAI: Bagaimanakah caranya puan berhadapan dengan cabaran tersebut? AO: Cabaran ini, apa maksud cabaran? Kerana setiap kes mempunyai cabaran ia yang tersendiri kerana cabaran itu boleh datang dari peguam yang mengendalikan kes dihadapan kita ataupun cabaran itu datang dari pendakwaraya yang menjalan kes dihadapan kita. Jadi saya tidak pasti apakah cabaran yang dimaksudkan.

NAI: Tadi puan kata kes ada yang lebih besar dihadapan puan, apakah kes tersebut? AO: Banyak kes besar sebenarnya, kes seperti saya kata tadi. Saya bekerja di Mahkamah Shah Alam dan setiap kes di Mahkamah Shah Alam akan dilaporkan di media masa. Kes-kes yang saya

28

terima pula kebetulannya merupakan kes-kes yang serius, yang berat, yang membawa hukuman berat, seperti saya ada mendengar kes di mana seorang OKT dituduh kerana menembak seorang anggota polis, dua orang anggota polis dengan pistol polis itu sendiri. Kes yang melibatkan Akta Sekuriti yang OKTnya adalah Dato Soo Chee Wei, seorang ahli korporat di dalam sektor sekuriti dan perbankan dan juga kes yang melibatkan kes-kes rasuah, kes rasuah yang melibatkan penguatkuasa dan penjawat awam.

NAI: Apakah puan pernah meragui keputusan yang puan buat sendiri? AO: Keputusan yang saya buat saya tidak ragui kerana ia semuanya berdasarkan keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwa dan dari keterangan inilah saya membuat penelitian dan pertimbangan ke atasnya. Jadi apa-apa keputusan yang saya buat adalah atas penelitian yang rapi, pertimbangan dan akhir

pertimbangan tadi itu saya mencapai keputusan. Jadi persoalan ragu atau tidak, tidak timbul - Allah yang tahu. (diam seketika untuk berfikir)

NAI: Sekiranya seseorang dihadapkan oleh puan kepada berpendidikan rendah, tidak pernah menerima pendidikan formal atau berasal dari pendalaman, mereka? AO: Isu sama ada orang yang tertuduh itu datang dari golongan yang berpendidikan rendah atau tidak menerima pendidikan formal atau sebagainya, saya rasa tidak timbul kerana setiap kes jenayah yang saya kendalikan mereka diwakili oleh peguam-peguam mereka. Jadi dia, taraf pendidikan tidak memainkan apa-apa kesan terhadap kes yang dikendalikan oleh saya atau dibicarakan oleh saya. Tapi sekiranya seseorang OKT itu tidak diwakili oleh mana-mana bagaimanakah caranya puan berurusan dengan

29

peguam, adalah tugas mahkamah yang telah tertera serta termaktub di bawah undang-undang untuk mahkamah ini

menerangkan keterangan yang dikemukakan terhadap beliau dan adalah tugas mahkamah untuk menerangkan apa yang

dikemukakan oleh pihak pendakwaraya apakah keterangan kepada mereka dan ini tidak, penerangan ini, tidak terkecuali sama ada orang itu bergolongan datang dari golongan berpendidikan rendah atau berpendidikan tinggi selagi seorang tertuduh itu tidak diwakili oleh mana-mana peguam ianya merupakan tugas mahkamah menjalankan atau menjalankan tugas penerangan tersebut. doesnt matter [Perkara ini tidak penting] sebenarnya. It

NAI: Maknanya, mahkamah? AO:

pendidikan

bukan

satu

masalah

timbul,

masalah

Adalah duti mahkamah untuk menerangkan pada OKT yang tidak diwakili itu, apa yang telah dipertuduh terhadap dia dan apakah keterangan yang diperlukan oleh pihak pendakwa-pendakwaraya untuk membuktikan dan apakah keterangan yang telah

dikemukakan oleh pihak pendakwaraya.

NAI: Maknanya pendakwa itu bergantung kepada diwakili oleh peguam atau tidak diwakili, itu sahaja? AO: Ya.

NAI: Pernahkah puan menjatuhkah hukuman mati kepada pesalah semasa menjadi seorang hakim? AO: Tidak, kerana bidang kuasa hakim mahkamah seksyen tidak temasuk dalam membicarakan kes-kes yang membawa hukuman mati.

30

NAI: Apakah implikasi yang mungkin dihadapi oleh seseorang hakim sekiranya keputusan? AO: Perasaan penglibatan, perasaan peribadi itu tidak timbul melibatkan perasaan peribadi semasa membuat

sebenarnya sebagai hakim. Seperti saya kata awal tadi, apabila kita mendengar sesuatu kes itu, kita hendaklah bersifaf jujur, amanah dan ada integriti dan kita tidak boleh melibatkan perasaan kita untuk memberi kesan kepada kes tesebut. Jadi, untuk menjadi seorang hakim yang baik, perasaan peribadi hendaklah diketepikan di dalam mencapai sesuatu keputusan tersebut.

NAI: Walaupun kadang-kadang dia menyentuh perasaan puan semasa mengadili penghakiman? AO: Ya betul. Kadang-kadang apabila sesuatu kes rogol, sumbang

mahram, sumbang mahram, apabila seorang ayah telah dituduh untuk dituduh merogol anaknya sendiri, seorang abang dituduh merogol adiknya, seorang pakcik merogol anak saudaranya, ini merupakan satu perkara yang keji dan saya sebagai seorang wanita memandang berat perkara ini dan kerana ia melibatkan runtuhnya insititusi kekeluargaan. Tapi, namun demikian, di dalam kita

mempunyai sentimen sedemikian untuk menghukum seseorang itu, ia mesti berlandaskan kepada prinsip-prinsip penghukuman yang saya katakan tadi.

NAI: So [Jadi], dalam puan membuat keputusan tersebut, dia perlulah tegas dan adil? AO: Ya, sepatutnya.

NAI: Sepanjang mengendalikan kes mahkamah pernahkah puan merasa buntu dalam membuat sebarang keputusan?

31

AO:

Buntu, ini tidak ada pasal saya suka, saya seorang yang suka membaca. Saya suka - gerakkan horizon [had pengetahuan atau minat] saya dan sekiranya saya rasa saya tidak pasti dengan kedudukan undang-undang saya akan buat further researh [kajian selanjutnya], tengok keputusan-keputusan sebelum ini, tengok precedent [kes yang telah terjadi digunakan sebagai contoh kepada kes baharu] yang ada, jadi buntu itu tidak boleh timbul pasal kita kena buat keputusan juga. Jadi tidak boleh timbul buntu, jadi kalau pun kita tidak pasti tentang isu undang-undang itu, isu kesalahan itu apa yang patut dilakukan oleh seorang hakim adalah membuat kajian mendalam terhadap kes dia dan cuba menggunakan kes-kes itu terhadap situasi yang beliau hadapi. (diam seketika untuk berfikir)

NAI: Kadang-kala adakah puan mendapat pandangan dari rakan-rakan sejawat ataupun yang berkaitan dengan kes tersebut? AO: Pandangan ini kita selalunya, kita akan berbincang dengan rakanrakan sejawatan kita dan dengan perbincangan tersebut - rakanrakan kita mungkin memberikan kita kedudukan undang-undang yang berbeza dan kita boleh akhirnya membuat satu keputusan untuk kes kita. Jadi kita tidaklah bersandarkan apa yang telah

diberitahu kawan kita tapi dengan perbincangan tersebut kita boleh jadikan ia sebagai asas untuk kita membuat keputusan. (diam seketika untuk berfikir)

NAI: Apakah pengaruh sekeliling mempengaruhi puan dalam mengambil / membuat sebarang keputusan? AO: Tidak, pengaruh sekeliling, di dalam pengaruh sekeliling sama ada mempengaruhi saya di dalam saya membuat keputusan. Pengaruh sekelling seperti mana yang dimaksudkan oleh ____?

32

NAI: Macam perkauman atau, isu politik? AO: Tidak, tidak. Telah saya kata tadi bahawa prinsip penghukuman atau prinsip keputusan. Keputusan kita buat berasaskan keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan hukuman kita buat berdasarkan prinsip penghukuman yang sedia ada.

NAI: Adakah tugas sebagai hakim menyekat puan dari bergaul dengan orang ramai? AO: Bukannya tugas hakim itu menyekat kita dari bergaul dengan orang ramai tapi adalah mudah untuk kita menjalankan tugas kita sebagai seorang hakim jika kita tidak meng-associate-kan [merapatkan] diri kita dengan mana-mana orang kerana seperti mana yang kita tahu apabila kita rapat dengan seseorang macam mana pun kita akan memberikan kesan kepada judgement [pengadilan] kita, jadi kita mengambil pendekatan bahawa apabila kita bekerja sebagai hakim kita cuba jauhkan diri kita dari apa-apa elemen yang boleh menganggu-gugat pekerjaan kita.

NAI: Sebagai seorang hakim, adakah dia berasa terancam dengan sebarang keputusan yang dibuat? So [Jadi], puan akan terasa satu ancaman apabila sesuatu keputusan dibuat? AO: Kita hidup di dalam Malaysia ini, di dalam negara yang masih aman yang mana rakyatnya masih lagi berpegang teguh kepada prinsip mendukung keadilan dan belum sampai kepada satu peringkat yang ekstrem, jadi sama ada terancam atau tidak terancam, setakat ini negara kita belum sampai ke tahap itu. (diam seketika untuk berfikir)

NAI: Pernahkan puan melalui situasi tersebut, dengan sesuatu keputusan? AO: Al hamdulillah, [bersyukur] tidak.

33

NAI: Jika satu pilihan peluang kerjaya hakim atau peguam persekutuan yang mana satu menjadi pilihan puan dan mengapa? AO: Tak boleh jawablah (ketawa). Ini tidak boleh jawab because [sebab] kedua bidang tugas ini berbeza dan cabarannya berbeza. Jadi

macam kita di dalam skim Pegawai Perundangan dan Kehakiman, saya tidak boleh pilih. Jadi apabila kita ditugaskan menjadi seorang hakim, kita jalankan itu, kita sebagai seorang hakim dengan sebaik mungkin. Bila kita ditugaskan sebagai Peguam Persekutuan, kita jalankan tugas kita dengan sebaik mungkin. Jadi tidak ada pilihan di dalam hal ini. Tak boleh hendak pilih-pilih hendak menjadi hakim atau hendak jadi peguam persekutuan.

NAI: Maknanya apa yang tugaskan puan kena jalankan dengan ikhlas? AO: Kita jalankan sebaik mana yang mungkin atas tugas yang telah diarahkan kepada kita.

NAI: Adakah puan bersetuju dengan penubuhan Suruhanjaya Kehakiman [sebenarnya Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman] bagi tujuan

pelantikan seorang hakim? AO: Yang ini saya wish no comment [tiada komen] boleh tidak? Pasal ini perkara dasar. Yang _____ siapalah saya untuk memberi

komentar hal sedemikian.

NAI: Sejauh

manakah

penubuhan

Suruhanjaya

Kehakiman

dapat

membantu hakim menjalankan tugas dengan lebih telus? AO: Yang ni [ini], soalan ini bila kita kata sejauh mana Penubuhan Suruhanjaya Penghakiman dapat membantu hakim-hakim

menjalankan tugas dengan lebih telus. Seperti mana yang kita sedia tahu adalah penubuhan Suruhanjaya Kehakiman ini, - ini bukan Suruhanjaya Kehakiman, ini Suruhanjaya pelantikan, ini JAC

34

appointment [lantikan] Judicial Appointment [lantikan kehakiman], Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dia dipanggil Judicial

Appointment Commission [JAC], appointment [pelantikan], jadi penubuhan Suruhanjaya Kehakiman ini bertujuan untuk meletakkan satu badan yang bertanggungjawab di dalam pelantikan hakimhakim Mahkamah Tinggi terteranya. (diam seketika untuk berfikir) Jadi saya yakin dengan adanya Suruhanjaya Kehakiman ini, pelantikan kehakiman ini, seperti objektif penubuhannya adalah untuk memastikan bahawa pelantikan hakim-hakim ini dibuat dengan telus dan semestinya hakim-hakim yang akan dilantik melalui - Suruhanjaya ini akan merupakan hakim-hakim yang boleh menjalankan tugasnya dengan baik dan dengan penuh dedikasi. Jadi, not so much of [tidak banyak] dalam menjalankan tugas Suruhanjaya ini bertanggungan untuk pelantikan hakim-hakim Mahkamah Tinggi, its appointment basis [ianya atas dasar pelantikan]. (diam seketika untuk berfikir)

NAI: Apakah yang membezakan kes-kes sivil dan kes-kes jenayah? AO: Kes-kes sivil adalah kes-kes yang melibatkan pihak-pihak private [persendirian] iaitu seorang plaintif dan defendan yang selalunya kesan kepada keputusan ini adalah ganti rugi atau perintah yang akan mengikat pihak-pihak. Manakala, kes-kes jenayah adalah satu kes di mana its prosecution of a person by the _____ [pendakwaan dari seseorang daripada _____] - pendakwaan seseorang yang dikatakan atau dituduh melakukan jenayah oleh pihak Kerajaan. (diam seketika untuk berfikir) Ini bezanya, yang mana seseorang yang dituduh di mahkamah dan didapati bersalah dalam kes jenayah akan dihukum dan dengan hukuman-hukuman yang diperuntukkan oleh kesalahan di mana mereka telah dituduh. Itu beza dia.

