Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

1

HNS 2013 KENEGARAAN Tugasan 1

Soalan 4: Mengapakah Malayan Union ditentang oleh orang Melayu ? Jelaskan

1.0 Pengenalan Orang Inggeris telah menyerah kalah kepada Jepun pada 15 Februari 1942 . Seluruh Tanah Melayu dan Singapura jatuh dengan mudah dalam masa yang singkat kerana Jepun berhasrat untuk meluaskan kuasanya di Asia Tenggara. Sumber ekonomi menjadi daya tarikan untuk menampung pembangunan perindustrian di Jepun. Kekalahan ini menyebabkan pihak Inggeris merasakan terdapat kelemahan di dalam sistem pentadbiran mereka di Tanah Melayu. Oleh itu pada Julai 1943 , Malayan Planning Unit telah ditubuhkan di London untuk merangka satu bentuk pentadbiran baru untuk Tanah Melayu selepas perang tamat. Unit ini diketuai oleh Mejar General Ralph Hone dan akhirnya pada 31 Mei 1994, kabinet perang telah meluluskan syor penyatuan politik Tanah Melayu . George Hall selaku Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan British telah mengumumkan mengenai penyatuan politik Tanah Melayu yang dikenali sebagai Malayan Union (MU) pada 10 Oktober 1945. Selepas itu Sir Harold Mac Michael telah ditugaskan mendapatkan tandatangan kesemua Sultan Melayu bagi mempersetujui penubuhan Malayan Union. Parlimen British telah mengeluarkan kertas putih yang mengandungi cadangan

penubuhan Malayan Union pada Januari 1946. 2.0 Cadangan Malayan Union .

Dua bidang yang diambil kira ialah hal pentadbiran dan kerakyatan . 1) a) Pentadbiran . Malayan Union akan menggabungkan semua Negeri-negeri Melayu Bersekutu ( Perak,

Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan ) , Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Kedah, Perlis, Kelantan , Terangganu ) dan dua buah Negeri negeri Selat (Pulau Pinang dan Melaka ). b) Singapura diasingkan kerana jumlah penduduk Cina yang ramai, kedudukan yang strategik

dan taraf pelabuhan bebas. Ia dicadangkan diasingkan dengan diperintah oleh seorang Gabenor. c) Kuasa sultan dikurangkan kepada hanya tertumpu pada hal ehwal agama Islam sahaja dan

adat resam Melayu dimana mereka dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Melayu negeri masing-masing. Ini bermakna walaupun kedudukan mereka dikekalkan, kewibawaan mereka

telah dikurangkan. Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik oleh British bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir. d) Kerajaan pusat akan mengawal secara langsung Majlis Mesyurat Negeri yang menguruskan

hal ehwal tempatan. e) Gabenor di Kuala Lumpur akan mengetuai pentadbiran Malayan Union yang menjadi tanah

jajahan British. Tugas gabenor akan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Perundangan Pusat . Selain itu, Majlis Penasihat juga ditubuhkan. f ) Untuk Singapura dan wilayah Borneo, seorang Gabenor General akan mengawasi

pentadbirannya. 2. Kerakyatan.

Kerakyatan yang longgar dan sama rata tanpa mengira bangsa dan keturunan. Syarat kerakyatan ialah : a) b) lahir di Tanah Melayu atau Singapura. Tinggal di Tanah Melayu selama 10 tahun daripada 15 tahun yang terdahulu sebelum 15

Februari 1942 . c) Lahir di luar Tanah Melayu tetapi ibu atau bapa atau kedua-duanya warganegara Malayan

Union . d) Mereka yang tidak layak mengikut syarat di atas , boleh memohon menjadi warganegara

selepas tinggal di Tanah Melayu selama 5 tahun . Jus Soli merujuk kepada kelayakan menjadi rakyat Malayan Union kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu.

3.0 Tujuan penubuhan Malayan Union. 1. Mewujudkan keseragaman dan kecekapan.

Untuk menjimatkan belanja pentadbiran, Malayan Union dilaksanakan supaya pentadbiran di Tanah Melayu diseragamkan. Mereka berharap akan mempertingkatkan kecekapan bila menggabungkan semua Negeri-negeri Melayu Bersekutu ( Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan ) , Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Kedah, Perlis, Kelantan , Terangganu ) dan dua buah Negeri negeri Selat (Pulau Pinang dan Melaka ). 2.0 Melahirkan dan mempertingkatkan semangat cintakan Tanah Melayu.

