Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

5) OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk :

Menyatakan konsep pencemaran alam sekitar di Bukit Rahman Putra. Menjelaskan jenis-jenis pencemaran alam sekitar yang terdapat di kawasan Bukit
Rahman Putra,Sungai Buloh,Selangor.

Menghuraikan punca-punca pencemaran alam sekitar boleh berlaku di Bukit Rahman


Putra.

Menghuraikan kesan yang akan dialami oleh penduduk di kawasan Bukit Rahman Putra
akibat pencemaran alam sekitar.

Memberi cadangan bagaimana hendak mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar


yang terdapat di kawasan Bukit Rahman Putra.

Menerapkan nilai-nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.

7) KAEDAH KAJIAN

Saya mendapati kaedah kajian melalui : Pemerhatian : Saya membuat pemerhatian tentang pencemaran alam sekitar di Bukit Rahman Putra selama dua minggu. Rujukan : Saya membuat rujukan melalui buku teks Geografi tingkatan 3. Saya juga membuat rujukan dengan melayari laman web yang menggunakan internet. Selain itu, saya membuat rujukan melalui buku rujukan Geografi PMR Whizz. Saya juga membuat rujukan dengan merujuk kepada nota-nota yang diberi oleh guru matapelajaran Geografi 3KAA, Puan Norani Binti Saihup@Sihap.

Melalui rujukan-rujukan di atas, saya dapat membuat kajian dengan lancar dan baik. Segala pertanyaan akan terjawab apabila saya memerhati sekitar kawasan Bukit Rahman Putra. Dengan menggunakan kaedah memerhati dan rujukan, telah banyak info-info mengenai pencemaran alam sekitar di kawasan kajian yang boleh diperolehi.

8.0) DAPATAN KAJIAN


Sejak akhir-akhir ini, pencemaran alam sekitar semakin meningkat di kawasan kajian iaitu di Bukit Rahman Putra,Sungai Buloh, Selangor.

8.1) KONSEP PENCEMARAN ALAM SEKITAR


Pencemaran Alam Sekitar membawa maksud pencemaran kebersihan alam seperti Pencemaran udara,bunyi dan air. Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan. Pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan. Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaankegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya.

8.2) JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI BUKIT RAHMAN PUTRA

Terdapat beberapa jenis pencemaran alam sekitar yang berlaku di Bukit Rahman Putra seperti pencemaran udara. Pencemaran udara berlaku akibat pelepasan gas beracun ke udara yang mengandungi karbon monoksida, sulfur dioksida,nitrogen dioksida, dan juga gas metana. Pencemaran udara juga berpunca daripada pembakaran bahan api kilang,semburan racun serangga,ekzos kenderaan,dan kerja-kerja pemecahan batu di kuari. Di kawasan Bukit Rahman Putra juga terdapat pencemaran bunyi. Pencemaran bunyi berlaku apabila sesebuah kenderaan bergerak. Bagi kenderaan-kenderaan berat,bunyi pengeluar asap itu adalah merupakan pencemaran bunyi. Juga berpunca daripada bunyi hon kereta-kereta di sekitar Bukit Rahman Putra. Pembinaan- pembinaan di kawasan Bukit Rahman Putra juga menyebabkan pencemaran bunyi boleh berlaku. Pencemaran tanih berlaku di kawasan Bukit Rahman Putra apabila semburan racun serangga atau racun rumpai terkena pada tanah yang menyebabkan tanah menjadi kurang subur dan tidak mendapat nutrien yang tinggi. Penggunaan aerosol di rumah dan semburan fog mencegah aedes menyebabkan berlakunya pencemaran tanih.

8.3) PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN BUKIT RAHMAN PUTRA

Pelbagai punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar di kawasan Bukit Rahman Putra. Antara punca pencemaran udara di sekitar Bukit Rahman Putra adalah daripada asap kenderaan yang melalui kawasan tersebut kerana kawasan tersebut merupakan kawasan petempatan dan perindustrian yang menyebabkan banyak kenderaan-kenderaan seperti motosikal, kereta, lori, dan van serta kenderaan-kenderaan berat seperti lori dan bas yang lalulintas di kawasan tersebut. Bagi pekerja-pekerja kilang, mereka menggunakan kenderaan untuk ke tempat kerja mereka. Perkara ini lebih merisaukan lagi apabila kawasan Bukit Rahman Putra mulai sesak dan pemandu-pemandu berasa tidak puas hati lalu mereka secara bergilir-gilir menekan hon kereta bagi melepaskan amarah mereka. Kejadian tersebut juga akan menyebabkan pencemaran bunyi boleh berlaku. Bunyi lori-lori daripada kilang juga membolehkan berlakunya pencemaran bunyi. Selain itu,di kawasan Bukit Rahman Putra telah berlakunya pencemaran tanih. Perkara ini boleh terjadi apabila peladang-peladang dari sekitar Bukit Rahman Putra menyembur racun serangga atau racun rumpai ke atas tanam-tanaman, secara tidak langsung ia menyebabkan