35

NAI: Secara peribadi adakah puan bersetuju kes-kes jenayah diberi peluang untuk membuat sebarang rayuan di mahkamah? AO: Itu mesti kerana its a right [itu adalah hak] untuk seseorang itu merayu atas keputusan mahkamah yang lebih rendah kerana apabila seseorang itu telah didapati bersalah oleh mana-mana mahkamah yang rendah dan sewajarnya seorang itu mempunyai pilihan lain untuk ke mahkamah atasan untuk check and balance [periksa dan pertimbangkan] tentang keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah rendah tersebut.

NAI: Pada sesetengah kes jenayah, seorang pesalah akan dilepaskan tanpa dibebaskan. dibebaskan? AO: Seseorang yang didapati, seseorang yang dilepas tanpa Apakah yang dimaksudkan dilepaskan tanpa

dibebaskan bermaksud discharged non amounting to acquittal. Apabila seseorang itu dilepaskan dan ianya tidak terjumlah kepada suatu pembebasan ia bermakna bahawa seseorang itu dilepaskan tetapi ia tidak _____ _____ _____ dilepaskan ini maksudnya apabila dia dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan maksudnya ada tanpa dibebaskan dan daripada pertuduhan maksudnya ialah ini berlaku apabila pihak pendakwaan atau pendakwa raya memohon mahkamah untuk melepaskan seorang OKT tetapi pelepasan ini tidak terjumlah kepada satu pembebasan di mana ada kemungkinan bahawa OKT ini akan dituduh semula ke mahkamah atas tuduhan yang sama. Itu maksudnya, dia tidak dibebaskan dari pertuduhan yang tersebut tapi beliau dilepaskan dengan kemungkinan sekiranya ada keterangan-keterangan yang lain atau ada saksi-saksi yang boleh dikemukakan untuk kesalahan yang sama ia boleh dituduh semula atas kesalahan yang sama.

36

NAI: Dari segi undang-undang mengapa seorang OKT atau Orang Kena Tahan boleh kena jamin? AO: OKT boleh ikat jamin, adalah apabila seseorang OKT itu dituduh di mahkamah, dia kena tengok apakah kesalahan di mana ia dipertuduh. Apakah kesalahan-kesalahan beliau dipertuduh, di

mana mahkamah dalam hal sini ada tiga keadaan di mana kesalahan-kesalahan di mana orang OKT sama ada merupakan kesalahan-kesalahan yang boleh dijamin atau dipanggil bailable

offences [kesalahan boleh jamin] atau OKT itu telah dituduh dengan kesalahan non-bailable offences [kesalahan tak boleh jamin] atau pun orang OKT itu telah dituduh dengan satu pertuduhan yang memang tak boleh jamin langsung. Dia ada tiga kedudukan. Ada ____ whether they are charged, whether they are bailable offences [_____ sama ada mereka disabit dengan kesalahan, sama ada mereka boleh dijamin] sama ada boleh jamin, kesalahan yang

boleh jamin, tidak boleh jamin, kesalahan tidak boleh jamin langsung. Itu depends [bergantung] ia bergantung kepada apakah pertuduhan yang telah dipertuduhkan kepada OKT tersebut.

NAI: Maknanya ada setengah itu dikatakan dilepaskan tanpa jaminan? AO: Itu bukan ini bukan dibebaskan, ini tidak diberi jaminan. Dia macam ini, kesalahan jenayah seperti saya kata tadi bailable offences [boleh jamin] ini adalah kesalahan-kesalahan di mana apabila seseorang OKT itu dituduh dia punya hak untuk dijamin. Mahkamah tak boleh kata no [tidak]. Itu hak dia untuk memberikan jaminan. Keduanya adalah, non-bailable offences [kesalahan tiada boleh jamin], di mana mahkamah mempunyai budibicara untuk menentukan sama ada OKT ini layak diberi jaminan atau tidak. Itu budi bicara mahkamah. Ketiganya, kesalahan yang memang tidak boleh dijamin langsung yang dikata unbailable offences [tidak boleh

37

jamin langsung]. Ini adalah di dalam kes-kes di mana seperti keskes bunuh, non-bailable. 39B kesalahan bagi kesalahan . . .

END OF TAPE 1 SIDE B : TAPE 2 SIDE A

AO:

Unbailable offences [kesalahan yang tidak boleh dijamin] adalah kesalahan yang memang tidak dibenarkan diikat jamin seperti seseorang yang telah Seksyen 39B iaitu Akta Dadah merbahaya iaitu bagi kesalahan mengedar dadah.

NAI: Tetapi dalam semasa penghakiman kadang-kadang adakah ia boleh dijamin? AO: Memang tidak boleh dijamin. Itu memang tidak boleh dijamin kalau kita kesalahan unbailable [tidak boleh dijamin] tu memang tidak boleh jamin langsung.

NAI: Even [Walau] sudah jatuh hukum? AO: Itu sudah, sudah jatuh hukuman sudah tidak dijamin sudah. Dia sudah jatuh hukum. Dia menjadi hukuman penjara. Atau pun kalau pasal 39B jikanya, jika OKT dituduh di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya dan diakhir kes mahkamah mendapati bahawa dia bersalah dia terus dihukum gantung, dia tidak ada jamin-jamin lagi sudah.

NAI: Puan apakah beza bila seorang hakim menjatuhkan hukuman, lalu berkata hukuman gantung sampai mati ataupun hukuman gantung? AO: Ini kena cakap under the law [di bawah undang-undang], pasal hukuman gantung sampai mati. Make sure [Pastikan] pasal hukuman ini hukuman mati jadi kena jatuh hukuman gantung

38

sampai mati.

Kalau gantung tidak mati macam mana? - kalau

gantung tiba-tiba dia tidak mati, hendak buat macam mana? (diam seketika untuk berfikir)

NAI: Macam mana pulak situasi masa itu puan? Reaksi masa itu? AO: Tidak boleh pasal itu, pasal itu kita kena cakap Hukuman gantung sampai mati.

NAI: Thats mean [maknanya] kita sure [pasti]? AO: Kita kena cakap OKT dengan ini didapati bersalah dan dihukum gantung sehingga mati. Itulah saya cakap kalau gantung tiba-tiba elektrik tidak ada, macam mana hendak gantung sudah dia tidak mati. Macam mana?

NAI: Selepas itu adakah ia akan dibebaskan atau pun kena gantung sekali lagi? AO: Pasal itu hukuman mesti jelas, hukuman mesti jelas.

NAI: Maknanya bila buat sesuatu hukuman, jelaskan? AO: Mesti kita jelas hukuman kita.

NAI: Bagi diri puan sendiri, apa yang mempengaruhi puan dalam membenarkan seseorang OKT diikat jamin? AO: Telah saya katakan tadi, kesalahan-kesalahan di mana OKT tertuduh dibahagikan tiga kategori. Satu kesalahan yang boleh dijamin, bailable offences [kesalahan boleh dijamin], kesalahan nonbailable offences [kesalahan tidak boleh dijamin] iaitu di bawah

bidang kuasa mahkamah sama ada membenarkan atau tidak seseorang itu diikat jamin dan ketiga unbailable offences [tidak

boleh dijamin], memang tidak boleh hendak jamin.

39

NAI: Apakah

puan

pernah

dipersalahkan

atau

diugut

setelah

mengumumkan keputusan yang puan buat oleh pesalah atau keluarga pesalah itu sendiri? AO: Itu saya tidak tahu, selepas jatuh hukum saya masuk bilik saya tidak tahu apa yang berlaku di luar.(ketawa)

NAI: Puan juga pernah menjalankan tugas di Mahkamah Semenyih, apakah jenis-jenis kes yang dihadapkan di depan puan sama dengan yang dihadapkan di Mahkamah Seksyen Jenayah 6? AO: Mahkamah Seksyen Semenyih adalah satu mahkamah yang dan telah ditubuhkan untuk mengadili kes-kes pendatang tanpa izin. Mahkamah Semenyih merupakan designated court [mahkamah khas] yang, yang telah dikhaskan untuk mendengar segala kes-kes yang berkaitan dengan pendatang tanpa izin di Malaysia, dia berbeza kerana Mahkamah di Semenyih hanya mendengar kes-kes yang melibatkan kes pendatang tanpa izin yang datang ke Malaysia tanpa permit, yang ke Malaysia overstay [terlebih tinggal], yang datang ke Malaysia untuk permit kerja lain tapi bekerja dengan agensi lain dan sebagainya. Dia memang khas untuk kesalahankesalahan yang melibatkan pendatang tanpa izin (PATI).

NAI: Ini bermakna semua pendatang tanpa izin akan dibicarakan di Mahkamah Semenyih? AO: Ya. Bagi kes-kes yang melibatkan kes imigresen, tapi imigresen sahaja, tapi kes sekiranya PATI itu dituduh untuk kesalahan di bawah kanun acara jenayah dia akan dituduh di mahkamah biasa, bukan di Semenyih. Kes-kes di bawah kawalan Jabatan Imigresen.

NAI: Ini bermakna di Malaysia terdapat beberapa Mahkamah Seksyen yang berlainan fungsi puan?

40

AO:

Tidak, tidak. Bukan mahkamah seksyen berlainan fungsi. Memang kita, apabila Kerajaan bercadang atau Kerajaan bercadang untuk mewujudkan Mahkamah PATI ini, ia adalah bertujuan untuk menyelesaikan kes-kes yang melibatkan PATI ini dapat dibicarakan dengan segera. Kerana ia melibatkan kes yang banyak, beratusratus ribu PATI dan sekiranya mahkamah ini tidak ditubuhkan, PATI-PATI ini akan dihadapkan di mahkamah yang biasa, jadi proses ini akan mengambil masa yang panjang dan akan mengganggu perjalanan kes-kes yang lain di mahkamah jenayah biasa.

NAI: Kebanyakkan orang yang dihadapkan dihadapan puan adalah orang asing. Apakah masalah bahasa menjadi suatu yang menggangu perjalanan kes tersebut? AO: Semasa mahkamah PATI ditubuhkan pertama kalinya di Semenyih, memang bahasa menjadi satu yang menganggu perjalanan kita kerana kita memerlukan banyak jurubahasa yang tidak dapat disediakan seperti jurubahasa Bangladesh, jurubahasa Urdu, jurubahasa Arab dan sebagainya, tetapi ia cuma melibatkan sebahagian kecil kes kerana sebahagian besar kes adalah yang melibatkan pendatang tanpa izin Indonesia, India dan juga Myanmar di mana kita ada jurubahasa-jurubahasa yang berbahasa demikian.

NAI: Berapakah

peratus

kes

yang

melibatkan

warga

asing

yang

dihadapkan dihadapan puan dalam sebulan? AO: Saya telah bertugas di Mahkamah Semenyih PATI selama empat bulan semenjak ia ditubuhkan daripada bulan dua belas sehingga bulan tiga memang kes yang melibatkan warga asing begitu

banyak sehingga saya tepaksa bersidang sehingga lewat malam.

41

NAI: Adakah ia mengganggu aktiviti seharian puan, saya maksud selalunya mahkamah habis bersidang pukul lima atau enam. Ini puan terpaksa bekerja sampai ke lewat malam? AO: Demi untuk negara tidak mengapa.

NAI: Puan betul-betul seorang yang ikhlas bekerja untuk negara? AO: Memang.

NAI: Adakah puan rasa tertekan sekiranya perlu berhadapan dengan banyak kes dalam sehari semasa di Mahkamah Semenyih, iaitu Mahkamah PATI? AO: Tidak adalah tertekan, pasal kes dia bukan kes yang susah. Kes yang susah, ia merupakan kes-kes yang melibatkan pendatang yang datang ke Malaysia tanpa izin, yang telah tinggal lebih masa dan sebagainya. Jadi tekanan tidak timbul cuma banyaklah, itu aje [sahaja] tidak adalah tekanan cuma simple [senang/mudah] kes, but it just that [tetapi ianya cuma] cuma volume [jumlah] banyak, tapi memandangkan tujuan penubuhannya untuk menyelesaikan keskes pendatang tanpa izin dengan seberapa banyak jadi ia bukanlah merupakan tekanan bagi saya.

NAI: Puan berkhidmat di Mahkamah Semenyih selama empat bulan, selepas itu siapakah yang sekarang? AO: Sekarang di Mahkamah PATI saya tidak pasti siapa yang ambilalih, tapi saya, Mahkamah Majistret/Hakim seorang Hakim dari mengambil alih tempat puan sampai

Mahkamah Seksyen Klang agaknya. I dont know [Saya tidak tahu].

42

NAI: Berapa lamakah masa yang puan luangkan di dalam kamar setiap hari? AO: Di mana?

NAI: Di Mahkamah Shah Alam, Sungai Petani atau Mahkamah Semenyih? AO: Pasal kita dengan Mahkamah, pasal saya membicarakan kes mahkamah kes jenanyah jadi memang saya punya masa

kebanyakannya adalah di mahkamah terbuka di mana keteranganketerangan dikemukakan oleh pihak Pendakwaan, jadi kalau pun saya berada di kamar, untuk pagi sahajalah dan untuk tengah hari saja, itu saja most of the time I will be [kebanyakan masa saya akan] di open court [mahkamah terbuka].

NAI: Pada jam berapakah selalunya puan mula menjalankan tugasan Puan? AO: Tugasan untuk apa?

NAI: Tugasan sebagai seorang hakim? AO: Kita Pegawai Kerajaan, sama ada hakim atau tidak, kita mula kerja pukul lapan. Cuma mahkamah mula bersidang pada jam sembilan dan kita tamatkan persidangan untuk setengah hari pada pukul satu dan mula balik pada pukul dua sehingga pukul lima petang.