Orang Cina dan India masih lagi berminat dan taat setia kepada negara asal masing-masing . British berharap dengan memberi taraf kerakyatan yang longgar , orang Cina dan India akan menumpukan taat setia kepada Tanah Melayu bila menjadi warganegara Malayan Union. Dengan ini diharapkan akan terbentuk tenaga dan ekonomi tidak terbantut. 3.0 Mengimbangi perkembangan ekonomi. Bangsa Malayan Union yang menyediakan sumber

Negeri - negeri Selat (Pulau Pinang dan Melaka ) dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu ( Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan ) lebih maju daripada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Kedah, Perlis, Kelantan, Terangganu). Penggabungan akan mengimbangi

perkembangan ekonomi di Tanah Melayu. 4.0 Persediaan membentuk kerajaan sendiri.

Kesedaran nasional perlu ditanam di kalangan penduduk seluruh Tanah Melayu sebagai persediaan membentuk kerajaan sendiri.

5.0

Meneruskan usaha British.

British berharap Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Kedah, Perlis, Kelantan , Terangganu) akan menyertai persekutuan sebagai usaha untuk menggabungkan semua negeri di Tanah Melayu.

6.0

Mengawal kuasa politik dan ekonomi. dengan terbentuknya Malayan Union , mereka boleh meneruskan penjajahan

Niat British

terhadap Tanah Melayu yang kaya raya dengan biji timah dan getah. Selain itu ia boleh mengurangkan kuasa orang Melayu dan mencegah konsep Melayu Raya ( Gabungan Melayu dengan Indonesia ).

7.0

Membalas dendam.

Majoriti orang Melayu berkerjasama serta menyokong orang Jepun. Sebagai balas dendam , Malayan Union akan merugikan orang Melayu dari segi hak keistimewaan dan kekuasaan serta kewibwaan Sultan. 8.0 Membalas jasa baik bukan Melayu.

Berbanding dengan orang Melayu, kaum Cina telah berkerjasama dengan British dalam mengusir Jepun dari Tanah Melayu. Majoriti kaum Cina menyertai Malayan People AntiJapanese Army (MPAJA). Jadi perlembangan Malayan Union dirangka untuk menguntungkan orang Cina berkaitan dengan kerakyatan . 9.0 Menghalang usaha kearah kemerdekaan Tanah Melayu.

Niat British menghalang usaha orang Melayu memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Dengan mencadangkan Malayan Union diharapkan usaha ini akan terhalang. 10.0 Menyusun strategi pertahanan.

Sebelum ini semua negeri tidak bersatu di Tanah Melayu. Jika digabungkan sebagai satu unit politik, maka lebih mudah menyusun strategi pertahanan yang lebih berkesan.

4.0

Penentangan oleh orang Melayu.

Tentangan hebat daripada orang Melayu terhadap Malayan Union kerana fakor a) Cara Sir Harold Mac Michael mendapatkan tandatangan Sultan- sultan.

Kerajaan Inggeris menghantar wakil mereka, Sir Harold Mac Michael untuk berunding dengan Sultan-sultan bagi penubuhan Malayan Union. Sultan tidak diberi penerangan tentang cadangan cadangan yang terkandung di dalam Malayan Union. Mereka juga tidak diberi masa yang cukup untuk meneliti kebaikan dan keburukannya serta tidak dibenarkan berbincang bersama pembesar Negara. Belia tidak datang untuk berunding tetapi menggugut sultan-sultan . Selain daripada itu Sir Harold Mac Michael menggugut untuk menurunkan tahkta Sultan yang enggan menandatangani persetujuan penubuhan Malayan Union. Ugutan itu sangat menimbulkan

kemarahan orang Melayu . Sir Harold Mac Michael hanya mengambil masa selama 22 hari untuk mendapatkan tandatangan daripada kesemua pemerintah Tanah Melayu hasil daripada ugutan yang bersesuaian dengan keadaan pada masa itu. Contohnya Sultan Badlishah ( Sultan Kedah) diberi katadua menurunkan tandatangan Baginda atau turun dari takhta. Walau bagaimana pun Sultan dan pemimpin orang Melayu tetap dengan pendirian mereka. b) Kekuasaan dan kewibawaan Sultandan raja berkurangan.

