Professional Documents
Culture Documents
Anatomi Dan Fisio Respiratori
Anatomi Dan Fisio Respiratori
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir sesi kuliah, pelajar berupaya : 1. Menyatakan dua bahagian sistem pernafasan. 2. Menyenaraikan organ organ penting sistem pernafasan 3. Melabelkan struktur-struktur dalam sistem pernafasan.
Objektif
Sambungan, 4. Menerangkan fungsi struktur organ- organ sistem pernafasan . 5. Menghubungkaitkan pengetahuan anatomi fisiologi organ sistem pernafasan dengan gangguan organ sistem pernafasan untuk semester akan datang.
5. Karbon dioksid merupakan bahan kumuh utama akibat dari reaksi kimia.
Rongga Hidung
Rongga Hidung
Rongga Hidung
Posisi Dan Struktur.
1. Rongga hidung tidak samarata dan dibahagi kepada dua oleh septum. 2. Dinding rongga hidung terbina daripada tulang dan rawan;
1. Bahagian bawah ialah rawan 2. Bahagian atas ialah dua tulang 1. tulang ethmoid dibahagian atas sekali, 2. tulang vomer dibahagian bawahnya dan dibahagian anterior adalah rawan hyalin.
Rongga Hidung
Posisi Dan Struktur 3. Bumbungnya dibentuk daripada plat cribriform tulang ethmoid, tulang sphenoid, tulang frontal dan tulang hidung. 4. Lantainya adalah dari bumbung mulut dan mengandungi lelangit keras (terbentuk dari tulang maxilla dan palatine) didepan dan lelangit lembut (terbentuk dari otot involuntary) dibelakang.
Rongga Hidung
Posisi Dan Struktur 5. Dinding medial terbentuk dari septum; dinding lateral terbentuk daripada tulang maxilla, tulang ethmoid dan konka inferior; dinding posterior terbentuk oleh bahagian posterior faring. 6. Rongga hidung mempunyai banyak salur darah dan dilapisi oleh sel-sel kolumnar bersilia yang mengandungi sel goblet yang menghasilkan mukus.
Faring
Posisi Dan Struktur. 1. Berbentuk tiub yang berukuran diantara 12-14 cm panjang. 2. Kedudukan dibelakang rongga hidung, mulut dan laring. 3. Bahagian atas faring adalah lebih luas.
Faring
Bahagian faring dibahagi kepada tiga: (1) (2) (3) Bahagian Naso-faring. Bahagian Oro-faring. Bahagian Laringo-faring.
Faring
(1) Bahagian Naso-faring. Kedudukannya dibelakang hidung. Bahagian sisi tepinya terdapat tiub auditori. Dibahagian posteriornya terdapat tonsil faring (adenoid) yang terbentuk daripada tisu limfoid.
Faring
(2) Bahagian Oro-faring. Kedudukannya dibelakang mulut. Bahagian dindingnya disebatikan dengan lelangit lembut yang membentuk dua lipatan. Diantara kedua-dua lipatan ini terdapat tonsil palatine iaitu pengumpulan tisu-tisu limfoid.
Faring
(3) Bahagian Laringo-faring. Ia bersambung daripada bahagian mulut dan menyambung terus dan menjadi oesofagus.
Faring
Struktur Faring mengandungi tiga lapisan tisu, 1. Lapisan Membran Mukosa. Dibahagian lapisan hidung adalah dari jenis epithelium kolumnar bersilia. Dibahagian mulut adalah dari jenis epithelium leper berlapisan yang bersambungan dengan lapisan mulut dan oesofagus.
Faring
2. Lapisan Tisu Berserat. Ianya adalah lapisan perantaraan. Ia lebih tebal didalam bahagian hidungkerana kurang otot. Ia menjadi lebih nipis kearah dalam faring kerana lapisan otot adalah lebih tebal.
Faring
3. Lapisan Otot. Mengandungi beberapa otot konstriktor. Otot berserat involuntary memainkan peranan penting dalam proses menelan.
Fungsi faring
1. Membenarkan proses kemasukan udara dan menelan 2. Menyediakan peti suara dan tonsil untuk tindakbalas immunologi
Laring
Dikenali dengan nama peti suara. Ia bersambung dari akar lidah dan tulang hyoid kearah trakea.
Laring
Posisi Dan Struktur. Di bahagian depan iaitu bahagian laringofaring dan bersamaan vertebra servikel yang ke 3, 4, 5 dan 6. Bentuknya lebih besar (lelaki) selepas baligh.
Laring
Terbentuk daripada beberapa bentuk rawan yang tidak teratur yang terlekat di antara satu sama lain oleh ligamen dan membran. Lapisan membran ini menyambung kepada organ faring dan trakea. Rawan yang utama ialah 1 rawan tairoid, 1 rawan krikoid, 2 rawan aritenoid da 1 epiglotis.
Laring
Bahagian Dalam Laring.