kerosakan struktur tanah berlaku. Perkara ini menyebabkan tanih di sekitar Bukit Rahman Putra tidak lagi subur dan tanaman yang ditanam tidak mendatangkan hasil yang produktif.Penggunaan racun serangga yang secara berlebihan juga boleh menjadikan punca kepada pencemaran tanih. Ini kerana, bahan kimia yang berlebihan akan menyebabkan keasidan berlebihan di kawasan tersebut dan menyebabkan kawasan tersebut terbiar dan tidak boleh digunakan untuk tanaman yang lain. Ini kerana bahan kimia akan membunuh tumbuhan yang ditanam. Contoh racun efektif yang digunakan untuk membunuh binatang perosak seperti serangga, tikus dan sebagainya ialah pestisid. Saya berbangga kerana Bukit Rahman Putra merupakan kawasan yang padat dengan pelbagai kegiatan ekonominya. Walau bagaimanapun,pencemaran alam sekitar di kawasan kajian semakin meningkat yang boleh mendatangkan bahaya kepada penduduk di kawasan Bukit Rahman Putra,Sungai Buloh,Selangor.

8.4) KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN

Terdapat beberapa kesan pencemaran alam sekitar di kawasan Bukit Rahman Putra. Punca-punca pencemaran alam sekitar telah memberi kesan negatif terhadap alam sekitar di Bukit Rahman Putra. Antara kesan pencemaran alam sekitar di kawasan Bukit Rahman Putra termasuklah penyakit. Pelbagai penyakit yang dihidapi oleh penduduk Bukit Rahman Putra seperti sesak nafas akibat daripada pencemaran udara. Penduduk Bukit Rahman Putra juga berkemungkinan besar akan menghidapi penyakit kanser tekak. Ini sangat merbahaya. Penduduk Bukit Rahman Putra juga mengalami sakit perut akibat daripada makanan kotor di tepi-tepi jalan yang berpunca daripada kenderaan-kenderaan yang mengeluarkan asap kotor. Ekoran daripada itu, kesan pencemaran tanih menyebabkan penduduk Bukit Rahman Putra tidak dapat makan sayur-sayuran & buah-buahan yang mempunyai nutrien yang secukupnya. Ini menyebabkan sesetengah penduduk Bukit Rahman Putra tidak mendapat makanan yang sihat. Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran tanih. Selanjutnya, suhu akan meningkat juga merupakan kesan daripada pencemaran alam sekitar di Bukit Rahman Putra. Penduduk Bukit Rahman Putra juga tidak berkesempatan untuk menanam pokok-pokok hijau kerana sibuk bekerja. Kawasan Bukit Rahman Putra sebuah Bandar

yang mempunyai pelbagai tempat perindustrian. Suhu juga akan tinggi kerana rumah-rumah di kawasan Bukit Rahman Putra berhimpitan pada waktu malam. Berlakunya hujan asid adalah salah satu kesan pencemaran alam sekitar. Berlaku hujan asid kesan udara kotor daripada asap kenderaan yg lalu lalang di kawasan Bukit Rahman Putra. Selain itu, angin yang membawa udara kotor dari kilang berhampiran boleh menyebabkan hujan asid. Akhir sekali, kesan pencemaran alam sekitar ialah udara tercemar. Udara akan tercemar kerana pokok akan berdebu dan menjadi kotor. Selain itu, pesakit asma mudah terkena udara tercemar tersebut. Penjual-penjual di tepi jalan akan mendapat kerugian kerana makanan dan minuman yang dijual akan termasuk habuk dan mudah tercemar. Saya amat prihatin tentang impak-impak yang terpaksa dilalui oleh penduduk di kawasan Bukit Rahman Putra,Sungai Buloh,Selangor. Mereka berkemungkinan akan mendapat risikorisiko yang tinggi akibat pencemaran yang berlaku.