Pengurangan kuasa Sultan kepada hanya menjadi ahli Majlis Mesyurat Agama dimana dipengerusikan oleh Gabenor. Adalah menghairankan bangsa asing yang tidak beragama Islam mempengerusikan hal-hak mengenai agama. Kebimbangan mengenai agama Islam akan tercabar meningkat. Raja- raja hanya berkuasa dalam perkara adat Melayu dan agama Islam1. Kuasa sultan dan raja seolah-olah dihapuskan. Baginda sultan dan raja seperti menjadi seorang pegawai British. Pihak British akan terus memerintah melalui majlis penasihat yang diluluskan oleh Gabenor Malayan Union . Kerajaan Malayan Union akan mengambil alih semua aset negeri-negeri Melayu kecuali aset yang berkaitan dengan agama Islam dan harta peribadi sultansultan . Di Pulau Pinang dan Melaka yang tidak mempunyai sultan , Persuruhjaya Residen akan
1

Sulaiman Zakaria . (2007) Negara Persekutuan Tanah Melayu. Kuala Lumpur : Cahaya Kesturi

Sdn Bhd.ms 11.

menjadi ketua pentadbiran. Beliau diberi banyak kuasa dan hanya bertanggungjawab kepada Gabenor. Ini sekaligus menunjukkan kedaulatan British di Tanah Melayu, di mana pihak British bertindak mengawal semua pekara mengenai Tanah Melayu. Hak pungutan zakat di bawah kuasa Gabenor. Kemerosotan kuasa Sultan bererti kehilangan kuasa orang Melayu. Terhapusnya tamadun Melayu seperti Kesultanan Melayu Melaka menyebabkan orang Melayu seperti kehilangan tanahairnya sendiri menjadikan orang Melayu takut pekara yang sama akan berlaku di negeri mereka sendiri. Pihak British menujukkan mereka lebih berkuasa berbanding sebelum pendudukan Jepun. c) Penukaran taraf negeri Melayu daripada taraf naungan kepada negeri jajahan.

Ratu Inggeris menjadi kuasa yang lebih berbanding kuasa raja-raja yang semakin berkurangan. Kuasa Sultan hanya kepada hal-ehwal Islam dan adat resam Melayu sahaja . Gabenor mempunyai kuasa mutlak terhadap pentadbiran Tanah Melayu dan Singapura. Malayan Union diketuai oleh seorang gabenor 2 d) Hak istimewa orang Melayu di Tanah Melayu dihapuskan.

Orang Melayu selaku bumiputera Tanah Melayu merasakan hak istimewa mereka hilang bila Malayan Union memberi hak dan peluang yang sama kepada warganergara tanpa mengira bangsa dan keturunan . Merujuk kepada perjanjian lama, hak-hak orang Melayu adalah seperti tanah untuk Orang Melayu
o

Hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh Kerajaan Negeri (kerana pembukaan tanah adalah dibawah kawal-selia Kerajaan Negeri). Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu tanpa sebarang syarat.

Hak istimewa ini tidak mahu diberikan kepada kaum Cina dan India yang dianggap pendatang yang menumpang di sini. Orang Melayu bimbang akan terdapat penguasaan ekonomi oleh orang Cina dan menyebabkan jurang ekonomi antara mereka bertambah luas.

Sulaiman Zakaria . (2007) Negara Persekutuan Tanah Melayu. Kuala Lumpur : Cahaya Kesturi

Sdn Bhd.ms 11.

e)

Hak kerakyatan yang longgar.