NAI: Pernahkah puan menghadapi satu perbicaraan yang begitu lama? AO: Ya ada, semasa saya ---, bukan perbicaraan yang lama dia, dia saya mendengar kes Dato Soo Chee Weng, yang melibatkan Akta Sekuriti untuk mendengar keterangan seseorang saksi, pendakwa, iaitu pengadu, masa yang diambil untuk pemeriksaan utama sahaja adalah dua bulan. Itu bayangkan dua bulan itu hanya setakat

43

pemeriksaan utama saksi utama, bukan saksi utama, pengadu dan pihak pendakwaan akan memanggil, saya kalau tidak silap saya about [dalam] dua ratus orang saksi lagi, tetapi syukur kepada Allah SWT kerana apabila satu representasi dikemukakan oleh pihak OKT, pihak pendakwaan telah meminda pertuduhan dan OKT telah mengaku salah dan kes itu telah dapat diselesaikan.

NAI: Maaf puan, apakah kes paling lama puan pernah hakimi, berapa lama jangka masanya? AO: Pasal saya ini, saya ini buat kes cepat (ketawa). Paling, bukan senang semasa saya ditugaskan di Mahkamah Shah Alam, Mahkamah Shah Alam, mempunyai banyak kes yang tertunggak, tertunggak yang masih belum didengar, jadi semasa itulah saya cuma menyelesaikan kes yang lama dan paling lama saya dengar satu kes, iaitu saya ada target [sasaran] saya, because I arrange my diary, you know [sebab saya menyusun diari/jadual, awak tahu] saya, saya sendiri yang tentukan diari [diari/jadual] dan saya pastikan bahawa, kes saya yang akan dijalankan bukan satu kes yang lama dan apabila kita tetapkan bicaranya saya tetapkan katakanlah pihak pendakwaan katakan ada sepuluh saksi untuk dipanggil, jadi saya akan tanya dia berapa saksi hendak dipanggil dalam masa satu minggu, jadi dia akan tentukan lima dan sebagainya, dan saya akan buat satu perangkaan di mana kalau dalam satu minggu berapa saksi boleh dipanggil dan saya tidak tetapkan kes yang lain. Tidak tetapkan kes yang lain jadi bila habis satu minggu itu, kita tengok kes kebanyakannya dah habis, the next date [tarikh berikutnya] kalau satu minggu itu tidak cukup, saya akan tanya peguam atau pendakwaraya berapa lama lagi dia hendak habis dan berapa saksi hendak panggil then I rearrange my diary to the next date [kemudian saya susun semula ke tarikh lain] bukan tarikh yang panjang, jadi saya dengar kes itu tidak panjanglah. Its

44

how you manage your diary, you know [Ia bagaimana awak uruskan diari/jadual, awak tahu]. Itu yang perlukan ketegasan itu.

NAI: Macam puan mengatasi kes yang tetunggak dan kes yang baru? AO: Kes tertunggak ini bukan, kes tertunggak ini dia ada penilaian apa sebenarnya kes tertunggak itu, because [sebab] bila public [awam] mengatakan kes tertunggak, kes tunggak ini kita kena tahu apa maksud kes tertunggak ini. Adakah kes tertunggak ini kes yang sememangnya sedia untuk perbicaraan tapi tidak dapat didengar oleh mahkamah ataupun mahkamah sedia mendengarnya tapi atas alasan-alasan saksi tidak ada, pegawai pendakwa tidak ada, ataupun peguam tidak sihat, peguam tidak sedia merupakan kes tertunggak dan sebagainya. Because [Sebab] bila public [awam] berkata kes tertunggak kita kena kaji apakah sebenarnya kes tertunggak. Bagi saya kes tertunggak adalah kes yang mana kes yang telah sedia untuk perbicaraan tapi mahkamah sendiri tidak boleh hendak dengar, that are pending cases [itu adalah kes tertunggak]. Ada kes di mana mahkamah boleh dengar tapi atas so many reason lah [terlalu banyak sebablah]. Saksi tidak adalah dan sebagainya, jadi kita, kita dekat mahkamah yang kenakan. So, you have got to objective in entertaining [Jadi, saya akan ada objektif untuk menghadapi ini] untuk membezakan apakah sebenarnya maksud kes-kes yang tertunggak. Begitu juga dengan kes sivil,

kadang kita kata kes tertunggak ini banyak tapi sebenarnya kes yang didaftarkan itu, ia betul, ia telah didaftarkan di mahkamah, tetapi belum bersedia untuk perbicaraan, bukan salah mahkamah sama bukan salah mahkamah yang kes itu belum sedia untuk perbicaraan tetapi kerana most of them not [kebanyakkan mereka tidak] peguam-peguam belum memfailkan dokumen-dokumen yang sepatutnya bagi bolehkan perbicaraan itu dijalankan. But [Tetapi] ada juga di mahkamah-mahkamah seperti di mahkamah Shah Alam

45

kerana beban tugas yang begitu banyak dan kerana begitu banyak kes yang telah difailkan memang saya boleh katakan di Mahkamah Seksyen Shah Alam atau pun Mahkamah Shah Alam memang ada kes tertunggak. You have got to [Awak mesti], tengoklah apa yang kita katakan kes tertunggak seperti mana yang saya katakan tadi.

NAI: Adakah puan meletakkan apa-apa syarat tersendiri yang perlu dipatuhi bagi setiap kes yang dihadapkan di hadapan puan? AO: Syarat macam mana itu?

NAI: Maknanya macam saksi semua mesti ada, dokumen lengkap? AO: Itulah yang saya katakan tadi tegas, apabila kita tegas orang kata kita garang but its the management of your court [tetapi ia adalah pengurusan mahkamah kita] yang kita perlukan ketegasan di mana kita sukar membeir penangguhan kepada alasan-alasan yang remeh temeh. Kita pastikan bahawa saksi-saksi hadir di mahkamah dan kita pstikan peguam dan pendakwarya bersedia semasa hadir di mahkamah dan kita pastikan peguam dan pendakwaraya bersedia semasa kita mengendalikan perbicaraa, itu yang kita kata tegas.

NAI: Jika sesuatu kes bersidang tetapi tidak cukup dia punya bahan bukti, apa pendapat puan? AO: Kalau misalnya seseorang OKT itu dituduh dan pihak pendakwa telah mengemukakan keterangan yang tidak mencukupi, untuk sesuatu orang itu untuk disabitkan, kita kena lepaskanlah, kena lepaskan OKT.

NAI: Tapi bila kita jumpa semula bukti itu, adakah OKT itu akan ditahan balik?

46

AO:

Tidak boleh, di Malaysia tidak boleh macam itu. OKT yang, kalau sekiranya pihak pendakwaan telah mengemukakan saksi-saksi yang telah memberi keterangan dan diakhir kes pendakwaan atau diakhir kes pembelaan bahawa mahkamah mendapati bahawa tidak cukup kes untuk OKT itu disebutkan, iaitu mahkamah mesti membuat keputusan bahawa OKT itu dilepaskan dan dibebaskan. Kalau ada keterangan baru, ia mesti melalui permohonan mahkamah tapi ini tidaklah di - because when a person been charged in court and the court has evaluated the evidance and has come to a finding that [sebab OKT yang disabitkan di dalam

mahkamah dan mahkamah harus menilai kes tersebut dan mendapati] orang itu tidak bersalah kita lepaskan, jikalau bukan macam court [mahkamah] Amerika yang tiba-tiba ada evidence [bukti] yang kita bawa itu, no [tidak] di Malaysia masih lagi belum ada that kind of [yang seperti] ada peruntukan untuk new evidence [bukti baru] tapi tidak, I [saya] tidak belum la sampai that extend [ke tahap] lagilah saya rasa macam you all talking [kamu cakap] macam American Court [Mahkamah di Amerika] tengah berjalan tiba-tiba berjalan, I bring new evidence [saya bawa bukti baru] di Malaysia tidak begitu.

NAI: Maksudnya, katakan pihak polis atau pendakwaraya sudah ada bukti, macam kes rompakan memang sudah ada bukti, lepas itu dipanggil balik, ditangkap balik? AO: It goes on appeal [Itu teruskan dengan rayuan]. Kalau dia hendak goes on appeal [teruskan dengan rayuan] hendak pergi rayuan, tiba-tiba di masa rayuan ada itu, ada new evidence [bukti baru] mesti kemukakan, mesti buat permohonan pada mahkamah rayuan ataupun mahkamah lebih tinggi untuk memasukkan evidence [bukti] yang baru terpulang kepada mahkamah untuk menentukan sama ada pengemukaan dokumen yang atau evidence [bukti] baru

47

dibenarkan atau tidak. But, its at a pilot stage, if not another trial [Tetapi ia adalah diperingkat pertama, jika tidak berjaya bicara semula diadakan].

NAI: If not immediately the person will be charged [Jika tidak OKT akan dihukum semula]? AO: Itu American Court [Mahkamah Amerika]. Wayang sahaja itu.

NAI: Bukan puan, kadang-kadang kita / saya terfikir juga benda? AO: Di Malaysia dia macam ini, kalau misalnya seseorang itu telah dilepaskan atau dibebaskan and then [dan kemudian] katakan ia, katalah ada keadaan di mana polis tangkap orang dan ada evidence [bukti] baru, what they did is, what they normally is [apa yang mereka buat adalah, apa yang mereka biasa], bila kes-kes ini ada rayuan di mahkamah rayuan, atau mahkamah tinggi mana, kalau dia dari mahkamah rendah ke mahkamah tinggi, so, they try to indicate the new evidence by want the application [mereka akan cuba tunjukkan bukti permohonan], kalau mahkamah benarkan masuk okaylah, tapi at this stage it at pallet level [pada tahap ini ia diperingkat rayuan], semasa rayuan didengarkan.

NAI: Adakah terdapat jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh pihak Mahkamah untuk memantau kes-kes tertunggak ini? AO: Yes [ya] Ketua Hakim Negara, bukan tidak tiada jawatankuasa tapi Ketua Hakim Negara (batuk) sangat mengambil berat tentang keskes tertunggak ini di mana setiap mahkamah di Malaysia akan mengemukakan laporan bulan, bulanan kepada Ketua Hakim Negara ke bahagian, dipanggil Bahagian Statistik - di Istana Kehakiman dan perkara ini dpantau oleh Ketua Hakim Negara sendiri statistik ini dipantau oleh Ketua Hakim sendiri yang melihat

48

bagaimanakah pencapaian oleh hakim-hakim atau majistret yang menjalankan tugas. (diam seketika untuk berfikir)

NAI: Ia bermaksud setiap bulan semua _____ _____ AO: Ada laporan. Ada laporan. Laporan bulanan yang kena. Dalam

laporan bulanan ini akan dinyatakan, di dalam laporan bulanan ini dinyatakan ada butir-butir kes, didengar, jenis kes yang didengar, tangguhkan, alasan penangguhan dan sebagainya. Semua ada.

NAI: Bagaimanakan pendapat puan jika sesuatu kes itu terlalu lama untuk diadili, kadang-kadang mengambil masa lima ke sepuluh tahun? AO: It kena katakan justice delay on denied [penangguhan keadilan atas penafian]. Jadi kita seboleh-bolehnya, menyelesaikan kes itu.

Terutama kes-kes yang melibatkan jenayah ini dengan seberapa segera yang mungkin.

NAI: Apakah pendekatan-pendekatan yang telah digunakan oleh pihak Mahkamah dalam menangani kes-kes tertunggak ini? AO: Seperti saya katakan tadi, saya manage my own diary, I mean my own diary [saya uruskan diari saya sendiri, maksud saya diari saya sendiri]. I make sure that all my cases [Saya pastikan kesemua keskes saya] yang fix [tetapkan] dapat dijalankan pada masa yang dijadualkan dan apabila kes ini tidak sempat ditetapkan dalam satu jangka masa yang telah ditetapkan, the next date [tarikh berikutnya] mestilah tarikh yang lebih awal. Jada pasal tu (itu) kita, kita dapat pastikan kes tu (itu) dapat diselesaikan dengan leibh cepat dan kita mesti tegas baru kita kaji penangguhan atas alasan remeh temeh dan juga kita rajin sikit bekerja most of time [selalunya] kita ada mendengar kes sebanyak mana yang mungkin dan adakala, pasal saya di Shah Alam saya mendengar kes sehingga lewat malam juga

49

tapi dengan kebenaran pihak-pihak pendakwa, peguam dan saksisaksi yang ada dihadapan saya begitu juga dengan persetujuan jurubahasa-jurubahasa saya.

NAI: Adakah puan telah berjaya di dalam pendekatan yang digunapakai oleh puan? AO: Apa dia?

NAI: Apa pendapat pernah berjaya seperti manage own [uruskan sendiri] punya punya diari? AO: Saya rasa ya, kerana saya rasa cara itu effective [berkesan] bagi diri saya. Ia berkesan.

NAI: Apakah

pencapaian

terbaik

Puan

sepanjang

tempoh

Puan

menghakimi kes-kes yang dihadapkan di hadapan Puan? AO: Pencapaian terbaik macam mana ya?

