Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

NAMA: Nurin Fardiana bt. Abdul Rahim KELAS: 1 Suria K/P: 990725-14-5510 NAMA GURU: Pn.Norzilawati bt.

Ismail

BIODATA TOKOH LATAR BELAKANG TOKOH PENGALAMAN TUN DR MAHATHIR KEJAYAAN TUN DR MAHATHIR PENCAPAIAN TUN DR MAHATHIR LAMPIRAN BERMAKLUMAT PENUTUP

M/S 1 M/S 2 M/S 3 M/S 3 M/S 3 M/S 4 - 7 M/S 8

Nama : Tun Dr. Mahathir bin Mohamad Nama bapa: Mohamad bin Iskandar Nama ibu: Wan Tampawan Tarikh lahir: 20 december 1925 Tempat lahir: Seberang Perak, Alor Setar, Kedah Darul Aman Agama: Islam Bangsa: Melayu

~1~

Dr. Mahathir dilahirkan di No.18, Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah pada 20 Disember 1925. Bapanya bernama Mohamad bin Iskandar berketurunan separuh India (anak kepada seorang Malayalee yang berhijrah ke Malaysia dari Kerala, India) sementara ibunya seorang Melayu bernama Wan Tempawan binti Wan Hanafi. Dalam autobiografinya, Dr. Mahathir mengaku bahawa beliau mempunyai keturunan orang India yang mempunyai kaitan dengan Kerala, India (di mana tempat asal orang Malayalee), manakala ibunya adalah orang Melayu yang dilahirkan di Kedah. Walau bagaimanapun, beliau mengganggapkan dirinya sebagai Melayu yang tulen. Nama datuk beliau, Iskandar turut diabadikan pada sebuah sekolah rendah di 4andar Alor Setar, Sekolah Rendah Kebangsaan Iskandar. Manakala ayahnya pula adalah guru bahasa Inggeris dan juga Guru Besar pertama Sekolah Inggeris di Alor Star, sekarang dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH). Di sekolah tersebut, bapa beliau dipanggil sebagai Master atau Mohamad Iskandar. Ibunya mempunyai kaitan keturunan dengan Wan Mat Saman, iaitu bekas Menteri Besar Kedah yang berusaha membangunkan pertanian di Kedah melalui terusan yang terkenal dengan nama Terusan Wan Mohamad Saman atau Sungai Korok. Beliau mempunyai 9 adik-beradik, iaitu empat perempuan dan lima lelaki, yang mana Dr. Mahathir merupakan anak bongsu. Empat dari mereka (dua lelaki dan dua perempuan) adalah saudara sebapanya, hasil perkahwinan Mohammad bin Iskandar dengan isteri yang pertama.

~2~

Pengalaman Tun Dr. Mahathir.

Dr. Mahathir pernah meletakkan jawatannya dengan kerajaan. Beliau pernah berniaga buahbuahan dan cendol di Pekan Rabu, Kedah. Beliau telah dilatih duduk dalam jawatankuasa Pekan Rabu. Beliau melihat sendiri betapa susahnya orang Melayu mendapatkan ruang niaga. Beliau kemudianya membuka klinik sendiri. Pengalaman berniaga yang dilalui menyedarkan beliau betapa perlunya kemahiran berniaga untuk meninggikan taraf hidup kaum Melayu. Inilah yang mendorong Tun Dr Mahathir bin Mohamad menceburi bidang politik apabila beliau masih di bangku sekolah.

Kejayaan Tun Dr. Mahathir.

Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan dari kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara sehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara 'Harimau Ekonomi Asia.

Pencapaian Tun Dr. Mahathir

Usaha beliau yang paling diingati masyarakat Malaysia dan antarabangsa adalah ketika membawa Malaysia keluar dari Krisis Kewangan Asia 1997 dimana beliau telah menolak cadangan dan juga dana bantuan dari IMF yang beliau sifatkan akan memburukkan lagi krisis. Langkah-langkah radikal yang diambil dikiritik hebat ketika itu oleh banyak pihak termasuk IMF sendiri. Malah, usaha tersebut turut dikecam walaupun lama selepas kemelut berakhir dimana beliau menyatakan kecaman dan pujian adalah norma ahli politik dan terserah kepada penilaian mana-mana pihak.

~3~

Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) dianugerahkan gelaran Permanent LIFE Patron dan First Insaniah-IRTI 2010, yang disampaikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak di Langkawi.

Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan bersalaman dengan Dato' Seri Najib Tun Razak semasa menyerahkan borang keahlian UMNO.

~4~

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berkenan menyampaikan Pengurniaan Ijazah Kehormat Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 2011 kepada Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Majlis Konvokesyen Ke-9, di Dewan Sultan Mizan UMT.

Dr. Mahathir Mohamad menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pentadbiran Awam) daripada Wan Muhammad Nor Matha di Universiti Islam Yala, Thailand

~5~

Dr. Mahathir Mohamad menerima Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan Automotif Universiti Malaysia Pahang yang disampaikan oleh Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sempena Majlis Konvokesyen Khas di Kompleks Sukan universiti itu, Kuantan.

TUANKU Ampuan Najihah menyampaikan Ijazah Doktor Falsafah (Kehormat) Ekonomi dan Pentadbiran Muamalat kepada Dr Mahathir pada Majlis Kon

~6~

TUN Dr. Mahathir Mohamad bersalaman dengan Omar Osman pada Majlis Perjumpaan di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, semalam.

DR MAHATHIR (kiri) menunjukkan nilai replika cek yang diserahkan Musa pada Majlis Pelancaran Program NADI-Yayasan Sime Darby On Weels, di Hulu Langat, semalam.

~7~

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu dan bapa saya yang banyak memberi sokongan dan semangat yang kukuh kepada saya untuk menyiapkan folio Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan saya ini. Saya juga ingin mengucapkan setinggitinggi terima kasih kepada Pn. Norzilawati bt Ismail iaitu guru mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan saya atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberi olehnya semasa saya membuat folio ini.Kepada rakan-rakan seperjuangan saya, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana mereka secara tidak langsung telah memberi sedikit sebanyak idea bagi memperbaiki lagimutu folio saya ini.Sekian, terima kasih.

~8~

You might also like