Orang Melayu takut dengan pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang Cina dan India kerana tidak yakin akan kesetiaan mereka terhadap Tanah Melayu. Dengan syarat yang longgar ini ramai orang Cina dan India akan menjadi warganegara dengan mudah. Sesiapa yang lahir di Tanah Melayu akan diberikan kerakyataan tanpa diskrimanasi kaum dan kepercayaan atau pun turut dikenali sebagai jus soli. Jika bilangan pendatang melebihi orang Melayu, mereka akan dapat menguasai politik kerana mereka telah pun menguasai ekonomi. Kebimbangan mereka berasas kerana pada tahun 1947, jumlah orang Melayu hanya 49.46% daripada penduduk Tanah Melayu.Selain itu, jika bilangan orang Melayu menjadi kecil , ekonomi dan pendidikan mereka akan bertambah mundur. f) Menyedari sikap balas dendam oleh British.

Orang Melayu menyedari bahawa perlembangan Malayan Union adalah balas dendam British kerana sikap orang Melayu yang menyokong dan berkerjasama dengan Jepun. Perlembagaan Malayan Union amat merugikan orang Melayu dari segi hak istimewa dan kekuasaan dan kewibwaan Sultan. Berbanding dengan orang Melayu, kaum Cina telah berkerjasama dengan British dalam mengusir Jepun dari Tanah Melayu. Majoriti kaum Cina menyertai Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA). Jadi perlembangan Malayan Union dirangka untuk menguntungkan orang Cina berkaitan dengan kerakyatan . Ini meningkatkan lagi rasa tidak puas hati orang Melayu .

g) Kebimbangan orang Melayu. Orang Melayu mempunyai perasaan bimbang dalam banyak pekara. Antaranya ialah mereka

takut agama Islam akan tercabar kerana kuasa British dan kemasukkan ramai orang asing ke Tanah Melayu seperti orang Cina dan India. Mereka bimbang orang British akan memperkembangkan ugama Kristian dan kaum pendatang akan menyebarkan agama masingmasing. Mereka juga bimbang Malayan Union akan menghapuskan negara dan bangsa yang dibina sejak zaman Kesultan Melayu Melaka. Mereka bimbang kehilangan warisan tamadun yang telah lama dibina. Terdapat rasa cemas dalam hubungan orang Melayu dengan orang Cina

akibat pemerintahan Jepun . Orang Melayu mendakwa Malayan Union berasasakan sikap anti Melayu dan pro Cina oleh British. Ini ada benarnya kerana Malayan Union merugikan orang Melayu dan menguntungkan orang Cina. h) Orang Melayu tidak terlibat dalam merangka Malayan Union.

Orang Melayu tidak diajak dan terlibat semasa British merangka Malayan Union. Pendapat Orang Melayu langsung tidak diminta oleh pegawai British di London. Mereka berasa tidak puas hati terhadap pemerintahan British sedangkan ini adalah tanahair mereka sendiri bukan tanahair orang British. Rasa tidak puas hati semakin meningkat apabila Malayan Union seolah-olah tidak menguntungkan orang Melayu malah menguntungkan kaum pendatang sahaja. 5.0 a) Bentuk penentangan. Akhbar.

Akhbar - akhbar telah memainkan peranan penting dalam membangkitkan penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union. Keburukan dan kerugian yang akan dialami oleh orang

Melayu jika Malayan Union dilaksanakan. Orang Melayu telah diseru supaya bersatu dalam usaha menentang Malayan Union . Mereka juga diseru supaya memulihkan pertubuhan yang telah wujud dan memulihkan pertubuhan yang baru. Pertubuhan pertubuhan ini digabungkan bagi menguatkan penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union. Berita penentangan itu dimuatkan dalam akhbar-akhbar untuk pengetahuan orang-orang Melayudi seluruh Tanah Melayu. Di antara akhbar akhbar yang terlibat ialah Utusan Melayu Negara ( Pulau Pinang) , Majlis ( Kuala Lumpur) dan Pelita Malaya. b) Demonstrasi secara aman . Orang Melayu mengadakan demonstrasi secara aman semasa Sir Harold Mac Michael ( Singapura), Warta

mendapatkan tandatangan Sultan-sultan di Kota Bahru , Kelantan dan di Alor Setar , Kedah. Pada 25 Januari 1946,hampir 5000 orang mengadakan demonstrasi di Kedah . Pada 15 Disember 1945, pula10,000 orang mengadakan demonstrasi di Kelantan. Orang Melayu seluruh

10

negara bertekad bersatu padu menentang orang Inggeris. Niat mereka menjajah Tanah Melayu yang kaya raya dengan bijih timah dan getah. 3 c) Kerjasama antara semua.