NAI: Bermaksud kes itu diselesaikan dalam masa terdekat? AO: Saya rasa bukan hendak memuji hendak diri (ketawa) tetapi saya rasa saya telah menjalankan tugasan saya dengan baik semasa di mahkamah saya di Seksyen, Shah Alam di mana saya telah, seperti yang telah diarahkan oleh Ketua Hakim Negara saya telah menyelesaikan kes-kes pra-dua ribu empat dalam masa - - -. Semasa saya di Mahkamah Sesyen Shah Alam, saya tiba di Mahkamah Shah Alam saya ada tujuh puluh lima kes pra dua ribu empat, dan apabila saya meninggalkan Mahkamah Shah Alam pada September dua ribu lapan, kes yang tertunggak bagi pra dua ribu empat adalah lima sahaja.

50

NAI: Maknanya puan telah menyelesaikan tujuh puluh kes? AO: Itu temasuk yang telah ditarik balik dan sebagainya. Tapi yang pentingnya, kebanyakkan kes yang lama seperti kes tahun, yang didaftarkan pada tahun dua ribu, dua ribu satu, dua ribu dua, dua ribu tiga berjaya saya selesaikan dalam tempoh masa lebih kurang dua tahun.

NAI: Thats mean [Ini bermakna] satu pencapaian yang boleh dibanggakan puan? AO: Tak tahulah boleh dibanggakan atau tidak dan tapi saya rasa telah membuat contribution [sumbangan] kepada masyarakat dengan menyelesaikan kes dengan segera. Itu sahaja.

NAI: Sebelum bertugas Puan Shah Alam, puan bertugas di mahkamah? AO: Saya, sebelum ini, saya ditugaskan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, saya bertugas sebagai Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.

NAI: Di dalam menjalankan tugasan seorang Hakim, puan semestinya mempunyai kakitangan di bawah seliaan Puan. Bagaimanakah hubungan Puan dengan kakitangan bawahan Puan? AO: Saya mentadbir Pejabat saya dengan konsep open policy [polisi terbuka] di mana bagi saya, pegawai dan kakitangan saya bebas untuk keluar masuk ke Pejabat saya tanpa apa-apa sekatan dan saya condong atau saya mengambil sikap suka - what they say [apa yang mereka kata] saya tidak begitu exact authority [kebenaran khas] saya, saya sebagai bos dengan kakitangan tetapi saya anggapkan kakitangan dan pegawai di bawah saya sebagai kawan tetapi at the same time [pada masa yang sama] mereka mestilah menghormati saya sebagai seorang Ketua Jabatan dan di dalam

51

penyeliaan pegawai dan kakitangan saya tidak praktiskan satu, apa - adminstrative system [sistem pentadbiran] yang kakitangan gerun kepada saya tetapi mereka menghormati saya sebagai Ketua Jabatan untuk menjadi menjalin hubungan yang rapat mesra dan satu faktor yang penting saya tekankan pada kakitangan saya ialah mereka mesti suka datang bekerja dan mereka look forward come to work [suka / bersemangat datang bekerja] dan bukannya terpaksa untuk datang bekerja. That is what I, everywhere I go [Itulah apa, di mana saya pergi] saya suka sematkan kepada pegawai bawahan saya dan kakitangan saya. A place to work, its a place u want to be, a part of have to like to be in the office you like to be with your friend you like to be with your officers, because you enjoy working with them [Tempat untuk bekerja, tempat di mana mereka ingin menjadi sebahagian dari pejabat itu dan suka berada di Pejabat, kawan yang anda suka untuk berkawan walau pun pegawai kita sendiri hanya kerana kita rasa seronok bekerja dengan mereka] dengan itu kita boleh mendapat, hasil kerja yang terbaik kerana apabila sesuatu itu dilakukan dengan gembira sesuatu itu dilakukan dengan ikhlas, ia akan diberi lebih komitmen dan end of the day [akhirnya] kerja yang akan dihantar kepada kita kerja yang bermutu. Itulah prinsip dan falsafah saya dalam saya mentadbirkan Jabatan saya atau di mana-mana saya pergi atau di mana-mana saya ditugaskan. (diam seketika untuk berfikir)

NAI: Jadi

puan sama juga semasa puan di dalam kamar, court

[mahkamah]? AO: Ya saya, saya sebenarnya ada reputation [reputasi] / (ketawa). Saya sebenarnya ada reputation [reputasi] semenjak saya menjadi majistret saya seorang yang tegas, im very particular about work [saya sangat pentingkan]. But, im very particular about staff

working under me [Tetapi, saya sangat pentingkan kakitangan

52

bawahan saya] kerja mereka mesti menanam sikap yang kerja ikhlas dan mereka bekerja dengan amanah dan saya selalu tekan juga bahawa bila kita bekerja kita mesti pastikan rezeki yang kita bawa balik untuk anak dan keluarga kita adalah rezeki yang barakah, ini dengan matlamat sedemikian, kita boleh apa memberi gambaran keapda kakitangan saya bahawa kita kerja kerana Allah dan bila kita bekerja kerana Allah kita mestilah membuat sesuatu itu dengan sebaik mana yang mungkin kerana at the end of the day [akhirnya] kita akan dipersoalkan atas tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan oleh kita kepada kita atas tugas yang kita buat. Itulah prinsip dan falsafah yang saya pegang selama ini.

NAI: Sepanjang puan mengendalikan menjadi kakitangan puan, pernahkan puan menghadapi kakitangan yang tidak begitu ikhlas dan jujur dalam menjalankan tanggungjawab? AO: Bergantung kepada tempat di mana kita bertugas ya. Separuh, it depend on what kind of staff you have, what kind of officers that you have [ia bergantung kepada kakitangan yang bagaimana kita ada, pegawai yang bagaimana kita ada]. Jika kita mempunyai

kakitangan atau pegawai yang memang suka bekerja, apa-apa tindak tanduk kita, tindak tanduk kita yang untuk membawa kebaikan kepada Jabatan kita tentang tindak tanduk kita, yang mahukan terbaik daripada pegawai dan kakitangan kita disambut baik kita dikatakan telah melakukan tugas yang baik dan bagi mereka itulah adalah yang tebaik tapi kalau kita bekerja dalam group [kumpulan] kelompok kakitangan yang memang malas, yang memang tidak suka bekerja, dia akan dapati yang tindak tanduk kita ini jahat, tindak tanduk kita ini jahat-jahat kita terlampau mengongkong, kita terlampau acting [berlagak], kita terlampau straight [tegas] sangat, but depend who you work with, and what kind of staff that you have [tetapi bergantung dengan siapa kita

53

bekerja, dan kakitangan yang bagaimana kita ada], kalau kita ada kakitangan yang suka bekerja the the question of [persoalan] kita ada pertelingkahan dengan kakitangan itu tidak timbul bagi saya.

NAI: And [Dan], tempat baru puan mengamal corak kerja yang sama ke? AO: I always, use the same policies [Saya sentiasa menggunakan polisi yang sama]. Bagi saya suka, bagi saya saya suka datang bekerja kerana selain di rumah bersama keluarga dan anak-anak saya suka berada di pejabat. Saya tidak suka saya di dalam keadaan yang tidak menyeronokkan waktu di pejabat, jadi saya anggapkan kakitangan saya atau pegawai saya pun sama, mereka suka pergi bekerja dan environment [persekitaran] ini, environment

[persekitaran di persekitaran] yang menyeronokkan mesti ada bagi mereka suka datang bekerja dan gembira bekerja di bawah saya.

END OF TAPE 2 SIDE A : TAPE 2 SIDE B

NSJ: Adakah puan seorang yang mudah didekati? AO: Soalan mana? Adakah saya seorang yang mudah didekati, it depends how people looks at me [ia bergantung bagaimana orang melihat saya]. But [Tetapi] saya suka, I think I am [saya fikir saya begitu]. Saya rasa saya mudah didekati mungkin first impression [pandangan pertama] ada very affraid [sangat takut] but [tetapi], sebenarnya saya seorang yang warm [ramah], seorang mudah didekati dan suka berkawan sebenarnya.

NAI: Maksudnya puan seorang very friendly [sangat ramah]? AO: I think I am [Ya, saya rasa begitu].

54

NAI: Adakah puan turut menjadi pakar rujuk kepada Majistret-Majistret muda? AO: Bukanlah pakar rujuk, bagi saya, saya telah bekerja lama. Saya telah bekerja dalam bidang peudangan lebih dua puluh tahun dan daripada tugasan dan perkerjaan saya telah enquire knowledge [peroleh pengetahuan], pengetahuan-pengetahuan di dalam bidang undang-undang yang mungkin tidak diperolehi oleh majistretmajistret muda ini dan bagi saya pengetahuan, berasaskan prinsip yang hendak kita bawa ke akhirat kelak. Salah satu amanah yang hendak kita hendak bawa apabila kita tidak ada di dunia ini ialah satu yang dipergunakan oleh orang, jadi bagi saya ilmu-ilmu yang ada bukannya ilmu-ilmu yang kita hendak simpan dalam diri kita yang sampai bila-bila adalah wajar ilmu-ilmu yang kita perolehi dari pengalaman-pengalaman kita dikongsi bersama dengan pegawaipegawai muda supaya ia dapat menjadi panduan kepada mereka untuk menjalankan tugas mereka dengan lebih mudah, lebih berkesan dan lebih bijak lagi. Sebab bagi saya sama ada saya pakar rujuk atau tidak timbul kerana saya suka memberi pengetahuan kepada sesiapa yang memerlukan pengetahuan tersebut bagi menjalankan tugas mereka dengan lebih baik lagi.

NAI: Ada kedengaran pada sesetengah hakim tidak suka berkongsi dia punya pengalaman? AO: Adakah?

NAI: Kalau situasi itu ada, apa pandangan puan? AO: Tidak boleh begitu sebab ilmu itu rezeki, kalau kita tidak berkongsi besama adalah malang bagi kita kerana kita tidak mahu berkongsi ilmu kita dengan orang lain. I think that should not be, the attitude of that [Saya fikir itu tidak patut, bukan kelakuan sebegitu], tidak kisah

55

tiga percent [peratus] atau berapa, tidak boleh tapi seorang yang kedekut ilmu itu adalah orang yang kurang beriman atau tidak kuat imannya dari segi Islam lah. I will [saya akan] itulah because

[sebabnya] sepatutnya ilmu yang ada kita berkongsi bersama. Ilmu yang baik itu kita patut berkongsi dengan orang-orang yang memerlukan ilmu tersebut.

NAI: Di mana puan suka sharing the knowledge to other [berkongsi ilmu dengan orang lain]? AO: Yes [Ya].

NAI: Bagaimanakah caranya puan memberi keyakinan kepada MajistretMajistret muda ini? AO: Saya tidak tahu sama ada memberi keyakinan, tapi saya selalu berkata kepada majistret-majistret ini bahawa belajar, belajar, belajar. Bila kita mempunyai pengetahuan, bila kita mempunyai

pengalaman, dia dengan sendirinya memberi keyakinan kita untuk menjalankan tugas kita dengan penuh yakin.

NAI: Keyakinan dengan belajar? AO: Dengan pengetahuan (batuk kecil) dan belajar, dengan of course [mestilah] kita akan yakin menjalankan tugas kita.

NAI: Selain menjadi seorang Hakim, apakah tugasan lain yang turut dijalankan oleh Puan? AO: Maksudnya?

NAI: Sebagai _____?

56

AO:

Adakalanya saya diminta untuk memberi ceramah tapi itu pun terhad sekiranya tetakluk pada masa yang ada pada saya.

NAI: Adakah Puan pernah menjadi seorang Ketua atau menjadi ahli di dalam apa-apa jawatankuasa ad-hoc ketika di Mahkamah? Thats mean [yang maksudnya] tiba-tiba bila diwujudkan satu

jawatankuasa? AO: Bukanlah jawatan kuasa. Kadang-kadang kalanya di mahkamah ada benda lu lakukan dengan kadar yang segera yang mana memerlukan team of people to do it [sekumpulan orang untuk melakukannya], perkara tertimbul dan saya kerap kali juga dipertanggungjawabkan dengan tugas yang sedemikian.

NAI: Adakan puan merasakan tugasan sampingan ini sebagai satu bebanan atau sebaliknya? AO: Bagi saya apa-apa tugas yang diberikan kepada saya, saya rasa bukan bebanan kerana saya tengokkan tugas tersebut dari segi pengetahuan yang saya ada akan dapat terfikir at the end of the day [diakhir harinya]. So [Jadi], kalau kita rasakan tugas itu bebanan kita rasa berat, bila katakan ia adalah satu cabaan yang patut kita terima dan the end of the day [akhirnya] cabaran memberi kesan dan pengalaman kepada kita, why not [kenapa jadi tidak] bukan jadi satu bebanan.

NAI: Adakah Puan pernah menerima apa-apa penganugerahan khas sepanjang masa tersebut? AO: Penganugerahan khas yang macam mana? Sijil Khidmat

Cemerlang yang ada. Saya pernah mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang semasa saya di mahkamah, ada.

57

NAI: Daripada Kerajaan Malaysia puan? AO: Tak ada la. Kerajaan Malaysia, manalah orang kecil mana orang nampak kerjanya.

NAI: Insya Allah [mungkin] satu masa puan akan dapat. AO: Amin, amin. (sambil menekup muka)

NAI: Adakah penganugerahan ini menjadi pendorong untuk puan menjadi lebih berjaya di dalam kerjaya puan? AO: Of course [mestilah], macam apa-apa anugerah yang terima dia show of appreciation of work have done, we all way [menunjukkan penghargaan ke atas itu kerja yang ia telah dilakukan] bahawa kalau apa

penganugerahan

didapati

menunjukkan

pelaksanaan tugas kita telah dihargai oleh Jabatan dan sebagainya.

NAI: Kejayaan puan dikongsi bersama kakitangan? AO: Maksudnya?