8.5 ) a) CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN

Saya bercadang supaya Kempen Cintai Alam Sekitar dikuat kuasakan di merata tempat di Bukit Rahman Putra supaya penduduk-penduduk perumahan dapat mengambil tahu dan mendalami lagi tentang kepentingan alam sekitar terhadap manusia. Tujuannya supaya mereka lebih menghargai alam sekitar. Selain itu, penapis asap yang berkualiti harus dihasilkan bagi memudahkan penduduk Bukit Rahman Putra untuk melakukan aktiviti-aktiviti mereka. Penapis asap ini perlu ada pada setiap rumah yang terdapat di kawasan Bukit Rahman Putra. Juga boleh mengurangkan pengeluaran asap daripada kenderaan. Selanjutnya, pelbagai agensi perlu ditubuhkan di Negara kita bagi memastikan sumber alam diuruskan dengan baik. Mereka perlu menguat kuasa undang-undang mengenai alam sekitar. Pelbagai undang undang digubal dengan tujuan mengawal kualiti alam sekitar. Contohnya, Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,1985(pindaan) . Peraturan ini dibahagikan kepada 6 bahagian.

Antaranya ialah, Peraturan Kenderaan Bermotor dan Peraturan Kualiti Alam Sekitar. Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan perlepasan asap,1977) Peraturan ini menghadkan perlepasan asap kenderaan iaitu dihadkan kepada 50 HDU. Denda perlu dibayar oleh sesiapa sahaja yang melanggar peraturan. Dalam pada itu,pendidikan alam sekitar juga boleh membantu pemahaman tentang sumber. Usaha pendidikan dibuat melalui kempen-kempen kesedaran yang perlu dianjurkan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia supaya mereka lebih memahami tentang konsep alam sekitar yang sebenar. Saya,sebagai penduduk jiran dengan Bukit Rahman Putra bertanggungjawab memberi cadangan yang bernas supaya pihak yang berkuasa dapat mengambil cadangan saya sebagai suatu yang dapat mengubah keadaan di Bukit Rahman Putra.

b) BAHAN GRAFIK

Jenis-jenis Kenderaan Yang Mencemar Alam Sekitar di Kawasan Bukit Rahman Putra, Sg.Buloh,Selangor

Jenis Kenderaan Lori Kereta Motosikal Bas Van

Bilangan Pengguna 40 25 15 8 12

Peratus (%) 40% 25% 15% 8% 12%

Sudut 144 90 54 28.8 43.2

Tajuk : Jenis-jenis Kenderaan Yang Mencemar Alam Sekitar di Kawasan Bukit Rahman Putra, Sg.Buloh,Selangor. Lori
8% 15% 12% 40%

Kereta Motosikal Bas

25%

Van

Sumber : Pemerhatian

9) RUMUSAN

Daripada hasil usaha saya dalam penyelidikan mengenai pencemaran alam sekitar di kawasan Bukit Rahman Putra,Sg.Buloh,Selangor, saya dapat merumuskan secara keseluruhan bahawa Pencemaran di kawasan Bukit Rahman Putra amat membahayakan kesihatan penduduk di tempat tersebut kerana pelbagai jenis pencemaran yang terdapat di Bukit Rahman Putra seperti Pencemaran udara,Pencemaran tanih dan juga Pencemaran bunyi. Perkara ini boleh menyebabkan penduduk di kawasan Bukit Rahman Putra tinggal dalam keadaan kurang selesa dengan tempat yang didiaminya. Penduduk di Bukit Rahman Putra juga akan berasa terganggu dengan Pencemaran-pencemaran tersebut. Rutin harian mereka akan menjadi terhad. Namun, pelbagai langkah dapat dilakukan bagi mengurangkan Pencemaran alam sekitar di kawasan Bukit Rahman Putra. Juga terdapat beberapa cadangan yang diberi bagi mendatangkan kesan positif di Bukit Rahman Putra. Pelbagai cara atau kaedah telah dilakukan hanya sekadar ingin membuat sesuatu kajian. Pencemaran di Bukit Rahman Putra tidak akan berubah keadaanya melainkan ada pihak yang bertanggungjawab ingin memastikan kawasan Bukit Rahman Putra berada dalam keadaan yang lebih selamat.

10) LAMPIRAN

Surat kebenaran membuat kajian Surat makluman kepada ibu bapa/penjaga Surat kebenaran ibu bapa/ penjaga Gambar/Foto

PENCEMARAN UDARA :

Kepelbagaian kenderaan.

Kerja-kerja pembinaan. PENCEMARAN TANIH :

Kilang.

Penyemburan racun serangga secara berlebihan. PENCEMARAN BUNYI :

Kesesakan jalan raya yang begitu rumit.

11) RUJUKAN

Buku Teks Abd Rahim Md Nor,2009. Geografi tingkatan 3, Selangor Darul Ehsan : Cerdik Publications Sdn.Bhd.