Semua Sultan, pembesar-pembesar dan orang-orang Melayu telah bersatu dan berkerjasama dalam usaha menentang Malayan Union. Sultan dan pemimpin Melayu telah menulis surat kepada Raja British dan meminta bantuan kepada pesara-pesara British daripada Pemerintahan Awam di Tanah Melayu memohon sokongan mereka terhadap perjuangan menentang Malayan Union . Bekas pegawai yang terlibat ialah Frank Swettenham, George Maxwell, R.O.W Winstedt, Cecil Clementi dan Laurence Guillmard . Pemimpin Melayu serta pesara British telah mengetuai bidasan terhadap rancangan Malayan Union serta cara Sir Harold Mac Michael mengunakan ugutan untuk mendapat persetujuan daripada sultan-sultan Melayu. Pegawaipegawai ini juga melobi Tanah Melayu di Parlimen . Mereka turut menulis surat surat kepada akhbar Times untuk merayu kepada Perdana Menteri United Kingdom agar memberhentikan usaha menukarkan status Tanah Melayu daripada negeri naungan kepada tanah jajahan. Kegiatan seumpama ini mewujudkan tanggapan bahawa terdapat tentangan yang hebat terhadap Malayan Union bukan sahaja daripada penduduk Tanah Melayu malahan daripada pegawai dalaman British sendiri. d) Kongres Pada 1 Mac 1946, sebuah Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu , diadakan di Kelab Sultan Suleiman, Kuala Lumpur . Ia disertai oleh kira-kira 200 wakil Melayu daripada 41 buah persatuan . Kongres telah mendesak supaya orang Melayu bersatu dan berusaha menentang Malayan Union . Kongres telah membincangkan pembentukkan gerakan nasional Melayu , serta kempen selaras untuk menentang Malayan Union . Sebuah jawatankuasa dilantik untuk mendraf perlembagaan untuk penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)

Sulaiman Zakaria . (2007) . Negara Persekutuan Tanah Melayu. Kuala Lumpur : Cahaya

Kesturi Sdn Bhd.ms 14.

11

Pada 1 Mei 1946, Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-2 diadakan di Johor Bahru. Dalam kongres itu, pembentukkan UMNO diisytiharkan dan Dato Onn Jaafar bin Jaafar dilantik sebagai Presiden UMNO yang pertama. Kongres ini juga mengisytiharkan bahawa perjanjian perjanjian Sir Harold Mac Michael tidak sah dan mendesak bahawa Malayan Union dimansuhkan. Tindakan yang kemas menentang Malayan Union telah dilancarkan melalui UMNO. Negeri-negeri Melayu yang selama ini terpisah dan tidak bersatu telah bangun

bersama-sama dan merupakan satu pekara yang tidak pernah terjadi di Tanah Melayu. e) Persatuan Persatuan-persatuan Melayu dihidupkan untuk menentang penubuhan Malayan Union contohnya UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu). Mereka telah menghantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London. SABERKAS sebagai sebuah badan kebajikan dan koperasi di bawah pimpinan Encik Mohamad Khir bin Awang Jaafar dan Encik Senu Abdul Rahman bertindak pula untuk menghantar telegram kepada Setiausaha Tanah Jajahan, Persatuan Pelajar Melayu di London dan kepada beberapa orang ahli Parlimen British dan juga kepada beberapa orang pegawai tadbir British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu. f) Rapat Umum. Orang Melayu mengadakan rapat umum di setiap bandar besar untuk menunjukkan bantahan mereka kepada ahli ahli parlimen British iaitu L.D Gammans dan David Reese Williams. Perjuangan orang-orang Melayu tidak terhenti setakat itu sahaja, orang Melayu turut mengadakan ceramah-ceramah umum di seluruh semenanjung untuk menyedarkan masyarakat Melayu di kampung-kampung. g) Pemulauan upacara penubuhan Malayan Union. Sultan-sultan, pembesar-pembesar dan orang-orang Melayu telah memulaukan upacara penubuhan Malayan Union. h) Perkabungan . Selama seminggu sejak penubuhan Malayan Union, orang Melayu mengadakan perkabungan menujukkan kesedihan terhadap penubuhan Malayan Union. Orang lelaki memakai songkok