NAI: Bagaimanakan pula caranya puan memberikan penganugerahan kepada kakitangan puan pada ketika itu? AO: Penganugerahan merupakan satu polisi jabatan, polisi jabatan dimana penganugerahan akan diberikan dari segi pencapaian tugas mereka, dengan AKC [Anugerah Khidmat Cemerlang] yang setiap tahun kita sasaran kerja tahunan itu, kita kalau kita berpendapat bahawa kakitangan itu perlukan acknowledgment [penghargaan] atas kejanya, what [apa] apa kata buat kita kena memberikan mereka markah yang cemerlang di dalam pengagihan / [saya] pemarkahan di dalam kita menilai mereka. Kadang-kadang itu merupakan penganugerahan yang buat oleh jabatan, tapi bagi saya, selain daripada itu apa yang kita boleh buat memberikan ucapan

58

terima kasih dan sebagainya yang boleh memberikan pegawai kakitangan lebih bersemangat untuk bekerja.

NAI: Adakah setiap keyajaaan puan yang diperolehi dikongsi bersama kakitangan puan? AO: Maksudnya.

NAI: Macam puan terima Anugerah Khidmat Cemerlang puan akan beritahu dengan kakitangan puan? AO: Of course [mestilah], tanpa mereka siapalah kita.

NAI: Adakah puan sentiasa memberi dorongan kepada kakitangan untuk menjadi seorang yang lebih berjaya? AO: Saya katakan pada mereka, saya Im not the motivated, in, but I always [saya bukan yang memberi motivasi, dalam, tetapi saya sentiasa] selalu cakap pada pegawai saya dan kakitangan saya bahawa kalau kita kerja kerana Allah, kerja ikhlaskan memang dia akan secara sendiri mendorong kita untuk bekerja dengan lebih baik. Thats why we have to bare in mind [Oleh sebab itu kita perlu sentiasa ingat] kita selalu datang kerja kerana Allah kita selalu datang kerja kerana rezeki yang halal, kita selalu datang kerja untuk rezeki yang barakah untuk anak kita dan keluarga kita tetapi secara automatik kita akan bekerja dengan lebih baik.

NAI: Adakah puan menyertai sebarang persatuan sepanjang tempoh menjadi seorang Hakim? AO: Itulah tidak ada masa-masa, Cuma saya, cuma memberi sokongan saja. Saya tidak ada masa, memandangkan masa terhad pada diri saya, saya selalu memberi sokongan dan memberi sokongan dari

59

belakang saja. I dont have the time to really participate [saya tiada masa untuk menyertai] dengan this [ini] persatuan.

NAI: Turut terlibat dalam persatuan? AO: Ya, why not if you have time [kenapa tidak jika awak ada masa]. Patut sebenarnya, untuk meluaskan pengetahuan, tapi kalau kadang-kadang kita kerap di Jabatan yang tidak meluangkan masa atau tidak ada masa yang terluang untuk kita berpersatuan, hendak buat macam mana. Tapi, if you have time, yes, you should [jika awak ada masa, ya, awak harus].

NAI: Bagaimana pula dengan ahli jawatankuasa panel kehakiman ke? AO: Tidak adalah semasa saya dahulu di mahkamah saya panel untuk pemeriksaan PTK [Penilaian Tahap Kecekapan] untuk certaincertain [tertentu] jawatan sahaja.

NAI: Adakah perlu bagi seseorang itu turut terlibat dalam berpersatuan walaupun sudah bekerja? AO: Ya. Why not if you have the time [Kenapa tidak jika kamu ada masa] patut sebenarnya meluaskan pengetahuan tapi kalau kadang-kadang kita berada di jabatan yang tidak meluangkan masa atau tiada masa yang terluang untuk kita berpersatuan, hendak buat macam mana, tapi if you have the time yes, you should [jika anda ada masa ya, anda harus]

NAI: Jika diberi masa yang sesuai, adakah puan akan menyertai sebarang persatuan? AO: Yes [Ya] saya ingat, saya ingat, saya ingat saya kalau ada masa saya masuk badan kebajikan yang memantau - anak-anak orang miskin dan hendak tengokkan NGO-NGO [Non-Govermental

60

Organisation], nak

join NGO-NGO yang membuat aktiviti-aktiviti

sosial bagi - bagi memantau keruntuhan akhlak dikalangan remajaremaja kita dan apa, remaja kita dan mungkin - saya hendak involved [menyertai] dengan aktiviti-aktiviti yang boleh membasmi kemiskinan dikalangan orang Melayu especially [terutamanya] orang Islam. (diam seketika untuk berfikir)

NAI: Bilakah agaknya impian puan akan tercapai? AO: Susah, Tuhan saja yang mengetahui, saya ingat saya hendak pencen awal, tetapi anak saya sekolah lagi, jadi terpaksa, so [jadi] saya selalu berdoa kepada Allah SWT untuk panjangkan umur saya bagi membolehkan saya pencen dan mempunyai masa untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang saya berniat untuk lakukan.

NAI: Dengan tugasan puan sekarang, adakah anak-anak puan akan merungut kerana puan selalu balik lambat ataupun outstation [ke luar daerah]? AO: Ada, ada. Tapi hendak buat mcam aman sudah tugas. Tapi saya ada consolation [sagu hati/penghargaan] pada saya anak-anak sudah besar tapi adalah tidak adil bagi anak-anak saya apbila saya bekerja yang menuntut saya bekerja di luar masa dan tepaksa bekerja di luar kawasan. But, this is life, this is life [Tetapi inilah kehidupan, inilah kehidupan] bila kita sudah dipertanggungjawabkan untuk bekerja, you have to do it, you like or not, you have to do it [kita mesti lakukan, kita suka atau tidak, kita mesti buat] dan saya selalu berkata kepada anak-anak saya dalam hidup ini perlukan pengorbanan, pengorbanan sama ada pengorbanan masa atau pun wang. Jadi, adakalanya kita tepaksa korban masa kita demi untuk benda lain. Jadi life is sacrifice [kehidupan adalah pengorbanan]

61

NAI: Minta maaf puan, adakah anak puan pernah merungut ataupun merajuk dengan keadaan puan sekarang? AO: Ada, ada. Bukan sekali banyak, tapi hendak buat macam mana sudah tugas. NAI: Maksudnya mereka memahami tugas puan? AO: Like that [Macam itu] kita kena beritahu anak kita tugas kita hendak buat macam mana. But, it just [Tetapi ia hanyalah] apa yang kita boleh buat set the quality time [aturkan masa yang berharga]. Apabila kita ada masa yang terluang dengan mereka gunakan masa itu dengan sepenuh yang boleh dan spent quality time [luangkan masa berharga] dengan keluarga kita, spent quality time with your family, spent quality time with your children [luangkan masa yang berkualiti]. Itu saja.

NAI: Adakah itu satu rangsangan kepada dua anak puan yang mengikut jejak puan sebagai seorang hakim? AO: Saya katakan dia, saya selalu kata dekat anak-anak saya terpulang pada mereka untuk pergi ke mana selepas mendapat ijazah undang-undang, kalau sekiranya mereka berminat untuk memasuki perkhidmatan awam terpulang kepada mereka sekiranya tidak, terpulang kepada mereka tapi yang pentingnya saya kata mereka kerja, kerja apa-apa bidang yang kita ceburi, apa-apa kerja yang kita hendak buat mesti ikhlas dan mesti ada intensity

[kesungguhan], itu sahaja. Amanah, that is [iaitu] saya selalu kata kita perlu berintegriti itu dan menjalankan tugas kita dengan ikhlas dan amanah. Itu sahaja. Tak kira di mana mereka bertugas.

NAI: Secara peribadi, apakah kebaikan yang diperolehi oleh puan sendiri dengan menyertai aktiviti tersebut?

62

AO:

Tidak ada la aktiviti, tidak ada, kena kerja macam ini tidak ada aktiviti atau persatuan. Orang pun tidak hendak saya sebagai ahli (ketawa). Im in invisible [Saya tidak aktif].

NAI: Mungkin ahli untuk memberi pendapat? AO: Tidak adalah. I wish, I could but I dont have the time [Saya

berharap saya boleh, tetapi saya tiada masa]. Itu sahaja.

NAI: Insya Allah. ____ Selain JALSOA, apakah persatuan khas lain yang dianggotai oleh setiap professional di dalam bidang guaman? AO: JALSOA, JALSOA ini untuk semua pegawai-pegawai

penghakiman dan perundangan. (diam seketika untuk berfikir) Selain persatuan lain saya tidak nampak yang JALSOA ini adalah satu persatuan yang ditubuhkan untuk pegawai-pegawai

perundangan dan kehakiman. Jikalau bidang guaman lain, saya tidak pasti yang itu ada ke - tidak ada rasanya. (diam seketika untuk berfikir)

NAI: Adakah puan berasa seronok dan merasa puas dengan tugasan puan ketika itu? AO: Ketika itu,masa bila itu.

NAI: Menjadi seorang hakim? AO: Ya. Saya rasa, saya kepuasan itu timbul apabila kita berjaya menyelesaikan satu kes dan memberi keputusan dan kita dapat menyelsaikan kes dan apabila kita, apa kita, kita berjaya menyelesaikan satu kes kita puas hati bahawa usaha kita telah berjaya menyelesaikan kes, kita berasa puas dan seronoklah.

63

NAI: Bagaimana dengan puas hati juga? AO:

kerjaya puan sekarang. Adakah puan berasa

Kerjaya saya sekarang, saya - saya tidak samakan kerjaya saya di mahkamah sebagai hakim dengan apa yang saya buat pada masa ini because [sebab] ia merupakan dua bidang yang berbeza di mana sebagai hakim, tugas kita adalah berbeza di mana kita menghakimi pihak-pihak yang hadir dihadapan kita. (diam seketika untuk berfikir) Tapi dalam tugas yang ada sekarang ini la.Tugas yang berbeza di mana kita sendiri menyediakan kes-kes kita untuk hadir di mahkamah bagi pihak yang kita wakili dan juga kes-kes di mana kita memberi khidmat nasihat perundangan kepada badanbadan atau agensi-agensi Kerajaan yang kita wakili. Dua-duanya ada kebaikan di mana ilmu-ilmu nya berbeza, ilmu-ilmu nya berbeza. Jadi saya rasa di sini baru enam bulan banyak lagi yang perlu saya pelajari dan at the same time [pada masa yang sama] seronok kerana dia memberikan saya satu pengetahuan yang lain dari selama ini yang pernah saya hadapi. So [Jadi] bagi saya,

seronok cuma saya banyak lagi hendak belajar kerana hendak banyak belajar lagi masa yang saya ada untuk anak-anak dan keluarga saya sangat terhad. Itu sahaja.

NAI: Dengan kerjaya puan sekarang, puan perlu menyediakan paperwork [kertas kerja] dengan kerja dengan kerjaya puan sebelum ini menghadapi pesalah OKT? Apa pendapat puan? AO: Itulah saya kata dua kerja yang berbeza, tapi kepuasan lebih kurang sama. Apabila kita sudah habis satu kerja, lega. Macam ini lega, itu juga sama je [sahaja].

NAI: Adakah pada masa sekarang bilangan Hakim/Mahkamah yang ada pada masa kini mencukupi?

64

AO:

Itu kena tanya Ketua Hakim Negara (ketawa). Siapalah saya untuk menjawabnya.

NAI: Tak, pada pandangan puan? AO: Its depends [Itu bergantung]. Sama ada hakim tidak cukup-cukup bilangannya kena tengok mahkamah-mahkamah itu sendiri. Bagi saya ada. Kita tidak boleh samakan mahkamah-mahkamah yang ada di Shah Alam, yang ada di Kelang, yang ada di Pulau Pinang, yang ada di Sabah dan Sarawak pasal kehendak-kehendaknya berbeza, kerana keperluan mahkamah itu bergantung dengan keadaan sekelilingnya. Mari kita tengok Shah Alam, kerana ia ibu negara/ibu negeri yang membangun. Jadi kes-kes yang ada di

sana sangat banyak because all motivate _____ [sebab semua _____]. Jadi banyak lagi kes bila kita membangun banyak lagi kes jenayah. Jadi keperluan yang lebih itu menetap pada mahkamah begini. Jadi, ada tempat-tempat di Malaysia yang memerlukan

hakim yang banyak kerana saya datang dari Mahkamah Shah Alam. Dan saya, di Mahkamah Shah Alam saya tahu bahawa memang ia kekurangan hakim.

NAI: Adakah perlu bagi setiap Mahkamah itu melanjutkan tempoh perjalanan operasinya? AO: Hendak lanjut macam mana? Kerja dan kerja sampai pukul

sembilan sampai satu, dua sampai lima, hendak tambah, panjang lagi macam mana, sampai pukul enam, tidak boleh juga, pasal dia melibatkan saksi, melibatkan mahkamah ini bersidang bukan melibatkan saksi sahaja dia melibatkan pendakwa, peguam, juru bahasa, saksi dan sebagainya. Adakah mereka ini bersetuju untuk melanjutkan tempoh operasinya. Di samping itu kita kena melihat juga bahawa kerja sebagai hakim ini bukan sahaja mendengar kes

65

tapi hendak buat penghakiman, kalau sekiranya dia mendengar kes sepanjang masa, dia tidak punya masa untuk membuat alasan penghakiman, adalah tidak adil bagi dia, sudahlah dia buat kes tapi sampai panjang, sehingga lewat malam, dan bila masa pula dia hendak mebuat penghakiman dia. So [Jadi], bagi saya sekiranya seseorang hakim itu mendengar kes tepat jam sembilan sehingga jam satu. Mula dua hingga lima itu adalah cukup wajar tempoh pendengaran kes.