Buku Ilmiah Salbiah Ismail, 2009. Geografi PMR Nota Ekspres Whizz, Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Internet http://gcgeografismkdpb.blogspot.com/2011/03/konsep-pencemaran-alam-sekitar.html http://pkukmweb.ukm.my/~zuhairi/Pengajaran/internet_projects/stae2213/kump1/Tanih.htm http://ihramsulthan.com/topik/contoh+folio+geografi+tingkatan+3+2011+konsep+pencemaran+a lam+sekitar.html

Kenderaan
Racun serangga/ rumpai

Perkilangan

Petempatan

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI BUKIT RAHMAN PUTRA

Baja kimia

Peta Minda : Punca-Punca Pencemaran Alam Sekitar di Bukit Rahman Putra.

Pencemaran alam sekitar di Bukit Rahman Putra boleh berlaku kerana beberapa punca. Pertama, kenderaan. Kenderaan mengakibatkan berlakunya Pencemaran bunyi dimana bunyi hon pada kereta ketika sesak jalan raya selalu berbunyi. Kedua, racun serangga atau racun rumpai menyebabkan Pencemaran tanih. Tanah-tanah menjadi tidak subur dan kurang khasiatnya untuk menanam pokok-pokok yang baru. Ketiga,perkilangan. Perkilangan merupakan punca yang paling ketara yang dapat dilihat oleh penduduk Bukit Rahman Putra kerana asap yang keluar daripada kilang berdekatan merebak keseluruh kawasan Bukit Rahman Putra. Keempat,petempatan merupakan Pencemaran bunyi kerana pembinaan petempatan memerlukan tenaga bunyi. Akhir sekali,baja kimia mempunyai bahan kimia yang sangat tinggi. Ini adalah punca Pencemaran tanih.

2) SENARAI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT

1) Tajuk Kajian 2) Senarai Kandungan 3) Penghargaan 4) Pendahuluan 5) Objektif Kajian 6) Kawasan Kajian a) Peta Daerah b) Peta Kawasan Kajian 7) Kaedah Kajian 8) Dapatan Kajian 8.1) Konsep Pencemaran Alam Sekitar 8.2) Jenis Pencemaran Alam Sekitar di Bukit Rahman Putra 8.3) Punca Pencemaran Alam Sekitar di Bukit Rahman Putra 8.4) Kesan Pencemaran Alam Sekitar di Bukit Rahman Putra 8.5) a) Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian b) Bahan Grafik 9) Rumusan 10) Lampiran 11) Rujukan

i ii 1 2 3 4-6

7 8 - 17

18 19 - 24 25

6) KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya adalah Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh,Selangor. Bukit Rahman Putra dibuka pada 1970-an. Kawasan kajian ini terletak di bahagian barat laut pusat bandaraya Kuala Lumpur dan juga berhampiran dengan pusat Bandar Shah Alam. Saya memilih kawasan ini kerana kedudukannya yang berhampiran dengan rumah saya yang kira-kira hanya 10 minit berkereta. Sebahagian besar kawasan Bukit Rahman Putra ini dibangunkan menjadi kawasan petempatan dan perindustrian. Kawasan Bukit Rahman Putra terletak di pinggir Bandar yang bergiat sebagai kawasan perindustrian yang dikelilingi oleh kilang-kilang. Kawasan ini berhampiran dengan kawasan petempatan. Dengan adanya kilang-kilang di kawasan ini, banyak peluang pekerjaan dapat di tawarkan kepada penduduk berhampiran. Kegiatan ekonomi utama penduduk Bukit Rahman Putra adalah mengusahakan produk-produk keluaran kilang-kilang tersebut. Pandang darat fizikal kawasan Bukit Rahman Putra adalah kawasan tanah pamah yang beralun. Jarak kawasan kajian dari Bandar terdekat kira-kira 30km. Kawasan kilang di sekitar Bukit Rahman Putra mempunyai pola saliran berselerak. Selain itu,sistem pengangkutan adalah penting bagi tenaga kerja yang terlibat dengan pekerjaan di kawasan perindustrian di sekitar Bukit Rahman Putra. Namun begitu, tidak dapat dinafikan kedua-dua aspek pengangkutan dan perusahaan kilang di kawasan ini banyak menyumbang kepada tercetusnya Pencemaran alam sekitar di kawasan kajian ini iaitu Pencemaran udara. Di sekitar Bukit Rahman Putra juga terdapat Pencemaran jenis bunyi yang datangnya daripada lori-lori yang mengangkut barang ke kilang atau dari kilang.

You might also like