12

dengan dililit kain putih manakala wanita Melayu melilit kain putih di lengan baju. Dalam akhbar Pelita Malaya bertarikh 5 April 1946, perkabungan orang Melayu mendapat simpati orang asli iaitu orang Sakai di Ulu Langat. Mereka telah keluar ke Pekan dengan memakai bunga-bunga kabung. i) Ahli Melayu menarik diri.

Ahli Melayu dalam majlis Penasihat menarik diri untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap Malayan Union. Ini menunjukkan bantahan yang lebih keras daripada orang Melayu.

6.0

Penubuhan Malayan Union.

Orang Inggeris tetap juga meneruskan rancangan Malayan Union walaupun telah mendapat tentangan hebat daripada semua pihak. Pada 1 April 1946, orang Inggeris mengisytiharkan Penubuhan Malayan Union di Kings House ( Carcosa Seri Negara) Kuala Lumpur. Sir Edward Gent dilantik sebagai Gabenor yang pertama.Walaupun mendapat tentangan orang Melayu, orang Inggeris tetap majlis perlantikan tetap dijalankan. Berlaku pemulauan oleh

sultan-sultan . Penentangan terhadap Malayan Union sangat kuat sehingga rancangan itu tidak dapat dikuatkuasakan dengan sepenuhnya. 7.0 Pembubaran Malayan Union.

Selepas menerima tekanan yang begitu kuat, pihak British masih ingin meneruskan rancangan Malayan Union mencadangkan satu jawatankuasa diketuai oleh L.D Grammant dan D.R . William untuk meninjau kehendak orang Melayu dan untuk melihat reaksi masyarakat Melayu dihantar ke Tanah Melayu. Ahli jawatankuasa telah terkejut melihat reaksi yang amat kuat dari orang Melayu untuk menghentikan Malayan Union.Ke mana sahaja mereka pergi , pasti disambut dengan ribuan orang Melayu dengan slogan-slogan anti Malayan Union. Malahan mereka dan Gabenor Malayan Union bersimpati dengan orang-orang Melayu. Ekoran tentangan yang berterusan, kerajaan British sedar tanpa sokongan orang Melayu rancangan mereka untuk mengadakan satu bentuk pemerintahan negara tidak akan berhasil. Mereka perlu berunding

13

dengan Raja- raja Melayu dan pemimpin peminpin orang Melayu mereka, British akhirnya bersetuju membubarkan Malayan Union. 8.0 Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.

. Hasil daripada laporan

Hasil tolak ansur kerajaan British pada 21 Januari 1948 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani oleh sembilan orang Raja-raja Melayu dan Persuruhjaya Tinggi British yang mewakili kerajaan British. Tujuan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu ialah untuk mengembalikan dan memulihkan kedaulatan Sultan-sultan, memberi hak istimewa kaum Melayu, mengetatkan syarat kerakyatan orang bukan Melayu dan mewujudkan pentadbiran yang lebih baik di Tanah Melayu.Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah memulihkan kedudukan sultan-sultan Melayu sebagai sultan yang berdaulat di negeri masing-masing. Mereka diberi kuasa penuh dalam adat istiadat orang Melayu dan agama Islam seperti kedudukan sebelumnya . 9.0 Tokoh pejuang menentang Malayan Union : Dato Onn bin Jaafar. Beliau dilahirkan di 12 Februari 1895 di Bukit Gambir, di Johor Bahru, Johor. Beliau ialah pengasas dan presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajaran ke di England. Semasa zaman pendudukan Jepun , beliau menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan negeri Johor. Di dalam Kongres Melayu ke tiga, beliau dilantik sebagai presiden yang pertama. Di bawah kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British supaya membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Ia mengekalkan kuasa Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat kerakyatan, serta memberi hak keistimewaan Melayu. Tetapi beliau meletak jawatan sebagai presiden UMNO apabila Majlis Mesyuarat Agong ke enam pada 1951. Sebab utama ialah beliau kecewa apabila cadangannya bahawa keahlian parti dibuka kepada semua kaum ditolak. Beliau kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos 1951. Parti ini tidak mendapat sambutan. Kemudian beliau menubuhkan pula Parti Negara pad tahun 1941. Namun

Sulaiman Zakaria . (2007) Negara Persekutuan Tanah Melayu. Kuala Lumpur : Cahaya

Kesturi Sdn Bhd.ms 15

14

parti ini juga gagal mendapat sambutan dalam pilihanraya umum. Beliau meninggal dunia pada 1962.