NAI: Puan, pernahkah puan mengalami seorang peguam/pendakwaraya meminta dicadangkan hukuman lebih waktu kerja masa dalam pukul lapan malam kerana kes itu kemungkinan penting? AO: Ada, ada, there are certain case [ada sesetengah kes] yang kita tidak boleh kita hendak elak di mana katakakanlah, kita ... apa, berhadapan dengan seorang saksi, seorang saksi yang mungkin, saksi kanak-kanak atau saksi remaja yang akan bersekoalah pada masa yang lain, jadi kalau boleh kita hendak habiskan

keterangannya supaya tidak perlu datang lagi pada tarikh bicara. There are, there are [Ada, ada] ada kalanya keperluan itu timbul.

NAI: Adakah kadang-kala puan mengatasai satu masalah dimana tarikh untuk perbicaraan telah ditetapkan, tetapi salah seorang

pendakwa/peguam cara tidak datang? AO: Itu kita tengok alasan dia, sekiranya dia membuat permohonan untuk penangguhan di atas alasan-alasan yang munasabah, seperti kalau dia sakit, itu sakit dan terpaksa berada di hospital kita terpaksa tangguhkan, cuma management [pengurusan] ataupun saintis kita di dalam perkara-perkara penangguhan kita tidak boleh memberi penangguhan di atas perkara dan alasan-alasan yang remeh-temeh.

66

NAI: Tindakan itu akan mengganggu management [pengurusan] puan? AO: Kalau management [pengurusan] itu memang sepatutnya uruskan mahkamah kita dengan baik, tapi kadang-kadang faktor atau alasan-alasan yang di mana peguam dan pendakwaraya itu memohon penangguhan adalah alasan yang munasabah, kita sebagai manusia biasa, perlu consider [menimbang] alasan-alasan tersebut.

NAI: Adakah puan merasakan perundangan yang ada pada ketika ini mencukupi? AO: Tidak boleh jawab ni (ini). Very, very, very wide (Sangat, sangat, sangat luas) ya. perundangan mencukupi macam mana? Tidak payah jawab la.

NAI: Adakah puan berhasrat untuk membukukan pengalaman puan sebagai seorang Peguam Persekutuan secara amnya? AO: Boleh. Saya tidak pandai menulis, macam mana nak tulis buku, tidak ada lah, tidak adalah setakat ini, hasrat itu lagi, tidak tahu la bila, tidak tahu la Tuhan buka hati, tidak tahu, at the moment, not in my mind [buat masa ini, tidak ada dalam fikiran].

NAI: Mana tahu selepas, puan perbualan ini puan terbuka hati untuk membukukan segala pengalaman puan sebagai seorang hakim? AO: Rasanya tidak. (ketawa)

NAI: Seandainya puan diberi tawaran untuk menjadi tenaga pengajar di sebuah universiti selepas pencen, adakah puan akan

mempeetimbangkan tawaran tersebut? AO: Saya tidak tahu, takdir Allah. Allah Taala tentukan takdir. Tapi

kalau saya tidak tahu, takdir Allah.

Allah Taala tentukan takdir.

67

Tapi kalau you (awak) tanya I (saya) soalan ini, saya rasa tidak kot [mungkin]. Pasal saya, apa yang ada dalam jiwa saya sekarang, mungkin saya lepas pencen, kalau umur panjang saya hendak buat perkara-perkara yang involve [terlibat] perkara kebajikan. Jadi saya tidak hendak lagi commitment [penglibatan] sudah. Walau pun satu memberi lecture [ceramah] itu suatu kebajikan, tapi ia memerlukan masa kan? Masa, masa yang saya rasa saya hendak tumpukan pada benda-benda kebajikan yang saya kata tadi. Untuk memberi lecture [ceramah] dan sebagainya not at the moment [tidak buat masa ini].

NAI: Puan pun berasa letih juga, mungkin puan hendak berehat selepas bersara? AO: Saya rasa, saya rasa mungkin, saya rasa, masa yang telah bekerja telah mengambil banyak daripada masa saya, kita buat amal pula.

NAI: Dengan

yang

kes-kes

baru

yang

meningkat

sekarang

puan,

bagaimana caranya seorang hakim itu mengendali kes dengan cepat? AO: Itulah saya kata tadi, management [pengurusan]. Its how you

manage your court and then [Bagaimana awak uruskan mahkamah dan kemudian], kalau kita manage court [mahkamah] kita, kalau kita, thats why [sebab itulah] saya rasa, its how you manage your court is very important in a manner of disposing your cases. [ia adalah bagaimana kita menguruskan mahkamah kita amatlah penting dalam kita mengatur kes kita] Yang pentingnya, bila kita kata management [pengurusan] semua aspek daripada managing your diary, managing the people under you, managing the prosecution, managing your defence, its all, it must be, it must work together, managing your court. [menguruskan diari, menguruskan kakitangan bawahan kita, menguruskan pendakwaan, menguruskan

68

pembelaan, semuanya, semuanya mesti, mesti disatukan dalam kita menguruskan mahkamah kita]

NAI: Semasa menjadi hakim, pernahkan puan menghadapi satu kes yang dimana dipengaruhi oleh orang-orang politik? Thats mean [Ia bermaksud] orang-orang yang berpengaruh juga. AO: Dont know, its politican [Saya tidak tahu, itu politik] orang. Kita, so far Im very lucky [setakat ini saya masih lagi benasib baik] lah, so far [setakat ini] saya rasa bertuah tidak pernah perlu mengalami pengalaman tersebut.

NAI: Jikalau puan menghadapi masalah situasi tersebut, macam mana puan untuk mengatasinya? AO: Mudah sahaja, mudah sahaja, asas kerja kita, asas kerja kita adalah keadilan. Jadi apabila kita adil, kita tidak sepatutnya tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana pihak, sama ada politik aau sebaliknya. Kita set court mind that, as a judge, your duty is to defence that case that you do. Whatever influence on you will not affect your decision because your decision base on law [tetapkan pendapat mahkamah, sebagai seorang hakim, tugas anda ialah mempertahankan kes yang kita laksanakan. Apa pun pengaruh

yang ada tidak akan mempengaruhi keputusan kerana keputusan yang kita buat adalah berdasarkan undang-undang]. Itu sahaja.

NAI: Adakah Decision [Keputusan] datang dari hati puan sendiri? AO: Off course [Mestilah], mesti. Itu yang saya amalkan.

NAI: So,puan tidak ragu-ragu dengan apa keputusan yang telah dibuat? AO: Saya tidak pernah rasa, saya. Kalau misalnya saya, saya yakin atas keputusan atas keterangan saya terima sekiranya saya silap,

69

saya go to Higher Court, Higher Court [pergi ke Mahkamah Tinggi, Mahkamah Tinggi] ada right to turn my decision [hak untuk menolak keputusan saya].

NAI: Apakah nasihat-nasihat yang ingin puan berikan kepada mereka yang berhasrat menceburi penghakiman / perundangan? AO: Good choice [Pilihan yang baik] sebenarnya, good choice because [pilihan yang baik sebab] pada saya bidang perundangan ini satu bidang yang mencabar, bidang yang mencabar minda kita dan ia bukan saja cukup membaca buku undang-undang, bukan saja setakat meneliti keterangan, bukan sahaja takat memahami, apa kes undang-undang. Dia mencabar minda kita, untuk berfikir ke arah mana prinsip undang-undang itu mesti dilaksanakan dan dalam pada itu sebagai seorang apa, pengamal undang-undang kita mesti pastikan bahawa pelaksanaan kita itu adalah berdasarkan kepada undang-undang dan tidak kurang dan ada lebih dari itu. Itu sahaja.

NAI: Sekiranya, apa sekalipun kita kena berpandu kepada undangundang? AO: Because justice is primary important, primary consolidation [Sebab keadilan adalah keutamaan, pengukuhan yang utama]. Keadilan.

NAI: Keadilan? AO: Ada lagi.

NAI: Yang terakhir puan. Adakah puan merasakan aktitiviti iaitu Oral History [Sejarah lisan] yang sedang dijalankan ini akan menjadi panduan kepada generasi akan datang? AO: Apa dia?

70

NAI: Apakah puan merasakan aktitiviti iaitu Oral history [Sejarah lisan] yang sedang dijalankan ini akan menjadi panduan kepada generasi akan datang? Sama seperti kita membukukan kerjaya tadi puan. AO: I hope so [Saya harap begitu] (ketawa), I hope so [Saya harap begitu] (ketawa). Saya rasa tidak tahu, kalau oral history [sejarah lisan] ini dilihat sebagai boleh menjadi panduan apa salahnya.

END OF TAPE 2 SIDE B.

Demikianlah sesi temubual kami dengan Puan Azimah binti Omar. Semoga temubual ini dapat memberi manafaat kepada generasi akan datang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Azimah binti Omar kerana sudi memberikan maklumat untuk bagi memenuhi keperluan kursus IMR 603 Sejarah Lisan.

71

SENARAI SOALAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. Boleh puan beritahu saya nama penuh puan? Bilakah tarikh lahir puan? Puan anak ke berapa dalam keluarga? Apakah perkerjaan ayah puan semasa membesarkan puan adik beradik? Adakah ayah dan ibu puan tegas membesarkan anak-anak? Adakah puan berpendapat dengan cara didikan yang diberikan oleh ibu dan ayah puan merupakan salah satu punca kejayaan puan sekarang? 7. 8. 9. Bilakah puan melangsungkan perkahwinan puan? Apakah perkerjaan suami puan? Nampaknya puan dan suami sama-sama bekerja, bagaimanakah puan dan suami membahagikan masa bersama anak-anak? 10. Pernah tak anak-anak puan merungut dengan kesibukkan puan dan suami dalam menyelesaikan tugasan harian? 11. 12. 13. 14. Berapa orang anak puan? Boleh saya tahu umur mereka? Berapa orang anak puan yang masih belajar? Di antara anak-anak puan yang manakah menunjukkan minat untuk mengikut jejak puan? 15. 16. 17. Adakah puan yang mendorong mereka? Di manakah pula puan mendapat pendidikan menengah puan? Semasa di sekolah menengah adakah puan pernah mewakili sekolah dalam sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah?

72

18.

Semasa di sekolah bagaimanakah caranya puan membuat persediaan menduduki peperiksaan penting?

19.

Sebaik sahaja menamatkan peperiksaan SPM, adakah puan membuat apa-apa kerja sampingan atau puan menghadiri kelas tertentu sementara keputusan dimaklumkan?

20.

Setelah keputusan SPM diumumkan adakah puan memilih untuk meneruskan pengajian di Tingkatan Enam atau ke universiti?

21.

Apakah kursus utama puan yang menjadi pilihan utama semasa membuat permohonan ke universiti?

22. 23.

Adakah puan berpuas hati dengan kursus yang ditawarkan? Adakah yang /Siapakah yang mendorong puan untuk memilih/menerima kursus ini?

24.

Semasa

di

Universiti

Malaya,

adakah

puan

seorang

yang

aktif

berpersatuan? 25. Secara peribadi, adakah puan merasakan dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang yang ianya dapat memupuk semangat kepimpinan dalam diri seseorang pelajar? 26. Bagaimanakah puan membahagikan masa pelajaran dan aktiviti

berpersatuan semasa di universiti? 27. Adakah puan menerima apa-apa bantuan atau biasiswa semasa menuntut di Universiti ? 28. Adakah dengan bantuan dan biasiswa tersebut membuatkan puan lebih bersungguh-sungguh untuk berjaya di dalam pendidikan puan?

73

29. 30.

Apakah jawatan puan sekarang? Saya difahamkan puan sedang menyandang jawatan JUSA C pada usia yang agak muda ini, apakah rahsia puan hingga mencapai ke tahap ini?

31.

Apakah pebezaan yang paling ketara puan rasakan antara jawatan puan sekarang sebagai Penasihat Undang-Undang dan seorang hakim?

32. 33.

Adakah puan amat meminati bidang undang-undang ini? Apakah tugasan pertama puan semasa melaporkan diri semasa menjadi penjawat awam?

34. 35. 36. 37.

Semenjak bilakah puan, menjawat jawatan ini? Bagaimana pula dengan jawatan pertama puan? Pada tahun bila puan? Adakah menjadi seorang penjawat awam menjadi impian puan semasa ketika itu?

38.

Boleh puan cerita secara ringkas mengenai pengalaman kerja puan sebelum menjadi seorang hakim?

39.

Pada tahun bilakah puan mula menjalankan tugasan sebagai seorang hakim?

40. 41. 42. 43.

Apakah kes pertama yang dihadapkan dihadapan puan pada ketika itu? Berapa lamakah puan menjadi seorang hakim? Berapa banyakkah mahkamah yang puan penah bertugas sebelum ini? Boleh puan ceritakan secara ringkas apakah proses-proses yang perlu dilalui sebelum kes-kes dibicarakan?

44.

Apakah jenis-jenis kes yang sering dibawa dihadapkan dihadapan puan?

74

45.

Apakah pendekatan yang puan buat, dalam berhadapan dengan kes-kes yang berbeza ini?

46.

Apakah persediaan awal yang perlu dipersiapkan sebelum mengadili keskes yang dihadapkan dihadapan puan?

47. 48. 49.

Apakah ciri-ciri utama yang perlu ada sebagai seorang hakim? Adakah puan seorang yang garang atau pun tegas semasa di mahkamah? Semasa menyandang jawatan hakim, adakah perlu melawati tempat kejadian?