Permukaan dalampeti suara dilapisi dengan selaput mukosa yang terbina daripada tisu epithelium turus bersilia (melainkan bahagian peti suara). Pita suara yang didapati dalam peti suara terdiri daripada dua jenis fiber iaitu,
Laring
(Bahagian Dalam Laring)
1. Peti Suara Benar.
Ini ialah pita yang terbina daripada tisu berfiber yang elastik. Punca belakangnya terlekat kepada rawan aritenoid. Punca depannya terlekat dibelakang biji halkum( Adams apple). Lapangan atau lipatan diantara pita-pita ini dikenali sebagai glotis.
Laring
(Bahagian Dalam Laring)
2. Peti Suara Palsu.
Ini ialah lipatan daripada selaput mukosa yang melapisi permukaan dalam peti suara. Pita ini tidak terlibat dalam pengeluaran suara.
Trakea
Trakea
Trakea
Trakea ialah satu salur lebih-kurang 10 sm panjang bagi orang dewasa, dan ia terbina daripada rawan-rawan berbentuk C. Permukaan belakang salur ini tidak ada rawan dan ia dilengkapi dengan selaput.
Trakea
Diantara rawan-rawan ini terdapat otot bebas(voluntary). Rawan-rawan ini menguatkan dinding trakea dan menentukan edaran udara terus-menerus didalamnya.
Trakea
Struktur Trakea 1. Ia dibentuk daripada 16-20 rawan hialin berbentuk C. 2. Tisu perantara dan otot involuntary menyertai rawan ini dan membentuk dinding posterior yang berbentuk tidak lengkap. 3. Trakea mudah dikembangkan dan rawanrawan mengelakkan tiub trakea daripada runtuh.
Trakea
3 Lapisan yang menyelubungi trakea 1. Lapisan Luar mengandungi tisu berserat dan elastik dan ianya menyelubungi rawan. 2. Lapisan Tengah mengandungi rawan dan pengumpulan otot licin yang membelit trakea dalam bentuk helikal. 3. Lapisan Dalam mengandungi tisu epithelium turus bersilia dan mengandungi sel goblet yang menghasilkan mukus.
Trakea
Bronkus
Ada 2 bronkus iaitu : a.Bronkus Kanan. b.Bronkus Kiri.
Bronkus
1.Bronkus Kanan Lebih luas, pendek dan tegak berbanding bronkus kiri. Berukuran lebih-kurang 2.5 cm panjang Setelah memasuki paru-paru kanan dibahagian hilum ia terbahagi kepada tiga cabangan dan setiap satu cabang mmasuki setiap lobus paru-paru. Setiap cabang kemudiannya berpecah menjadi bercabang-cabang.
Bronkus
(2) Bronkus Kiri. Panjangnya lebih-kurang 5 cm. Ia lebih sempi berbanding bronkus kanan. Setelah memasuki paru-paru ia bercabang dua memasuki dua lobus didalam paruparu. Setiap cabang kemudiannya berpecah menjadi bercabang-cabang.
Bronkus
Bronkus
Struktur Bronkus 1. Ia dilapisi oleh tisu epithelium turus bersilia. 2. Ia kemudiannya bercabang menjadi bronkiol, bronkiol penghujung, duktus alveolar dan akhir sekali alveoli. 3. Pada bahagian penghujung bronki rawanrawannya menjadi tidak lengkap dan tiada langsung pada bronkiol.
Paru-Paru
Posisi Dan Struktur Berkaitan. 1. Paru-paru ini di lindungi oleh tulang toreks dan otot intercostal. 2. Tiap-tiap paru-paru berbentuk runjung. 3. Prmukaan bawahnya terletak diatas otot diafraTerdapat dua paru-paru dan setiap satu berkedudukan didalam ruang toreks. 4. m dan puncaknya tamat di atas laras tulang klavikel.
Paru-Paru
Posisi Dan Struktur Berkaitan. 5. Permukaan sisi dalamnya cekung untuk kedudukan jantung dan cekungan paru-paru kiri lebih nyata berbanding paru-paru kanan. 6. Dipermukaan sisi dalam itu terdapat hilum dimana cabang trakea, salur darah, urat saraf, salur limfatika yang masuk kedlam paru-paru melaluinya.
Paru-Paru
Posisi Dan Struktur Berkaitan 7. Ruang permukaan sisi dalam paru-paru dikenali sebagai ruang mediastinum dimana jantung terletak didalam ruang ini. 8. Kedua paru-paru dilitupi oleh selaput paru-paru yang dikenali dengan nama selaput pleura. 9. Paru-paru kanan mempunyai tiga copeng iaitu atas, tengah dan bawah manakala paru-paru kiri mempunyai dua copeng iaitu atas dan bawah.