10.0 Kesimpulan Tentangan yang hebat terhadap British kerana orang Melayu adalah satu kaum yang mendaulatkan sultan di hati mereka. Sikap ini sangat menebal kerana mereka telah diajar dari kecil mengenai ketaatan kepada raja. Maruah orang Melayu tercabar apabila orang luar memperlekahkan sultan kebanggaan dan kesayangan mereka. Tindakan kurang ajar Sir Harold Mac Michael tidak dapat diterima kerana kaum Melayu yang sangat menitikberatkan tentang adat sopan terutamanya terhadap sultan sebagai simbol ketuanan bangsa Melayu. Penukaran kepada taraf negeri jajahan membuatkan orang Melayu menentang habis-habisan. Negeri yang dijajah tentulah berbeza daripada negeri yang tidak dijajah. Layanan kepada rakyat yang merdeka tidak sama dengan rakyat yang dijajah. Mereka tidak mahu menjadi hamba di tanah air sendiri. Setelah melihat kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka , rakyat menjadi takut dan

bimbang pekara yang sama akan menimpa mereka jika Malayan Union dilaksanakan. Kaum pendatang mempunyai semua ciri seperti fizikal, agama , pertuturan, adat resam dan budaya yang amat berbeza dengan kaum Melayu. Perbezaaan ini ditambah pula dengan tindakan kaum pendatang terhadap orang Jepun dan British menimbulkan rasa tidak percaya yang menebalkan terhadap kesetiaan mereka sebagai warganegara. Tindakan melonggarkan syarat kerakyatan menambahkan lagi kebimbangan dan mencetuskan kemarahan orang Melayu. Mereka juga bimbang kekayaan ekonomi dan politik akan dirampas oleh kaum pendatang. Hak istimewa yang selama ini dinikmati oleh orang Melayu amatlah ditakuti akan dirampas oleh kaum pendatang dengan mudahnya. Malayan Union seolah-olah memberi kelebihan hak kepada kaum pendatang yang hanya baru menetap di Tanah Melayu. Saya amat berbangga dan bersyukur kerana orang Melayu sanggup bersusah payah menentang Malayan Union . Tanpa penentangan yang amat hebat daripada mereka, orang Melayu akan menjadi hamba di tanah air sendiri. Tanpa kesungguhan dan air mata mereka , saya tidak akan menikmati kemewahan dan keamanan ini.

15

RUJUKAN Sulaiman Zakaria . (2007). Negara Persekutuan Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Cahaya Kesturi Sdn Bhd. Dharamala NS. (2006 ). Dato Onn Jaafar . Pejuang Terbilang . K.L: Thinkers Library. Lee Sin Lian. (2006) . PMR Sejarah . K.L : Pelangi Publishing Sdn Bhd. Dianne Khoo. (2011). Nota PMR Sejarah . K.L: Marshall Cavendish. Noraslina bt Mamat. (2010). Peta Minda Sejarah. PMR .K.L: Sasbadi Tiong Mook Chai . (2006) . Spotlight PMR Sejarah . K.L : Pan Asia http: // ms.wikipedia.org/wiki/ Parti komunis _malaya.html 10 Oktober 2011 http:// wiki.answers.com /q/Faktor penentangan Melayu.html 10 Oktober 2011 http: // www.tuitionplaza.com/bb/forum_ post . 15 Oktober 2011 www.slideshare.net/tajuk 6_perlembagaan 13 Oktober 2011 ms.wikipedia.org/wiki/ malayan_Union 13 Oktober 2011 www.mykedah2.com/ 10 heritage/109_2 html 13 Oktober 2011

You might also like