50.

Semasa

menjatuhkan

hukuman

adakah

ia,

adakah

kes

tersebut

bergantung kepada sesuatu kes di mana seperti nilai rompakan yang begitu besar? 51. 52. Adakah puan seorang yang garang ataupun tegas semasa di mahkamah? Adakah puan seorang pernah menghakimi kes-kes yang besar contohnya yang menjadi tumpuan media? 53. 54. 55. 56. Adakah puan terasa terganggu dengan kehadiran media di mahkamah? Bagaimanakah caranya puan berhadapan dengan situasi ini? Media? Dengan ulasan media kebesokkan harinya, adakah puan berpuas hati dengan cerita yang telah dituliskan? 57. Dengan fakta yang tidak tepat dengan apa yang puan katakan semasa di mahkamah tidakkah ia akan menjejaskan prestasi seorang hakim itu.

75

58.

Pernahkah puan teguran tehadap media jika sesuatu kes yang puan perkatakan itu tidak benar. Apa yang puan kata dia tulis yang berlainan dengan apa yang puan bicarakan?

59.

Pernahkah puan menghadiri kes di mana pendakwaraya atau peguambela itu adalah seorang yang amat terkenal di dalam bidang perguaman?

60. 61. 62. 63. 64.

Macam Peguam Zainor, Nordin ____? Pernahkah puan bekerja dengan Dato Ghani Patail [Tan Sri Ghani Patail]? Maksudnya dalam sesuatu kes puan pernah bersama dengan dia. Dia sebagai pendakwaraya, puan sebagai seorang ____? Adakah puan berasa terganggu dengan kehadiran beliau di dalam mahkamah puan?

65.

Satu ketika dahulu puan pernah menjadi Hakim bagi kes Hindraf. Apakah perasaan, perasaan pertama apabila menerima tugasan tersebut?

66. 67.

Adakah puan menerima tugasan tersebut sebaga satu cabaran? Adakah kes tersebut, kes yang mencabar sekali dihadapkan dihadapan puan.

68. 69.

Bagaimanakah caranya puan berhadapan dengan cabaran tersebut? Tadi puan kata kes ada yang lebih besar dihadapan puan, apakah kes tersebut?

70. 71.

Apakah puan pernah meragui keputusan yang puan buat sendiri? Sekiranya seseorang dihadapkan oleh puan kepada berpendidikan rendah, tidak pernah menerima pendidikan formal atau berasal dari pendalaman, bagaimanakah caranya puan berurusan dengan mereka?

76

72. 73.

Maknanya, pendidikan bukan satu masalah timbul, masalah mahkamah? Maknanya pendakwa itu bergantung kepada diwakili oleh peguam atau tidak diwakili, itu sahaja?

74.

Pernahkah puan menjatuhkah hukuman mati kepada pesalah semasa menjadi seorang hakim?

75.

Apakah implikasi yang mungkin ada oleh seseorang hakim sekiranya melibatkan perasaan peribadi semasa membuat keputusan?

76.

Walaupun kadang-kadang dia menyentuh perasaan puan semasa mengadili penghakiman?

77.

So [Jadi], dalam puan membuat keputusan tersebut, dia perlulah tegas dan adil?

78.

Sepanjang mengendalikan kes mahkamah pernahkah puan merasa buntu dalam membuat sebarang keputusan?

79.

Kadang-kala adakah puan mendapat pandangan dari rakan-rakan sejawat ataupun yang berkaitan dengan kes tersebut?

80.

Apakah

pengaruh

sekeliling

mempengaruhi

puan

dalam

mengambil/membuat sebarang keputusan? 81. 82. Macam perkauman ke, isu politik ke? Adakah tugas sebagai hakim menyekat puan dari bergaul dengan orang ramai? 83. Sebagai seorang hakim, adakah dia berasa terancam dengan sebarang keputusan yang dibuat? So [Jadi], puan akan terasa satu ancaman apabila sesuatu keputusan dibuat?

77

84. 85.

Pernahkah puan melului situasi tersebut, dengan sesuatu keputusan? Jika satu pilihan peluang kerjaya hakim atau peguam persekutuan yang mana satu menjadi pilihan puan dan mengapa?

86. 87.

Maknanya apa yang tugaskan puan kena jalankan dengan ikhlas? Adakah puan bersetuju dengan penubuhan Suruhanjaya Kehakiman bagi tujuan dalam pelantikan seorang hakim?

88.

Sejauh manakah penubuhan Suruhanjaya Penghakiman dapat membantu hakim menjalankan tugas dengan lebih telus?

89.

Secara peribadi adakah puan bersetuju kes-kes jenayah diberi peluang untuk membuat sebarang rayuan di mahkamah?

90.

Pada sesetengah kes jenayah, seorang pesalah akan dilepaskan tanpa dibebaskan. Apakah yang dimaksudkan dilepaskan tanpa dibebaskan?

91.

Dari segi undang-undang mengapa OKT atau Orang Kena Tahan boleh kena jamin?

92. 93.

Maknanya ada setengah itu dikatan dilepaskan tanpa jaminan? Tetapi dalam semasa penghakiman kadang-kadang adakah ia boleh dijamin?

94. 95.

Even [Walau] dah jatuh hukum? Puan apakah beza bila seorang hakim menjatuhkan hukuman, lalu berkata hukuman gantung sampai mati ataupun hukuman gantung?

96. 97. 98.

Macam mana pulak situasi masa itu puan? Reaksi masa tu Ooo, thats mean [maknanya] kita sure [pasti]? Selepas itu adakah ia akan dibebaskan atau pun kena gantung sekali lagi?

78

99. 100.

Maknanya bila buat sesuatu hukuman..jelaskan Bagi diri puan sendiri, apa yang mempengaruhi puan dalam membenarkan seseorang OKT diikat jamin?

101.

Apakah Puan pernah dipersalahkan atau diugut setelah mengumumkan keputusan yang puan buat oleh pesalah atau keluarga pesalah itu sendiri?

102.

Puan juga pernah menjalankan tugas diMahkamah Semenyih, apakah jenis-jenis kes yang dihadapakan didepan puan sama dengan yang

dihadapkan di Mahkamah Seksyen Jenayah 6? 103. Ini bermakna semua pendatang tanpa izin akan dibicarakan di Mahkamah Semenyih? 104. Ini bermakna di Malaysia terdapat beberapa Mahkamah Seksyen yang berlainan fungsi, ye puan? 105. Kebanyakkan orang yang dihadapkan dihadapan puan adalah orang asing. Apakah masalah bahasa menjadi suatu yang menggangu perjalanan kes tersebut? 106. Berapakah peratus kes yang melibatkan warga asing dihadapkan dihadapan puan dalam sebulan? 107. Adakah ia mengganggu aktiviti seharian puan, saya maksud selalunya mahkamah habis bersidang pukul lima (5) atau enam (6). Ini puan tepaksa bekerja sampai ke lewat malam? 108. 109. Puan betul-betul seorang yang ikhlas bekerja untuk negara? Adakah puan rasa tertekan sekiranya perlu berhadapan dengan banyak kes dalam sehari semasa di Mahkamah Semenyih, iaitu Mahkamah PATI?

79

110.

Puan berkhidmat di Mahkamah Semenyih selama 4 bulan, selepas itu siapakah yang mengambil alih tempat puan sampai sekarang?

111. 112. 113. 114. 115. 116.

Berapa lamakah masa yang puan luangkan di dalam kamar setiap hari Di Mahkamah Shah Alam, Sungai Petani atau Mahkamah Semenyih? Pada jam berapakah selalunya puan mula menjalankan tugasan Puan? Tugasan sebagai seorang hakim? Pernahkah puan menghadapi satu perbicaraan yang begitu lama? Maaf puan, apakah kes paling lama puan pernah hakimi, berapa lama jangka masanya?

117. 118.

Macam puan mengatasi kes yang tetunggak dan kes yang baru? Adakah puan meletakkan apa-apa syarat tersendiri yang perlu dipatuhi bagi setiap kes yang dihadapkan di hadapan puan?

119. 120.

Maknanya macam saksi semua msti ada, dokumen lengkap? Jika sesuatu kes bersidang tetapi tidak cukup dis punya bahan bukti, apa pendapat puan?

121.

Tapi bila kita jumpa semula bukti itu, adakah OKT (Orang Kena Tahan) itu akan ditahan balik?

122.

Maksudnya, katakan pihak polis atau pendakwaraya dah ada bukti, macam kes rompakan memang dah ada bukti, lepas itu dipanggil balik, ditangkap balik?

123.

If not immediately the person will be charged [Jika tidak OKT (Orang Kena Tuduh) akan dihukum semula]?

124.

Bukan puan, kadang-kadang kita/saya terfikir juga benda?

80

125.

Adakah terdapat jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh pihak Mahkamah untuk memantau kes-kes tertunggak ini?

126. 127.

Ia bermaksud setiap bulan semua _____ _____ Bagaimanakan pendapat puan jika sesuatu kes ti telalu lama untuk diadili, kadang-kadang mengambil masa 5, 10 tahun?

128.

Apakah pendekatan-pendekatan yang telah digunakan oleh pihak Mahkamah dalam menangani kes-kes tertunggak ini?

129.

Adakah Puan telah berjaya di dalam pendekatan yang digunapakai oleh Puan?

130.

Apa pendapat pernah berjaya seperti manage own [uruskan sendiri] punya punya diari?

131.

Apakah pencapaian terbaik Puan sepanjang tempoh Puan menghakimi kes-kes yang dihadapkan di hadapan Puan?

132. 133. 134.

Bermaksud kes itu diselesaikan dalam masa terdekat? Maknanya puan telah menyelesaikan tujuh puluh (70) kes? Thats mean [Ini bermakna] satu pencapaian yang boleh dibanggakan puan?

135. 136.

Sebelum bertugas Shah Alam, puan bertugas di mahkamah? Di dalam menjalankan tugasan seorang Hakim, puan semestinya mempunyai kakitangan di bawah seliaan Puan. Bagaimanakah hubungan Puan dengan kakitangan bawahan Puan?

137.

Jadi puan sama juga semasa puan di dalam kamar ... court [mahkamah]?

81

138.

Sepanjang puan mengendalikan Menjadi kakitangan puan, pernahkan puan menghadapi kakkitangan yang tidak begitu ikhlas dan jujur dalam menjalankan tanggungjawab?

139. 140. 141. 142. 143.

And [Dan], tempat baru puan mengamal corak keje yang sama ke? Adakah puan seorang yang mudah didekati? Maksudnya puan seorang very friendly [sangat ramah]? Adakah puan turut menjadi pakar rujuk kepada Majistret-Majistret muda? Puan ada kedengaran pada sesetengah hakim tidak suka berkongsi dia punya pengalaman?

144. 145.

Kalau situasi itu ada, apa pandangan puan? Di mana puan suka sharing the knowledge to other [berkongsi ilmu dengan orang lain]?

146.

Bagaimanakah caranya puan memberi keyakinan kepada MajistretMajistret muda ini?

147. 148.

Keyakinan dengan belajar? Selain menjadi seorang Hakim, apakah tugasan lain yang turut dijalankan oleh Puan?

149. 150.

Sebagai _____? Adakah Puan pernah menjadi seorang Ketua atau menjadi ahli di dalam apa-apa jawatankuasa ad-hoc ketika di Mahkamah?...thats mean bila diwujudkan satu jawatankuasa?

151.

Adakan puan merasakan tugasan sampingan ini sebagai satu bebanan atau sebaliknya?

82

152.

Adakah Puan pernah menerima apa-apa penganugerahan khas sepanjang masa tersebut?

153. 154. 155.

Dari Kerajaan Malaysia puan? Insya Allah mungkin satu masa puan akan dapat. Adakah penganugerahan ini menjadi pendorong untuk Puan menjadi lebih berjaya di dalam kerjaya Puan?

156. 157.

Kejayaan puan dikongsi bersama kakitangan? Bagaimanakan pula caranya puan memberikan penganugerahan kepada kakitangan puan pada ketika itu?

158.

Adakah setiap keyajaaan puan yang diperolehi dikongsi bersama kakitangan puan?

159.

Macam puan terima Anugearh Khidmat Cemerlang puan akan beritahu dengan kakitangan puan?

160.

Adakah Puan sentiasa memberi dorongan kepada kakitangan untuk menjadi seorang yang lebih berjaya?

161.

Adakah Puan menyertai sebarang Persatuan sepanjang tempoh menjadi seorang Hakim?

162. 163. 164.

Turut terlibat dalam persatuan? Bagaimana pula dengan ahli jawatankuasa panel kehakiman ke? Adakah perlu bagi seseorang itu turut terlibat dalam berpersatuan walaupun sudah bekerja?

165.

Jika diberi masa yang sesuai, adakah puan akan menyertai sebarang persatuan?

83

166. 167.

Bilakah agaknya impian puan akan tercapai? Dengan tugasan puan sekaran, adakah anak-anak puan akan merungut kerana puan selalu balik lambat ataupun outstation [ke luar aerah]?

168.

Minta maaf puan, adakah anak puan pernah merungut ataupun merajuk dengan keadaan puan sekarang?

169. 170.

Maksudnya mereka memahami tugas puan? Adakah itu satu rangsangan kepada dua anak puan yang mengikut jejak puan sebagai seorang hakim?

171.

Secara peribadi, apakah kebaikan yang diperolehi oleh Puan sendiri dengan menyertai aktiviti tersebut?

172. 173.