Paru-paru
Bahagian Dalam Paru-paru 1. Paru-paru dibentuk daripada bronki, saluran udara kecil, alveoli, tisu perantara, salur darah, salur limfa dan saraf.. 2. Paru-paru kiri mempunyai dua lobus dan paru-paru kanan mempunyai tiga lobus. Setiap lobus di bentuk oleh sejumlah lobul. 3. Lobul-lobul ini adalah pengumpulan bronkiol penghujung, bronkiol pernafasan, alveoli dan duktus alveoli.
Paru-paru
Struktur Lapisan Pleura Terdiri dari sac yang tertutup Dibentuk oleh lapisan membran serosa Terdapat bahan cecair pleura Terdapat dua lapisan: Visceral (membaluti organ) Parietal (membentuk lapisan kedua)
Alveoli
Alveoli
1. Terdapat di dalam paru-paru dan membentuk struktur paru-paru 2. Poket (sac) udara yang kecil membentuk hujung bronkiol. 3. Dinding atau membran alveolus terbina dari sel epitelium skuamos dan surfaktan . Surfaktan merembeskan cecair ke dalam ruang antara sel supaya melembapkan udara dalam paru-paru dan mengelakkan alveolus dari kolaps
Alveoli
Pertukaran gas berlaku diantara alveoli dan kapilari darah dalam paru-paru adalah disebabkan berikut : Membran alveoli yang nipis. Permukaan membran yang luas. Merembeskan cecair untuk penyerapan gas. Terdapat banyak kapilari darah mengelilingi alveoli.
Fisiologi Pernafasan
Gerakan pernafasan dibahagi kepada tiga peringkat iaitu :
1. Tarik nafas (inspiration), 2. Hembus nafas (expiration) dan 3. Penghentian sebentar (pause). - Pusingan pernafasan berlaku 15 kali dalam seminit. - Tarik nafas adalah satu gerakan yang positif manakala hembus nafas ialah satu gerakan pasif. - Gerakan pernafasan berlaku kerana pusat pernafasan di medula oblongata tergalak.Gerakan ini ialah gerakan otomatik.
Mekanisma Pernafasan
Mekanisma Pernafasan
1. Apabila otot diafram menguncup, ia turun ke bawah dan meluaskan ruang toreks dari atas ke bawah. 2. Apabila otot-otot interkosata luar menguncup, tulang rusuk ditarik ke arah luar dan aras dan ini meluaskan ruang toreks dari sisi ke sisi dan dari depan ke belakang. 3.Dengan tindakan otot-otot ini, ruang toreks menjadi lebih luas.
Mekanisma Pernafasan
Mekanisma Pernafasan
4. Oleh kerana paru-paru itu terbina dari tisu elastik dan telap dan juga lapisan luar selaput paru-paru terlekat dibawah tulang dada dan diatas otot diafram, ia mengembung apabila ruang toreks meluas. 5. Ini mengakibatkan tekanan udara didalam paru-paru menjadi kurang (yakni kurang daripada tekanan udara biasa).
Oleh itu udara disedut masuk melalui salur udara ke dalam paru-paru.
Mekanisma Pernafasan
Sambungan , 7. Pada masa gerakan hembus nafas, ruang dada menjadi lebih kecil kerana otot diafram naik ke atas dan tulang toreks di tarik ke bawah oleh otot interkosta dalam. 8. Tekanan udara didalam paru-paru menjadi lebih tinggi dari tekanan udara biasa.
Mekanisma Pernafasan
Sambungan , 9. Oleh itu, udara didesak keluar dari paruparu. 10. Pada masa pernafasan biasa, terutamanya gerakan hembus nafas, otototot abdomen juga mengambil bahagian.
Sambungan,
11.Oksigen dari udara dibawa kepada darah dan karbon dioksid dan wap air dari darah disingkir.
12.Udara biasa mengandungi lebih-kurang 20 % oksigen dan 0.04 % karbon dioksid, tetapi udara yang di hembus keluar mengandungi 16 % oksigen sahaja dan 4 % karbon dioksid.
Jenis pernafasan
Pernafasan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :
i. Pernafasan Dalam (pernafasan tisu)
1. Berlaku didalam paru-paru. 2. Oksigen yang terdapat didalam udara dibawah masuk ke darah dan karbon dioksida dan wap air disingkir ke luar melalui trak pernafasan.
Sambungan,
3. Pertukaran gas berlaku secara resapan diantara alveoli dan kapilari yang menyelubungi alveoli. 4. Oksigen dari alveoli masuk ke dalam darah lalu bargabung dengan hemoglobin dari sel darah merah.
Partial pressure
6. Ini menyebabkan pergerakkan gas berlaku dari kepekatan yang lebih tinggi kepada kepekatan rendah melalui proses difusi.
8. Tindak balas sebaliknya berlaku pada gas karbon dioksid dimana partial pressure karbon dioksid dalam kapilari pulmonari arteri adalah lebih tinggi dari dalam alveoli. Oleh demikian, karbon dioksid bergerak masuk ke dalam alveoli dari kapilari pulmonari arteri.