Mungkin ahli untuk memberi pendapat? Insya Allah. ____ Selain JALSOA, apakah persatuan khas lain yang dianggotai oleh setiap professional di dalam bidang guaman?

174.

Adakah Puan berasa seronok dan merasa puas dengan tugasan Puan ketika itu?

175. 176.

Menjadi seorang hakim? Bagaiman dengan kerjaya puan sekarang. Adakah puan berasa puas hati juga?

177.

Dengan kerjaya puan sekarang, puan perlu menyediakan paperwork [kertas kerja] dengan kerja dengan kerjaya puan sebelum ini menghadapi pesalah OKT? Apa pendapat puan

178.

Adakah pada masa sekarang bilangan Hakim/Mahkamah yang ada pada masa kini mencukupi?

84

179. 180.

Tak, pada pandangan puan? Adakah perlu bagi setiap Mahkamah itu melanjutkan tempoh perjalanan operasinya?

181.

Puan, pernahkah puan mengalami seorang peguam/pendakwaraya meminta dicadangkan hukuman lebih waktu keje masa dalam pukul 8 malam kerana kes itu kemungkinan penting?

182.

Adakah kadang-kala puan mengatasai satu masalah dimana tarikh untuk perbicaraan telah ditetapkan, tetapi salah seorang pendakwa/peguam cara tidak datang?

183. 184.

Tindakan itu akan mengganggu management [pengurusan] puan? Adakah Puan merasakan perundangan yang ada pada ketika ini mencukupi?

185.

Adakah Puan berhasrat untuk membukukan pengalaman Puan sebagai seorang Peguam Persekutuan secara amnya?

186.

Mana tahu selepas, puan perbualan ini puan terbuka hati untuk membukukan segala pengalaman puan sebagai seorang hakim?

187.

Seandainya puan diberi tawaran untuk menjadi tenaga pengajar di sebuah universiti selepas pencen, adakah puan akan mempeetimbangkan tawaran tersebut?

188.

Puan pun berasa letih juga, mungkin puan hendak berehat selepas bersara?

189.

Dengan yang kes-kes baru yang meningkat sekarang puan, bagaimana caranya seorang hakim itu mengendali kes dengan cepat?

85

190.

Semasa menjadi hakim, pernahkan puan menghadapi satu kes yang dimana dipengaruhi oleh orang-orang politik? That mean orang-orang yang berpengaruh juga.

191.

Jikalau puan menghadapi masalah situasi tersebut, macam mana puan untuk mengatasinya?Jika

192. 193. 194.

Adakah Decision [Keputusan] datang dari hati puan sendiri? So,Puan tidak ragu-ragu dengan apa keputusan yang telah dibuat? Apakah nasihat-nasihat yang ingin Puan berikan kepada mereka yang berhasrat menceburi penghakiman/perundangan?

195. 196. 197.

Sekiranya, apa sekalipun kita kena berpandu kepada undang-undang? Keadilan? Yang terakhir puan. Adakah Puan merasakan aktitiviti iaitu Oral History [Sejarah lisan] yang sedang dijalankan ini akan menjadi panduan kepada generasi akan datang?

198.

Apakah puan merasakan aktitiviti iaitu Oral history [Sejarah lisan] yang sedang dijalankan ini akan menjadi panduan kepada generasi akan datang? Sama seperti kita membukukan kerjaya tadi puan.

86

LOG TEMUBUAL

TAPE 1 SIDE A

0.02

Memberitahu nama penuh beliau.

Azimah binti Omar.

Memberitahu pekerjaan suami beliau

Pengurus Besar, CCM Pharmaceuticals Sdn. Bhd.

Menceritakan serba sedikit tentang kehidupan keluarga beliau.

Tentang kesibukkan beliau dan suami dan masa bersama anakanak.

Anak-anak yang mengikut jejak beliau.

Dua daripada anak beliau mengikuti jejak langkah beliau

6.47

Menceritakan serba sedikit latar belakang pendidikan beliau.

Sekolah Menengah (P) Jalan Ipoh, KL.

Tingkatan enam di St. John Institutions.

Fakulti UndangUndang, UM.

87

18.36

Menceritakan jawatan sekarang

Penasihat Undang, Kementerian Raya.

Undang-

Kerja

Perbezaan jawatan sekarang sebagai PUU dan seorang hakim

Kerja sebagai PUU adalah lebih kepada memberi kepada nasihat KKR dan di

agensi-agensi bawahnya. Tugasan lapor awam diri pertama sebagai semasa penjawat

Menjadi majistret di Mahkamah Majistret Klang.

23.21

Menceritakan rungutan yang pernah di terima.

Emel Surat Maklum balas Media massa Radio

28.4

Pengalaman kerja sebelum menjadi hakim.

20 tahun Majistret Penolong Kanan Pendaftar, Mahkamah Tinggi

88

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Timbalan Pndaftar Mahkamah Persekutuan

TAPE 1 SIDE B

00.1

Adakah perlu seorang hakim melawati tempat kejadian.

Lihat semula kawasan kejadian Fakta yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan tempat kejadian.

Nilai keterangan saksi Kesungguhan.

11.37

Cara berhadapan dengan cabaran dari kes.

Boleh datang dari pendakwaraya Peguam yang mengendalikan kes

14.02

Jika orang yang dihadapkan dari golongan berpendidikan rendah cara berurusan dengan mereka.

Tiada isu timbul. Tugas peguam yang mewakili mereka untuk terangkan.

89

Duti mahkamah untuk terangkan jika mereka tidak diwakili oleh peguam.

27.42

Maksud dilepaskan tanpa dibebaskan

Dilepaskan tanpa dibebaskan dari pertuduhan.

OKT tak dibebaskan dari pertuduhan. Boleh dituduh semula jika ada bukti.

TAPE 2 SIDE B

1.05

Beza hukuman sampai mati dan hukuman gantung sampai mati

Hukuman mesti jelas.

3.00

Fungsi

Mahkamah

Sesyen

Menguruskan keskes yang berkaitan dengan Imigresen.

Semenyih

Contohnya PATI yang telah tinggal melebihi had dan sebagainya.

90

9.56

Kes paling lama dihakimi

Melibatkan kes Akta Sekuriti dan Perbankan.

Pemeriksaan utama mengambil masa dua bulan.

21.00

Sebab-sebab kes

mengapa masa

keslama

Dokumen tidak mencukupi Peguam tidak sedia

mengambil

untuk diadili

29.19

Cara mengendalikan kakitangan

Mengamalkan open door policy Kakitangan boleh berjumpa dan berkongsi masalah.

TAPE 2 SIDE B

00.02

Sama ada puan seorang yang mudah didekati

Mudah didekati Ramah Tetapi kelihatan agak garang.

05.16

Tugas sampingan

Bukan satu bebanan Menganggap setiap

91

tugasan akan memperoleh pengalaman dan ilmu baru

12.20

Reaksi anak-anak atas kesibukkan beliau suami isteri

Ada rungutan Beri nasihat pada anakanak Kerja adalah tanggungjawab

24.12

Membukukan pengalaman kerja

Belum terfikir Mungkin suatu hari nanti

28.38

Ragu-ragu dalam membuat keputusan

Tidak pernah. Yakin dengan keterangan yang diterima

29.02

Nasihat kepada yang berminat dengan bidang perundangan

Satu bidang yang menarik Mencabar minda Prinsip undang-undang dapat dilaksanakan

92

INDEKS A Akta Sekuriti ms16 Akta Dadah Berbahaya ms34 Akta Sekuriti-ms24,ms40

B Bench-ms20

C CCM Pharmaceutical -ms2

D Dato Shafie Abdullah ms22 F Fakulti Undang-Undang ms7

J Jabatan Alam Sekitar ms16 JPA ms12 JUSA [Jawatan Utama Sektor Awam] ms13 Jabatan Peguam Negara ms15 JALSOA ms59

K Kampung Datuk Keramat ms1 Kuala Lumpurms1 KKR [Kementerian Kerja Raya] ms12, 14 Karpal Singh ms22 Kajangms1

M Mahkamah Majistret Klang - ms5,ms14,ms16,ms39 Mahkamah Majistret Rawang - ms16 Mahkamah Seksyen Semenyih - ms36,ms37,ms38,ms39 Mahkamah Seksyen Shah Alam - ms15,ms16,ms20,ms24,ms40,ms42, ms47, ms65 Mahkamah Majistret Sungai Petani - ms5,ms16,ms39 Mahkamah Tinggi Alor Setar - ms16 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur - ms16

N Ng Ek Guan - ms22 NGO (Non-Govermental Organisation) - ms57

P pendatang tanpa izin (PATI) - ms36,ms37,ms38 Penilaian Tahap Kecekapan - ms56 Penasihat Undang-Undang - ms12,ms14

S Selangor Darul Ehsan - ms16 Selayang Pandang - ms2 Sekolah Menengah (P) Jalan Ipoh ms7 St. George Institution ms7 Sungai Merab - ms1 SPM ms8 STPM ms8 Suruhanjaya Kehakiman ms30,ms31

T Taman Bukit Setiawangsa - ms2 Tan Sri Ghani Patail ms22,ms23

U Universiti Malaya - ms2,ms10,ms11,ms14 Universiti Teknologi Malaysia ms6,ms7 UiTM ms8 UPU ms10

Nor Azlan bin Idris dan Nor Suriani binti Jamaludin Pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Puncak Perdana Lot6, Jalan Pulau Angsa U10 114, Seksyen U10 40150 Shah Alam SELANGOR DARUL EHSAN Melalui : En. Mohd Nazir bin Ahmad Pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Puncak Perdana Lot6, Jalan Pulau Angsa U10 114, Seksyen U10 40150 Shah Alam SELANGOR DARUL EHSAN

Tarikh :

Mac 2009

Pn. Azimah binti Omar Penasihat Undang-Undang Kementerian Kerja Raya Malaysia Tingkat 6, Blok B, Kompleks Kerja Raya Jalan Sultan Salahuddin 50580 KUALA LUMPUR Puan, MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN SESI TEMURAMAH BAGI MEMENUHI KEPERLUAN KURSUS IMR603 (DOCUMENTING ORAL TRADITION), PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SAINS PENGAJIAN MAKLUMAT (KEPUJIAN) PENGURUSAN SISTEM MAKLUMAT (IS 221) Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas. 2. Adalah dimaklumkankan bahawa kami, Nor Azlan bin Idris dan Nor Suriani binti Jamaludin adalah pelajar semester enam (6), Program Ijazah Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat (Kepujian) Pengurusan Sistem Maklumat (Pengajian Luar Kampus) ingin memohon kebenaran puan untuk mengadakan sesi temubual dengan puan mengenai pengalaman puan semasa menjadi Hakim di Mahkamah Sesyen 6, Mahkamah Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. 3. Untuk pengetahuan puan, kami terlebih dahulu telah membuat kajian awal dan amat berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang tugasan seorang hakim. Justeru itu, kami telah membuat sedikit kajian dan mendapati nama puan sering muncul di ruangan Mahkamah di dalam Utusan Malaysia dan sehubungan dengan itu, kami berminat untuk menemubual puan. 4. Untuk makluman puan juga, temuramah ini adalah bertujuan bagi memenuhi tugasan akademik dan merupakan keperluan bagi kursus IMR603 (Documenting Oral Tradition). Sesi temuramah yang akan dijalankan ini hanya akan mengambil masa lebih

kurang dua (2) jam dari masa puan. Hasil temuramah ini juga akan diolah menjadi transkrip bagi tujuan penyelidikan dan disimpan di dalam di Makmal Sejarah Lisan di Fakulti kami. Tarikh, masa dan tempat untuk ditemuramah ini adalah mengikut kelapangan dan kesenangan puan. 5. Segala maklumat yang di kumpulkan adalah bagi tujuan akademik sahaja. Justeru itu, kesudian dan persetujuan oleh puan untuk ditemuramah amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian.

Yang Benar,

............................................... NOR AZLAN BINTI IDRIS No. Pelajar : 2006494329

............................................... NOR SURIANI BINTI JAMALUDIN No. Pelajar : 2006494455

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

PERJANJIAN MENGENAI SEJARAH LISAN Syarat-syarat mengenai wawancara yang telah diadakan antara Universiti Teknologi MARA dengan PUAN AZIMAH BINTI OMAR Pada 13 MAC 2009. 1. Pita rakaman hasil wawancara yang tersebut di atas adalah diserahkan kepada Universiti Teknologi MARA untuk disimpan buat selama-lamanya. 2. Pihak Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA akan mengambil apa-apa tindakan yang difikirkan perlu untuk memelihara pita rakaman ini. 3. Pihak Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA boleh membuat transkrip pita rakaman dan transkrip-transkrip ini perlu/tidak perlu disemak oleh pengkisah (interviewee). 4. Pita rakaman/transkrip ini akan dibuka kepada semua penyelidik sama ada dari Malaysia atau luar negeri yang bertujuan membuat penyelidikan yang sah tanpa syarat-syarat/dengan syarat: Apabila petikan diambil dari pita rakaman/transkrip ini untuk digunakan di dalam penerbitan, tesis dll, sumbernya hendaklah diakui oleh penyelidik-penyelidik. 5. Adalah dipersetujui bahawa pita ramakan/transkrip ini akan dibuka kepada penyelidik-penyelidik dalam dan luar negeri mulai dari _________________ (tarikh). Di persetujui pada ________________ oleh kedua pihak yang berkenaan.

............................................... Pengkisah (interviewee)

............................................... Dekan, Fakulti Pengurusan Maklumat Universiti Teknologi MARA

You might also like